Demi memulihkan semula kebebasan mahkamah, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mencadangkan beberapa individu yang dilihat bersekongkol dengan pihak eksekutif disiasat secara terbuka.Ianya termasuk menyiasat beberapa dakwaan yang dikaitkan dengan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail sendiri.
“Selagi Peguam Negara tidak dibersihkan, selagi itu mahkamah turut akan dilihat tidak bebas dari pengaruh eksekutif (kerajaan),” ujarnya.“Kalau nak bersih, tak perlu tutup-tutup (siasatan), tapi perlu terbuka kerana ia lambang integriti mahkamah.” Ujarnya, kesangsian rakyar terhadap Abdul Ghani merupakan salah satu sebab Mahkamah tidak dilihat bebas.“Sekiranya Peguam Negara sendiri menerima kesangsian sama ada di mahkamah atau di luar (mahkamah), maka beliau sendiri seharusnya dibersihkan terlebih dahulu dari kesangsian tersebut, tidak boleh dilihat kebal,” jelasnya.
Beliau yang juga AJK PAS Pusat berharap kerajaan tidak lagi menubuhkan suatu suruhanjaya untuk menyiasat Abdul Ghani secara tertutup, seperti sebelum ini.“Ianya tidak boleh dilakukan dengan hanya menubuhkan suatu suruhanjaya, kemudiannya disiasat secara tertutup lalu diumumkan seseorang yang didakwa itu tidak bersalah, tidak (melakukan) jenayah dan sebagainya,” jelasnya.Beliau turut menyentuh kes VK Linggam yang dianggapnya sebagai bukti mahkamah di Malaysia tidak bebas.
“Mereka tidak boleh menganggap kesangsian pada VK Linggam atau mana-mana hakim yang terbabit adalah masalah moral yang bersifat peribadi, kerana rakyat melihat kes-kes berkaitan dan hakim-hakim tertentu itu sebahgaian dari wajah kebebasan mahkamah,” Jelasnya.“Persepsi ini bukan hanya diberikan (oleh) saya atau ahli parlimen pembangkang yang lain, ianya (kes VK Linggam) diperkata oleh banyak pihak di luar negara sendiri.”Dalam pada itu, beliau juga mengakui bahawa usaha menjadikan mahkamah benar-benar bebas adalah sesuatu yang mustahil.
Ianya kerana soal perlantikan, pengajian dan perjawatan masih menerima lagi dilakukan secara langsung dengan pihak eksekutif.Pun begitu, Khalid berpendapat bahawa mahkamah dan pihak eksekutif seharusnya bersikap profesional, termasuk mendakwa pihak-pihak yang disangsikan terbabit.“Yang penting, mereka sendiri mesti berusaha memperlihat kebebasan mereka dan mesti memenangi kembali kreteria ini (kebebasan Mahkamah),” jelasnya.
“Memang tiada sesiapa pun yang sempurna, tetapi mahkamah tidak boleh dilihat cacat disebabkan seorang dua (inividu) ini (termasuk Abdul Ghani).”“Sekiranya mereka yang terbabit tidak mampu dibersihkan dari sangsi umum, mereka ini perlu dilucutkan jawatan atau mahkamah sendir perlu lantik seseorang yang lebih layak.”Tambahnya lagi, mahkamah di Malaysia tidak perlu berubah sehingga mewujudkan sesuatu yang disebut Penghakiman Majmuk – Peguam Negara mesti majmuk demi mengelakkan perlanggaran nilai integriti seperti dakwaan terpilih.
“Saya tidak rasa kita perlu sampai sebegitu (Penghakiman Majmuk), Sekurang-kurangnya Peguam Negara perlu menjawab segala kesangsian itu di Parlimen,” jelasnya.“Jawapan Menteri berwajib tidak memadai, malah dilihat lebih banyak melindungi dia (Peguam Negara) dari menyelesaikan kesangsian (mahkamah tidak bebas).
”Semalam, Khalid mendesak Kerajaan mengemukakan bukti bahawa mahkamah di Malaysia telahpun bebas dari pengaruh eksekutif pemerintah.Menjawab soal itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz meminta semua pihak bersabar dengan beberapa usaha pemulihan yang dilakukan kerajaan sehingga sekarang.
“Bukan kita tidak mengambil tindakan tegas (dan) cepat, saya kata kesan (dari tindakan) itu memakan masa sikit, tindakan telahpun kita (kerajaan) ambil, berkesan itu (hasil tindakan kerajaan),” jelasnya lagi. -zainulfaqar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan