klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 25 Mei 2009

Aminah dedah bukti PKR sogok ???????????

May 25, 09 11:01am

Calon bebas Aminah Abdullah mendakwa mempunyai bukti PKR cuba menyogoknya dengan jawatan penting jika beliau tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini. Dalam sidang medianya pagi ini, bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang mendakwa, dua wakil parti itu menemuinya pada 13 Mei lalu untuk menawarkan jawatan yang dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Tambahnya, seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR dan pembantu seorang exco kerajaan negeri, daripada parti itu, menemuinya dengan mendapat restu penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menggunakan slogan "Ke Arah Keadilan Sebenar", Aminah bagaimanapun tidak menamakan dua pemimpin PKR tersebut.Beliau juga mendakwa, jika berjaya menewaskan calon PKR Mansor Othman dalam pilihanraya DUN itu, beliau akan dibenarkan menyertai parti itu dan diberikan jawatan Timbalan Satu Ketua Menteri .

FM - Tak nak ketawa tapi memang lawak ! hehehehe ! hahahaha ! Nak cakap tak masuk akal , memang pun ! Tawaran dan sogokkan yang sangat mengelikan hati . Sedarlah wahai Kakak Aminah , jawatan YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN hanya dijawat oleh pejawat awam atau kakitangan kerajaan negeri . Yang ni lagi lawak ... disogokkan dengan jawatan TIMBALAN 1 KETUA MENTERI PULAU PINANG jika kakak Aminah menang ! Biaq betoi Kakak Aminah ! Tak kan bodoh lagu tu! Mudah betul nak bagi jawatan macam tu . Hang sapa ? Tak payah merapulah kakak Aminah . kik kik kik ! 1 MALAYSIA PASTI GELAK BESAQ!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan