jam 5 petang -
Agihan Bubur Lambok dan edaran risalah di Jalan Sama Gagah
Agihan kurma oleh AMK Sri Mawar dan edaran risalah di depan Pasar Ramadhan dan trafik light
Ahad, 23 Ogos 2009
Mursyidul Am akan SAMAN Media yang putar balik kenyataan beliau..
Utusan Malaysia lapor -
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.
Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.
"Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.
TG Nik Abdul Aziz jawab balik dalam HarakahDaily -
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata "ahli Umno tidak masuk syurga".
"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya sewaktu sidang media di pejabatnya tadi.
Beliau berkata demikian kepada media sebagai menenafikan laporan akhbar hari ini yang melaporkan kenyataannya bahawa "Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga", di pejabatnya tengahari tadi.
TG Nik Abdul Aziz cakap lagi -
Beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.
"Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.

Siapa Paling Sengal??
Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dgn niat nak tarbiyah depa ni.
Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan".Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.
Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dg segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali. Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratu l ihram.
Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg..Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam". Tok imam pun undur le ke belakang.Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!". Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.
Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."Tok imam pun terkedu & terpana...
DEBAT SIAPA PENGKHIANAT MELAYU ? : PEMUDA PR LWN PEMUDA BN HARI INI 23 OGOS 2009 , APA CERITA ?
21 Ogos 2009 , Pemuda Pakatan Rakyat telah menghantar satu surat jemputan mengajak Pemuda BN berdebat isu ‘ SIAPA PENGKHIANAT MELAYU ?’ yang dijadualkan akan berlangsung pada hari ini 23 Ogos 2009 .
Sehingga sekarang , pelawaan Pemuda PR masih belum disahut oleh Pemuda UMNO/BN. Kalau benar Pemuda UMNO/BN berani dan tidak bacul sudah pasti akan menyahut pelawaan tersebut dan bersedia berdebat dengan Pemuda PR dalam membicarakan siapakah sebenarnya pengkianat orang Melayu .
Pemuda PR bersiap sedia untuk berdebat dengan Pemuda UMNO/BN dan Pemuda UMNO/BN boleh membariskan sesiapa sahaja termasuk Ketua Pemuda UMNO yang juga merupakan Pengerusi Pemuda BN yang selama ini lantang berkokok menuduh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sebagai Pengkhianat Melayu .
Inilah masa yang sangat terbaik , gelanggang telah tersedia untuk sama-sama kita berdebat berdasarkan fakta dan hujah , kebenaran dan kesahihan . Inilah masanya untuk rakyat dapat menilai dan berfikir secara matang dan rasional . Bukan hanya berkokok tidak tentu pasal . Menggunakan media milik UMNO , menyerang secara peribadi .
Semoga Pemuda UMNO / BN jangan jadi bacul ! Ayuh kita berdebat! Siapakah Pengkhianat Melayu?????

Muhyiddin Dulang Paku Serpih
Sesudah melakukan tuduhan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa, sedangkan yang menuduh itulah pengkhianat yang sebenarnya, hari ini Muhyiddin sekali lagi cuba untuk mengata dulang paku serpih.
Laporan Bernama menyebut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyatakan petualang yang mencetuskan isu berbaur perkauman yang boleh menjejaskan keamanan negara boleh dianggap sebagai pengkhianat bangsa dan perlu ditentang habis-habisan.Katanya lagi negara Malaysia yang agak luar biasa dengan kepelbagaiannya adalah aman damai disebabkan dasar yang dilaksanakan kepimpinan terdahulu dan ini perlu dipertahankan.Muhyiddin yang selama ini bercakap dengan sentimen perkauman untuk "Melayunya", hari ini cuba menghalakan serangannya kepada orang lain.
Cukup ini dua sebagai bukti
SPRM Takut Siasat Muhyiddin, Kenapa? - Lim Kit Siang
Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjelaskan mengapa tiada siasatan dibuat terhadap Timbalan Presiden Umno Muhyiddn Yassin yang menyalahguna helikopter tentera untuk menghadiri acara Umno.Sebuah helikopter Tentera Udara yang membawa Muhyiddin dilaporkan terpaksa mendarat cemas di Tuaran, Sabah. Muhyiddin dilaporkan mengguna helikopter itu untuk menghadiri mesyuarat Umno di Sabah.Sehubungan itu, Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat memfailkan aduan ke SPRM Johor.Di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, SPRM mengadakan operasi besar-besaran menyiasat wakil-wakil rakyat PKR, PAS dan DAP, sehingga membawa kepada kematian seorang setiausaha politik Teoh Beng Hock.
Kit Siang berkata ketiadaan tindakan keatas Muhyiddin menunjukkan SPRM adalah alat Umno-BN dan mengamalkan sikap berat-sebelah dalam siasatan mereka.Ahli politik veteran turut merujuk kepada kes bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Ramli Yusoff yang didakwa kerana menggunakan helikopter polis untuk tujuan bukan rasmi. Meskipun Ramli dibebaskan dari sebarang tuduhan, namun pihak pendakwararaya menunjukkan kesungguhan untuk mendakwa beliau dan memfailkan rayuan."Saya mahu tanya SPRM mengapa ia mengamalkan sikap berat-sebelah kerana belum lagi memulakan siasatan keatas dakwaan bahawa Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin telah menyalahguna kedudukannya dengan menggunakan helikopter tentera untuk merasmikan mesyuarat Umno di Sabah minggu lalu walhal ia tidak mempunyai kaitan dengan tugas-tugas rasmi beliau," kata Kit Siang.
"Jika Ramli didakwa kerana menyalahguna helikopter Cessna Caravan milik polis untuk tugas-tugas bukan rasmi, mengapa Muhyiddin tidak didakwa kerana menyalahguna helikopter tentera untuk tujuan yang tidak kena-mengena dengan tugasnya sebagai TPM mahupun Menteri Pendidikan. Apakah ada satu undang-undang untuk Menteri Kabinet Umno dan satu undang-undang untuk orang-orang kecil?" soal Kit Siang. -TVA
Pemimpin UMNO Salah Menyalah Sesama Sendiri - Siasah
BUKIT MERTAJAM, 22 Ogos: Umno yang disifatkan tersilap meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir terus berada dalam dilema untuk menghadapi serangan bertubi-tubi dari pihak lawan terhadap calon berkenaan.
Sehingga hari keempat berkempen parti itu dilihat masih berada dalam situasi bertahan - apabila kempen-kempen penerangan mereka yang melibatkan pimpinan dari pelbagai peringkat terpaksa memberi tumpuan untuk menjawab serangan ke atas calon mereka, Rohaizat yang menjadi isu utama modal kempen di pihak PAS setakat ini.Dalam perkembangan terbaru, sumber dalaman Umno mendedahkan isu keperibadian Rohaizat Othman calon) kini menjadi masalah dalaman kepada Umno apabila para pemimpin mereka mula menunding jari sesama sendiri atas kesilapan memilih Setiausaha Umno Permatang Pauh itu sebagai calon.
Menurut sumber tersebut, dalam satu mesyuarat Umno yang diadakan semalam (Jumaat) berlaku salah menyalah antara Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zahid Hamidi dan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid."Muhyiddin tunding jari pada Zahid kerana tidak periksa latar belakang calon betul-betul, Zahid pula seperti salahkan Jalil kerana dikatakan tidak memaklumkan kepada beliau.... Jalil pula cuba mengelak dengan pelbagai alasan lagi," kata sumber tersebut.
Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasation juga mengesahkan turut mendapat maklumat daipada beberapa orang dalam Umno perihal salah menyalah antara pemimpin Umno ekoran pemilihan Rohaizat sebagai calon.
Berucap dalam ceramah kelompok di Kampung Petani, Saifuddin berkata masalah tersebut bertambah parah apabila bekas Presiden Umno Tun Mahathir Mohammad turut mengeluarkan kenyataan negatif terhadap Rohaizat.Umno di peringkat awal masih cuba untuk menutup isu tersebut melalui penjelasan para pimpinannya bagaimanapun perkembangan demi perkembangan yang berlaku di Permatang Pasir terutamanya kemunculan Yusri Isahak yang berceramah dipentas PAS semakin menyukarkan parti itu.Yusri merupakan rakan kongsi Rohaizat dalam bidang guaman yang cuba disalahkan berhubung penggunaan wang koperasi pekebun getah oleh firma guaman mereka.
Yusri muncul dihari ketiga berkempen untuk menjelaskan perkara sebenar serta membersihkan namanya - satu tindakan yang semakin memberi tekanan kepada Umno.Saifuddin mengulas lanjut perkembangan tersebut berkata, pimpinan Umno sepatutnya tidak perlu tunding menunding antara satu sama lain kerana rekod kesalahan moral Rohaizad sebenarnya telah didedahkan sebelum hari penamaan calon lagi.Kata beliau, Rohaizad sewaktu diambil tindakan oleh Bar Council melalui jawatankuasa disiplin badan itu adalah ketika badan (disiplin) itu dipengerusikan oleh salah seorang pimpinan Umno Pulau Pinang, Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman.Tan Sri Khalid juga merupakan Pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang sewaktu Tan Sri Lim Chong Eu menjadi Ketua Menteri berada di luar negara."Beliau (Tan Sri Khalid) juga salah seorang ahli lembaga disiplin Umno, jadi tidak timbul soal tidak tahu latar belakang Rohaizad ini," katanya.Siasah
Sekilas Ingatan : MEMORANDUM AMK KEPADA SPR BERKAITAN KEWUJUDAN PENGUNDI HANTU DI PRK N25 BUKIT SELAMBAU
ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA
Tarikh : 2 APRIL 2009
MEMORANDUM :
MOHON SURUHANJAYA PILIHANRAYA BERSIHKAN SEGERA SENARAI PEMILIH N25 DUN BUKIT SELAMBAU DAN DI SELURUH MALAYSIA
Angkatan Muda Keadilan Malaysia ( AMK Malaysia ) MENDESAK Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) agar SEGERA membersihkan senarai pemilih di N25 DUN Bukit Selambau dan di seluruh Malaysia bagi membuktikan ketelusan , keadilan , integriti dan profesional dalam mengimplimentasi amalan demokrasi di negara Malaysia tercinta ini .
Pelbagai aduan dan tindakan telah diambil sebelum ini oleh AMK dan Pakatan Rakyat terhadap isu-isu ketelusan dan integriti SPR berkaitan “ PENGUNDI HANTU” atau “PENGUNDI RAGU” bagaikan melepas batuk di tangga oleh pihak SPR sebagai agensi yang diharapkan oleh seluruh rakyat Malaysia bersikap adil dan profesional.
Perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007 yang melibatkan puluhan ribu rakyat turun ke jalanraya adalah satu tindakan bersungguh-sungguh rakyat agar berlaku satu REFORMASI dalam SPR dengan menuntut 4 tuntutan antaranya ialah Pembersihan daftar pemilih daripada nama-nama yang tidak sayugia wujud. Ia termasuk apa yang disifatkan sebagai 'pengundi hantu', pemilih yang telah mati dan seumpamanya. Ia bagi mengelakkan sebarang kecenderungan penyalahgunaan nama terbabit atau penipuan oleh mana-mana pihak yang bertanding seharusnya menjadi perhatian kepada pihak SPR .
AMK Malaysia MENDESAK dan MENGULANGI tuntutan tersebut apabila bukti-bukti yang jelas lagi nyata berlaku sekali lagi di N25 DUN Bukit Selambau apabila berjaya mengesan sejumlah 3029 orang ‘Pengundi Hantu’ atau ‘Pengundi Ragu’ di lokaliti di beberapa Peti Undi dan terdapat bukti apabila di Taman Bandar Baru Sungai Lalang terdapat 76 lokaliti yang dikenalpasti sedangkan pengundi tersebut tidak wujud dan tanpa pengetahuan tuan milik rumah-rumah tersebut .
AMK MENDESAK SPR dengan SEGERA MEMBERSIHKAN senarai pengundi tersebut yang bakal digunakan dalam Pilihanraya Kecil N25 Bukit Selambau pada 7 April 2009.

Pengundi Hantu : Khairy Jamuludin Buat Lawak Sarkis
Khairy Jamaluddin ( KJ ) , Ketua Pemuda UMNO dalam ceramahnya di Jalan Kubang Semang , Permatang Pasir dalam ceramahnya membangkitkan isu pengundi hantu dalam pilihanraya kecil ini.
Agak lawak apabila KJ membangkitkan dakwaannya terdapat pengundi hantu di Permatang Pasir . Selama ini apabila isu Pengundi Hantu dibangkitkan oleh AMK dan PR , UMNO dan BN paling lantang menafikan kewujudan pengundi hantu ini . Tiba-tiba timbul isu Pengundi Hantu dan nampaknya Pemuda UMNO mendahului lalu membuat tuduhan terhadap PAS dan PR berkaitan isu tersebut . Setahu saya KJ lebih arif tentang kewujudan Pengundi Hantu kerana UMNO begitu mahir dan berpengalaman dalam kewujudan pengundi hantu sebagai pemilih pilihanraya .
Bas-bas yang masuk setiap kali PRK , kad pengenalan palsu dan sebagainya dilakukan oleh UMNO setiap kali PRU atau PRK . Banyak laporan polis dan SPR telah dibuat oleh saya dan AMK terhadap isu pengundi hantu ini disetiap kali PRK dan lebih terbukti apabila nama-nama yang diragui itu berada di dalam rumah atau tuan rumahnya adalah merupakan ahli-ahli UMNO . Saya yakin dan percaya bahawa nama-nama yang dikesan oleh Pemuda UMNO sepertimana dakwaan KJ , majoritinya adalah rumah-rumah ahli-ahli UMNO tetapi tidak dihebohkan .
Malah sewaktu di Bukit Selambau , Biro Pilihanraya AMK Malaysia telah berjaya mengesan 3029 orang ‘Pengundi Hantu’ atau ‘Pengundi Ragu’ di lokaliti di beberapa Peti Undi dan terdapat bukti apabila di Taman Bandar Baru Sungai Lalang terdapat 76 lokaliti yang dikenalpasti sedangkan pengundi tersebut tidak wujud dan tanpa pengetahuan tuan milik rumah-rumah tersebut .
Di PRK Kuala Terengganu , AMK berjaya mengesan contohnya Pasaraya Hock Kee Seng dan KFC terdapat puluhan pengundi menggunakan alamat permis-permis tersebut dan bila disiasat tidak wujud penama-penama itu serta tidak ada sesiapa pun yang tinggal di permis-permis tersebut .
Kali ini Pemuda UMNO cuba bertindak awal dengan menuduh PAS atau PR yang bertindak sedemikian . Sekiranya UMNO / BN kalah nanti maka kononya akan terbukti sepertimana dakwaan KJ bahawa kemenangan PAS adalah kerana Pengundi Hantu . Taktik yang lapok .
Sebab itu AMK telah menegaskan berkali-kali agar SPR membersihkan senarai daftar pemilih . Biar benar-benar telus serta bersih dan pengundi yang benar-benar sah berada di lokaliti tersebut .
Pemuda UMNO tidak perlu bermain politik dengan cuba menuding jari kepada PAS atau PR . Kerja kotor ini hanya UMNO sahaja yang cukup licik dan hebat. Persoalan yang KJ ajukan tersebut berkaitan isu Pengundi Hantu ni hanya KJ , Pemuda UMNO dan BN sahaja yang boleh menjawab .
Buku burukkan Anwar, MB S'gor
Dua buku yang menyerang kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Ibrahim kini beredar di pelbagai tempat di negeri itu.Nasib Melayu Selangor dan 50 Kemusykilan Tentang Manusia Bernama Anwar Ibrahim muncul setelah kelab penyokong kerajaan Selangor mendakwa wujud konspirasi Umno-BN bagi menjatuhkan Pakatan Rakyat.
Buku tanpa penulis dan penerbitnya berjaya dikutip oleh anggota Angkatan Muda PKR di beberapa tempat tumpuan ramai di Shah Alam dan Kelang, dua minggu lepas.Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, ketua angkatan itu Shamsul Iskandar Md Akin berkata, setelah menyedari buku itu, beliau mengerahkan anggota pergerakan itu kutip semua dan bawa balik ke pejabatnya.
Tentang kepimpinan Khalid, buku itu antaranya mempersoalkan tindakan Selangor menambah peruntukan tahunan untuk rumah ibadat bukan Islam, bantuan kepada sekolah Cina dan India dan cadangan mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan.
Tiga keping foto seorang exconya Elizabeth Wong, yang dilanda kontroversi berhubung isu gambar intimnya Februari lalu, turut dimuatkan.Sebuah lagi buku khas bagi menjawab kenyataan Anwar, antaranya berhubung dakwaan berlakunya konspirasi berhubung kes liwat terhadap mantan timbalan perdana menteri itu.Malaysiakini
Langgan:
Catatan (Atom)