klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 9 September 2009

LAPORAN PENYIASATAN DAKWAAN PENDERAAN SEKSUAL TERHADAP WANITA KAUM PENAN TIDAK AKAN SELESAI MASALAH

Wanita KEADILAN ingin merakamkan terima kasih kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Faizah Md Tahir yang telah menemui dan memberikan kerjasama kepada rombongan Wanita KEADILAN bagi mendapatkan Laporan oleh Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan bagi Menyiasat Dakwaan Penderaan Seksual Terhadap Wanita Kaum Penan di Sarawak yang diketuai oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil.
Laporan tersebut telah diperoleh semalam, Selasa 8 September 2009. Wanita KEADILAN telah dengan serta-merta menghebahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada aktivis yang membela keadaan kaum Penan di Sarawak.
Penelitian terhadap Laporan tersebut telah mendapati bahawa matlamat untuk menyediakan pelan tindakan menangani secara khusus bagaimana untuk mengelakkan jenayah rogol dan penderaan seksual terhadap wanita, gadis dan anak-anak perempuan kaum Penan dengan sewenangnya dari terus berlaku tidak tercapai.
Laporan tidak menyebut peranan khusus yang harus dimainkan oleh pihak polis di Sarawak dalam pelan tindakan untuk menghentikan pencabulan seksual ke atas wanita dan gadis kaum Penan.
Sikap acuh tak acuh dan tidak mesra kaum Penan Polis Sarawak telah memburukkan lagi keadaan bagi keselamatan kaum Penan, khususnya wanita dan gadis. Kenyataan Ketua Polis Bahagian Jenayah, ACP Huzir Mohamed bahawa PDRM Sarawak tidak mempunyai peruntukkan untuk misi bersama NGO untuk terus menyiasat dakwaan mengenai kes rogol wanita dan gadis Penan sungguh menghampakan.
Janji Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kepada Penan Support Group pada 2 Januari 2009 bahawa PDRM bersetuju untuk mengadakan siasatan bersama dengan bantuan NGO pula belum menghasilkan sebarang tindakan.
Wanita KEADILAN juga kesal bahawa tiada usaha untuk membawa mereka yang bersalah (yang telah dikenalpasti menurut Laporan) melakukan penderaan seksual terhadap anak-anak, yang semuda usia 10 tahun, sehingga ada di antaranya berulang kali hamil dan melahirkan anak, tidak dibawa ke muka pengadilan.
Wanita KEADILAN mengutuk syarikat pembalakan yang telah jelas sama sekali mengabaikan tanggungjawab sosial mereka dalam memelihara cara hidup, maruah dan kesejahteraan kaum Penan. Perbuatan pekerja syarikat pembalakan yang mencabul kehormatan wanita kaum Penan merupakan suatu kehinaan yang bersifat kehaiwanan. Malaysia tidak memerlukan syarikat-syarikat sedemikian yang bersifat rakus beroperasi hanya untuk kepentingan material dan keuntungan wang ringgit yang membawa padah kepada rakyat.
Apakah keuntungan berbilion ringgit mereka tidak dapat dikongsi dalam membangunkan infrastruktur dan usaha-usaha menjamin keselamatan kaum Penan di mana mereka membalak?
1Malaysia PM, Najib Razak makin jauh meleset kerana wujud berbagai golongan rakus yang tidak memperdulikan golongan yang lemah di Malaysia.

HJH. ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita
Parti Keadilan Rakyat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan