Saya petik dari blog Topeng Perak® Unmasked untuk renungan semua .....
Terdahulu, DSAI dalam kenyataannya telah memberi kata 2 kepada Pimpinan Pakatan Rakyat yang berbunyi -
"Semua anggota parti mestilah menyokong agenda perubahan, bekerja untuk Pakatan Rakyat atau terpaksa disingkirkan daripada parti,"
"Ramai pemimpin PKR yang mahu tindakan tegas dikenakan terhadap anggota yang tidak dapat mengikut dasar parti,"
"Beri komitmen kepada parti atau tinggalkan parti dan sertai Umno,"
"Walaupun sesetengah kritikan terhadap pemimpin dan wakil rakyat parti ti boleh diterima, tetapi menegaskan bahawa beliau tidak akan berkompromi dengan mereka yang enggan mematuhidasar-dasar yang ditetapkan oleh parti,"Dipetik dari - malaysiakini

Dekat sini juga aku nak beri kata 2 kepada "Pucuk Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat" iaitu TG Haji Hadi, Lim Kit Siang dan juga DS Anwar Ibrahim sendiri... kata 2 ni sebenarnya paling-paling nak aku tujukan pada "Pucuk Pimpinan Tertinggi" dari PKR dan juga PAS.
Sejak akhir-akhir ni berbagai masalah dalam Pakatan Rakyat boleh dikatakan kebanyakannya datang dari 2 parti utama ini iaitu PAS dan juga PKR.
PAS dengan masalah beberapa kerat pimpinan yang kebanyakan kenyataannya tidak seperti pimpinan Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi dari Selangor dan juga Terengganu sehingga memaksa PAS mengadakan beberapa mesyuarat penting bagi menyelesaikan masalah ini.
PKR pula tak habis-habis dengan masalah disiplin wakil-wakil rakyatnya yang semakin hari nampaknya semakin ramai yang hanya "berjawatan" tetapi tidak "bertanggung-jawab" atas amanah yang diberi dan diterima.
Kesemua masalah-masalah yang hadir ini bagi aku bukan disebabkan oleh angkara "pihak ke 3" iaitu UMNO/Beer eNd tetapi kerana kelemahan "Pucuk Pimpinan" dalam menangani orang bawahan sendiri.Mungkin masing-masing sibuk dengan agenda tersendiri dan menyerahkan semua pengurusan kepada pihak yang tidak berkelayakan.
Lama dah aku dok perhati kelemahan yang ni, bila ada masalah, masing-masing pimpinan dok menyalahkan pihak yang buat hal. yang buat hal memang kerjanya buat hal, tapi apa pula tanggung jawab pimpinan dalam menangani masalah yang berbangkit..?Cukup ke sekadar mengarahkan wakil rakyat yang buat hal letak jawatan..? lepas letak jawatan, adakan semula PRK, lantik pula wakil rakyat baru dan bila dah jadi macam ni, siapa dapat jamin "orang baru" ni akan jadi lebih bagus dari yang lama..?
Ini bukan masalah pakai kereta lama ganti dengan kereta baru... ini masalah "tanggung-jawab". aku pun boleh cakap "aku boleh jadi lebih baik dari dia atau dia..!", tapi siapa yang boleh buktikan dan bagi jaminan..?Aku nak jamin diri aku sendiri..? kamon geng... anak anjing baru beranak pun sampai mati balik tak kan percaya dengan janji aku tu selagi aku tak buktikan dan untuk buktikan semua tu, kena korbankan banyak masa dan orang yang kita berjanji pulak terpaksa pertaruhkan masa emas mereka dan "menunggu" apa yang kita janjikan.
Jadi kenapa nak "buang masa"..?Sebetulnya pada pandangan aku, semua masalah yang datang bukan berpunca dari orang yang buat masalah, tapi berpunca dari pihak atasan yang gagal memahami masalah orang bawahan.
Tiada "moral support"... Yang ada setakat ni cuma "arahan"... "u must do this, don't ask me how because that's your responsibility..!".Pakatan Rakyat menentang pemerintahan "Kuku-Besi" tapi masih tanpa sedar "mempraktikkan" pemerintahan "Kuku-Besi".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan