klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 25 Januari 2011

Anwar : Kekalkan Subsidi Rakyat - TV Selangor

SHAH ALAM 25 JAN: Pakatan Rakyat (PR) berkata pemberian subsidi kepada rakyat harus dikekalkan terutamanya membabitkan empat sektor iaitu beras, pertoleum, kesihatan dan pendidikan.

Dalam satu majlis 'Luncheon Talk Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim' di Kelab Shah Alam, Shah Alam pagi tadi, Penasihat Ekonomi Kerajaan PR Selangor, itu berkata pemotongan subsidi dalam sektor-sektor berikut akan menghimpit kehidupan seharian majoriti rakyat negara ini.

"Kerana bagi rakyat, mengapa harus kami dibebankan bila ekonomi meleset? Mengapa tidak pimpinan? Siapakah yang melakukan curang, rompak harta negara, rasuah, mengadakan dan memperkenalkan kebijakan ekonomi yang songsang? Mengapa mereka tidak didenda dan dihukum? Jadi sebab itu, penyelesaiannya selalu dibebankan kepada orang bawah," jelas beliau.

Beliau yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjelaskan tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) mengurangkan subsidi atas nama rasionalisasi kurang tepat kerana tindakan tersebut hanya menguntungkan golongan kaya sahaja, dengan memberikan contoh di mana walaupun subsidi LPG, petrol dan diesel telah dikurangkan dengan drastik tetapi subsidi kepada pengeluar tenaga swasta (IPP) masih berada pada RM19 bilion.

Katanya lagi, kerajaan memberikan subsidi kepada semua golongan samada yang kaya dan miskin tetapi dengan menggunakan istilah berbeza di mana bagi syarikat swasta, bantuan sebegini dipanggil insentif manakala bagi golongan miskin seperti petani dan nelayan pula, ia dipanggil subsidi.

"Tetapi yang aneh, mengapa bila kita mengalami defisit tumpuan kita, seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Idris Jala, ialah mengurangkan subsidi, dia tak sebut mengurang, rasionalisasi. Maknanya potong subsidi," kata beliau.

Anwar yang pernah memegang jawatan Menteri Kewangan selama lapan tahun semasa berada di Kabinet dahulu menyatakan walaupun saranan Bank Dunia dan IMF (International Monetary Fund) adalah untuk menghapuskan subsidi sekaligus tetapi penghapusan subsidi tidak sesuai untuk corak ekonomi negara.

Kata beliau, saranan tersebut adalah dengan andaian ekonomi berpasaran sempurna tetapi pada realitinya ekonomi negara merupakan ekonomi pasaran tidak sempurna.

Konsep pasaran sempurna menyatakan subsidi boleh mengurangkan kebajikan sosial dan perlu dihapuskan bagi meningkatkan permintaan dan bekalan pasaran tetapi dalam konteks sebenar, pasaran tidak sempurna tidak menjamin kebajikan sosial terpelihara sekiranya mana-man unsur yang menyebabkan ketidaksempurnaan ini dikeluarkan, dalam hal ini merujuk kepada subsidi.

Ini diterangkan oleh beliau dengan memberikan contoh pasaran elektrik yang mana hanya membebankan rakyat sekiranya subsidi dikurangkan, tetapi IPP tetap akan terus mendapat subsidi yang diperuntukkan untuk mereka.

"Kenaikan kos, purata sekarang dianggap RM100 setahun kerana kos peningkatan harga gula, minyak dan sebagainya. RM100 bagi orang kaya tidak sangat menekan tetapi RM100 bagi orang yang berpendapatan RM1,500, kenaikan RM100 tanpa kenaikan gaji itu cukup membebankan," tegas beliau.

Beliau seterusnya menyatakan, menurut CIMB Research, beban kewangan golongan berpendapatan purata RM1,500 dengan mengambil kira bayaran ansuran kereta, pinjaman rumah dan sebagainya mencecah 80 peratus daripada pendapatan mereka.

Kata beliau, sekiranya tatakelola sesebuah negara itu baik, beliau percaya dapat memberikan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat.

Anwar: Hentikan label 'penderhaka'

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menolak 'perlumbaan' antara BN dan Pakatan Rakyat sehingga masing-masing melabel satu sama lain sebagi penderhaka.

"Saya setuju (ini politik regresif) dan saya tidak berkongsi pandangan (perlabelan seumpama itu),” katanya di Shah Alam hari ini.

anwar keadilan network launch 230111"Isu yang didebatkan adalah pindaan perlembagaan (Selangor) dan martabat Raja-raja Melayu, jadi tumpuan adalah sama ada ia akan memperkukuh atau melemahkan perlembagaan.”

Namun, katanya, beliau tidak menyalahkan rakan-rakannya di Pakatan yang terbabit dalam perbahasan itu kerana Umno yang mula melabelkan mereka sebagai penderhaka.

"Umno tuduh kita penderhaka, pengkhianat Melayu dan antek (alat) kepada Cina, jadi (pemimpin Pakatan) ada kalanya terpengaruh dengan bahasa yang digunakan ketika membalas. Tetapi jika saya, saya cadangkan mereka memberikan jawapan berdasarkan pindaan 1993 dan ucapan mengikut Hansard.

"Pemimpin Umno seolah-olah memperkecil-kecilkan kebolehan Raja-raja Melayu untuk berfikir bagi diri mereka sendiri dan saya tidak fikir raja-raja perlu diheret begitu rupa.”

Ditanya, sama ada Pakatan akan mencuba sekali lagi untuk mengembalikan kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang kepada sultan seperti yang diperuntukan oleh perlembagaan Selangor sebelum 1993, Anwar berkata: “Kedudukan kita... kita menghormati kedudukan (Raja-raja Melayu) seperti yang termaktub dan dijamin oleh perlembagaan monarki.

NONE"Kuasa terletak di tangan rakyat, mandat diberikan oleh rakyat... (tetapi) apa perlunya raja-raja jika mereka tidak dirujuk seperti yang berlaku pada pindaan 1993.”

Yang menarik, pada 1993, Anwar mengakui ketika itu beliau mengetuai perwakilan Umno untuk berunding dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Shah yang mewakili Raja-raja Melayu berhubung perkara itu.

"Saya tahu apa yang berlaku dan saya tidak fikir Raja-raja Melayu sudah lupa pengalaman mereka, sejarah itu masih baru,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anwar mengulangi cabaran debat ekonomi, dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, khususnya mengenai rancangan pembaharuan 100 hari Pakatan Rakyat.

NONENamun katanya, jika Najib berterusan menyerangnya secara peribadi, beliau sanggup berdepan dengannya.

"Beliau tidak tolak cadangan saya (untuk berdebat) tetapi kata saya akan demam atau sakit, dan bercakap mengenai melondehkan Anwar... saya tidak mahu melayan isu peribadi ini, saya mahu membincangkan ekonomi.

"Tetapi jika beliau mahu meneruskan, saya memang bersedia, malah termasuk membincangkan kes liwat. Saya boleh jawab dan saya juga mahu timbulkan isu rasuah, pembunuhan, mencuri isteri orang lain, Port Dickson, - semua itu boleh dibawa dan dibincangkan juga,” kata Anwar. - MALAYSIAKINI

UMNO BUKAN SAHAJA MENDERHAKA TAPI SEBUSUK-BUSUK KEJADIAN

" UMNO dakwa PR cuba rampas kuasa Sultan Selangor " begitulah tajuk yang saya petik dalam Sinar Harian hari ini ( 25 Januari 2011 ) di ruangan Sidang Khas DUN Selangor . Agak melucukan dan mengelikan hati saya . Pimpinan UMNO Negeri Selangor menyifatkan sidang khas bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 sebagai tindakan merampas kuasa Sultan dan bukannya mengembalikan kuasa Sultan .

UMNO Negeri Selangor benar-benar takut dengan bayang-bayang sendiri dan cuba memutarbelitkan kenyataan serta tidak berpijak di bumi yang nyata apabila tidak dapat menerima hakikat dan kenyataan bahawa pekung yang selama ini ditutup daripada rakyat telah terbongkar dan cuba membentuk persepsi kepada rakyat bahawa tindakan PR ( Pakatan Rakyat ) hanyalah bersifat retorik politik .

Saya tertarik dengan kenyataan Ketua UMNO bahagian Shah Alam , Datuk Ahmad Nawawi Md Zin menyatakan bahawa PR hendakkan kuasa Menteri Besar melebihi kuasa Sultan , benar-benar menampakkan kebodohan dan kedangkalan sewaktu berucap di perhimpunan di Dataran Shah Alam kepada para penyokong mereka .

Sikap putar belit atau putar alam pemimpin UMNO Selangor ini memberikan gambaran yang jelas bahawa mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa UMNO adalah parti yang telah mengambil tindakan pada 1993 , meminda perlembagaan persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 yang telah merampas secara kurang ajar dan biadap terhadap kuasa Raja-Raja Melayu . Dengan memberikan kuasa mutlak kepada Kerajaan Persekutuan melalui kuasa kepada Ketua Setiausaha Negara serta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) dalam melantik 3 jawatan utama Kerajaan Negeri Selangor .

Waktu itu UMNO terutama sekali 'Mamak Bendahara' Dr. Mahathir Mohamad telah 'menelanjangkan' Raja-Raja Melayu di hadapan rakyat bagi menyokong tindakan 'rampasan kuasa' mereka dengan melakukan pindaan perlembagaan yang menghakis kuasa-kuasa Institusi Raja-Raja .

Usul pindaan Perkara 52 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 yang dibentangkan oleh YAB Menteri Besar Selangor adalah secara komited untuk mempertahankan kedudukan dan kuasa Raja-Raja Melayu khususnya dalam konteks negeri Selangor iaitu DYMM Sultan Selangor . Sekiranya usul pindaan tersebut diterima bermakna DYMM Sultan dan MB Selangor serta Kerajaan Negeri mempunyai kuasa yang mutlak terhadap perlantikan Pegawai-pegawai Eksekutif Ex-Officio tersebut dan bukan lagi oleh Kerajaan Persekutuan .

Sepertimana yang dijangka , malangnya usul tersebut tidak mendapat sokongan majoriti 2/3 Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) iaitu dengan keputusan 34 orang menyokong dan 20 lagi tidak menyokong . ADUN-ADUN UMNO/BN dengan tegas dan bangga tidak menyokong pindaan perlembagaan tersebut yang nyata "MENDAULATKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN"daripada 'MENDAULATKAN DYMM SULTAN SELANGOR ".

Saya meminta seluruh rakyat terutama orang-orang Melayu untuk bertindak menolak UMNO yang terbukti menderhaka , kurang ajar dan biadap kepada istitusi Raja-Raja Melayu yang selama ini menjadi 'Payung Rakyat' . Sikap UMNO terhadap Institusi Raja-raja Melayu yang hanya melibatkan kepentingan politik pemimpin-pemimpin UMNO sahaja . Bila Raja-Raja Melayu tidak mengikut telunjuk mereka , akan dimaki hamun dan dicerca nista sepertimana banyak insiden yang berlaku antara UMNO dan DYMM Sultan-Sultan .

UMNO dengan secara terbukti merampas kuasa DYMM Sultan Selangor . Insiden 1993 rampasan kuasa besar-besaran UMNO daripada Istitusi Raja-Raja dibuktikan sekali lagi dengan sikap keangkuhan menolak usul pindaan tersebut dan akan menjadi bahan sejarah bahawa UMNO PENDERHAKA RAJA-RAJA MELAYU .

UMNO bukan sahaja menderhaka dan merampas kuasa DYMM Sultan tetapi sebusuk-busuk kejadian , masanya sudah tiba untuk rakyat menunjukkan 'kuasa' kepada UMNO /BN . UBAH SEKARANG , SELAMATKAN SELANGOR , SELAMATKAN MALAYSIA !

Umno Penderhaka Sebenar Sultan Dan Rakyat

SHAH ALAM 24 JAN: Umno adalah penderhaka sebenar Sultan Selangor dan seluruh rakyat negeri Selangor kerana merampas kuasa Sultan Selangor dan kerajaan negeri dalam semasa krisis perlembagaan pada tahun 1993, bukannya Pakatan Rakyat yang sedang bertungkus-lumus mengembalikan kuasa tersebut kepada Sultan dan kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Mohamad Azmin Ali berkata demikian dalam ucapan beliau semasa membahaskan rang undang-undang pindaan di sidang DUN Selangor petang tadi.

Kata beliau, Pakatan Rakyat tidak pernah merasakan kehadiran Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausah Kerajaan Negeri sebagai satu masalah tetapi masalah sebenar ialah Umno-BN memilih untuk melangkaui kerajaan negeri Selangor dalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Yang kami timbulkan dalam perbahasan ini dengan mendapat perkenan Tuanku ialah cita-cita murni Datuk Menteri Besar untuk memperbetulkan sistem yang dirosakkan oleh Umno itu sendiri, itu sahaja!" tegas beliau.

Beliau menjelaskan, pelbagai helah dan tohmahan telah dilempar oleh Umno-BN bagi mengagalkan usaha pembangunan PR di Selangor.

"Noh Omar mendakwa Pakatan Rakyat sanggup melakukan apa sahaja yang bercanggah dengan undang-undang. Persoalannya, apakah Umno faham dan menghormati undang-undang?" tanya beliau.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri Selangor merupakan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan mendapat mandat dan amanah dari rakyat melalui proses demokrasi dan ini terbukti pada 8 Mac 2008 di mana majoriti rakyat Negeri Selangor menolak parti UMNO dan BN yang bergelumang dengan rasuah, salah guna kuasa dan keangkuhan pemimpin.

"Derhakakah Umno jika Umno menolak dan lari daripada pindaan rang undang-undang ini? Sudah jelas lagi disuluh, Umnolah penderhaka Institusi Diraja," tegas beliau lagi.

Azmin seterusnya menjelaskan, rata-rata warga Selangor semakin celik dan golongan rakyat yang terlalu lama diperbodohkan adalah orang Umno sendiri sehingga tidak tahu mereka diperbodohkan kerana mereka makin tidak tahu apa itu kebodohan.

