klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 13 Februari 2011

MENYANGKAL NAJIB : RAKYAT MALAYSIA UMPAMA 'API DALAM SEKAM'

Najib: M'sia tak boleh disamakan dengan Mesir

"Pertama, kita tidak boleh samakan apa yang berlaku di Mesir dengan Malaysia kerana perkara adalah berbeza di kedua-dua negara,” katanya apabila ditanya apakah iktibar yang boleh diambil oleh BN dan Umno daripada pengalaman di negara Asia Barat itu.

Menurut Najib, dasar BN 'Rakyat didahulukan' itu adalah perbezaan utama antara Malaysia dengan pentadbiran rejim bekas presiden Hosni Mubarak selama 30 tahun. - malaysiakini


Kenyataan DS Najib Razak benar-benar dilihat angkuh dan sombong serta menganggap perkara yang berlaku di Mesir sehingga tumbangnya diktator tua Husni Mubarak tidak akan berlaku di Malaysia .

DS Najib Razak seharusnya mengambil pengiktibaran terhadap apa yang berlaku bukannya mendabik dada dengan slogan ala 'One Isreail ' iaitu " People First " menjadikan perbezaan antara Mesir dan Malaysia .
Jenama retorik " 1 Malaysia " dengan motto " rakyat didahulukan" yang dicanang ke telinga rakyat hanyalah bersifat kosmetik sedangkan rakyat negera ini mengalami kesan daripada pelbagai tindakan yang dilakukan oleh Rejim Najib -Rosmah .

Kenaikan harga barang makanan , minyak , keperluan hidup serta cukai kerajaan yang terus mencengkam kehidupan rakyat terutama golongan miskin . Pembaziran , penyelewengan serta rasuah yang berkelangsungan dalam sistem pentadbiran DS Najib sudah semakin keterlaluan .

NONEDilaporkan perbelanjaan Najib menggunakan wang negara di luar negara sepanjang tempoh 19 bulan atau 588 hari menjadi Perdana Menteri juga kini sudah mencecah RM8,724,894.91 bermakna RM31,840.50 sehari [Utusan]. Lihatlah, dalam masa sehari sahaja Najib menghabiskan wang negara lebih banyak daripada duit gaji rasminya selama sebulan iaitu sebanyak RM 22, 826.65 [Utusan].

Senator PKR Dr Syed Husin Ali mendedahkan satu senarai yang mengandungi butiran perjalanan DS Najib Razak di Dewan Negara yang diperoleh dari Jabatan Perdana Menteri menunjukkan DS Najib telah ke luar negeri atas urusan rasmi 42 kali yang membabitkan sejumlah RM8,724,895.91.

Tan Sri Ambrin Buang , Ketua Audit Negara telah mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun. Berdasarkan perkiraan terhadap hutang negara tersebut , bahawa setiap rakyat di negara Malaysia yang berjumlah 25 juta orang terpaksa menanggung beban hutang sejumlah RM 14 ribu . Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara .

Dalam keadaan rakyat menanggung beban kenaikan harga barang makanan dan keperluan , DS Najib tanpa rasa bersalah meluluskan projek pembinaan Menara Warisan yang mempunyai 100 tingkat berharga RM 5 billion sepertimana yang dibentangkan dalam Budjet 2011 .

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang mengatakan negara Malaysia bakal menanggung hutang sejumlah RM1 trillion untuk 9 tahun daripada sekarang iaitu tahun 2019. Pada masa itu, negara Malaysia boleh diistiharkan muflis dan bangkrap. Justeru kenyataan Datuk Seri Idris Jala tersebut ialah rakyat Malaysia perlu bersedia untuk terima sebarang kenaikan harga.

Isteri beliau , Rosmah Mansur , bermewah - mewahan bagai isteri jutawan minyak dari Arab Saudi, mengamalkan gaya hidup mengalahkan selebriti Amerika apabila memilih untuk bermalam di sebuah hotel terkemuka di Dubai dengan kadar sewa RM 100, 000 untuk satu malam.

Skandal-skandal yang melibatkan DS Najib Razak seperti skandal pembunuhan Altantuya Sariibbuu , pembelian kapal selam Scorpene dan Agusta , pembelian jet pejuang Sukhoi dan termasuk penggunaan wang rakyat RM 77 juta mengadakan perjanjian dengan APCO serta banyak lagi yang masih belum padam di benak rakyat .

DS Najib Razak juga memberikan gambaran silap apabila menyatakan prestasi di Tenang dalam suasana tercetusnya peristiwa di Mesir , BN masih menang dan merupakan petanda yang baik . Fakta tersebut adalah tidak benar dan tidak patut dijadikan rujukan oleh DS Najib . Senario PRK Tenang adalah berbeza dan dapat dilihat BN gagal untuk mencapai target dengan majoriti 5000 serta melihatkan bagaimana masyarakat cina terus menolak MCA dan BN . Faktor pengundi peneroka Felda yang merupakan 'fixed deposit' umno tidak dapat dinafikan .

PRK bukanlah ukuran sebenar pola sokongan rakyat . Pakatan Rakyat bukan sahaja berdepan dengan jentera UMNO sahaja tetapi seluruh jentera kerajaan negeri dan Persekutuan . Contoh dangkal DS Najib Razak dengan menggunakan PRK Tenang adalah tidak masuk akal .

DS Najib harus sedar , rakyat sedang berdiam dan seperti 'api dalam sekam' . Sampai masanya , bila sekam yang membara sudah tidak dapat dibendung lagi , ditiup angin perubahan , menyala dan membakar , DS Najib bakal menjadi sepertimana apa yang Husni Mubarak .

Ubah sekarang , selamatkan Malaysia !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan