klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 11 Ogos 2009

Majlis Ceramah Pakatan Rakyat Kota Tinggi

Alhamdulillah, memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt atas keizinannya dapat Pas dan PKR Kota Tinggi atas wadah perjuangan Pakatan Rakyat berhasil menganjurkan ceramah dengan dihadiri oleh kesemua penceramah yang di undang. Malam yang pada awalnya kelihatan lesu dapat dihangatkan oleh hujah-hujah penceramah yang sememangnya berpotensi menjadi penceramah yang disegani.
Bermula dengan ucapan Saudara Onn Bin Jafar selaku mantan calon PAS bagi Parlimen Kota Tinggi yang bertanding semasa PRU 12 yang lepas, menggantikan YDP Pas Kota Tinggi menyampaikan ucapan alu-aluannya dengan ungkapan mengutuk keganasan dan kezaliman Polis yang secara sah diperkudakan oleh pemimpin Umno. Umno yang ketika ini dilihat semakin lemah, hanya bergantung pada beberapa kerat pegawai kerajaan untuk memberi bantuan oksigen pada mereka. Tindakan ganas pihak Polis semasa perhimpunan Mansuhkan ISA tempohari membuktikan Umno sebenarnya sedang menggunakan talian hayat untuk mereka terus berkuasa.
Penceramah seterusnya iaitu Saudara Ahmad Bin Ton selaku Naib Pengerusi DAP Johor pula mengajak orang Melayu agar tidak terus dimomok-momokkan dengan parti DAP kerana terbukti DAP bukanlah parti racist atau perkauman yang hanya membenarkan satu kaum sahaja menjadi ahlinya. Tindakan Umno memainkan isu perkauman kepada orang Melayu dengan menakut-nakutkan orang Melayu akan nasib mereka sama seperti orang Melayu di Singapura apabila kekuasaan politik diberikan kepada DAP. Sebaliknya beliau menegaskan Umno, BN lah parti yang mengamalkan dasar perkauman dengan menyatakan MCA lebih kepada perjuangan bagi kepentingan kaum mereka, begitu juga dengan MIC dan Umno itu sendiri.
Masing-masing mengejar kepentingan sendiri.Slot berikutnya di isi oleh Ust Mohd Azam bin Abd Razak selaku Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor. Atas kapasiti beliau sebagai Ketua Penerangan, beliau menjelaskan dalam ceramah tersebut soal akidah, soal perjuangan yang di bawa oleh PAS berbanding Umno yang lebih mementingkan soal assobiyah. Beliau menjelaskan dalam perbandingan pemerintahan Nabi Muhammad saw dan pemerintahan yang dilakukan oleh Umno yang kabur dalam mengambil dasar pemerintahan dan perjuangannya. Umno atas nama itu sendiri tidak memperlihatkan dasar perjuangannya..melayukah atau golongan bangsawan di dalam Umno? Sebaliknya tegas beliau, PAS sentiasa mendukung undang-undang Islam yang terkandung di dalamnya suatu hukum yang lengkap sebagai pedoman untuk manusia. Bodohlah manusia yang tidak mengambil isi kandungan tersebut yang di cipta oleh penciptanya iaitu Allah yang lebih mengetahui akan manusia sebagai makhluk ciptaannya. Atas dasar inilah, PAS sentiasa komited dalam memartabatkan daulah Islamiyah terus subur di muka bumi ini.
Mempersoalkan akan ISA yang sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri yang meletakkan hak keadilan di peringkat tertinggi dalam menghukum sesuatu perkara, PAS sentiasa menyokong akta zalim ISA ini di hapuskan terus. Bayangkan, hanya dengan pendapat dan arahan seorang Menteri, seseorang itu boleh ditangkap dan disumbat ke penjara atas nama menjaga ketenteraman awam sedangkan tiada pembuktian tentang kesalahan yang di lakukannya. Beliau menegaskan lagi, semasa di zaman Tun Razak, ISA ini khusus di gunakan untuk membenteras kegiatan komunis di tanah air ini tetapi selapas daripada itu ISA digunakan sewenang-wenangnya kepada musuh politik mereka. Beliau juga mengambil contoh di zaman Nabi Musa a.s ketika berdepan dengan Firaun yang terkenal dengan kezalimannya, Firaun masih mangajak Nabi Musa memperlihatkan mukjizatnya bilamana berdepan dengan tukang-tukang sihir mereka. Bermakna, Firaun masih memberi ruang dan membuktikan kenabian Nabi Musa dalam membuktikan beliau sebenarnya utusan Allah. Kalau Firaun masih menggunakan ruang untuk Nabi Musa membuktikan beliau seorang Rasul, apakah istimewanya ISA ini yang menafikan hak seseorang yang disyaki bersalah tanpa di buktikan kesalahannya?
Yang terakhir berceramah pada malam tersebut iaitu Saudara Fariz Musa, Timbalan AMK Pusat. Beliau yang sebelum ini merupakan bekas ahli Umno merangkap Ketua Penerangan Pemuda, melemparkan kenyataan bahawa Umno memang tidak berniat untuk meletakkan siasah di dalam agama. Sepertimana yang dinyatakan, manusia dipilih untuk menjadi khalifah bagi memakmurkan muka bumi ini mengikut acuan yang telah di gariskan oleh Islam. Meletakkan agama dalam semua urusan dunia, bukannya mengasingkan antara agama dan politik. Beliau menjelaskan, Umno lebih dilihat sebagai parti yang kuat menipu..UMNO ialah Umno, Menipu Number One. Dalam Umno pula, yang dikatakan pengkhianat besar ketika ini adalah Muhyiddin Yassin yang sebelumnya ini pernah menjadi Menteri Besar Johor yang menjual tanah-tanah orang Melayu kepada taukeh-taukeh padang golf, Nirvana serta kondo mewah ketika itu. Siapa yang menukarkan cuti mingguan Johor daripada Jumaat kepada Ahad? Bagaimana pula dengan skim ASJ?Dalam ceramahnya lagi, Umno ketika ini cukup bernafsu untuk merampas Selangor daripada tangan Pakatan Rakyat sepertimana yang telah diusahakannya di Perak dengan sekali lagi memperkudakan institusi kerajaan seperti Polis, SPRM dan Jabatan Kehakiman.
Ini diperlihatkan dengan jelas akan keterlibatan Ketua Hakim dan Polis dalam usaha menyelamatkan Umno daripada terus longlai selepas kekalahan teruk PRU yang lepas. Juga atas usaha mereka merampas Perak ketika itu. Terlalu banyak bukti-bukti yang sehingga kini masih dibekukan seperti dulunya kes di Bt Burok yang mana mangsa kekejaman Polis di dakwa, manakala kes Beng Hock ini di segerakan siasatannya sehingga membawa kepada kematiannya sedangkan kes Khir Toyo dengan rumah ala Balinya terus di peti sejukkan.Diakhir ucapannya, beliau mengajak pendengar yang hadir pada malam tersebut agar berani membuat perubahan. Tinggalkan label Umno itu Felda dan Felda itu Umno. Buat perubahan untuk kesejahteraan dan keadilan semua.
http://paskotatinggi.blogspot.com

Najib Altantuya Gagal Pikat Kaum India


Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam menyifat lawatan Perdana Menteri Najib Razak ke Batu Caves sebagai gagal memikat perhatian masyarakat kaum India apabila hanya kira-kira 5 ribu orang sahaja hadir untuk bersua dengan pemimpin yang popular dengan slogan 1Malaysia itu, demikian lapor TVAntara.
Semalam Najib sekali lagi cuba membeli hati masyarakat india dinegara ini dengan menjejak langkah arwah bapanya, Tun Abdul Razak, 30 tahun yang lalu. Najib buat pertama kalinya memijak tanah Batu Caves dalam kapasitinya sebagai Perdana Menteri dengan niat ingin menawan kembali sokongan masyarakat India yang semakin menjauhi UMNO Barisan Nasional."Saya dapat feedback terutama sekali dari MIC, semalam yang datang tidak begitu ramai lebih kurang 4 hingga 5 ribu orang saja. Memang tidak ada sambutan macam 30 ribu atau 50 ribu orang. Sambutan tidak menggalakkan. Masyarakat India lebih mahukan kerajaan bantu mereka bukan hanya sekadar mendengar cakap perdana menteri saja. Masyarakat India kini sudah pandai tidak seperti 52 tahun dulu," ujar Manikavasagam.
"Pertama kali selepas 30 tahun seorang perdana menteri pergi ke Batu Caves. Dan beliau pergi ke sana untuk mendapatkan balik sokongan masyarakat India untuk kerajaan sedia ada," tambahnya lagi.Seperti yang dijangka, Najib bersuara lantang menjanjikan pelbagai gula- gula politik antaranya dana sebanyak RM15 juta akan diperuntukkan untuk membantu kaum ini.Najib juga merancang untuk menyediakan peruntukan kepada rumah anak- anak yatim Divine Life Society, selain berjanji untuk menjadikan pengurusan Batu Caves lebih kaya dengan mengisytiharkan kawasan itu sebagai salah satu pusat pelancongan terkemuka di negara ini."Perdana menteri kita Najib berjanji akan jadikan Batu Caves sebagai pusat kebudayaan. Ini pernah dijanjikan 10 tahun dulu oleh menteri besar yang lama Khir Toyo. Khir telah bagi tanah untuk wujudkan pusat kebudayaan tapi sehingga sekarang masih tidak ada apa- apa perkembangan. Sekarang Najib pula berjanji. Kita tidak mahu janji- janji, buat dulu," Manikavasagam berkata.
Manikavasagam menegaskan, Najib dan jentera kerajaannya kini terdesak meraih sokongan pengundi masyarakat India lantaran kelompok ini mula sedar dan mula menjauhi budaya pemerintahan korup yang sedang bernanah dalam UMNO Barisan Nasioanl kini."Saya rasa kerana masyarakat India sudah tolak kerajaan Barisan Nasional. Ini usaha- usaha beliau untuk memulihkannya tapi saya rasa rakyat sekarang sudah pandai. Saya ingat di pilihanraya Bukit Selambau, Kedah, 75 peratus masyarakat India masih sokong Pakatan Rakyat," katanya.
Ahli Parlimen Kapar ini juga berpandangan Najib akan melakukan apa sahaja cara bagi menawan hati kaum ini termasuk meniru gaya dan cara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berinteraksi dengan masyarakat india."Saya rasa perdana menteri kita tiru stail Datuk Seri Anwar kita. Ramai orang menggelarkan Datuk Seri sebagai Sivaji The Bos. Gaya ini memang datuk seri sahaja ada bukan Najib ada. Dulu dia tidak pernah sebut tapi untuk dapat sokongan masyarakat India balik, dia mula meniru cara datuk seri," kata beliau.
Manikavasagam juga diminta mengulas tinjaun atas talian Merdeka Centre yang mengatakan hampir 70 peratus masyarakat India berpuas hati dengan prestasi Najib memimpin negara ini."Saya rasa tak sampai satu tahun lagi. Kita pun tidak tahu prestasi dia macamana. 70 peratus saya rasa, i don't think so. Prestasinya belum lagi setahun atau belum lagi 2 tahun. Macam- macam slogan dan kini 1Malaysia. Bunyinya sedap. Tapi kita tidak tahu adakah berjaya bantu masyarakat India, i don't agreelah," sanggah beliau.
Sementara itu, bekas Naib Presiden MIC, Datuk SS Subramaniam sinis menyatakan tindakan Najib tidak lebih dari strategi mengumpul sokongan untuk berhadapan dengan pilihanraya umum tidak lama lagi."Ini gimik politik untuk Najiblah. Dia mahu tarik undi orang India, itu saja, tak ada apa- apa pun. Tidak ada kesan punya. Semua orang pun tahu. Ini hanya satu tindakan untuk menarik undi kaum India saja," ujarnya lagi."Memang masyarakat India sudah minta dari kerajaan sudah lama. Ini semua gimik politik. Ini sekadar untuk tarik undi saja. Kalau kerajaan hendak buat, sudah lama dulu dia buat. Dia hendak tarik undi saja. Mereka terdesak sebenarnya," kata Subramaniam.

Petunjuk Baru Kematian Teoh Ditemui

Hasil ujian awal yang dilakukan terhadap kesan yang ditemui di tangga antara tingkat 14 dan 15 bangunan Plaza Masalam mendapati ianya bukan darah tetapi satu bahan yang belum dikenalpasti.Dikatakan bahan berkenaan berkemungkinan besar adalah cat anti karat.Hasil berkenaan diperolehi melalui pemeriksaan bersama pakar kimia, pakar forensik dan pakar forensik dari luar yang dilantik Kerajaan Negeri Selangor. Pemeriksaan ke atas kesan berkenaan turut disaksikan peguam dari kedua-dua pihak.
Dua pakar forensik yang dilantik kerajaan negeri untuk menjalankan pemeriksaan bersama berkenaan adalah Pakar Forensik Malaysia Hamidon Anan dan Pakar Forensik Somchai Chailermsooksant dari Central Institute of Forensic Science Thailand.Peguam pemerhati kepada keluarga Teoh Gobind Singh Deo berkata, bagaimanapun ujian lanjut akan dilakukan dan laporannya akan dikemukakan oleh pakar secepat mungkin.“Ahli kimia telahpun memberitahu kami secara awal bahawa mungkin ianya anti karat yang digunakan untuk cat dan sebagainya tetapi ahli kimia telah meminta sedikit masa untuk mengesahkan dan akan diberikan secara rasmi kepada kami menerusi laporan yang akan dikemukakan.“Kemungkinan (hasil kajian boleh diperoleh esok), pakar kimia bekerja keras dan saya harap mereka akan mengemukakan laporan pada petang ini atau awal pagi esok,” katanya pada sidang media selepas mengikuti pakar kimia dan forensik menjalankan pemeriksaan terhadap kesan berkenaan.
Gobind berkata, sekiranya ujian lanjut mendapati ianya adalah darah berkemungkinan ujian DNA akan dilakukan.Proses pemeriksaan berkenaan bermula dari jam 11.30 pagi dan berakhir jam 2.30 petang. Pemeriksaan terperinci juga telah dilakukan sekali lagi di tingkat 14, 15 dan 5 bangunan berkenaan.Menurutnya, pihaknya juga menemui petunjuk baru yang dipercayai boleh membantu dalam usaha mendapatkan gambaran yang jelas apa yang berlaku pada malam sebelum mayat Beng Hock ditemui.Katanya, pakar kimia telah mengambil specimen petunjuk iaitu gentian benang dipercayai dari seluar Beng Hock yang dijumpai di koridor tingkat lima di mana mayatnya ditemui dan membawanya ke makmal untuk mejalankan analisa.
“Di tempat kejadian kami menemui gentian yang dipercayai dari seluar tetapi pakar kimia akan membuat ujian dan memaklumkan kepada kami laporan selepas membuat ujian gentian berkenaan bersama dengan seluar.“Ianya merupakan bahan benang yang mungkin boleh menolong atau membantu kami dengan lebih mendalam bagaimana impak apabila beliau jatuh. Itu menjadi satu perkara yang penting,” katanya.Menurutnya, satu laporan terperinci akan disediakan oleh pakar kimia pada hari ini atau esok untuk dikemukakan kepada koroner untuk inkues.Terdahulu, Pakar forensik dan peguam hadir semula ke Plaza Masalam bagi mengambil kesan yang dipercayai darah yang ditemui di tangga antara tingkat 14 dan tingkat 15 semasa lawatan Mahkamah Koroner mengadakan lawatan ke Pejabat SPRM Jumaat lalu.
Tindakan berkenaan dibuat setelah Koroner Azmil Muntapha Abas membenarkan permohonan peguam pemerhati keluarga Teoh yang meminta supaya Pakar DNA Dr Seah Lay Hong dan pakar forensik ke tempat kejadian.Dalam inkues yang berlangsung selama 30 minit sebelum ditangguhkan, Gobind turut memohon agar Koroner Azmil membenarkan pihak peguam termasuk peguam pemerhati Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Peguam untuk mengikuti proses berkenaan.
Koroner Azmil turut membenarkan permohonan Gobind membawa dua pakar forensik yang dilantik kerajaan negeri dari Central Institute Of Forensic Science Thailand Pol. Lt. Col. Somchai Chailermsooksant dan Dr Triyarith Temahivong untuk mengikuti proses berkenaan.Dalam prosiding berkenaan Gobind memberitahu mahkamah selain kesan tompokan dipercayai darah itu, mereka turut menemui kesan yang mencurigakan di dalam pejabat SPRM."Perkara ini telah dibawa kepada perhatian pegawai penyiasat dan kami telah meminta supaya kawasan tersebut dikawal tetapi sehingga hari ini masih belum ada pemeriksaan dilakukan ke atas kesan-kesan tersebut."Kami berpendapat perkara ini cukup penting dan oleh itu pakar DNA dan pakar forensik perlu mengambil spesimen kesan-kesan ini untuk menentukan sama ada ia adalah kesan darah, dan jika ia adalah darah, sama ada ia darah si mati," katanya.
Peguam pemerhati kerajaan negeri Malik Imtiaz Sarwar turut menyokong permohonan berkenaan. Sementara itu, Hock Chuan tidak membantah supaya pemeriksaan berkenaan dilakukan.Mahkamah dimaklumkan Hock Chuan bahawa polis telah mengawal tempat penemuan kesan berkenaan berikutan surat yang diterimanya daripada Malik lewat Jumaat lalu meminta berbuat demikian.Hock Chuan memaklumkan bahawa hasil ujian terhadap kesan berkenaan boleh diperolehi hari ini. Prosiding disambung esok.Sementara itu, di luar mahkamah, Peguam Kerajaan Negeri Selangor Malik Imtiaz Sarwar berkata, kedua-dua pakar dari Thailand itu akan membantu pihaknya meneliti kesemua dokumen yang diperolehi.Katanya, kedua-duanya akan mengikut prosiding inkues dan mendengar keterangan pakar forensik kerajaan dan kemudiannya akan membuat keputusan sama ada akan memanggil Pakar Forensik Patalogi Dr Pornthip Rojana-sunand dan seorang pakar dari Australia atau tidak.
Ia bergantung kepada keterangan pakar forensik kerajaan.Dr Pornthip Rojana-sunand dan seorang pakar dari Australia yang dilantik Kerajaan Negeri Selangor bertindak sebagai perunding dalam membantu pihaknya meneliti dokumen berhubung laporan forensik yang dikemukan pakar forensik kerajaan. -TVA

PKFZ - Kuala Dimensi Minta Bayaran Hingga RM1 Bilion

Pengurusan Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA) akan membuat laporan polis terhadap Kuala Dimesi Sdn. Bhd. (KDSB) ekoran percubaan mengenakan bayaran melampau antara RM500 juta dan RM1 bilion dalam mengendalikan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), lapor MSTAR.
Elemen itu dikesan oleh Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan untuk menyiasat aspek perundangan dan kewangan PKFZ.Kuala Dimensi merupakan pemaju utama projek PKFZ.Pengerusi PKA, Datuk Lee Hwa Beng berkata, anggota PKA telah mengadakan pertemuan pagi tadi untuk membincangkan kandungan laporan penuh yang disediakan oleh Pasukan Petugas Khas yang dibentuk pada 10 Jun lalu bagi melihat secara mendalam dan terperinci akan aspek-aspek perundangan dan kewangan projek PKFZ dan juga PKA ekoran laporan yang disediakan oleh Pricewaterhouse Coopers baru-baru ini.
"Kami juga telah membincangkan secara panjang lebar akan misalan berlakunya tuntutan-tuntutan yang tidak teratur atau tidak mengikut peraturan yang serius, kecuaian, salahlaku dan lain-lain tindak tanduk yang tidak mengikut peraturan termasuklah isu kegagalan melaksanakan beberapa aspek dalam perjanjian," kata beliau dalam kenyataan tersebut.Beliau menambah, memandangkan kemungkinan terdapatnya unsur-unsur tuntutan yang tidak mengikut peraturan dan kesemua ini melibatkan wang rakyat, maka PKA telah mengeluarkan arahan untuk membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Klang esok.Lee sendiri akan membuat laporan itu pada pukul 11 pagi.

Arak Di Selangor Tidak Akan Di Jual Di Kawasan Majoriti Orang Melayu Islam

Written by SM Noor
Monday, 10 August 2009 07:17

KERTEH, Kemaman – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersetuju supaya arak di negeri Selangor tidak dijual di kawasan majoriti orang Islam dan Melayu.”Isu arak di Selangor, kita (saya) tidak setuju kalau arak dijual dikampung-kampung Melayu (Islam), tadi saya telefon kepada Tan Sri Khalid, walau kita akan mesyuarat dengan Tuan Guru Ustaz Hadi dan pimpinan Pakatan Rakyat, ”saya kata macamana Tan Sri Khalid ? saya kata buatlah kenyataan yang baik, kalau ada kawasan ramai orang Islam tak usahlah jual (arak),”ujar Anwar dalam ucapannya di satu majlis penerangan sempena lawatan sehari beliau ke Terengganu, disini, semalam.
Menyentuh isu beliau di tuduh sebagai pengkhianat, Anwar mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin untuk membuktikan, apakah tindakannya yang dilakukannya kepada orang Melayu yang dianggap sebagai pengkhianat.Katanya dengan menyindir, berapa banyakkah tanah-tanah yang telah beliau serahkan kepada orang bukan Melayu, sehingga beliau dituduh sebagai pengkhianat.Beliau turut menyelar Muhyidin, agar jangan menggunakan isu-isu peribadi, kerana beliau tidak mahu mendedahkan apa yang beliau ketahui tentang diri Muhyidin sendiri.

Polemik 'Pengkhianat Melayu': Petanda Pilihanraya Umum Bakal Menjelang

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
9 Ogos 2009

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius akan trend media-media arus perdana yang begitu serius memainkan isu 'Pengkhianat Melayu' mutakhir ini. Pandangan dan komentar pimpinan-pimpinan Umno khususnya disebar luas melalui media-media cetak dan elektronik yang jelas bertujuan untuk memberikan impak negatif ke atas imej Ketua Umum KEADILAN, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat secara umumnya.
Berdasarkan kepada analisis trend, AMK yakin dan percaya bahawa strategi ini bertujuan sebagai persediaan Pilihanraya Umum yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat. Dan ini juga sebagai persediaan awal bagi kempen Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir yang dijadualkan akan diumum oleh SPR esok, 10 Ogos 2009.
Polemik pengkhianat Melayu ini berterusan dimainkan dengan restu Perdana Menteri Najib yang jelas menggambarkan ketandusan idea kepimpinan beliau untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat secara gentleman dan terbuka.
AMK percaya ini berlaku rentetan beberapa isu mutakhir yang gagal didepani dengan baik oleh kepimpinan Najib termasuklah pendedahan isu skandal penyelewengan PKFZ, isu kematian Teoh Beng Hock dalam siasatan SPRM dan ditambah dengan sambutan luar biasa ke atas Perhimpunan Aman GMI-MANSUH ISA yang diadakan pada 1 Ogos 2009 lepas di mana berjaya mengumpulkan seramai puluhan ribu rakyat.
Label pengkhianat berterusan dicop ke atas batang tubuh Datuk Seri Anwar bertujuan sebagai satu kaedah pembunuhan karakter ke atas imej YB Datuk Seri Anwar, sebagaimana yang dilakukan ke atas imej Tuan Guru Nik Abdul Aziz sempena Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai yang lepas. Tetapi kaedah serangan karakter yang begitu agresif ini pastinya memberikan modal politik yang positif kepada Pakatan Rakyat. Untuk rekod, serangan bertalu-talu terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dimainkan beberapa hari sebelum pilihanraya umum yang lalu di mana ternyata strategi UMNO/BN telah memberikan kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat !
Bukanlah sukar untuk mengenal siapa pengkhianat Melayu.
- Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu?
- Siapakah yang melacur pendidikan negara dengan pelaksanaan PPSMI yang membunuh potensi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
- Siapakah yang menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta seperti didedahkan oleh hubaya tertentu?
- Siapakah yang menafikan hak masyarakat Melayu di negeri Kelantan dan Terengganu untuk memperolehi royalti petroleum sejak sekian lama?
- Siapakah yang memecat Almarhum Datuk Ishak Baharom yang menggazetkan fatwa pengharaman penyertaan orang Melayu di dalam Pertandingan Ratu Cantik Di Selangor satu ketika dahulu?
- Siapakah yang menyeleweng kuota masyarakat Melayu di dalam pengagihan kontrak-kontrak untuk kroni-kroni mereka semata?
- Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan Persempadanan Semula kawasan Pilihanraya yang mengecilkan undi Melayu untuk tujuan kepentingan politik mereka?
- Siapa pula yang satu ketika dahulu bermati-matian mahu menggugurkan nama Islam di dalam semua pertubuhan politik dan NGO satu ketika dahulu?
Soalan-soalan ini jika dijawab hanya akan disimpulkan dengan satu jawapan, iaitu Umno. AMK percaya apa yang berlaku kini bukanlah masyarakat Melayu yang berada di persimpangan, sebaliknya Umnolah yang berada di persimpangan: samada berubah ataupun rebah di tangan rakyat. Tidak timbul soal Melayu berpecah, sebaliknya yang berlaku ialah peralihan sokongan masyarakat Melayu daripada Umno kepada Pakatan Rakyat.
AMK menyarankan agar Umno bertaubat daripada memainkan sentimen perkauman yang dahsyat ini. Hakikat menunjukkan bahawa Rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu tidak mudah lupa dan tidak akan lupa dengan segala penyelewengan dan politik adu-domba tajaan Umno yang kini semakin nazak dan gusar untuk berhadapan dengan rakyat.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
KetuaAngkatan Muda Keadilan Malaysia

catatan FM di Kota Tinggi : Muhyidin Pengkhianat !

Alhamdullillah sampai juga saya di Kota Tinggi menyambut jemputan berceramah oleh sdr. Razak , Ketua Cabang Kota Tinggi yang tidak pernah jemu-jemu memujuk saya hadir berceramah di sana . Sehinggakan saya begitu segan dengan beliau kerana sering menolak jemputan berceramah di Kota Tinggi. Kesibukan dan masalah kewangan sering membuatkan saya terpaksa menolak . Maklumlah penganggur .
Dalam perjalanan kereta ada masalah . Baru sahaja keluar daripada bengkel kerana putus timing belt . Ni datang masalah lain pula. Bau hangit sepanjang perjalanan seperti minyak gear bocor terkena ekzos. Syukur sampai juga di Kota Tinggi .
Sampai di tempat ceramah , bertemu dengan sdr. Zabidi ( ketua AMK Johor ) dan teman-teman AMK Johor . Sempat bincang tentang beberapa isu di Johor terutama isu 'Anwar Pengkhianat' yang sedang dimainkan oleh UMNO Johor . Minum sekejap di restoran dan dalam jam 11 baru saya ke tempat ceramah .
Syukur kali ini ke negeri kelahiran UMNO tidak seperti pengalaman saya di Tenggara bersama almarhum Datuk Ishak Bahrum atau di Pengerang . Boleh bilang dengan jari orang yang hadir . Kali ini semakin ramai dan saya rasakan rakyat Johor sudah semakin berani dan mula menolak UMNO .
Isu ceramah saya malam ini dengan memulakan bahawa pengkhianat orang Melayu sebenarnya ialah Muhyidin Yassin . Muhyidin Pengkhianat bukan Anwar Ibrahim . Sewaktu menjadi MB mengadaikan tanah Johor milik orang Melayu sejumlah 51,170 hektar kepada Singapura . Menjual lot-lot kubur untuk orang cina Singapura dengan harga rm60,000 dan banyak lagi pengkhianatan kepada orang Melayu terutama orang Johor . Anwar sewaktu dalam kerajaan punya jasa kepada orang Melayu dengan mewujudkan PPRT , Takaful , Bank Islam , Universiti Islam Antarabangsa , Sistem Pembankan Islam dan sebagainya .
Isu Malaysia yang diperintah oleh Ghani Patail , menggunakan undang-undang demi kepentingan UMNO bersama Musa Hasan . Isu Kematian Beng Hock yang saya anggap merupakan pembunuhan . Mempertahankan perlunya kepada Suruhanjaya DiRaja menyiasat kematian Beng Hock . Bukan inkues dan suruhanjaya diRaja menyiasat soal-siasat SPRM terhadap Beng Hock .
Saya juga mempertahankan bahawa punca kerugian peniaga dan ketakutan orang ramai sepertimana yang didakwa oleh pemimpin UMNO rm200 juta atau rm20 juta adalah berpunca daripada pihak polis dengan arahan Najib , Hisamuddin dan Ketua Polis Negara . Memberitahu keadaan sebenar apa yang berlaku pada hari Himpunan Mansuh Isa tempoh hari .
Jam 12 tengah malam saya berhenti . Otak terpaksa tumpu kepada kereta yang rosak . Cadangan awal memang hendak balik ke Kota Damansara lepas ceramah . Terpaksa menginap di Kota Tinggi . Esok baru dapat bawa kereta ke bengkel . Sekiranya balik jugak , macam-macam boleh berlaku dan mungkin tambah parah .
Terima kasih dan jazakallah kepada teman-teman di Kota Tinggi yang menyediakan tempat untuk berehat malam ini . Homestay Muslim Inn . Seronok dapat berkenalan dengan rapat Naib Pengerusi DAP Negeri Johor , Sdr. Ahmad bin Ton yang juga salah seorang penceramah malam tadi .

Isnin, 10 Ogos 2009

Replika Najib di Batu Caves jadi isu

Selepas replika gergasi Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan DUN Batu Caves menjadi kontroversi di situ dijadikan isu.Namun seorang pemimpin PKR menyifatkan replika perdana menteri di perkarangan kuil Batu Caves yang dinaikkan "tidak ada masalah apa-apa" kerana "kami tidak pernah menganggapnya haram".
ADUN Batu Caves, Amirudin Shari menjadi sasaran kontroversi susulan kewujudan replika penasihat PKR akhir tahun lalu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Penegakan imej mula memancing kontroversi apabila antara PKR dengan Umno, kini patung besar Datuk Seri Najib Razak mufti Perlis waktu itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa ia "berunsur keberhalaan" dan "perlu dihapuskan dengan segera."Selepas itu, banyak pihak mempertikaikan kehadiran replika besar itu di simpang utama dekat Wisma Keringat - selain dianggap "patung" yang dilarang oleh Islam, ia juga dianggap membazir."Tetapi bagi Umno (Gombak) yang ingin mengadakan demonstrasi, kita harap mereka mengambil pendirian yang sama (terhadap patung Najib)," kata Amirudin, yang juga naib ketua Angkatan Muda PKR."Begitu juga mereka yang mengeluarkan fatwa, mengharamkan replika Anwar. Kita harap mereka mengeluarkan fatwa yang sama."Replika besar Najib dinaikkan beberapa ratus meter di depan patung besar Dewa Muruga yang berwarna emas - di pintu masuk gua Batu Caves - bersempena festival Satu Malaysia di situ selama tiga hari sehingga Ahad.Pada 29 Oktober tahun lalu, Umno Gombak menentang keras penegakan replika Anwar kerana imej besar berdekatan simpang jalan itu didakwa mengganggu kelancaran lalulintas.
Ketuanya Abdul Rahim Kamaruddin turut mengancam mengadakan "bantahan terbuka" sekiranya Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membenarkan tempoh penegakannya dilanjut sehingga hari natal tahun lalu.Menurutnya, ketika pemerintahan Umno di Selangor dahulu, parti itu hanya menggunakan imej besar untuk papan iklan, bagi tujuan perlancongan sahaja.Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdul Rahim enggan mengulas mengenai replika presiden Umno itu buat masa ini dengan alasan "belum melihat sendiri imej tersebut".
Sementara blog rasmi Amirudin semalam menerbitkan tulisan yang menempelak pemimpin Umno dan Dr Asri yang disifatkan sebagai "bising bagai nak rak" terhadap replika Anwar."Masa kita bina replika DSAI (Anwar) dulu di Batu Caves, semua pihak daripada BN bising bagai nak rak, termasuklah mantan mufti Perlis. "Sekarang kita mohon, apa pula fatwa membina replika Najib di kuil Batu Caves? Mana puak-puak BN atau Umno yang mulut bising hari itu," artikel penulis Shahabaker dipetik.
Dalam tulisan 'Kata dulang paku serpih, dulu kata orang, sekarang kau pula lebih-lebih', penulis itu memuatkan kenyataan dua pemimpin Umno yang mengkritik isu replika Anwar, antaranya:Naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam waktu itu dilaporkan berkata, pembinaannya menunjukkan PKR "mendewa-dewakan pemimpinnya".Naib Presiden Umno, Datuk Ahmad Zahid Hamidi pula dipetik berkata, pembinaan replika itu "tidak diizinkan di sisi agama" dan "usaha taksub" penyokong PKR yang bukan Islam.

P'raya kecil Pmtg Pasir bulan puasa


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.
Pengerusi SPR, Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya memutuskan untuk mengadakan pilihanraya kecil itu dalam bulan puasa "ia merupakan masa yang palng sesuai sekali untuk menyelesaikan secepat yang boleh kerana umat sedang berpuasa".
"Waktu itu juga merupakan masa cuti sekolah," katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya pagi ini.
Pilihanraya kecil kelapan ini diadakan ekoran kematian ADUN tunggal di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu. Permatang Pasir adalah satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi. Kubu kuat PAS ini dipertahankan selama tiga penggal berturut-turut oleh allahyarham sejak pilihanraya umum 1999, sewaktu memuncak kemarahan orang ramai susulan insiden pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno.Awal Ramadhan dijangka jatuhnya pada 21 Ogos.
Bercakap dalam sidang akhbar pagi ini, Pengerusi SPR Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan kerusi DUN Pematang Pasir kosong, berkuatakuasa 1 0gos lalu.
Berikutan itu, katanya, SPR melantik pegawai daerah Seberang Perai Tengah, Roslan Yahaya sebagai pegawai pengurus pilihanraya kecil tersebut.
Abdul Aziz berkata, senarai pemilih induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 yang telah dikemaskini sehingga 31 Julai 2009, akan digunakan dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.DUN ini mempunyai 20,290 pemimilih berdaftar yang terdiri daripada 20,289 pemilih biasa dan seorang pemilih pos.Abdul Aziz berkata, SPR akan menggunakan Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam sebagai pusat penamaan calon dan penjumlahan undi.Terdapat lapan pusat mengundikan disediakan melibatkan 39 saluran. Daftar pemilih akan mula dijual pada 14 Ogos, tambahnya.Menurut Abdul Aziz, keputusan dijangka dapat diumumkan pada jam 8 malam.
"Tepat 8 malam SPR akan umumkan keputusan walaupun calon yang menang tidak hadir."Apabila keputusan sudah muktamad ia boleh diumumkan. Kita tidak mahu lewat," katanya Abdul Aziz.

Ahad, 9 Ogos 2009

Anwar : Pemimpin diingat prihatin terhadap masalah rakyat

GUAR CHEMPEDAK – Penyokong Pakatan Rakyat (PR) diingat supaya terus berdiri teguh di belakang pakatan itu jika ingin memastikan semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama mendapat pembelaan sewajarnya.Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PR adalah parti yang telus dan bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan permasalahan rakyat.“Bagi tujuan sedemikian, rakyat perlu juga memberi kerjasama kepada pihak kami dengan menyatakan masalah dan terus menyokong kami.
“Semua ketua Cabang PKR mestilah peka dengan masalah yang dihadapi rakyat dan bekerja dengan semangat perpaduan bagi memastikan rakyat terbela,” katanya dalam taklimat dengan penyokong, di sini.Taklimat khas di Dewan Majlis Daerah Yan, di sini adalah bagi memperkasakan lagi PR Kedah, dianjurkan oleh PKR Kedah. Ia diadakan sempena lawatan sehari beliau ke Kedah dan dihadiri semua ketua Cabang PKR seluruh negeri Kedah.
Menurutnya, dalam memastikan rakyat terus menyokong PKR, pihak tertinggi PKR Kedah juga semestinya memberi sumbangan dan khidmat terbaik kepada semua permasalahan yang dihadapi rakyat.Pada majlis berkenaan, semua ketua Cabang PKR Negeri Kedah menyerahkan permohonan penubuhan Ranting-ranting baru dan borang permohonan keahlian baru kepada beliau yang melebihi angka 5,000 pemohonan.Beliau berkata, dengan adanya Ranting-ranting baru tersebut diharap dapat membuka ruang kepada PKR Kedah memperluaskan kawasan khidmat mereka.

Muhyiddin Pengkhianat Melayu Sebenar?


Imbasan daripada Harakahdaily.net

Umno gadai tanah Johor kepada Singapura

Khairul Azlam Mohmad Mon May 15, 06 1:46:04 pm MYT

KUALA NERUS, 15 Mei (Hrkh) – Pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) didakwa telah menggadai sejumlah tanah di negeri Johor kepada kerajaan Singapura pada awal tahun 1980-an lagi.
Pemimpin Umno pada waktu itu telah menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta, kata Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan, Dato' Paduka Ibrahim Ali.
Beliau mendakwa Menteri Petanian dan Asas Tani yang juga bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab menggadai tanah-tanah orang Melayu kepada Singapura.
"Saya terkejut, rupa-rupanya pada tahun 1980 sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar dan waktu itu Musa Hitam jadi Timbalan Perdana Menteri tiada siapa pun tahu didedahkan bahawa pada tahun 1981, kerajaan Johor di bawah Muhyiddin telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Menentang Penghinaan Terhadap Islam di perkarangan Maahad Tahfiz Wa-Tarbiyyah Darul Iman, Tok Jiring, baru-baru ini.
Katanya, kawasan tersebut tidak jauh dengan Kota Tinggi yang merupakan kawasan hamparan air seluas 51,170 hektar.
Menurutnya, kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya sekarang ini.
Beliau mendapat maklumat tersebut ketika menghadiri suatu Majlis Dailog Kepentingan Bangsa Peringkat Negeri Johor pada 7 Mei lalu bersama Tengku Razaleigh Hamzah.
Menurutnya, taklimat tertutup itu dikendalikan oleh bekas Setiausaha Kerja Umno Johor, Encik Hamzah Othman yang juga bekas pengerusi guru-guru besar bersara.
"Sebelum itu, ada satu taklimat tertutup yang diberi oleh Encik Hamzah Othman, bekas pengerusi guru-guru besar bersara yang pernah jadi Setiausaha Kerja Umno Johor dahulu sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar. Dia bagi taklimat dengan tayangan slide, cukup dari segi maklumat, dengan petanya, pelan toponya," jelasnya di hadapan lebih 10,000 orang hadirin.
Sehubungan itu, beliau turut melahirkan rasa kesal dan dukacita setelah enam tahun menganggotai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan 13 tahun menjadi Ketua Bahagian Umno tidak mengetahui isu tersebut.
Katanya, empangan tersebut dibuat setinggi 193 meter dan jika pecah atau dipecahkan seluruh Kota Tinggi termasuk Bandar Tenggara boleh tenggelam.

BENARKAH NORDIN MOHAMAD TOP DIBUNUH ?

IMEJ rakaman tv tempatan, TV One menunjukkan, polis anti pengganas Indonesia berada dalam kedudukan masing-masing ketika serbuan ke atas rumah tempat persembunyian anggota militan.--fotoAP
Akhirnya, polis Indonesia sedang membawa keranda seorang suspek pengganas yang terbunuh dalam serbuan yang dilakukan di sebuah rumah tempat persembunyian anggota militan di Temanggung, Jawa Tengah, semalam. Suspek pengganas yang paling dikehendaki, Noordin Mohammad Top dilaporkan terbunuh dalam serbuan itu.--fotoAP
Yang mati itu Noordin M Top?
Inikah Noordin M Top? Foto pria di sebelah kiri adalah korban tewas dalam bakutembak di Temanggung, Jawa Tengah, Sabtu (8/8/2009) pagi.

200 Bakal Menganggur Menjelang Ramadhan


KUALA TERENGGANU - Nasib lebih 200 pekerja mungkin bakal kehilangan pekerjaan masing-masing menjelang bulan Ramadan serta sambutan hari raya Idulfitri tahun ini.Ia adalah kerana sikap tidak cakna kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang bercakap kosong membelakangi slogan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Razak, ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.
Seramai 35 pemilik perniagaan di Jalan Bandar, dekat sini, terpaksa menutup premis mereka apabila pihak Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) memerintahkan mereka berpindah pada 13 Ogos ini.Sehubungan itu, Badan Bertindak Peniaga terbabit mengadakan satu sesi dialog dengan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) bagi menghadapi notis singkat selama 30 hari yang telah dikeluarkan pada 13 Julai .

AMNESTY AWARD FOR AUNG SAN SUU KYI

On behalf of KEADILAN, I would like to offer my heartfelt congratulations to Aung San Suu Kyi on receiving the Ambassador of Conscience Award for 2009 from Amnesty International on 27 July 2009.
Her unwavering courage and determination, as well as her immense personal sacrifice, have inspired millions around the world and have made her an icon for the universal struggle for democracy and human rights.
At the same time, the continuing illegal detention of the leader of a party which won a national election more than two decades ago is an affront to universal principles of justice and democracy. It reflects badly on the world that, after so long, the international community’s political will to put a stop to it has been found lacking.
It is even more shameful that the governments of ASEAN member countries, including Malaysia, have been even more half-hearted in their efforts to push the Junta to free Aung San Suu Kyi and restore democracy in Burma. They should by now be ready to admit that their strategy of neighbourly engagement and persuasion has been an abject failure. Worse still, it has facilitated continuing covert support of individuals and companies, including in Malaysia, doing lucrative business with the military junta, which has contributed not a little to its ability to cling onto their illegal power.
ASEAN should also abandon its misguided – not to mention immoral – policy of non-interference in the “internal affairs” of its member states, as if such affairs exist in a vacuum. The folly of this stand is by now obvious since, as a result of its continuing inability or disinclination to bring Burma into line, ASEAN’s reputation, and consequently its influence in the world, has suffered a significant decline. This in turn has caused considerable damage to the economic wellbeing and competitiveness of all member states. In short, ASEAN nations, in this global era, not to mention economic recession, disregard the Burma problem at their common peril.
August 8 marks the 21st anniversary of the Burmese people’s brave, but unfortunately unsuccessful, uprising aimed at overthrowing the military regime. By bestowing this award on Aung San Suu Kyi, Amnesty International, a universally respected organisation, is not only racking up the pressure on the junta itself, but giving a firm reminder to political leaders, especially Burma’s neighbours, to do more than simply utter politically correct platitudes regarding this important issue.
For the rest of us, as Aung San Suu Kyi remains in detention, let us be inspired anew by her shining example and let our outrage at the continuing injustice against her be reaffirmed. Let us redouble our efforts to press for her immediate release, as well as enhance our initiatives to establish freedom, justice and democracy in our own country, in Burma and in every nation.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
President
Parti Keadilan RakyatMalaysia

Malaysians must rise to protect freedom of expression and information

Minister of Information, Communication and Culture Rais Yatim's announcement that the Federal Government plans to introduce an Internet filter is yet another example of the increasingly draconian nature of the Najib administration.
The MSC Malaysia 10 Point Bill of Guarantees spells out in no uncertain terms that there will be no censorship of the Internet. This plan clearly renders the bill meaningless.
Datuk Seri Rais' assurance that the filter will only target pornography holds no water. Instead, it marks the beginning of a slippery slope with no end to it, except possibly a Big Brother government that monitors every move made by Malaysians. A senior official with the National Security Council (NSC) was already quoted in an AFP report as saying that "bloggers who inflame racial sentiments" are targeted by this censorship plan.
It is clear that this is a backdoor way to censor views that are sympathetic to the Pakatan Rakyat, be they on blogs, news Web sites or forums.
The government needs to stop looking at banning as a catch-all solution. There are already adequate laws of the land such as the Multimedia Commission Act, the Penal Code and Defamation Act, while self-control and regulation must also be emphasised. To use China's flawed and postponed Green Dam as a model is highly frightening to Malaysians who cherish what little freedom we have to express ourselves. A University of Michigan study had exposed security vulnerabilities of this software. Furthermore, the result will likely be a proliferation of black market means to circumvent any censorship.
Despite being the Minister of Communications, Rais' hostility to the Internet is well known, as he recently described it as a form of ‘colonisation’.
I call on Malaysians, particularly those of the Internet generation, to rise up and protect the only space we have for open discussion of issues that affect our live and our country.

YB ELIZABETH WONG
Information Chief,
Wanita Keadilan
State Assemblyman (Bukit Lanjan)