"Siapakah yang memansuhkan kuasa Tuanku Sultan untuk melantik tiga pegawai selepas mempertimbangkan nasihat Menteri Besar ? Pastinya, UMNO telah menderhaka kepada Raja-Raja Melayu. Sekaligus suara rakyat dinafikan kerana Menteri Besar adalah wakil suara rakyat majoriti yang membentuk kerajaan melalui proses demokrasi," kata beliau. - TVSelangor

Isnin, 24 Januari 2011

INGATKAN BISU : Harussani : Presiden MCA Diminta Mohon Maaf - TV Selangor

SHAH ALAM 24 JAN : Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek memohon maaf kepada orang Islam kerana mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tertib bersalam wanita Islam.

Sebelum ini Chua Soi Lek mengeluarkan kenyataan yang menyentuh soal wanita Islam bersalam - calon PAS-Pakatan Rakyat kerusi DUN Tenang Normala Sudirman, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini. Tindakan Chua Soi Lek dilihat cuba mempersendakan hukum Islam tatkala Umno berdiam diri dalam soal ini.

Kempen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Tenang dilihat memberikan tumpuan kepada cara bersalam calon PAS-Pakatan Rakyat Normala yang tidak bersalam dengan bukan muhrim.

Kontroversi itu yang terlebih dahulu ditimbulkan Dr Chua kemudian ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan agenda PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan" masyarakat Cina di DUN Tenang.

"Betullah tu, orang perempuan tidak boleh bersalam dengan orang lelaki, itu hukum Islam, haram bersalam tu," tegas Harussani yang dihubungi TV Selangor.

"Dia (Chua Soi Lek) sepatutnya tahulah menghormati, bila dia mengkritik itu (hukum Islam) maknanya dia mengkritik Islam, dia patut minta maaf pada orang Islam, itu hukum, siapa pun tak boleh lari daripada hukum," ujarnya Mufti Perak itu lagi.

Mufti Perak itu dilihat antara mufti yang bertegas dalam soal hukum yang mengharamkan penganjuran karnival sure heboh beberapa tahun dahulu.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.

Normala, seorang bekas guru juga merupakan Exco Dewan Muslimat PAS pusat.

Menurut Harussani, sebagai seorang wanita yang beragama Islam sudah menjadi kewajiban beliau untuk menjaga adab termasuk dari aspek bersalam.

Semalam, Normala menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita.

Beliau juga meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.

Menurut Normala, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA sepatutnya sudah memahami tertib seorang wanita Islam.

Kempen pilihan raya kecil ke-14 masuk hari kedua hari ini. Pengundian akan diadakan pada 30 Januari.

TOLAK USUL : BUKTI UMNO PENDERHAKA DYMM SULTAN

Hari ini berlangsung Sidang DUN Selangor setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor bagi membentang usul oleh MB Selangor bagi meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Sepertimana yang dinyatakan oleh MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Pakatan Rakyat ingin mengembalikan peruntukan yang asal kerana yakin bahawa peruntukan itu memberi ruang konsultasi kepada semua pihak; dari istana, suruhanjaya perkhidmatan dan kerajaan negeri untuk memainkan peranan masing-masing secara telus dan terbuka.

Cadangan Pindaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959, khususnya Perkara 52(1) hari ini jelas Menteri Besar Selangor hanya bertujuan mengembalikan peruntukan yang asal serta ruang kepada semua pihak secara jelas berkenaan perlantikan pegawai kanan kerajaan negeri.

Pindaan tersebut akan mengembalikan kuasa kepada DYMM Sultan , Menteri Besar dan Kerajaan Negeri bagi menentukan perlantikan pegawai-pegawai kerajaan negeri yang telah dirampas oleh Kerajaan Persekutuan ekoran isu imuniti raja-raja pada tahun 1993 .

Sudah pasti pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor ini adalah satu usaha oleh Pakatan Rakyat agar menjunjung dan mendaulatkan DYMM Sultan Selangor di atas prinsip Raja Berperlembagaan serta menjunjung perlembagaan negara , undang-undang tubuh negeri dan Rukun Negara agar kuasa dalam menentukan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri bukan lagi ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan .

Sepertimana yang saya jangkakan , ADUN-ADUN UMNO/BN akan mengambil sikap tidak menyokong usul pindaan tersebut dan menganggap tindakan Pakatan Rakyat bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan bermotifkan politik .

Ternyata dengan insiden ini membuktikan secara jelas UMNO adalah PENDERHAKA kepada DYMM Sultan . Tindakan tidak bersetuju dan menyokong pindaan Undang-Undang TubuhNegeri Selangor tersebut yang mahu mengembalikan kedaulatan DYMM Sultan adalah satu tindakan melampau penderhakaan kepada DYMM Sultan . UMNO lebih rela kuasa Sultan dirampas , dinafikan kuasa dan hak , menghina dan mencerca DYMM Sultan .

Kalau benar UMNO yang selama ini mendabik dada sebagai jaguh dalam melaungkan kedaulatan dan ketuanan Sultan , sudah pasti akan menyokong 100% usaha Pakatan Rakyat yang ingin mengembalikan kedaulatan dan ketuanan DYMM Sultan . Kerana kepentingan politik mereka , sanggup menentang usaha murni ini .

Polemik perlantikan Mohd Kursrin Munawi telah membuka mata banyak pihak terutama rakyat bahawa kuasa dan kedaulatan DYMM Sultan telah dirampas oleh UMNO . UMNO cuba berselindung dengan menyatakan bahawa perlantikan Mohd. Kusrin telah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor dan tidak perlu dipertikaikan . Sedangkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang telah dipinda pada tahun 1993 tidak menyatakan dengan jelas sebarang peruntukkan memerlukan kepada perkenan DYMM Sultan Selangor .

Tetapi Pakatan Rakyat menjunjung kuasa dan kedaultan DYMM Sultan dengan mengusulkan pindaan Undang-undang Tubuh Selangor 1959 terhadap perkara 52(1) tersebut . Pindaan itu dicadangkan supaya generasi akan datang tidak lagi tertanya-tanya dan tiada pihak yang berani melanggar kuasa kerajaan DYMM Sultan dan Kerajaan Negeri .

ADUN-ADUN UMNO/BN Selangor adalah PENDERHAKA kepada DYMM Sultan Selangor ! Tindakan mereka hari ini membuktikan kesahihan bahawa UMNO adalah PENDERHAKA KEPADA SULTAN . UMNO dengan bangga melakukan tindakan seolah-olah DYMM Sultan seperti " lembu yang dicucuk hidung" . Demi kepentingan politik mereka .

Pindaan Untuk Kembalikan Peruntukan Asal- MB

SHAH ALAM 24 JAN : Pindaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959, khususnya Perkara 52(1) hari ini jelas Menteri Besar Selangor hanya bertujuan mengembalikan peruntukan yang asal serta ruang kepada semua pihak secara jelas berkenaan perlantikan pegawai kanan kerajaan negeri.

Kata Tan Sri Khalid Ibrahim, Pakatan Rakyat ingin mengembalikan peruntukan yang asal kerana kami yakin bahawa peruntukan itu memberi ruang konsultasi kepada semua pihak; dari istana, suruhanjaya perkhidmatan dan kerajaan negeri untuk memainkan peranan masing-masing secara telus dan terbuka.

"Pindaan yang dibuat oleh Umno pada 1993 - iaitu Perkara 52(1) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor - begitu ganjil sekali. Ini kerana ia tidak menyebut pihak berkuasa yang diberi kuasa melantik: sepatutnya ada kuasa tertentu yang diletakkan; contohnya sama ada Sultan atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam," katanya ketika berucap hari ini.

Beliau menjelaskan, jika dibandingkan dengan Perkara 144 Perlembagaan, khususnya Fasal 3, 4 dan 5 yang ada sekarang yang kesemua mempunyai format yang sama dengan peruntukan yang lama dalam Undang- undang Tubuh Negeri Selangor.

Pindaan 1993 itu tidak sah kerana ia tidak diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja sebagaimana yang dikehendakki oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.

"Kerajaan negeri juga berpendapat bahawa pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 bertujuan menangani isu imuniti Raja-Raja, maka kuasa pelantikan SUK tidak harus disentuh.

"Tidak ada rekod menunjukkan bahawa Raja-Raja setuju dengan pindaan berkenaan kerana yang menjadi pertikaian ketika itu ialah imuniti. Kelihatannya Umno mengambil kesempatan untuk mencuri kuasa Sultan dalam keadaan yang panas dan membingungkan ketika itu," jelasnya.

Oleh itu katanya, kerajaan negeri berpendapat bahawa peruntukan asal Undang-undang Tubuh Negeri perlu dikembalikan kerana Pakatan Rakyat komited dengan peranan Raja-Raja sebagai salah satu agen semak dan imbang - checks and balances - dalam Perlembagaan.

Konsep Raja Berperlembagaan bermaksud raja yang kuasa terbatas dan dipandu oleh peruntukan dan semangat Perlembagaan. Umno berpendapat sebaliknya; bagi mereka Raja Berperlembagaan ialah raja yang boleh dicucuk hidung dan diseret ke sana ke mari mengikut kehendak mereka sebagaimana yang mereka lakukan sejak awal 1980an hinggalah sekarang.

Pindaan yang dicadangkan ini adalah tanda komitmen Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri berdaulat ini menurut aspirasi dan amanah yang diberikan rakyat atas konsep ketuanan rakyat. - TV Selangor

Keadilan Network Dipersiap Hadapi Perang Siber



AMPANG 23 JAN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini melancarkan program baru, 'Keadilan Network' bagi menangani dan berhadapan perang siber yang dilancarkan ke atas PKR dan Pakatan Rakyat oleh pihak lawan terutamanya Umno-BN dengan menubuhkan satu rangkaian aktivis pengguna alam maya seperti para blogger dan pengguna laman Facebook.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kepada hadirin bahawa usaha menyatukan dan mengatur aktivis di alam maya akan diteruskan sehinggalah ke pilihanraya umum akan datang bagi menahan serangan pihak lawan yang menggunakan laman web untuk menabur pelbagai fitnah dan dakwaan palsu terhadap PR.

"Keadilan Network ini adalah inisiatif kita nak bina rangkaian di kalangan aktivis-aktivis kita di dunia maya, dan juga untuk mengatur informasi di internet untuk menghadapi perang informasi," jelas beliau.

'Keadilan Network ini fokusnya kepada pilihanraya umum ke 13, untuk pilihanraya Tenang ini memang ada usaha tetapi matlamat utama kita ialah piliharaya umum ke 13," kata beliau.

Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 100 aktivis parti serta pengguna Facebook turut dihadiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nor Manuty.

Nik Nazmi menjelaskan program sebegini akan turut memuatkan penguna dan aktivis laman maya lain seperti Twitter dan blog-blog lain bagi menyelaraskan gerak kerja antara aktivis-aktivis di alam maya.

"Apa yang kita buat hari ini misalnya lebih kepada rakan-rakan kita di facebook. jadi kita akan buat 'engagement' ini secara berterusan untuk kita selaraskan gerak kerja dan pendekatan kita tetapi perkara ini bukan kita buat sekali sahaja," jelas beliau. - TV selangor

Anwar Dedah Bukti APCO Dengan Konsep 1Malaysia


Ditulis oleh Edi Suleiman
23/01/2011


LABIS 23 JAN : Felda Tenang digegarkan dengan pendedahan bukti hubungan kerajaan Malaysia pimpinan Umno-Barisan Nasional dengan APCO Worldwide bersabit isu 1 Malaysia.

Perkara itu didedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pembuka tirai kempen pilihanraya kecil DUN Tenang bermula malam tadi.

Menerusi salinan dokumen perjanjian Malaysia-APCO Worldwide yang dikemukakan Anwar, menyatakan penglibatan Sekretariat Akhbar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad sebagai saksi perjanjian tandatangan pegawai kerajaan Malaysia dengan syarikat perunding Israel itu.

Justeru menurut beliau, penafian berterusan syarikat yang berpengkalan di Washington and Tel Aviv oleh Perdana Menteri Najib Razak selama ini merupakan pembohongan semata-mata.

"Ada tak perjanjian? Ada. Pertama saya ada, kerajaan Israel dan Apco yang mereka kata tiada dan menteri-menteri kita nafi. Tahun 1991. Kerajaan Israel dan Apco, ini perjanjian. Kedua 2009, perjanjian kerajaan Datuk Seri Najib dengan Apco.

"Tandantangan bukan setakat wakil kerajaan, saksinya Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad, Sekretariat Akhbar Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib, ini dia. No kad pengenalan pun ada, 620707015781," kata beliau di hadapan ratusan masyarakat felda yang hadir ke Markas PAS Felda Tenang malam tadi.

Anwar ketika ini digantung enam bulan oleh Parlimen Malaysia tanpa diberi peluang membela diri kerana dituduh mengelirukan dewan setelah lantang mendedahkan konsep 1 Malaysia yang meniru 'One Israel' oleh APCO Worldwide.

Seterusnya, Najib tampil menafikan tuduhan itu sebaliknya menyatakan konsep tersebut adalah ilhamnya sendiri.

"1999, Ehud Barak sebut 'One Israel, People First''. Apa maknanya? Rakyat didahulukan. Sepuluh tahun kemudian, rakyat didahulukan. Tanya mereka (Umno-Barisan Nasional), kebetulan. Satu Israel, Satu Malaysia, kebetulan. Macam cerita P Ramlee, cubaan," disahut ketawa sinis penduduk felda yang hadir.

Beliau turut akan mengedarkan salinan dokumen tersebut kepada markas-markas parti Pakatan Rakyat.

Dalam ceramahnya, beliau turut mengecam pemimpin yang bersikap bongkak terhadap kuasa dan tanggungjawab yang dimandatkan oleh rakyat.

Tambahnya lagi, beliau tidak gusar akan tentangan hebat yang diberikan kerajaan Umno-Barisan Nasional untuk menyekatnya daripada mendedahkan perbuatan salah pemimpin-pemimpin parti itu justeru mengajak rakyat menilai integriti wakil masyarakat yang dipilih.

Jelasnya lagi, rakyat harus didedahkan dengan maklumat sahih agar dapat menilai sejauh mana tanggungjawab yang dilaksanakan oleh kepimpinan negara.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu hadir ke kawasan DUN Tenang bertemu masyarakat di tiga lokasi sekitar Labis malam tadi yang rata-ratanya memberi respon positif terhadap calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman. - TV Selangor

Fariz Musa : Umno-BN Resah Hadapi Setiap Pilihanraya Kecil - TV Selangor

Fariz Musa : Umno-BN Resah Hadapi Setiap Pilihanraya Kecil
Ditulis oleh Edi Suleiman
22/01/2011


SHAH ALAM 22 JAN : Tindakan kementerian kesihatan mengarahkan semua wakil rakyat agar menjalani ujian kesihatan secara berkala berikutan fenomena kematian mengejut dikalangan wakil rakyat semakin menjadi- jadi disambut baik oleh ahli majlis pimpinan pusat, Fariz Musa.

Namun beliau berpandangan arahan sedimikian mencerminkan Umno Barisan Nasional berdepan dengan tekanan dan keresahan kerana setiap kali pilihan raya diadakan, mereka perlu bermati- matian mempertahankan kerusi wakil rakyat yang ditawan mereka.

"Sebenarnya Umno-BN takut dengan pilihanraya kecil, kerana dia tahu bahawa mood rakyat dan juga gerak kerja selama ini tidak diberi perhatian oleh rakyat. Sebab itu setiap kali pilihanraya kecil mereka berdepan dengan tekanan," katanya.

Beliau berkata, cadangan tersebut seharusnya dilaksanakan lebih awal dan bukannya hanya sibuk mengisi kantong demi kepentingan peribadi serta kroni masing-masing.

Malah jelasnya lagi, pendekatan yang dicadangkan itu sudah digunapakai oleh parti Islam Se-malaysia (PAS) sebelum ini.

"Selama ini mereka tidak pernah menghiraukan isu-isu yang berkaitan dengan perkara ini dan lebih mengutamakan pada gerak kerja untuk membesarkan kantong mereka.

Beberapa tindakan telah diambil oleh pakatan sendiri, sebelum ini PAS misalnya, calon merokok tidak boleh dan sebagainya. ini membuktikan pakatan menitik beratkan masalah kesihatan sebagai perkara utama berbanding umno-bn yang mengambik penekatanb semberono kepada wakil rakyatnya," katanya.

Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai mengumumkan arahan kepada semua wakil rakyat agar menjalani ujian kesihatan bagi memastikan tahap kesihatan mereka berada pada tahap yang baik.

Tahap kesihatan wakil rakyat adalah penting berikutan setiap kerah keringat mereka dituntut untuk membantu membela nasib rakyat yang berada dibawah seliian seseorang wakil rakyat.

Cadangan ini adalah bersifat pencegahan iaitu bagi mengenal pasti lebih awal tahap kesihatan masing-masing dan jika terhadap masalah, langkah perubatan boleh diambil sebelum keadaan makin parah.

PRK DUN Tenang merupakan pilihan raya ke 14 yang berlangsung setelah Pilihan Raya Umum ke 12 pada tahun 2008 dan Malaysia bakal menghadapi sekurang- kurangnya dua lagi pilihan raya kecil setelah kerusi Merlimau, Melaka, dan Pelabuhan Klang, Selangor,disahkan kosong.

ADUN Merlimau Datuk Moh'amad Hidhir Abu Hasan meninggal dunia minggu lalu kerana serangan sakit jantung, sementara kerusi DUN Pelabuhan Klang dikosongkan setelah adunnya Badrul Hisham Abdullah gagal menghadiri sidang DUN selama 60 hari tanpa sebab. - TV Selangor


Ahad, 23 Januari 2011

Anwar: Mustahil sembunyi pelarian modal RM208b

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan segera terhadap dakwaan berhubung aliran wang haram yang amat tinggi di negara ini.

anwar keadilan network launch 230111"Kita gesa kementerian kewangan menjawab (dakwaan ini) dan segala siasatan yang berhubung perkara itu," kata Anwar dalam sebuah program parti di Ampang hari ini.

"Jangan lindungi perkara korup. Jika mereka gagal, jelaslah ia melibatkan personaliti besar dalam BN dan kerajaan. Mustahil jumlah sebanyak RM208 bilion tidak boleh dikesan."

Pada 20 Januari lalu, sebuah pemerhati kewangan - Global Financial Integrity (GFI) - menyenaraikan Malaysia antara negara yang merekodkan jumlah aliran wang haram tertinggi dalam tempoh sembilan tahun dalam dekad lalu.

Laporan itu menyebut, aliran wang keluar dari negara ini meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh 2000 hingga 2008.

Aliran wang keluar dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion. Lapan tahun kemudian, jumlah ini bertambah sehingga RM208 bilion.

NONEAnwar yang juga bekas menteri kewangan turut mengakui terkejut dengan jumlah besar wang yang didakwa terlibat.

Sambil menegaskan keperluan siasatan yang bebas, ketua pembangkang itu berkata Bank Negara juga harus menjelaskan situasi tersebut.

Sehingga kini belum ada reaksi rasmi daripada pihak berkuasa berhubung laporan memalukan itu, yang meletakkan penguatkuasaan undang-undang kewangan di Malaysia bawah persoalan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri enggan mengulasnya ketika ditanya Jumaat lalu, tetapi memberitahu Bank Negara akan mengeluarkan kenyataan dengan segera. - MALAYSIAKINI

ISU CIKGU MALA BERSALAMAN PAKAI SARUNG TANGAN : hukum bersentuhan kulit/jabat tangan

Saya dihubungi wartawan TV Selangor meminta komentar tentang isu Cikgu Mala yang bersalaman sambil memakai sarung tangan yang dijadikan isu oleh MCA dalam PRK DUN Tenang yang berlangsung sekarang . UMNO terus menyepikan diri tanpa memperbetulkan persepsi dan tindakan melampau oleh MCA . Tokoh-tokoh agama dalam UMNO sedikit pun tidak memperbetulkannya .
Sebagai wanita islam yang sedia maklum kepada hukum sudah pasti tindakan Cikgu Mala adalah tepat dengan bertindak sedemikian . Cikgu Mala masih sedia bersalaman dengan bukan mahram dengan dalam keadaan berlapik ( bersarung tangan ) .
Tindakan diam UMNO membuktikan kegagalan yang nyata UMNO dalam memberikan kefahaman tentang Islam kepada kompenan BN terutama yang bukan Islam agar memahami dan menjaga sensitiviti agama .
Kupasan dibawah saya petik agar difahami , bahawa tindakan Cikgu Mala adalah menepati sebagai pemimpin islam yang tidak membelakangkan hukum dan agama . Bagi UMNO , MATLAMAT MENGHALALKAN CARA . Hukum dan agama diletak dibelakang , yang penting menang pilihanraya dan berkuasa .

hukum bersentuhan kulit/jabat tangan

I. Hukum Asal

Hukum bersentuhan kulit antara laki-laki dan wanita yang bukan mahram itu termasuk berjabatan tangan hukumnya haram. Paling tidak itulah yang sering kita dengar dan itulah yang sekarang ini cukup populer di kalangan ummat Islam dan juga di kalangan aktifis dakwah.
Sehingga pemahaman seperti itulah yang selama ini dipegang dan dianggap satu-satunya hukum yang bersifat mutlak, jelas dan tidak ada dalil lainnya yang berbeda atau berlawanan. Sehingga umumnya mereka yang paham dan menjalankan syariah tidak akan mau berjabatan tangan dengan wanita yang bukan mahramnya. Mereka sebisa mungkin menghindari sentuhan kulit dengan wanita. Bahkan dalam banyak kesempatan, dengan cara yang halus mereka menolak ajakan untuk menjabat tangan wanita. Sehingga ketika ada seorang aktifis yang kelihatan bersalaman dengan wanita non mahramnya, akan menimbulkan pertanyaan kritis dan perasaan aneh di kalangan pendukungnya.Justify Full

II. Kajian Kritis

Tapi sebagai sebuah kajian dialogis dari sisi syariah dan fiqih muqaranah (perbandingan), tidak ada salahnya bila kita meneliti tentang sejauhmana kekuatan dalil pengharamannya ? Dan lebih jauh, apakah keharaman sentuhan kulit itu berlaku mutlak atau ada juga dalil shahih lain yang membolehkan ? Bagaimana kajian fiqih yang kritis dalam masalah ini ? Lalu apa pandangan dan pendapat para ulama salafus-shalih tentang masalah ini ? Adakah riwayat dari Rasulullah SAW tentang sentuhan kulit non mahram ini ? Benarkah Rasulullah SAW pernah menyentuh kulit wanita non mahram ?

Mari kita kupas masalah ini dengan mengutip dalil hadits dan kajian-kajian fiqih para ulama :

1. Yang mengharamkan secara Mutlak

Para ulama Jumhur termasuk keempat imam mazhab umumnya mengatakan bahwa sentuhan kulit antara laki-laki dan wanita yang bukan mahram hukumnya haram. Mereka mendasarkan pendapatnya itu pada banyak dalil yang erserak disana sini. Baik yang bersifat naqli atau pun yang aqli. Diantaranya yang sering dikemukakan antara lain adalah dalil-dalil berikut ini :

a. Menutup Pintu Fitnah (saddudz-dzari`ah)

Dalil yang terkuat dalam pengharaman sentuhan kulit antara laki-laki dan wanita yang bukan mahram adalah menutup pintu fitnah (saddudz-dzari`ah), dan alasan ini dapat diterima tanpa ragu-ragu lagi ketika syahwat tergerak, atau karena takut fitnah bila telah tampak tanda-tandanya.

b. Hadits Rasulullah SAW

Lebih Baik Ditusuk Jarum Besi Dari Pada Menyentuh Wanita
`Dari Ma`qil bin Yasar dari Nabi saw., beliau bersabda: Sesungguhnya ditusuknya kepala salah seorang diantara kamu dengan jarum besi itu lebih baik daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.`(HR. Thabrani dan Baihaqi)

c. Rasulullah SAW tidak menjabat tangan perempuan ketika bai`at

Dari asy-Sya`bi bahwa Nabi saw. ketika membai`at kaum wanita beliau membawa kain selimut bergaris dari Qatar lalu beliau meletakkannya di atas tangan beliau, seraya berkata, `Aku tidak berjabat dengan wanita.` (HR Abu Daud dalam al-Marasil)
Aisyah berkata, `Maka barangsiapa diantara wanita-wanita beriman itu yang menerima syarat tersebut, Rasulullah saw. berkata kepadanya, `Aku telah membai`atmu – dengan perkataan saja – dan demi Allah tangan beliau sama sekali tidak menyentuh tangan wanita dalam bai`at itu; beliau tidak membai`at mereka melainkan dengan mengucapkan, `Aku telah membai`atmu tentang hal itu.`

2. Yang Membolehkan

Namun bila kita cermati, ternyata tidak semua ulama sepakat mengharamkan hal itu. Ada juga beberapa hujjah yang terkadang muncul untuk tidak memutlakkan keharaman sentuhan kulit antara laki-laki dan wanita yang bukan mahram. Misalnya bila wanitanya adalah orang yang lanjut usia, tua atau sudah uzur.
Di luar itu, meski umumnya dalil-dalil yang kita kenal umumnya mengaharamkan, namun kita harus jujur bahwa ternyata ada juga hujjah yang bisa dikemukakan untuk membolehkan hal itu. Sehingga meski bukan pendapat yang populer, paling tidak perlu kita pahami adanya wacana lain yang -sebenarnya- juga tetap berdasarkan nash-nash yang sharih dan shahih. Hanya saja pendapat ini kurang populer di kalangan ulama Islam.

Diantaranya dalil-dalil yang bisa dikemukakan untuk mendukung pendapat ini adalah :

a. Hadits Ummu Athiyyah Tentang Rasulullah SAW Menjabat Tangan Wanita Ketika Bai`at
“Dari Ismail bin Abdurrahman dari neneknya, Ummu Athiyah, mengenai kisah bai`at, Ummu Athiyah berkata: Lalu Rasulullah saw. mengulurkan tangannya dari luar rumah dan kami mengulurkan tangan kami dari dalam rumah, kemudian beliau berucap, `Ya Allah, saksikanlah.“(Ibnu Hibban, al-Bazzar, ath-Thabari, dan Ibnu Mardawaih

2. Hadits bahwa Budak Wanita Memegang Tangan Rasulullah SAW

“Dari Anas bin Malik r.a., ia berkata: `Sesungguhnya seorang budak wanita diantara budak-budak penduduk Madinah memegang tangan Rasulullah saw., lalu membawanya pergi ke mana ia suka.` (HR. Bukhari dalam Shahih-nya pada `Kitab al-Adab`)
Dalam riwayat lainnya juga ada hadits senada yaitu :
“Dari Anas juga, ia berkata:`Sesungguhnya seorang budak perempuan dari budak-budak penduduk Madinah datang, lalu ia memegang tangan Rasulullah saw., maka beliau tidak melepaskan tangan beliau dari tangannya sehingga dia membawanya perg ke mana ia suka.` (HR. Imam Ahmad)
Ibnu Majah juga meriwayatkan hal demikian.
Kalau kita perhatikan riwayat yang sahih dari Rasulullah saw., niscaya kita jumpai sesuatu yang menunjukkan bahwa semata-mata bersentuhan tangan antara laki-laki dengan perempuan tanpa disertai syahwat dan tidak dikhawatirkan terjadinya fitnah tidaklah terlarang, bahkan pernah dilakukan oleh Rasulullah saw., sedangkan pada dasarnya perbuatan Nabi saw. itu adalah tasyri` dan untuk diteladani:

3. Hadits Bahwa Rasulullah SAW Tidur Di Pangkuan Ummu Haram

Dari Anas bahwa Nabi saw. masuk ke rumah Ummu Haram binti Milhan dan beliau diberi makan. Ummu Haram adalah stri Ubadah bin Shamit, dan Ummu Haram membersihkan kepala beliau (dari kutu) lalu Rasulullah SAW tertidur …` (HR Bukhari dalam Kitabul jihad Was-Sair bab Ad-du`au biljihadi Wasysyahadatu lirrijali wannisa` no. 2580 dan Kitabul Isithsan no. 5810).
Dari Anas dari bibinya Ummu Haram binti Milhan, Ummu Haram berkata,`Rasulullah SAW tidur di dekat aku lalu bangun dan tersenyum …(HR Bukhari dalam Kitab Al-Jihadu Wassair bab Fadhlu Man Yusri`u Fi sabilillah… no. 2590).
Oleh Ibnu Abdil Barr, hadits ini dikomentari bahwa Ummu Haram itu saudara sesusuan Rasulullah SAW. Dia juga meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW itu ma`shum dan tidak punya syahwat sehingga boleh bersentuhan dengan non mahram. Sehingga hal itu merupakan kekhususan pada diri Rasulullah SAW saja.
Tetapi pendapat ini disangkal oleh al-Qadhi `Iyadh dengan argumentasi bahwa kekhususan itu tidak dapat ditetapkan dengan sesuatu yang bersifat kemungkinan. Tetapnya kemaksuman beliau memang dapat diterima, tetapi pada dasarnya tidak ada kekhususan dan boleh meneladani beliau dalam semua tindakan beliau, sehingga ada dalil yang menunjukkan kekhususannya.
Al-Hafizh ad-Dimyati mengemukakan sanggahan yang lebih keras lagi terhadap orang yang mengatakan kemungkinan pertama, yaitu anggapan tentang adanya hubungan kemahraman antara Nabi saw. dengan Ummu Haram.
Beliau berkata: `Mengigau orang yang menganggap Ummu Haram sebagai salah seorang bibi Nabi saw., baik bibi susuan maupun bibi nasab. Sudah dimaklumi, orang-orang yang menyusukan beliau tidak ada seorang pun di antara mereka yang berasal dari wanita Anshar selain Ummu Abdil Muthalib, yaitu Salma binti Amr bin Zaid bin Lubaid bin Hirasy bin Amir bin Ghanam bin Adi bin an-Najjar; dan Ummu Haram adalah binti Milhan bin Khalid bin Zaid bin Haram bin Jundub bin Amir tersebut. Maka nasab Ummu Haram tidak bertemu dengan nasab Salma kecuali pada Amir bin Ghanam, kakek mereka yang sudah jauh ke atas. Dan hubungan bibi (yang jauh) ini tidak menetapkan kemahraman, sebab ini adalah bibi majazi, seperti perkataan Nabi saw. terhadap Sa`ad bin Abi Waqash, `Ini pamanku` karena Sa`ad dari Bani Zahrah, kerabat ibu beliau Aminah, sedangkan Sa`ad bukan saudara Aminah, baik nasab maupun susuan.`

4. Hadits Rasulullah SAW yang masuk ke tempat Ummu Sulaim.

Diceritakan bahwa Nabi saw. tidak pernah masuk ke tempat wanita selain istri-istri beliau, kecuali kepada Ummu Sulaim. Lalu beliau ditanya mengenai masalah itu, dan beliau menjawab, `Saya kasihan kepadanya, saudaranya terbunuh dalam peperangan bersama saya.` Yakni Haram bin Milhan, yang terbunuh pada waktu peperangan Bi`r Ma`unah.` (Lihat kitab Shahih Bukhari)

5. Makna `Menyentuh` Bukan Sekedar Bersentuhan

Kalimat `menyentuh kulit wanita yang tidak halal baginya` itu tidak dimaksudkan semata-mata bersentuhan kulit dengan kulit tanpa syahwat, sebagaimana yang biasa terjadi dalam berjabat tangan. Bahkan kata-kata al-mass (massa – yamassu – mass: menyentuh) cukup digunakan dalam nash-nash syar`iyah seperti Al-Qur`an dan As-Sunnah dengan salah satu dari dua pengertian, yaitu:
Bahwa ia merupakan kinayah (kiasan) dari hubungan biologis (jima`) sebagaimana diriwayatkan Ibnu Abbas dalam menafsirkan firman Allah: `Laamastum an-Nisat` (Kamu menyentuh wanita). Ibnu Abbas berkata, `Lafal al-lams, al-mulaamasah, dan al-mass dalam Al-Qur`an dipakai sebagai kiasan untuk jima` (hubungan seksual).
Secara umum, ayat-ayat Al-Qur`an yang menggunakan kata `al-mass` menunjukkan arti jima` bukan sekedar bersentuhan kulit saja. Seperti firman Allah yang diucapkan Maryam: `Betapa mungkin aku akan mempunyai anak padahal aku belum pemah disentuh oleh seorang laki-laki pun …` (Ali Imran: 47) `Jika kamu menceraikan istri-istrimu sebelum kamu menyentuh mereka…` (al-Baqarah: 237).
Para ulama salaf juga tidak memandang bahwa `al-mass` itu sebagai sentuhan kulit belaka, tapi dengan syahwat. Seperti mazhab Maliki dan mazhab Ahmad berpendapat bahwa menyentuh wanita yang membatalkan wudhu itu ialah yang disertai dengan syahwat. Begitu juga dengan Syekhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Fatawa-nya melemahkan pendapat orang yang menafsirkan lafal `mulaamasah` atau `al-lams` dalam ayat tersebut dengan semata-mata bersentuhan kulit walaupun tanpa syahwat.
Sedangkan Ibnu Abbas dan segolongan sahabat berpendapat bahwa yang dimaksud dengan `al-mass` itu adalah jima`. Bangsa Arab juga mengatakan, yang dimaksud dengan `al-mass` adalah jima`. Sedangkan Mawali (bekas-bekas budak yang telah dimerdekakan) berkata: yang dimaksud ialah tindakan di bawah jima` (pra-hubungan biologis). Lalu mereka meminta keputusan kepada Ibnu Abbas, lantas Ibnu Abbas membenarkan bangsa Arab dan menyalahkan Mawali.

Sanggahan Dari Kelompok Pertama (Yang Mengharamkan) Atas Dalil Dari Kelompok Kedua (Yang Membolehkan):

1. Al-Hafizh Ibnu Hajar mengatakan dalam Fathul Bari mengomentari hadits yang digunakan kelompok kedua yang bunyinya sbb : `Sesungguhnya seorang budak wanita diantara budak-budak penduduk Madinah memegang tangan Rasulullah saw., lalu membawanya pergi ke mana ia suka.`
Bahwa yang dimaksud dengan memegang tangan disini ialah kelazimannya, yaitu kasih sayang dan ketundukan, dan ini meliputi bermacam-macam kesungguhan dalam tawadhu`, karena disebutkannya perempuan bukan laki-laki, dan disebutkannya budak bukan orang merdeka, digunakannya kata-kata umum dengan lafal al-imaa` (budak-budak perempuan), yakni budak perempuan yang mana pun, dan dengan perkataan haitsu syaa`at (kemana saja ia suka), yakni ke tempat mana saja. Dan ungkapan dengan `mengambil/memegang tangannya` itu menunjukkan apa saja yang dilakukannya, sehingga meskipun si budak perempuan itu ingin pergi ke luar kota Madinah dan dia meminta kepada beliau untuk membantu memenuhi keperluannya itu niscaya beliau akan membantunya. Ini merupakan dalil yang menunjukkan betapa tawadhu`nya Rasulullah saw. dan betapa bersihnya beliau dari sikap sombong.`

