klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 11 Jun 2009

SHURA Gesa Agar Kerajaan Mansuhkan PPSMI


KUALA LUMPUR [3.35 pm] - Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) menggesa kerajaan memansuhkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kerana ia akan menjejaskan kedaulatan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abd Hamid (foto), berkata sejak PPSMI dilaksanakan pada tahun 2002, ia sudah menjejaskan status dan kedudukan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara.
"Shura berpendapat PPSMI dilaksanakan secara tergesa-gesa tanpa penelitian yang terperinci dan tanpa mengambil pendapat daripada pakar bahasa tempatan," katanya. Mohd Azmi berkata demikian kepada pemberita selepas menghantar Memorandum Bantahan terhadap PPSMI kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah di sini, hari ini.
Memorandum tersebut diterima oleh Engku Ibrahim kira-kira jam 11 pagi. Mohd Azmi berkata, kerajaan dan Kementerian Pelajaran tidak boleh memberi alasan untuk meneruskan PPSMI berdasarkan kepada kemerosotan pencapaian pelajar dalam bahasa Inggeris di peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan