klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 20 Mei 2009

KHIR TOYO : PERGANTUNGAN LEBIH ZALIM DARIPADA ISA !

Khir Toyo sewaktu Sidang Media beliau pagi tadi , beliau menyatakan ketidakpuashatian terhadap tindakan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor Mac lalu berhubung perbelanjaan dana agensi kerajaan negeri yang telah mengantungkan beliau selama 12 bulan . Tindakan itu diambil ekoran kegagalan beliau menghadiri siasatan . Malah beliau menyatakan bahawa pergantungan beliau lebih zalim daripada ISA ! Lawak dan melucukan !
ISA ialah akta zalim menahan seseorang tanpa bicara . Sedangkan Khir Toyo dipanggil untuk siasatan dan diberikan peluang untuk membela diri dalam siasatan oleh SELCAT . Kalau beliau tidak bersalah , sudah pasti BERANI KERANA BENAR . Khir Toyo pasti akan hadir untuk berdepan dengan SELCAT . Beliau digantung kerana tidak hadir dalam siasatan oleh SELCAT . SELCAT yang bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri Selangor . Bererti Khir Toyo engkar kepada arahan Dewan Undangan Negeri Selangor . Kena orang lain BAGUS ! Tang kena kat dia ZALIM !

fariz musa

AWAS ! H1N1 DI 1 MALAYSIA !!!!!!!!!!!!!!!

H1 N1
H1+N1 = SELSEMA

Mahkamah Tinggi putuskan Sultan tidak boleh pecat Menteri Besar

KUALA LUMPUR: Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari jawatannya kerana beliau (Menteri Besar) tidak memegang jawatan itu atas perkenan baginda.Ini keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim bila beliau mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada 11 Mei.
Dalam penghakiman 78 muka yang dikeluarkan kepada media semalam, Abdul Aziz berkata sebaik saja Menteri Besar dilantik, beliau dan majlis exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiada siapa lain.Beliau berkata ini menurut fasal (2), (5), (6) dan (7) Artikel 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
"Sebaik saja menteri besar dilantik, menteri besar mentadbir negeri menerusi Majlis Eksekutif dan menasihatkan Sultan mengenai hal ehwal negeri sebagaimana diperuntukkan di bawah Artikel 18 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.Hakim Abdul Aziz berkata Sultan bertindak atas nasihat kecuali dalam perkara di mana Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan bahawa Baginda boleh bertindak atas budibicara baginda semata-mata.Beliau berkata berdasarkan peruntukan dalam Artikel 16, ia mensyaratkan bahawa dewan undangan adalah pihak yang menentukan sama ada ia menaruh keyakinan terhadap Menteri Besar selaku ketua majlis eksekutif menerusi undi tidak percaya terhadap Menteri Besar.
"Saya berpendapat bahawa pemecatan Menteri Besar oleh Baginda atau oleh sesiapa lain tidak sekali-kali dipertimbangkan di bawah Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak," kata beliau.Beliau berkata fasal 7 Artikel 16 undang-undang tubuh itu memperuntukkan bahawa kecuali Menteri Besar, anggota-anggota lain Majlis Eksekutif memegang jawatan atas perkenan Sultan dan mereka (anggota eksekutif) boleh dipecat dari jawatan oleh Sultan yang bertindak atas nasihat Menteri Besar.Abdul Aziz berkata Sultan Perak telah menemui dan menginterbiu tiga anggota dewan negeri yang menjadi anggota bebas dan seorang lagi anggota dewan yang sebelumnya keluar dari Barisan Nasional (BN) tetapi kemudian menyertai semula parti itu dan mereka memberitahu Sultan tentang sokongan mereka kepada BN secara sukarela tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.Abdul Aziz, bagaimanapun berkata, walaupun menerusi pertanyaan Sultan, Baginda berpendapat Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendapat sokongan majoriti anggota DUN, ini tidak bermakna Baginda boleh membuat keputusan bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti dewan berkenaan.Beliau berkata pendapat peribadi atau keputusan Sultan tidak relevan kepada maksud Artikel 16 (6) yang memperuntukkan bahawa "jika Menteri Besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti anggota dewan undangan, maka, kecuali atas permintaannya, Baginda membubarkan dewan, beliau dikehendaki mengemukakan peletakan jawatan majlis eksekutif".
Abdul Aziz mendengar prosiding semakan kehakiman yang dibawa oleh Mohammad Nizar, 52, memohon writ "quo warranto" dikeluarkan terhadap Zambry untuk memberi sebab atas asas apa atau kuasa apa beliau adalah menteri besar yang sah.Abdul Aziz kemudian mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah selepas memutuskan bahawa beliau (Nizar) tidak pernah melepaskan jawatan menteri besar oleh kerana beliau tidak kehilangan keyakinan majoriti dewan undangan negeri.Mohammad Nizar, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac tahun lepas selepas pakatan DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi dalam plihan raya umum ke 12.Kedua-dua pihak, bagaimanapun, mempunyai 28 kerusi masing-masing, selepas tiga anggota dewan dari pakatan itu keluar parti untuk menjadi anggota bebas dan yang keempat melompat semula dari PKR kepada Umno.
Sultan kemudian meminta Mohammad Nizar meletak jawatan menteri besar dan Zambry mengangkat sumpah selepas mengisytiharkan bahawa Barisan Nasional mempunyai majoriti di dewan undangan negeri.Mahkamah Rayuan, pada 12 Mei, membenarkan perintah penangguhan keputusan itu kepada Zambry dan menetapkan Khamis ini untuk mendengar bersama permohonan Mohammad Nizar mengetepikan perintah penangguhan.Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz juga berkata beliau tidak meragui bahawa Sultan mempunyai budi bicara mutlak berhubung pelantikan Menteri Besar dan tidak memperkenan permintaan bagi pembubaran DUN.
"Saya tidak pernah meragui tentang pelaksanaan prerogatif diraja untuk melantik seorang Menteri Besar mengikut Artikel 16 (2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak semata-mata berdasarkan pendapat peribadi Baginda."Dan bahawa Baginda boleh memilih apa carapun bagi memuaskan hati dan membuat keputusan sewajarnya tentang siapa yang mendapat keyakinan majoriti DUN hingga beliau boleh dilantik sebagai menteri besar untuk memimpin majlis eksekutif," katanya.Abdul Aziz bagaimanapun berkata perkara yang sama tidak boleh dilakukan berhubung Artikel 16 (6) dalam memutuskan sama ada Menteri Besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti anggota dewan undangan. BERNAMA

Tahniah Tok Guru Hj. Hadi !



YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden PAS tanpa bertanding, manakala beliau mengekalkan jawatannya selepas menerima pencalonan 136 daripada 137 PAS kawasan.
ANGKATAN MUDA KEADILAN ( AMK ) NEGERI TERENGGANU MERAKAMKAN JUTAAN TANIAH KEPADA YB DATUK SERI HAJI ABDUL HADI AWANG DI ATAS KEMENANGAN TANPA BERTANDING SEBAGAI PRESIDEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA ( PAS ) .

DUN SELANGOR GANTUNG KHIR TOYO SETAHUN

Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah menggantung ketua pembangkang dan bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo daripada menghadiri sidang DUN selama setahun.
Tindakan itu diambil ekoran kegagalan beliau menghadiri siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor Mac lalu berhubung perbelanjaan dana agensi kerajaan negeri.

Jawatankuasa itu - di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor - juga mendapati beliau bersalah terhadap tiga tuduhan membuat kenyataan yang menghina legitimasi Selcat, dalam media dalam dalam blognya.

Tun Dr. Mahathir : Cakap Tak Serupa Bikin ! Meloyakan !

" Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar media arus perdana berhubung cara liputan berita yang tidak berhemah dan berat-sebelah. Mengakui kekangan ke atas media bermula ketika negara di bawah pentadbiran beliau, Dr Mahathir berkata media arus perdana cenderung mengampu pemimpin dan takut menyatakan kebenaran. Sikap ini, kata Dr Mahathir, menyebabkan rakyat tidak lagi percaya kepada integriti media arus perdana.Tambah beliau media arus perdana harus menukar wajah dan lebih berani mengkritik dan mendedahkan kelemahan kerajaan." - TVA

Tun Dr. Mahathir yang terkenal dengan jolokan Mahafiraun kini meniti hari-hari tua yang terus dengan kenyataan bak peribahasa melayu ‘ Kata dulang paku serpih’ ~ mengata orang dialah yang lebih . Sudah pasti blogers yang datang ke forum tersebut hendak termuntah apabila mendengar kenyataan seorang tua yang kononnya sudah insaf.
Inilah antara 'kejayaan' yang mantan Perdana Menteri Malaysia warisi - Indeks Kebebasan Akhbar Dunia yang dinilai Kalangan Wartawan Tanpa Sempadan menunjukkan tahap yang tidak memberangsangkan . Pada tahun 2006, Malaysia berada di kedudukan ke-92 dan kemudiannya tangga itu semakin meningkat ke tahun seterusnya. Pada tahun 2007, negara berada pada kedudukan ke-124 dan pada 2008 di tangga ke-132.
Akta – akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) , Akta Mesin Cetak dan Percetakan , Akta Rahsia Rasmi ( OSA ) digunapakai semaksimum yang boleh terus mengekang kebebasan akhbar dan bersuara sewaktu menjadi Perdana Menteri . Hari ini mengkritik bukan main lagi bahawa akhbar arus perdana tidak bebas , tidak adil . Jelas terbukti beliau sedang buang tebiat .
Ingatlah wahai sang tua , kerana kamu demokrasi di Malaysia tercinta sudah mati!!!! Ingatlah rakyat tidak pernah memaafkan kamu wahai Tun Dr. Mahathir di atas sikap brutal kamu sewaktu berada di puncak kuasa!


Fariz Musa

Selasa, 19 Mei 2009

NAJIB BACUL ! UMNO / BN PENAKUT !

Akhirnya teka-teki sama ada UMNO / BN menyertai atau tidak Pilihanraya Kecil N12 DUN Penanti terjawab apabila Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional ( BN )mengumumkan BN tidak akan menyertai Pilihanraya Kecil tersebut yang dijadualkan penamaan calon pada 23 Mei dan pembuangan undi pada 31 Mei 2009 .
Kenyataan Najib Tun Razak membuktikan secara jelas membuktikan betapa takutnya UMNO / BN terhadap pilihanraya kecil selepas menyaksikan reputasi dan prestasi UMNO / BN yang sangat buruk apa bila tewas di Permatang Pauh , Kuala Terengganu , Bukit Gantang dan Bukit Selambau . BN Hanya setakat ini mempertahankan kemenangan bagi kerusi DUN Batang Ai di Sarawak .
Najib Tun Razak nampaknya mengalami "fobia PRK" . Penyakit yang sama atau lebih teruk daripada H1N1 rupanya . Sehingga sanggup menebal muka dan memecah rekod UMNO / BN yang merupakan "Hari Ini Dalam Sejarah" apabila tidak menyertai Pilihanraya Kecil . Ahli UMNO dan 1 Malaysia akan pasti menobatkan Najib Tun Razak sebagai " 1 PRESIDEN UMNO PALING BACUL DAN PENAKUT " yang mampu dilahirkan oleh UMNO setelah UMNO berumur 63 tahun .
Walaupun ramai berkeyakinan bahawa UMNO/BN akan menaja calon Bebas dalam PRK N12 Penanti sekiranya UMNO /BN tidak menyertai PRK , malah sudah pasti suasana PRK kali ini agak muram berbanding PRK sebelum ini tanpa penyertaan UMNO /BN . Sebelum ini ramai pimpinan tertinggi UMNO / BN menyatakan hasrat bahawa UMNO /BN akan menyertai PRK N12 Penanti akhirnya lebur . Terutama kesiapsediaan Pemuda UMNO yang di ketuai Khairy Jamaluddin untuk bertempur di Penanti sudah pasti meranapkan semangat juang Pemuda Gerak Gempur UMNO yang tidak mendapat habuan yang dinanti dan dijanjikan setiap kali Pilihanraya Umum atau PRK . Dengan kata lain ' tidak dapat buat duit' daripada kemeriahan PRK . Kalah menang nombor dua , tetapi poket mesti tembam dengan wang habuan .
Penarikan diri UMNO / BN ini sudah pasti akan mengecewakan ahli-ahli UMNO di seluruh Malaysia terutama di DUN Penanti . Bagi mereka menang kalah biarlah di gelanggang . Ketakutan Najib Tun Razak terhadap YB Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh , Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat dirasai oleh 1 Malaysia . Kenangan kecundang di Permatang Pauh mungkin masih dirasai malunya . Sudah pasti 1Malaysia sedar bahawa Najib Tun Razak takut dan bimbang nama Altantuya akan berkumandang di Penanti dan beliau akan terus dianggap libialiti kepada UMNO / BN .
Lebih-lebih lagi , UMNO / BN tidak mempunyai calon yang hebat untuk berdepan pemimpin berjiwa rakyat seperti Dr. Mansor Osman yang mewakili Parti Keadilan Rakyat . Mempunyai kelulusan akademik yang hebat , pengalaman yang banyak dan malah personalti beliau yang berakhlak , berhemah dan merendah diri . Bakal Ahli Dewan Undangan Negeri dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang .
Walaupun bakal berdepan dengan calon Bebas ( difahamkan sudah 4 borang pencalonan telah diambil di pejabat SPR ) , gerak kerja masih perlu diteruskan bagi memastikan kemenangan besar Parti Keadilan Rakyat .

Wahai Najib Tun Razak , kamu tidak layak jadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO ! Bacul dan Penakut !

fariz musa

gerakan seluruh Malaysia !!!!!

KEMPEN
KEMBALIKAN
HAK
RAKYAT
PERAK !!!



Isnin, 18 Mei 2009

DIALOG UMUM DAN PERUNDINGAN SEMPENA HARI KEBEBASAN AKHBAR SEDUNIA


SHAH ALAM, 15 Mei 2009 - Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan dialog umum dan perundingan sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia pada 19 Mei 2009, dari 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari di Auditorium Dewan Sivik Petaling Jaya, Selangor. Dialog dan perundingan umum ini bakal memberi nafas baru kepada kebebasan akhbar dan suara pelbagai media di Malaysia.
Ahli panel yang dijangka membentangkan dan mengupas isu ini terdiri daripada YB Elizabeth Wong, Ahli Majlis Mesyuarat Selangor dan Pengerusi, Badan Bertindak Kebebasan Maklumat; Sevan D., Pengarah Program, Pusat Kewartawanan Bebas; Dipendra Harshad Rai, Majlis Peguam; Dr. Lim Teck Ghee, Pengarah, Pusat Polisi Inisiatif; Mr Ngooi Chiu Ing, Ahli EXCO, Transparency International and Padmaja Padman, Editor Latihan, Malaysia Kini.
Kerajaan Negeri Selangor sedang giat mempromosikan “Kebebasan Maklumat” dengan tertubuhnya Jawatankuasa Bertindak Kebebasan Maklumat pada awal 2009 yang dianggotai Ahli Parlimen, ADUN Negeri dan Pertubuhan bukan Kerajaan, dipengerusikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, YB Elizabeth Wong. Jawatankuasa bertindak tersebut berperanan membuat kajian untuk mewujudkan Akta Kebebasan Maklumat (Freedom of Information) FOI Act selewat-lewatnya pada penghujung 2009.
Justeru, kepada pengamal-pengamal media, persatuan sivil serta orang perseorangan adalah dijemput pada majlis tersebut nanti. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Arfa Aziz di alamat emel arfaeza@selangor.gov.my atau Tricia Yeoh, triciayeoh@selangor.gov.my (03-5544 7610 atau 012-6122 100), atau layari laman web rasmi kerajaan negeri Selangor pada http://www.selangorkini.com/

--
Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri Selangor
Tingkat 4, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Laman web: http://www.selangorkini.com.my/, http://www.selangor.gov.my/.

Ahad, 17 Mei 2009

PUAK IDRIS SURUH MAD SAID LETAK JAWATAN ! MUHYIDDIN CAKAP MAD SAID KEKAL MB !

Muhyiddin Yassin , Timbalan Presiden Umno menyatakan ketegasan bahawa Datuk Ahmad Said , tidak akan dipecat daripada jawatan Menteri Besar Negeri Terengganu . Sebelum ini desas desus di Terengganu membayangkan akan berlaku penyingkiran Datuk Ahmad Said daripada jawatan nombor wahid kerajaan negeri Terengganu ekoran konflik politik melibatkan perbalahan dan perpecahan yang semakin teruk di dalam UMNO Terengganu . Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada sebarang cadangan untuk menukarkan Datuk Ahmad Said daripada jawatan Menteri Besar.Oleh itu, katanya, Ahmad akan kekal memegang jawatan tersebut. Isu pertukaran MB Terengganu tidak pernah berbangkit sebelum ini.
Pertembungan Kem Ahmad Said dan Kem Idris Jusoh telah dilihat begitu 'panas' dan tidak mampu dibendung dan disimpan lagi sehingga menimbulkan rasa kelakar dan melucukan kepada rakyat negeri Terengganu . Persidangan DUN Negeri Terengganu tempohari menyaksikan ' retak yang sudah berbelah' di antara kedua-dua kem tersebut dan menimbulkan bisikan yang berkedengaran kuat bahawa Ahmad Said akan berdepan dengan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar , Datuk Ahmad Said . Ketidakhadiran 10 ADUN yang bertujuan memboikot persidangan DUN adalah tujuan untuk memberikan tekanan dan memalukan Ahmad Said dan menimbulkan pelbagai persepsi umum terhadap apa yang berlaku.
Pada 13 April lepas, tiga ADUN BN iaitu Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) menerima ‘SMS Ugut Bunuh’. SMS ugutan bunuh inilah yang menjadi alasan dan punca kononnya mereka tidak hadir kerana ugutan sms tersebut yang sangat mereka takuti dan termasuk juga 7 lagi yang lain turut sama memontengkan diri untuk tidak hadir ke dewan yang mulia tersebut kerana teramat takut dengan sms ugutan bunuh yang diterima oleh 3 rakan pasukan mereka . Laporan polis telah dibuat dan pihak polis memulakan siasatan terhadap kes tersebut .
Tindakan tidak menghadirkan diri ke sidang DUN itu kemudiannya bertukar menjadi satu agenda politik kumpulan yang pro-Idris bertujuan ‘menekan dan mengugut’ Menteri Besar Terengganu. Dalam sidang media yang diadakan pada hari yang sama, Rosol telah menggesa Dato’ Ahmad Said meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu. Kes SMS Ugutan Bunuh tapi mendesak Ahmad Said letak jawatan . Tidak tahu yang mana satu kesahihannya tindakan mereka tidak hadir ke Sidang DUN . Kerana takut diugut bunuhkah atau kerana bencikan Ahmad Said ? Difahamkan kerana arahan Najib Tun Razak , mereka hadir ke Persidangan DUN dan terpaksa menghentikan tindakan memboikot persidangan tersebut.
Sebelum itu , pihak polis telah berjaya menahan seorang kerani sebuah syarikat swasta berusia 31 tahun di Bandar Baru Bangi, Selangor pada 20 April,bagi membantu siasatan kes tersebut kerana disyaki menghantar SMS ugutan itu dan kemudian dibebaskan . Malah beliau dipercayai adalah blogger yang mengendalikan laman ‘GanuLening’. Selepas itu gempar apabila pihak polis mencari seorang ahli politik bagi membantu siasatan dalam kes tersebut. Akhirnya pihak polis terpaksa memberi kata dua kepada tokoh politik tersebut untuk tampil melaporkan diri dalam tempoh 72 jam kerana beliau tidak dapat dikesan . Hairan bagaimana seorang ahli politik yang pernah bertanding sebagai calon Barisan Nasional di Parlimen Marang ini hilang tanpa di jejak .
Tokoh tersebut ialah , Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir , bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh , bekas calon Barisan Nasional Parlimen Marang yang melawan Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang . Beliau adalah merupakan seorang orang kepercayaan dan kesayangan Datuk Seri Idris Jusoh yang kini merupakan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat ( MARA ) . Beliau sekarang menjawat jawatan sebagai Pegawai Khas kepada Pengerusi Mara . Sayang betul Idris Jusoh kepada Ramzi . Tapi adalah amat pelik bila Idris Jusoh diam tanpa bahasa terhadap kehilangan orang kesayangan dan kepercayaan beliau .
Akhirnya Ramzi di tahan selepas waran tangkap dikeluarkan oleh pihak polis terhadap beliau di sebuah hotel di Kuala Terengganu . Lebih mengejutkan apabila Timbalan Ketua Polis Terengganu SAC II Hamzah Mohd Jamil berkata pihaknya mempunyai bukti untuk mempercayai Ramzi terlibat dengan penghantaran SMS itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Telekomunikasi dan Multimedia 1998, jika sabit kesalahan Ramzi boleh didenda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya dan boleh juga didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu.
Adakah Ramzi sahajakah yang terlibat ? Atau kehilangan Ramzi sebelum ini sebenarnya cubaan menutup 'dalang' sebenar yang mengarah atau bersekongkol dengan beliau . Adalah amat menghairankan kalau berdasarkan kepada SMS ugutan yang diterima oleh 3 ADUN tersebut yang merupakan pasukan Kem Idris Jusoh . Ramzi pula orang kepercayaan Idris Jusoh . SMS ugutan bunuh pula seolah berpihak kepada Kem Ahmad Said . SMS yang berbunyi " Baik jangan teruskan niat YB , YB tak sayang nyawa ? ". Tetapi yang kena tahan orang Idris Jusoh dan orang yang terima SMS juga orang Idris Jusoh ????? Kalau dilihat, kerja kotor dan jijik ini bukan dirancang dan dilaksanakan oleh orang daripada Kem Ahmad Said . Apa cerita sebenarnya ini ?
Ramzi telah dibebaskan dengan ikat jamin . Terlalu cepat soal-siasat yang dikenakan oleh pihak polis dalam kes yang sangat serius ini . Saya dulu sewaktu di tahan kerana menampal poster gambar Altantuya bagi tujuan menyambut Najib Tun Razak di dakwa di bawah Akta Mesin Cetak dan Percetakan dan dibawa ke Mahkamah Majestrit untuk disambung reman selama 4 hari lagi ! Tetapi dalam kes mengungut bunuh , Ramzi dibebaskan dengan cepat . Atau ada 'tangan ghaib' yang campurtangan dalam kes tersebut .
Tekanan Ahmad Said cukup jelas dirasai bagi memastikan beliau meletakkan jawatan terutama daripada Kem Idris Jusoh . Kebencian yang dinyatakan cukup jelas . Lebih ketara lagi apabila Ahmad Said diturunkan pangkat apabila Najib Tun Razak dan melantik Dato' Seri Hisamuddin Hussein , Naib Presiden UMNO sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu . Kehadiran Hishamuddin tidak akan mampu menyelesaikan kemelut dan perpecahan yang sangat ketara di antara Kem Ahmad Said dan Kem Idris Jusoh . Walaupun Pengerusi Badan perhubungan Umno Terengganu akan mengadakan pertemuan dengan semua 24 ADUN BN yang bertelagah di negeri serta ketua-ketua Umno bahagian bagi mencari penyelesaian terhadap krisis tersebut.Pertemuan itu akan diadakan di pejabat Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga menteri dalam negeri, di Putrajaya akan turut dihadiri oleh Ahmad Said dan Idris Jusoh . Mampukah Hisamuddin menyelesaikan problem ini ?
Sebelum ini AMK Negeri Terengganu juga menyangkal kenyataan Ghani Patail apabila membangkitkan isu Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang tidak layak menjadi Menteri Besar Perak kerana tidak mendapat kepercayaan majoriti ADUN Perak , sedangkan dalam masa yang sama Ahmad Said juga tidak layak menjadi Menteri Besar Terengganu kerana 18 ADUN hilang kepercayaan terhadap beliau . Adalah amat menghairankan Najib Tun Razak tidak mampu untuk memecat Ahmad Said .
Apa yang berlaku membutikan bahawa pemimpin dan ADUN UMNO / BN bukan bertujuan untuk membela dan memperjuangkan rakyat Terengganu tetapi secara jelas lagi nyata mereka sebenarnya lebih mementingkan kepentingan diri daripada agenda memperjuangkan rakyat Terengganu . UMNO Terengganu sudah lagi tidak relevan untuk memimpin negeri Terengganu . Rakyat Terengganu terutama ahli-ahli UMNO seharusnya sedar bahawa UMNO bukan lagi parti yang memperjuangkan nasib orang melayu , tetapi memperjuangkan kepentingan peribadi dan tembolok mereka .
Kerana kebencian terhadap Ahmad Said , sekali lagi ADUN UMNO/BN bertindak menderhaka kepada DYMM Sultan Terengganu dengan terus menolak dan mendesak Ahmad Said meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sedangkan Ahmad adalah orang yang diberikan kepercayaan oleh DYMM Sultan Terengganu menjadi MB Terengganu .
Terbaik ialah bubar DUN Terengganu dan memberikan mandat kepada rakyat negeri Terengganu memilih pimpinan baru yang membentuk Kerajaan Negeri Terengganu dan membangun serta menjaga kebajikan rakyat Terengganu yang merupakan negeri ke 2 miskin di Malaysia .

fariz musa

FITNAH ANWAR : ANIFAH AMAN DIDESAK TARIK BALIK KENYATAAN

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Menteri Luar bahawa beliau pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Datuk Anifah Aman.
Pada pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat , Hillary Clinton di pejabat beliau di Washington dan semasa sidang akhbar Anifah mendakwa Anwar membuat tawaran jawatan kepada beliau ketika timbul ura-ura Ahli-Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional mahu melompat ke Pakatan Rakyat.
Persoalannya kenapa Anifah tidak membuat pendedahan itu di sidang Parlimen yang lalu. Pada sidang Parlimen yang lalu, Anifah dan semua Ahli Parlimen Barisan Nasional dicabar oleh Anwar untuk mengaku jika mereka disogok wang ringgit dan jawatan untuk menyertai Pakatan Rakyat. Tidak ada seorang pun yang bangun menyahut cabaran itu, termasuk Anifah Aman. Anwar mengajukan cabaran itu ketika membahaskan krisis perlembagaan Perak yang baru tercetus ketika itu akibat rampasan kuasa oleh Barisan Nasional.
Apa yang tidak diberitahu oleh Anifah pada sidang media bersama Clinton ialah Najib Razak, yang menawarkan habuan politik kepada 3 ADUN Pakatan Rakyat Perak untuk melompat keluar dan menyokong BN. Sehingga berlaku rampasan kuasa secara jijik dan kotor oleh Barisan Nasional yang diketuai oleh Najib Razak .
Berkemungkinan Anifah membuat tuduhan melulu dan dangkal terhadap Anwar kerana tersentak dengan pertanyaan media asing kepada Clinton mengenai layanan Malaysia terhadap Anwar. Apapun tuduhan liarnya itu bukan sahaja tidak kena tempat tetapi mempamerkan sifat Anifah sebagai seorang opportunis politik. Seorang pencacai dan pengampu politik kepada Najib Razak , Perdana Menteri Malaysia kerana telah diberikan jawatan Menteri Luar kepada beliau .
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim , Sankara Nair ketika dihubungi TV Antara berkata dakwaan Anifah itu berbaur fitnah dan Anwar telah mengarahkan beliau menghantar surat tuntutan mendesak Anifah menarik balik kenyataan beliau dan memberikan tempoh 24 jam kepada Menteri Luar itu memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnah terhadap beliau . Sekiranya Anifah gagal , Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kepada Anifah kerana memfitnah .
Anifah juga mengambil langkah defensif mempertahankan Perdana Menteri Najib Razak berhubung dakwaan kaitan beliau dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu. Sedangkan terdapat 18 buah akhbar negara tersebut telah mendedahkan penglibatan Najib Razak dalam kes pembunuhan Altantuya . Berkeyakinan Clinton tidak begitu bodoh mempercayai kenyataan biadab dan fitnah yang dibuat oleh Anifah . Kalau betul Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menawarkan sogokan jawatan kepada beliau , nyatakan bukti dan kesahihan tawaran tersebut. Di luar negara berani berkokok tapi bacul di negara sendiri .
fariz musa

Hishamuddin dan Musa Hassan Juga Boleh Dipenjara - Peguam

May 16, 2009

Badan Peguam Malaysia akan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri bagi mendesak beliau memecat Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein berhubung kenyataan beliau baru-baru ini yang mendakwa golongan peguam tidak mengatasi undang-undang negara.Badan tersebut juga akan memfail saman terhadap kerajaan Malaysia dan Ketua Polis Negara berhubung penahanan tersebut.Hishammuddin membuat kenyataan tersebut berkaitan insiden penahanan lima peguam di depan Balai Polis Brickfields 7 Mei lalu.
Mereka adalah antara 20 yang ditahan dalam perhimpunan kecil menyalakan lilin bagi menyokong Wong Chin Huat, jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), yang direman di balai tersebut sehari sebelum itu. Lima peguam dari Biro Bantuan Guaman termasuk pengerusinya Ravinder Singh Dhalliwal hadir di depan balai polis tersebut tujuan memberi bantuan guaman terhadap sekumpulan 15 orang yang ditangkap kerana berhimpun sebagai tanda sokongan kepada Wong.
Badan Peguam yang membuat keputusan tersebut selepas mengadakan mesyuarat agung luar biasa di Petaling Jaya tengahari tadi.Badan itu juga mendesak supaya Ketua Polis Negara, Musa Hassan dan Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid serta DSP Jude Pereira dipecat.
Tindakan penahanan lima peguam itu juga dikutuk keras dan disifatkan penahanan itu tidak sah di sisi undang-undang.Presiden Badan Peguam, K. Ragunath berkata jika golongan peguam tidak mengatasi undang-undang maka pihak polis juga tidak boleh bertindak sesuka hati dan di luar batasan kuasa. -tva

Media UMNO/BN Kata Najib Perlu Bubarkan DUN dan Pilihanraya Perlu Diadakan Di Perak!!

1 MALAYSIA mengutuk tindakan Najib Tun Raak terhadap kemelut politik di negeri Perak. 1 MALAYSIA menyokong supaya Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan dan memberikan mandat kepada rakyat menentukan parti mana yang bakal menerajui Kerajaan negeri Perak . 1 MALAYSIA mesti menolak Najib , UMNO dan Barisan Nasional .

Jadi kita ambil undian dalam media pro-BN.

Dan lihatlah keputusannya di sini:

Keputusan Undian SMS Dalam NTV7 (Edisi Bahasa Inggeris) Jam 8.00 Malam (14.5.2009)



Pilihanraya baru diadakan di Perak bagi menyelesaikan kekalutan politik Perak
Ya: 99%Tidak: 1%

Keputusan undian Berita Harian Online pada hari ini (16.5.2009)


Wajarkah Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubar bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan?
Ya 87.7% Tidak 10.6% Berkecuali 1.7%

Keputusan undian MStar Online pada hari ini (16.5.2009)

Siapakah yang layak menjadi Menteri Besar Perak?
Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir 34.2%
Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin 65.8%

Najib sudah mengisytiharkan dia adalah PM Rakyat yang akan merasai denyut nadi rakyat dan mendengar suara hati rakyat. Dan tinjauan pendapat di atas adalah salah satu dari suara hati rakyat. Suara hati rakyat yang meminta DUN Perak dibubarkan.

JUSTERU TUNGGU APA LAGI WAHAI NAJIB !!!!!!!

Sabtu, 16 Mei 2009

Kenyataan Akhbar Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

14 Mei 2009

Pendirian Pakatan Rakyat berkenaan Isu Perak dan Junta Myamar

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat PAS Jalan Raja Laut (14 Mei) dan telah mengambil keputusan berikut:Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan YAB Perdana Menteri untuk memperkukuhkan demokrasi dan institusi kerajaan negeri Perak. Kami mengulangi pendirian bahawa mandat seharusnya diserahkan kembali kepada rakyat Perak untuk menentukan kerajaan yang sah.

Kami mengambil maklum bahawa terdapat badan-badan dan individu seperti Yang DiPertua Dewan Negara, institusi seperti Suhakam, Majlis Peguam, ahli akademik, pemimpin dari parti komponen BN dan pelbagai pihak lain yang berpandangan bahawa penyelesaian terbaik bagi masalah Perak adalah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihanraya baru diadakan.

Pakatan Rakyat juga kesal dengan tindakan junta Myanmar yang telah menangkap pejuang hak asasi Myanmar Aung San Suu Kyi atas tuduhan remeh. Tuduhan tersebut adalah tidak munasabah dan tidak dapat diterima. Sehubungan dengan itu pihak kami menggesa kerajaan ASEAN untuk mengambil tindakan dan mendesak Myanmar membebaskan beliau tanpa syarat.

Dato Seri Anwar Ibrahim , Dato’ Seri Abdul Hadi dan Lim Kit Siang