klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 1 Mac 2011

Perdana Menteri Perlu Mohon Maaf dari Sheikh Yusuf Qaradhawi - YB Azmin

Kenyataan sembrono Perdana Menteri Najib Razak mengenai Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi dan Ikhwanul Muslimin tidaklah memeranjatkan. Kenyataan menolak penyertaan Ikhwanul Muslimin dalam menentukan haluan politik Mesir dan Timur Tengah hanyalah semata-mata bertaklid dengan pendirian Amerika Syarikat.   

Sebagai pemimpin negara yang menganggotai Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), Najib telah menyinggung ulama tersohor dunia Islam dan seluruh warga Muslim di atas kenyataan tidak bertanggung jawab beliau di Istanbul, Turki yang dipetik oleh National Review Online pada 23 Februari 2011 bertajuk Malaysian PM: Muslim Brotherhood Must Renounce Violence or Be Left Out.

Demokrasi adalah proses politik yang bersifat inklusif. Satu proses politik yang menolak penyertaan sebahagian dari anggota masyarakat adalah bertentangan dengan semangat dan amalan demokrasi.

Sejak penubuhannya dalam tahun 1928 Ikhwanul Muslimin telah terlibat secara langsung dalam perjuangan rakyat Mesir melawan penjajahan. Ikhwanul Muslimin juga pendukung terkuat kepada perjuangan rakyat Palestin.

Sejak diharamkan dalam tahun 1954 Ikhwanul Muslimin menjadi mangsa kepada kezaliman rejim tentera Mesir. Meskipun ditekan selama berdekad-dekad Ikhwan terus kuat dan merupakan organisasi yang paling konsisten melawan kezaliman pemerintahan tentera dan rasuah di negara tersebut.

Mereka yang berpandangan Ikhwan Muslim perlu dikeluarkan dari proses politik Mesir pasca Mubarak dan pasca rejim tentera adalah jahil terhadap sejarah politik Mesir dan aspirasi rakyat negara tersebut. Ikhwan adalah sebahagian dari rakyat Mesir dan merupakan kumpulan yang paling sedar terhadap kezaliman rejim Mubarak dan keperluan demokrasi di Mesir.

Kenyataan Perdana Menteri yang mengaitkan Sheikh Yusuf Qaradhawi dengan keganasan dan terorisma menunjukan Dato' Sri Najib telah menjadi perkakas kepada propaganda Israel yang mendapat dukungan daripada golongan ekstrim dalam dasar luar Amerika Syarikat.

Sheikh Yusuf adalah ulama' yang paling tegas memperjuangan hak rakyat Palestin. Oleh itu, propaganda Israel dan penyokong-penyokongnya di Amerika cuba menggambarkan Sheikh Yusuf sebagai penyokong keganasan.

Perdana Menteri harus sedar bahawa Sheikh Yusuf adalah ulama' dunia Islam yang paling berpengaruh dewasa ini. Selama berdekad-dekad Sheikh Yusuf telah berjuang melalui tulisan dakwah beliau untuk melawan golongan ekstrimis dalam Islam dengan mengemukakan falsafah kesederhanaan (al-Wasatiah) dalam Islam.

Maka mengaitkan Sheikh Yusuf, yang juga Tokoh Maal Hijrah tahun 2009, merupakan satu kejahilan yang tidak boleh dimaafkan. Kerana keceluparan tersebut saya menuntut Perdana Menteri memohon maaf kepada Sheikh Yusuf Qaradhawi.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden

26 Februari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan