Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menggemparkan Parlimen hari ini dengan berkata VK Lingam dibebaskan dari pertuduhan jenayah kerana beliau tidak melanggar undang-undang.Nazri juga mencadangkan bahawa Lingam tidak menyalahi undang-undang kerana mungkin Lingam berlagak seolah-olah boleh mempengaruhi perlantikan hakim hanya untuk mempengaruhi orang lain - dalam kes ini ialah Hakim Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.Beliau juga menambah tiada bukti jelas yang menunjukkan bahawa Lingam berkonspirasi dengan Hakim Tun Ahmad Fairuz.
Nazri tidak menafikan bahawa Lingam adalah watak dalam video skandal itu namun menambah ramai penipu di dunia ini dan mungkin VK Lingam hanya berlagak semata-mata.Nazri seterusnya berkata dari kaca mata perundangan, Lingam mungkin sekadar mencadangkan siapa yang sepatutnya dilantik ke jawatan kanan kehakiman.Beliau berkata mungkin Lingam salah dari segi moral kerana tindakannya telah menghakis integriti badan kehakiman, namun tidak ada undang-undang spesifik menyifatkan perbuatan itu salah.
"Bagi saya menteri Nazri dengan kenyataan itu membuktikan bahawa, kerajaan Barisan Nasional memang tidak ada niat politik untuk berbuat apa-apa tentang masalah rasuah ini. Ini kerana mereka tahu tentang hal ini, bukan sahaja Tun Eusoff Chin tetapi banyak hakim-hakim telah dibabitkan" ujarnyaDi Dewan Rakyat hari ini, Pakatan Rakyat menuntut kerajaan menjelaskan mengapa Peguam Negara enggan mengambil tindakan terhadap VK Lingam meskipun Suruhanjaya Di-Raja mendapati peguam tersebut cuba mempengaruhi perlantikan hakim.Pihak suruhanjaya mencadangkan tindakan diambil terhadap Lingam dan mereka-mereka yang terbabit termasuk bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin, Tun Ahmad Fairuz dan saudagar kaya Tan Sri Vincent Tan.
Nazri juga mengumumkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah mendapati tidak bukti kukuh mengaitkan watak-watak terbabit dengan kesalahan salahguna kuasa.Mengulas perkembangan ini, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah mengesyaki kerajaan cuba menutup skandal VK Lingam disebalik alasan teknikal.
"Mungkin itu tujuan mereka kalau mereka kata kes ini tidak ada bukti, kes ini ditutup. Dan mereka harap rakyat boleh menerima, badan kehakiman sudah bersih. Tapi tidak logik. Ia logik lah. Hakim-hakim yang dilantik dulu di bawah hakim-hakim yang rasuah ini masih ada dalam sistem sekarang. Kita tidak boleh asingkan sistem dan hakim-hakim sekarang daripada sistem dahulu. Mereka yang mewarisi masih duduk di atas, di semua peringkat" tambahnya lagi.
Nama Lingam mula dikenali ramai apabila gambarnya sekeluarga bercuti dengan Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin di New Zealand tersebar luas di Internet. Turut dipaparkan dalam Internet gambar Lingam bersama-sama taukeh besar Tan Sri Vincent Tan dan Tan Sri Mohtar Abdullah, mantan peguam negara, yang dirakamkan semasa percutian ke Itali.
"Seorang peguam yang membela kes-kes di hadapan hakim itu juga di Mahkamah Persekutuan lalu membawa dia bercuti bersama. Jelas kalau itu bukan rasuah, jadi apakah rasuah? Kalau menteri Nazri tidak memahami ini, saya minta dia turun kembali dan tengok buku asas lah" katanya.
Menurut Sivarasa, sekiranya kerajaan tidak serius dalam menangani isu yang sebegini besar, maka kerajaan akan dilihat gagal untuk mAhli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, berkata perbualan VK Lingam menyebabkan badan kehakiman negara menghadapi kehakisan integriti yang serius.Beliau mencadangkan Lingam didakwa dibawah Akta Hasutan.Nazri berkata kerajaan sedang mempertimbangkan perkara tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan