klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 1 Ogos 2009

Bila ‘Brand’ tak laku, ‘lawan Tok Peraih’ Ikan pun kalah………Kata Rosol

KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ajil, Dato’ Rosol Wahid berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menukar taktik dan teknik untuk berhadapan dengan PAS dan Pakatan Rakyat.
Beliau yang juga bekas Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu berkata taburan janji dan projek segera tidak lagi mampu untuk menarik pengundi.”BN masih tidak mampu untuk menang, ertinya BN perlu menukar taktik dan teknik untuk berhadapan dengan PAS dan Pakatan Rakyat,”taburan janji dan projek segera nampaknya tidak mampu untuk menarik pengundi, ini terbukti dalam 6 pilihanraya kecil yang telah kita lalui, ”ini terbukti dalam 6 pilihanraya kecil yang telah kita lalui, kita kalah 5-0...,”tulisnya dalam mengulas kekalahan terbaru BN dalam pilihanraya Kecil DUN Manek Urai.
Beliau menolak pandangan pemimpin UMNO yang mengatakan kemenangan tipis calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah (Abe uji) seolah-seolah BN telah menang.Katanya BN perlu menerima realiti bahawa kalah tetap kalah walaupun satu undi.Mengulas lanjut, beliau menulis secara sinis dan mempersoalkan, adakah BN terlalu parah ketika ini sehingga lawan ‘Tok Peraih Ikan’ pun kalah!Rosol yang juga bekas Exco kanan kerajaan Terengganu berkata ‘brand’ BN tidak popular dan tidak laku lagi masakini.Oleh itu, katanya, imej BN yang parah itu perlu dipulihkan dan perlu di lakukakan ‘Rebranding’.
”Orang putih sebut 'Rebranding'...Kalau brand kita telah dipandang enteng, maka apa sahaja yang kita lakukan tidak akan berkesan malah dipandang negatif. ”Pihak pembangkang dengan senang sahaja memanipulasikan apa sahaja yang kita buat,”katanya.Beliau turut meluahkan perasaan bimbangnya dengan yang menimpa UMNO/BN sekarang dan menyifatkan ia adalah ‘satu nasib malang’ kepada parti itu.Katanya, oleh kerana BN tidak popular lagi, segala apa yang berlaku, BN akan dipersalahkan.
”Kematian Beng Hock baru-baru ini juga kerajaan disalahkan, kematian seorang India di dalam lokap...kerajaan juga dicemuh, kenaikan tambang pengangkutan awam, bertambahnya penagih dadah, kerajaan dikeji,”apa-apa sahaja yang negatif, kerajaan juga jadi mangsa...pengumuman PM seperti penurunan Tol, pakej rangsangan ekonomi dll seolah-olah tidak memberi kesan apa-apa kepada rakyat, malah ia dipandang sepi begitu saja,”tulisnya lagi.
Beliau mengakhiri tulisannya dengan memetik kata-kata orang tua;”kalau pokok sudah condong, bukan sahaja kambing mampu panjat, malah kura-kura juga akan cuba merangkak naik", tulisnya dalam posting terbaru blognya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan