klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 23 Ogos 2009

Sekilas Ingatan : MEMORANDUM AMK KEPADA SPR BERKAITAN KEWUJUDAN PENGUNDI HANTU DI PRK N25 BUKIT SELAMBAU

ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA

Tarikh : 2 APRIL 2009

MEMORANDUM :
MOHON SURUHANJAYA PILIHANRAYA BERSIHKAN SEGERA SENARAI PEMILIH N25 DUN BUKIT SELAMBAU DAN DI SELURUH MALAYSIA

Angkatan Muda Keadilan Malaysia ( AMK Malaysia ) MENDESAK Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) agar SEGERA membersihkan senarai pemilih di N25 DUN Bukit Selambau dan di seluruh Malaysia bagi membuktikan ketelusan , keadilan , integriti dan profesional dalam mengimplimentasi amalan demokrasi di negara Malaysia tercinta ini .

Pelbagai aduan dan tindakan telah diambil sebelum ini oleh AMK dan Pakatan Rakyat terhadap isu-isu ketelusan dan integriti SPR berkaitan “ PENGUNDI HANTU” atau “PENGUNDI RAGU” bagaikan melepas batuk di tangga oleh pihak SPR sebagai agensi yang diharapkan oleh seluruh rakyat Malaysia bersikap adil dan profesional.

Perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007 yang melibatkan puluhan ribu rakyat turun ke jalanraya adalah satu tindakan bersungguh-sungguh rakyat agar berlaku satu REFORMASI dalam SPR dengan menuntut 4 tuntutan antaranya ialah Pembersihan daftar pemilih daripada nama-nama yang tidak sayugia wujud. Ia termasuk apa yang disifatkan sebagai 'pengundi hantu', pemilih yang telah mati dan seumpamanya. Ia bagi mengelakkan sebarang kecenderungan penyalahgunaan nama terbabit atau penipuan oleh mana-mana pihak yang bertanding seharusnya menjadi perhatian kepada pihak SPR .

AMK Malaysia MENDESAK dan MENGULANGI tuntutan tersebut apabila bukti-bukti yang jelas lagi nyata berlaku sekali lagi di N25 DUN Bukit Selambau apabila berjaya mengesan sejumlah 3029 orang ‘Pengundi Hantu’ atau ‘Pengundi Ragu’ di lokaliti di beberapa Peti Undi dan terdapat bukti apabila di Taman Bandar Baru Sungai Lalang terdapat 76 lokaliti yang dikenalpasti sedangkan pengundi tersebut tidak wujud dan tanpa pengetahuan tuan milik rumah-rumah tersebut .

AMK MENDESAK SPR dengan SEGERA MEMBERSIHKAN senarai pengundi tersebut yang bakal digunakan dalam Pilihanraya Kecil N25 Bukit Selambau pada 7 April 2009.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan