klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 10 Julai 2009

Serangan peribadi: Johari mohon maaf kepada KM

Oleh: Annuar Ismail

Pulau Pinang 8 Julai - Semalam Ketua Whip PKR, Majlis Perbadaran Seberang Perai (MPSP), Johari Kassim telah memohon berhubung kenyataannya beliau yang menyelar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini.Bagaimanapun menurut Johari, beliau bertanggungjawab terhadap tindakan memulaukan ucapacara angkat sumpah YDP Majlis Perbandaran Seberang Perai, Mokhtar Mohd Jait apabila Johari bersama 7 ahli majlis PKR yang lain.
Tindakan tersebut dilakukan setelah perlantikan Moktar yang juga penjawat awam dibuat tanpa merujuk persetujuan yang pernah dibuat selepas keputusan pilihanraya umum lalu.
Langkah memohon maaf secara terbuka tersebut adalah kehendak Ketua Menteri dan pimpinan parti di negeri ini yang mahukan kontroversi itu dileraikan dengan segera, seterusnya meneruskan kerjasama dan mengekalkan persefahaman antara Pakatan Rakyat negeri ini.Selain itu Johari turut tegas mempertahankan keputusan PKR berhubung dasar perlantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini yang mahukan agar perlantikan politik dilakukan terhadap kedua-dua pihak berkuasa tempatan negeri ini.
Sehubungan itu, perbincangan antara PKR-DAP yang diadakan pada hari selasa lalu telah mencapai keputusan penting supaya sebarang keputusan sepakat untuk kepentingan Pakatan Rakyat dapat dibuat terlebih dahulu dalam Majlis Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.
Keputusan memecat Johari adalah mengikut Seksyen 10 (4) Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang tidak dibenarkan beliau dirayu bagaimanapun keputusan tersebut harus ditarik kembali oleh Lim dan Johari akan dilantik semula sebagai Ahli Majlis MPSP.Johari dijadualkan bertugas semula awal bulan hadapan.

FM - ALHAMDULILLAH SELESAI . ABANG JO, HANG KERJA ELOK2 NO...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan