Sebuah lamanweb whistleblower, yang sebelum ini mendedahkan dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya, kini mensasarkan seorang lagi pemimpin politik Sarawak dalam pendedahan terbarunya.Dikatakan bahawa Trend-NIC, sebuah syarikat yang berkaitan dengan Foo, telah memperolehi sehingga RM40 juta daripada kontrak tersebut.
Pembinaan hospital tersebut diilhamkan oleh Chan lapan tahun lalu - ketika beliau menjadi menteri kesihatan negeri - sebagai pusat rawatan kanser swasta untuk memenuhi keperluan 'pelancongan kesihatan'.
Projek tersebut kemudiannya diambil alih oleh kerajaan persekutuan tahun lalu dengan kos lebih daripada RM400 juta.
Kerja pembinaan hospital tersebut bermula pada 2003 dan dijadualkan siap pada 2006. Bagaimanapun, ia hanya siap tahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan