klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 24 Februari 2011

DEMOKRASI MATI DI UNVERSITI DAN KEBANGKITAN MAHASISWA

Dua hari lalu , pintu kaca bangunan pentadbiran UPM yang menempatkan pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan, pecah selepas dirempuh sekumpulan mahasiswa pro-M. Mereka dilaporkan bertindak demikian selepas Dr Mohd Fauzi enggan memberikan penjelasan mengapa kemenangan calon mereka dalam pilihan raya kampus itu kelmarin dibatalkan. Difahamkan mereka berkumpul di bangunan selama 19 jam - sejak jam 10 malam kelmarin.Ia ekoran keputusan pentadbiran universiti menarik balik pembatalan kemenangan 11 calon pro-M .

Turut berlaku di UM apabila timbalan naib canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah menolak pencalonan empat calon pro-M dalam pilihan raya kampus universiti tersebut. Mahasiswa Pro M membantah tindakan tersebut dengan mengusung 'mayat' ketika berkumpul di hadapan bangunan pejabat timbalan naib canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar (HEP)UM .

Termasuk juga tindakan tidak rasional pihak universiti yang menganggu sidang media yang dilakukan oleh mahasiswa serta mengekang mahasiswa dengan pelbagai peraturan baru yang secara jelas bersifat berat sebelah dan mengekang mahasiswa .

Insiden-insiden tersebut adalah terbukti DEMOKRASI YANG MATI di universiti demi mengikut telunjuk dan berpihak kepada arahan pemerintah iaitu UMNO /BN bagi mengekang mahasiswa . Penggunaan AUKU yang secara nyata digunapakai sebagai instrumen untuk "menghalalkan" segala tindakan mereka .

Seharusnya , universiti menjadi medan penyuburan amalan demokrasi dan pendidikan politik yang terbaik , mendidik para mahasiswa sebagai agen perubahan masayarakat , bakal pemimpin negara masa depan dengan menterjemahkan demokrasi yang tulin di negara yang berdaulat . Tetapi malangnya , universiti telah dijadikan alat oleh pimpinan UMNO/BN untuk mengekang kebangkitan mahasiswa . Menjadikan mahasiswa sebagai insan yang jumud .

Pemilihan Pilihanraya Kampus di beberapa universiti menjadi bercelaru , berat sebelah serta berlaku salahguna kuasa pihak pentadbiran universiti telah mengagalkan proses demokrasi dalam pemilihan tersebut . Kegagalan Menteri Pengajian Tinggi dalam menangani isu tersebut dan bersifat "lembu kenyang" dengan apa yang berlaku tanpa sebarang reaksi yang positif . Menjadikan suasana menjadi semakin 'panas' dan menjana kemarahan apabila hak dan suara mahasiswa telah dinafikan dan seolah-olah diperlekehkan apabila menteri tersebut menjawap tiada kelapangan untuk mendengar suara mahasiswa .

Mahasiwa bukanlah manusia seperti perumpamaan " lembu yang boleh dicucuk hidung " . Mereka adalah generasi muda
yang bersifat realistik dan idealis . Mereka seharusnya dididik oleh universiti dengan sistem yang kondusif dan komprehensif agar mampu melahirkan aset negara yang terbaik . Tetapi malangnya mahasiswa telah dimanipulasi dan hak mereka telah dikekang serta dinafikan demi kepentingan dan keberuntungan pimpinan UMNO/BN semata-mata .

Apakah harapan kita lagi , kalau universiti yang dihasratkan menjadi institusi pendidikan tertinggi dalam menyubur dan mengamali sistem demokrasi yang realistik tapi malangnya telah gagal berfungsi sebagaimana yang dihasratkan , sudah pasti kita seolah-olah sedang melahirkan para 'robot' yang hanya mengikut arahan dan diprogramkan untuk tunduk dan akur kepada pemerintah .

Tahniah kepada para mahasiswa secara soladiriti telah bangkit memperjuangkan hak dan mengamalan demokrasi di kampus-kampus universiti . Nampaknya mahasiswa telah 'mengajar' dan 'mengkuliahkan' para TNC dan para pentadbir di universiti memahami erti dan perjuangan demokrasi . Kita juga melihat hari ini kebangkitan mahasiwa , mereka semakin berani dan mula bangun memperjuangkan hak mereka serta isu-isu rakyat .

Sepertimana yang diungkapkan oleh Bekas Aktivis Mahasiswa dan Tokoh pejuang Demokrasi Malaysia , Datuk seri Anwar Ibrahim , " kalau sanubari kita penuh dengan ketakutan , kita akan hidup dengan ketakutan . Kalau kita nyalakan api perjuangan dalam dada kita , kita akan memiliki kekuatan untuk menengakkan keadilan , menghapuskan kezaliman " .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan