klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 25 Mei 2009

PKR Nafi Dakwaan Cuba Pujuk Calon Bebas

BUKIT MERTAJAM [5.00 pm] - Parti Keadilan Rakyat (PKR), hari ini menafikan dakwaan seorang daripada calon Bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti bahawa parti itu memujuk atau memberi ganjaran kepada calon Bebas supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil itu, 31 Mei ini.
Ketua Penerangan PKR, Tian Chua mencabar mana-mana calon Bebas yang bertanding, termasuk Aminah Abdullah yang membuat dakwaan itu supaya mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jika benar wujud penyelewengan sedemikian. "Jika ada sebarang bukti bahawa ada pemimpin atau mana-mana daripada kami (PKR) menawarkan ganjaran kewangan, laporkan kepada SPRM atau SPR," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan