22 Mei 2009, Jumaat
1. Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat
Tempat:Padang Ibu,Penanti/JDM 01
Masa:10:45 malam
Bersama: YB Dato Seri Anwar Ibrahim,YB Salahuddin Ayub,YB Anthony Loke,Sdr.Shamsul Iskandar dan YBhg Mohd Sabu.
———-
23 Mei 2009, Sabtu
1.Masa: 9:00 - 12:00 tghari
Tempat: IKBN Berapit
Program:Penamaan Calon
2. Masa: 4:30 Ptg
Tempat: Mengkuang Mat Sulong/JDM O2
Program:Majlis Penerangan
3. Masa: 7:25 mlm
Tempat: Surau Pondok Penanti/JDM 06
Program: Solat Maghrib/Tazkirah
4. Masa: 8:30 mlm
Tempat: Surau Guar Jering/JDM 01
Program: Solat Isya/Tazkirah
5. Masa: 9:30 mlm
Tempat: Bukit Berangan/ JDM/01
Program: Majlis Penerangan
6. 10:45 mlm
Tempat:Padang Berapit (Berhadapan Rumah Cikgu Ibrahim) JDM 10
Program: Ceramah Perdana
Bersama: YB.Dato Seri Anwar Ibrahim,YAB Dato Seri Nizar Jamaluddin dan YAB Sdr.Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang.
———-
24 Mei 2009,Ahad
1. Masa: 10:30 pagi
Tempat: Dewan JKKK Mengkuang Semarak JDM/04
Program: Sambutan Hari Ibu( Program AMK)
2. Masa: 4:30 ptg
Tempat: Bilik Gerakkan Telok Wang
Program: Majlis Mesra bersama penduduk Telok Wang
3. Masa: 7:45 mlm
Tempat: Masjid Kg Pelet
Program: Solat Maghrib dan Tazkirah
4. Masa: 8:30 mlm
Tempat: Perkampungan Sungai Lembu
Program: Majlis makan malam
5. Masa: 9:45 mlm
Tempat: Markas Mengkuang Semarak
Program: Majlis Penerangan
6. Masa: 10:45 mlm
Tempat: Padang Taman Guar Perahu
Program: Ceramah Perdana
Bersama: YB Dato Seri Anwar Ibrahim,YB Tuan Guru Hj.Abdul Hadi Awang dan YB Lim Kit Siang
PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Jumaat, 22 Mei 2009
ADUN PAS meninggal dunia
May 22, 09 8:11am
ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia kira-kira subuh hari ini di hospital Kota Bharu dan PAS memanggil satu sidang media di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut.Difahamkan Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.
ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia kira-kira subuh hari ini di hospital Kota Bharu dan PAS memanggil satu sidang media di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut.Difahamkan Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.
Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.Kecuali pada 2004, allahyarham sudah lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut - bawah parlimen Kuala Krai yang diwakili bendahari PAS Dr Hatta Ramli.
Pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali dijadual mengadakan satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur jam 11 pagi ini. Beliau juga dijangka mengulas pilihanraya kecil DUN Penanti yang akan bermula Sabtu ini sehingga 31 Mei.
Keputusan pilihanraya umum 2008 bagi N41 Manik Urai
Jumlah pengundi: 12,292 orang
Peratusan kaum: Melayu 99.25%, Cina 0.44%, India 26%, Lain-lain 0.02%
1. Ismail Yaacob (PAS) 5,746
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) 4,394
Majoriti: 1,352
Jumlah undi: 10,332
Peratus mengundi: 84.05%
Undi rosak: 192
malaysiakini
Esok ( 23 Mei 2009 ) keputusan siapa MB sah Perak
May 21, 09 1:25pmPerebutan kerusi menteri besar Perak antara Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan Datuk Seri Zambry Abd Kadir akan diketahui di Mahkamah Rayuan jam 3.30 petang esok. Pembentangan hujah peguam menteri besar BN itu selesai pagi tadi, yang diikuti hujah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai pencelah, dan peguam Mohammad Nizar berbuat demikian pada sebelah petang. Mahkamah itu mendengar rayuan Zambry terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal minggu lalu yang mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.
Malaysiakini
SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KEMENANGAN KEPADA DATUK SERI NIZAR! AMIN !
SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KEMENANGAN KEPADA DATUK SERI NIZAR! AMIN !
Khamis, 21 Mei 2009
FORUM SEMPENA HARI BELIA
MALAM INI KHAMIS 21 MEI 2009
JAM 8.00 – 10.00 Malam
AUDITORIUM DEWAN PERHIMPUNAN CHINA – Chinese Assembly Hall Jalan Maharaja Lela.
TAJUK :ANAK MUDA DAN CABARAN DEMOKRASI
Panel:
Saudara Hisamuddin Rais
Saudara Shamsul Iskandar – Ketua Angkatan Muda Keadilan
Saudara Sohaimi Shahdan – Exco Pergerakan Pemuda Umno
Saudara Lim Hong Siang - Kolomunis
Saudara Nofrizan Sharif - Ketua Pegawai Eksekutif Insititut Perkembangan Minda (INMIND)
Moderator: Saudara Lee Khai Loon & Khairul Anuar
Semua di jemput dan dipersilakan datang.
Kempen sejuta poskad mansuh PPSMI
Selepas menggerakkan ribuan penunjuk perasaan di jalanan awal Mac lalu, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) kini mengambil pendekatan kreatif dengan melayangkan sejuta poskad bantahan kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.Menurut setiausahanya, Hasni Abas, kempen terkini membantah dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) itu diharapkan terus menggemblengkan bantahan rakyat, sebagai kesinambungan kepada demonstrasi 7 Mac lalu. GMP berharap, pelaksanaan kempen itu - dinamakan "Sejuta Poskad kepada Menteri Pelajaran" - dapat memandu Muhyiddin membuat keputusan yang betul dengan memansuhkan dasar kontroversi itu.Pihak yang ingin turut serta, boleh membeli poskad tersebut dari pejabat Teras Pengucapan Melayu (Teras) - sebuah NGO yang bergabung dalam GMP - di negeri-negeri, dengan harga RM1 sekeping.Ianya akan berjalan "selagi PPSMI tidak dimansuhkan" dan "selagi tidak cukup sejuta poskad dihantar".
Awal bulan ini, kerajaan dilaporkan memerlukan lebih masa bagi menilai perlaksaaan dasar itu kerana "keputusan terhadap isu berkenaan adalah kritikal". Muhyiddin juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan kajian dan perbincangan meja bulat anjuran kementeriannya sebelum ini.Menurut beliau, dalam sesi perbincangan tersebut, kadangkala pandangan yang dikemukakan tidak berasaskan fakta dan bukti, sebaliknya apa yang dirasai.
BERSAMA KITA MENYOKONG GERAKAN MANSUHKAN PPSMI INI . UBAH SEBELUM PARAH UBAH DEMI MARUAH !
Rabu, 20 Mei 2009
PELANCARAN JENTERA PEMUDA PAKATAN RAKYAT
Pilihanraya Kecil N12 Penanti
Tarikh : 22 Mei 2009
Masa : 9 malam
Tempat : Kg. Padang Ibu , Penanti
Penceramah :
YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
TUAN HAJI MOHAMAD SABU
SDR. SHAMSUL ISKANDAR MOHD. AKIN
YB SALEHUDDIN AYUB
YB ANTHONY LOKE
SDR. FARIZ MUSA
YB YUSMADI
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI !!!!
HI-TEA & PELANCARAN MARKAS OPERASI UTAMA AMK PRK N12 PENANTI

TARIKH : 21 MEI 2009
MASA : 5.00 PETANG
TEMPAT : MARKAS OPERASI UTAMA AMK PUSAT,
GUAR PERAHU, PENANTI
Dilancarkan Oleh :
YB AZMIN ALI
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
KHIR TOYO : PERGANTUNGAN LEBIH ZALIM DARIPADA ISA !
Khir Toyo sewaktu Sidang Media beliau pagi tadi , beliau menyatakan ketidakpuashatian terhadap tindakan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor Mac lalu berhubung perbelanjaan dana agensi kerajaan negeri yang telah mengantungkan beliau selama 12 bulan . Tindakan itu diambil ekoran kegagalan beliau menghadiri siasatan . Malah beliau menyatakan bahawa pergantungan beliau lebih zalim daripada ISA ! Lawak dan melucukan !ISA ialah akta zalim menahan seseorang tanpa bicara . Sedangkan Khir Toyo dipanggil untuk siasatan dan diberikan peluang untuk membela diri dalam siasatan oleh SELCAT . Kalau beliau tidak bersalah , sudah pasti BERANI KERANA BENAR . Khir Toyo pasti akan hadir untuk berdepan dengan SELCAT . Beliau digantung kerana tidak hadir dalam siasatan oleh SELCAT . SELCAT yang bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri Selangor . Bererti Khir Toyo engkar kepada arahan Dewan Undangan Negeri Selangor . Kena orang lain BAGUS ! Tang kena kat dia ZALIM !
fariz musa
Mahkamah Tinggi putuskan Sultan tidak boleh pecat Menteri Besar
KUALA LUMPUR: Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari jawatannya kerana beliau (Menteri Besar) tidak memegang jawatan itu atas perkenan baginda.Ini keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim bila beliau mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada 11 Mei.Dalam penghakiman 78 muka yang dikeluarkan kepada media semalam, Abdul Aziz berkata sebaik saja Menteri Besar dilantik, beliau dan majlis exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiada siapa lain.Beliau berkata ini menurut fasal (2), (5), (6) dan (7) Artikel 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
"Sebaik saja menteri besar dilantik, menteri besar mentadbir negeri menerusi Majlis Eksekutif dan menasihatkan Sultan mengenai hal ehwal negeri sebagaimana diperuntukkan di bawah Artikel 18 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.Hakim Abdul Aziz berkata Sultan bertindak atas nasihat kecuali dalam perkara di mana Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan bahawa Baginda boleh bertindak atas budibicara baginda semata-mata.Beliau berkata berdasarkan peruntukan dalam Artikel 16, ia mensyaratkan bahawa dewan undangan adalah pihak yang menentukan sama ada ia menaruh keyakinan terhadap Menteri Besar selaku ketua majlis eksekutif menerusi undi tidak percaya terhadap Menteri Besar.
"Saya berpendapat bahawa pemecatan Menteri Besar oleh Baginda atau oleh sesiapa lain tidak sekali-kali dipertimbangkan di bawah Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak," kata beliau.Beliau berkata fasal 7 Artikel 16 undang-undang tubuh itu memperuntukkan bahawa kecuali Menteri Besar, anggota-anggota lain Majlis Eksekutif memegang jawatan atas perkenan Sultan dan mereka (anggota eksekutif) boleh dipecat dari jawatan oleh Sultan yang bertindak atas nasihat Menteri Besar.Abdul Aziz berkata Sultan Perak telah menemui dan menginterbiu tiga anggota dewan negeri yang menjadi anggota bebas dan seorang lagi anggota dewan yang sebelumnya keluar dari Barisan Nasional (BN) tetapi kemudian menyertai semula parti itu dan mereka memberitahu Sultan tentang sokongan mereka kepada BN secara sukarela tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.Abdul Aziz, bagaimanapun berkata, walaupun menerusi pertanyaan Sultan, Baginda berpendapat Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendapat sokongan majoriti anggota DUN, ini tidak bermakna Baginda boleh membuat keputusan bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti dewan berkenaan.Beliau berkata pendapat peribadi atau keputusan Sultan tidak relevan kepada maksud Artikel 16 (6) yang memperuntukkan bahawa "jika Menteri Besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti anggota dewan undangan, maka, kecuali atas permintaannya, Baginda membubarkan dewan, beliau dikehendaki mengemukakan peletakan jawatan majlis eksekutif".
Abdul Aziz mendengar prosiding semakan kehakiman yang dibawa oleh Mohammad Nizar, 52, memohon writ "quo warranto" dikeluarkan terhadap Zambry untuk memberi sebab atas asas apa atau kuasa apa beliau adalah menteri besar yang sah.Abdul Aziz kemudian mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah selepas memutuskan bahawa beliau (Nizar) tidak pernah melepaskan jawatan menteri besar oleh kerana beliau tidak kehilangan keyakinan majoriti dewan undangan negeri.Mohammad Nizar, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac tahun lepas selepas pakatan DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi dalam plihan raya umum ke 12.Kedua-dua pihak, bagaimanapun, mempunyai 28 kerusi masing-masing, selepas tiga anggota dewan dari pakatan itu keluar parti untuk menjadi anggota bebas dan yang keempat melompat semula dari PKR kepada Umno.
Sultan kemudian meminta Mohammad Nizar meletak jawatan menteri besar dan Zambry mengangkat sumpah selepas mengisytiharkan bahawa Barisan Nasional mempunyai majoriti di dewan undangan negeri.Mahkamah Rayuan, pada 12 Mei, membenarkan perintah penangguhan keputusan itu kepada Zambry dan menetapkan Khamis ini untuk mendengar bersama permohonan Mohammad Nizar mengetepikan perintah penangguhan.Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz juga berkata beliau tidak meragui bahawa Sultan mempunyai budi bicara mutlak berhubung pelantikan Menteri Besar dan tidak memperkenan permintaan bagi pembubaran DUN.
"Saya tidak pernah meragui tentang pelaksanaan prerogatif diraja untuk melantik seorang Menteri Besar mengikut Artikel 16 (2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak semata-mata berdasarkan pendapat peribadi Baginda."Dan bahawa Baginda boleh memilih apa carapun bagi memuaskan hati dan membuat keputusan sewajarnya tentang siapa yang mendapat keyakinan majoriti DUN hingga beliau boleh dilantik sebagai menteri besar untuk memimpin majlis eksekutif," katanya.Abdul Aziz bagaimanapun berkata perkara yang sama tidak boleh dilakukan berhubung Artikel 16 (6) dalam memutuskan sama ada Menteri Besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti anggota dewan undangan. BERNAMA
Tahniah Tok Guru Hj. Hadi !
YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden PAS tanpa bertanding, manakala beliau mengekalkan jawatannya selepas menerima pencalonan 136 daripada 137 PAS kawasan.
ANGKATAN MUDA KEADILAN ( AMK ) NEGERI TERENGGANU MERAKAMKAN JUTAAN TANIAH KEPADA YB DATUK SERI HAJI ABDUL HADI AWANG DI ATAS KEMENANGAN TANPA BERTANDING SEBAGAI PRESIDEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA ( PAS ) .
DUN SELANGOR GANTUNG KHIR TOYO SETAHUN
Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah menggantung ketua pembangkang dan bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo daripada menghadiri sidang DUN selama setahun.Tindakan itu diambil ekoran kegagalan beliau menghadiri siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor Mac lalu berhubung perbelanjaan dana agensi kerajaan negeri.
Jawatankuasa itu - di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor - juga mendapati beliau bersalah terhadap tiga tuduhan membuat kenyataan yang menghina legitimasi Selcat, dalam media dalam dalam blognya.
Tun Dr. Mahathir : Cakap Tak Serupa Bikin ! Meloyakan !
" Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar media arus perdana berhubung cara liputan berita yang tidak berhemah dan berat-sebelah. Mengakui kekangan ke atas media bermula ketika negara di bawah pentadbiran beliau, Dr Mahathir berkata media arus perdana cenderung mengampu pemimpin dan takut menyatakan kebenaran. Sikap ini, kata Dr Mahathir, menyebabkan rakyat tidak lagi percaya kepada integriti media arus perdana.Tambah beliau media arus perdana harus menukar wajah dan lebih berani mengkritik dan mendedahkan kelemahan kerajaan." - TVATun Dr. Mahathir yang terkenal dengan jolokan Mahafiraun kini meniti hari-hari tua yang terus dengan kenyataan bak peribahasa melayu ‘ Kata dulang paku serpih’ ~ mengata orang dialah yang lebih . Sudah pasti blogers yang datang ke forum tersebut hendak termuntah apabila mendengar kenyataan seorang tua yang kononnya sudah insaf.
Inilah antara 'kejayaan' yang mantan Perdana Menteri Malaysia warisi - Indeks Kebebasan Akhbar Dunia yang dinilai Kalangan Wartawan Tanpa Sempadan menunjukkan tahap yang tidak memberangsangkan . Pada tahun 2006, Malaysia berada di kedudukan ke-92 dan kemudiannya tangga itu semakin meningkat ke tahun seterusnya. Pada tahun 2007, negara berada pada kedudukan ke-124 dan pada 2008 di tangga ke-132.
Akta – akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) , Akta Mesin Cetak dan Percetakan , Akta Rahsia Rasmi ( OSA ) digunapakai semaksimum yang boleh terus mengekang kebebasan akhbar dan bersuara sewaktu menjadi Perdana Menteri . Hari ini mengkritik bukan main lagi bahawa akhbar arus perdana tidak bebas , tidak adil . Jelas terbukti beliau sedang buang tebiat .
Ingatlah wahai sang tua , kerana kamu demokrasi di Malaysia tercinta sudah mati!!!! Ingatlah rakyat tidak pernah memaafkan kamu wahai Tun Dr. Mahathir di atas sikap brutal kamu sewaktu berada di puncak kuasa!
Fariz Musa
Selasa, 19 Mei 2009
NAJIB BACUL ! UMNO / BN PENAKUT !
Akhirnya teka-teki sama ada UMNO / BN menyertai atau tidak Pilihanraya Kecil N12 DUN Penanti terjawab apabila Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional ( BN )mengumumkan BN tidak akan menyertai Pilihanraya Kecil tersebut yang dijadualkan penamaan calon pada 23 Mei dan pembuangan undi pada 31 Mei 2009 .
Kenyataan Najib Tun Razak membuktikan secara jelas membuktikan betapa takutnya UMNO / BN terhadap pilihanraya kecil selepas menyaksikan reputasi dan prestasi UMNO / BN yang sangat buruk apa bila tewas di Permatang Pauh , Kuala Terengganu , Bukit Gantang dan Bukit Selambau . BN Hanya setakat ini mempertahankan kemenangan bagi kerusi DUN Batang Ai di Sarawak .
Kenyataan Najib Tun Razak membuktikan secara jelas membuktikan betapa takutnya UMNO / BN terhadap pilihanraya kecil selepas menyaksikan reputasi dan prestasi UMNO / BN yang sangat buruk apa bila tewas di Permatang Pauh , Kuala Terengganu , Bukit Gantang dan Bukit Selambau . BN Hanya setakat ini mempertahankan kemenangan bagi kerusi DUN Batang Ai di Sarawak .
Najib Tun Razak nampaknya mengalami "fobia PRK" . Penyakit yang sama atau lebih teruk daripada H1N1 rupanya . Sehingga sanggup menebal muka dan memecah rekod UMNO / BN yang merupakan "Hari Ini Dalam Sejarah" apabila tidak menyertai Pilihanraya Kecil . Ahli UMNO dan 1 Malaysia akan pasti menobatkan Najib Tun Razak sebagai " 1 PRESIDEN UMNO PALING BACUL DAN PENAKUT " yang mampu dilahirkan oleh UMNO setelah UMNO berumur 63 tahun .
Walaupun ramai berkeyakinan bahawa UMNO/BN akan menaja calon Bebas dalam PRK N12 Penanti sekiranya UMNO /BN tidak menyertai PRK , malah sudah pasti suasana PRK kali ini agak muram berbanding PRK sebelum ini tanpa penyertaan UMNO /BN . Sebelum ini ramai pimpinan tertinggi UMNO / BN menyatakan hasrat bahawa UMNO /BN akan menyertai PRK N12 Penanti akhirnya lebur . Terutama kesiapsediaan Pemuda UMNO yang di ketuai Khairy Jamaluddin untuk bertempur di Penanti sudah pasti meranapkan semangat juang Pemuda Gerak Gempur UMNO yang tidak mendapat habuan yang dinanti dan dijanjikan setiap kali Pilihanraya Umum atau PRK . Dengan kata lain ' tidak dapat buat duit' daripada kemeriahan PRK . Kalah menang nombor dua , tetapi poket mesti tembam dengan wang habuan .
Penarikan diri UMNO / BN ini sudah pasti akan mengecewakan ahli-ahli UMNO di seluruh Malaysia terutama di DUN Penanti . Bagi mereka menang kalah biarlah di gelanggang . Ketakutan Najib Tun Razak terhadap YB Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh , Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat dirasai oleh 1 Malaysia . Kenangan kecundang di Permatang Pauh mungkin masih dirasai malunya . Sudah pasti 1Malaysia sedar bahawa Najib Tun Razak takut dan bimbang nama Altantuya akan berkumandang di Penanti dan beliau akan terus dianggap libialiti kepada UMNO / BN . 
Lebih-lebih lagi , UMNO / BN tidak mempunyai calon yang hebat untuk berdepan pemimpin berjiwa rakyat seperti Dr. Mansor Osman yang mewakili Parti Keadilan Rakyat . Mempunyai kelulusan akademik yang hebat , pengalaman yang banyak dan malah personalti beliau yang berakhlak , berhemah dan merendah diri . Bakal Ahli Dewan Undangan Negeri dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang .
Walaupun bakal berdepan dengan calon Bebas ( difahamkan sudah 4 borang pencalonan telah diambil di pejabat SPR ) , gerak kerja masih perlu diteruskan bagi memastikan kemenangan besar Parti Keadilan Rakyat .
Wahai Najib Tun Razak , kamu tidak layak jadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO ! Bacul dan Penakut !
fariz musa

Lebih-lebih lagi , UMNO / BN tidak mempunyai calon yang hebat untuk berdepan pemimpin berjiwa rakyat seperti Dr. Mansor Osman yang mewakili Parti Keadilan Rakyat . Mempunyai kelulusan akademik yang hebat , pengalaman yang banyak dan malah personalti beliau yang berakhlak , berhemah dan merendah diri . Bakal Ahli Dewan Undangan Negeri dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang .
Walaupun bakal berdepan dengan calon Bebas ( difahamkan sudah 4 borang pencalonan telah diambil di pejabat SPR ) , gerak kerja masih perlu diteruskan bagi memastikan kemenangan besar Parti Keadilan Rakyat .
Wahai Najib Tun Razak , kamu tidak layak jadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO ! Bacul dan Penakut !
fariz musa
Langgan:
Catatan (Atom)