2. Ibnu Hajar dalam menjelaskan hadits ini mengatakan bahwa hadits tentang Rasulullah SAW tidur siang hari di rumah bibi Anas yang bernama Ummu Haram binti Milhan istri Ubadah bin Shamit, dan beliau tidur di sisi Ummu Haram dengan meletakkan kepala beliau di pangkuan Ummu Haram, dan Ummu Haram membersihkan kepala beliau dari kutu …`
Bahwa hadits ini memperbolehkan tamu tidur siang di rumah orang lain (yakni tuan rumah) dengan memenuhi persyaratannya, seperti dengan adanya izin dan aman dari fitnah, dan bolehnya wanita asing (bukan istri) melayani tamu dengan menghidangkan makanan, menyediakan keperluannya, dan sebagainya.
Hadits ini juga memperbolehkan wanita melayani tamunya dengan membersihkan kutu kepalanya.
Bahkan Ibnu Abdil Barr mengatakan bahwa Ummu Haram itu adalah saudara sesusuan Rasulullah SAW, `Saya kira Ummu Haram itu dahulunya menyusui Rasulullah saw. (waktu kecil), atau saudaranya yaitu Ummu Sulaim, sehingga masing-masing berkedudukan `sebagai ibu susuan` atau bibi susuan bagi Rasulullah saw.. Karena itu, beliau tidur di sisinya, dan dia lakukan terhadap Rasulullah apa yang layak dilakukan oleh mahram.` Selanjutnya Ibnu Abdil Barr membawakan riwayat dengan sanadnya yang menunjukkan bahwa Ummu Haram mempunyai hubungan mahram dengan Rasul dari jurusan bibi (saudara ibunya), sebab ibu Abdul Muthalib, kakek Nabi, adalah dari Bani Najjar …
Yang lain lagi berkata, `Nabi saw. itu maksum (terpelihara dari dosa dan kesalahan). Beliau mampu mengendalikan hasratnya terhadap istrinya, maka betapa lagi terhadap wanita lain mengenai hal-hal yang beliau disucikan daripadanya? Beliau suci dari perbuatan-perbuatan buruk dan perkataan-perkataan kotor, dan ini termasuk kekhususan beliau.`

3. Sanggahan atas maksud hadits yang menjadi dalil kelompok kedua yaitu `Dari Anas bin Malik r.a., ia berkata: `Sesungguhnya seorang budak wanita diantara budak-budak penduduk Madinah memegang tangan Rasulullah saw., lalu membawanya pergi ke mana ia suka.` (HR. Bukhari dalam Shahih-nya pada `Kitab al-Adab`)
Ibnu Hajar mengatakan bahwa maksud hadits itu bahwa (budak-budak penduduk Madinah memegang tangan Rasulullah saw., lalu membawanya pergi ke mana ia suka ) itu semata-mata menunjukkan bahwa Rasulullah SAW itu orang yang tawadhdhu`, kasih sayang dan ketundukan.
Namun meski apa yang dikemukakan oleh Ibnu Hajar itu secara garis besar dapat diterima, tetapi beliau memalingkan makna memegang tangan dari makna lahiriahnya kepada kelazimannya yang berupa kasih sayang dan ketundukan, tidak dapat diterima, karena makna lahir dan kelaziman itu adalah dua hal yang dimaksudkan secara bersama-sama, dan pada asalnya perkataan itu harus diartikan menurut lahirnya, kecuali jika ada dalil atau indikasi tertentu yang memalingkannya dari makna lahir. Sedangkan dalam hal ini saya tidak menjumpai faktor yang mencegah atau melarang dipakainya makna lahir itu, bahkan riwayat Imam Ahmad yang menyebutkan `maka beliau tidak melepaskan tangan beliau dari tangannya sehingga ia membawa beliau pergi kemana saja ia suka` menunjukkan dengan jelas bahwa makna lahir itulah yang dimaksud. Sungguh termasuk memberat-beratkan diri dan perbuatan serampangan jika keluar dari makna lahir ini.

Sanggahan Dari Kelompok Kedua atas dalil kelompok pertama
1. Bahwa masalah Nabi saw. tidak berjabat tangan dengan kaum wanita pada waktu bai`at itu belum disepakati, karena menurut riwayat Ummu Athiyah al-Anshariyah r.a. bahwa Nabi saw. pernah berjabat tangan dengan wanita pada waktu bai`at.
2. Ada ketetapan bahwa apabila Nabi saw. meninggalkan suatu urusan, maka hal itu tidak menunjukkan – secara pasti – akan keharamannya. Adakalanya beliau meninggalkan sesuatu karena haram, adakalanya karena makruh, adakalanya hal itu kurang utama, dan adakalanya hanya semata-mata karena beliau tidak berhasrat kepadanya, seperti beliau tidak memakan daging biawak padahal daging itu mubah.
Kalau begitu, sikap Nabi saw. tidak berjabat tangan dengan wanita itu tidak dapat dijadikan dalil untuk menetapkan keharamannya, oleh karena itu harus ada dalil lain bagi orang yang berpendapat demikian.
3. Bahwa imam-imam ahli hadits tidak menyatakan secara jelas akan kesahihan hadits Aisyah yang mengatakan bahwa Rasulullah SAW tidak menjabat tangan wanita saat bai`at. Hanya dikatakan bawa `perawi-perawinya adalah perawi-perawi kepercayaan atau perawi-perawi sahih`. Perkataan seperti ini saja tidak cukup untuk menetapkan kesahihan hadits tersebut, karena masih ada kemungkinan terputus jalan periwayatannya (inqitha`) atau terdapat `illat (cacat) yang samar. Karena itu, hadits ini tidak diriwayatkan oleh seorang pun dari penyusun kitab-kitab yang masyhur, sebagaimana tidak ada seorang pun fuqaha terdahulu yang menjadikannya sebagai dasar untuk mengharamkan berjabat tangan antara laki-laki dengan perempuan dan sebagainya.
Fuqaha Hanafiyah dan sebagian fuqaha Malikiyah mengatakan bahwa pengharaman itu tidak dapat ditetapkan kecuali dengan dalil qath`i yang tidak ada kesamaran padanya, seperti Al-Qur`anul Karim serta hadits-hadits mutawatir dan masyhur. Adapun jika ketetapan atau kesahihannya sendiri masih ada kesamaran, maka hal itu tidak lain hanyalah menunjukkan hukum makruh, seperti hadits-hadits ahad yang sahih. Maka bagaimana lagi dengan hadits yang diragukan kesahihannya?
4. Dalil yang terkuat dalam pengharaman setuhan kulit antara laki-laki dan wanita yang bukan mahram adalah menutup pintu fitnah (saddudz-dzari`ah), Tetapi dalam kondisi aman – dan ini sering terjadi – maka dimanakah letak keharamannya?
Pendapat Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam Fatawa Mu`ashirah : `
…Setelah memperhatikan riwayat-riwayat tersebut, maka yang mantap dalam hati saya (AL-qaradawi) adalah bahwa semata-mata bersentuhan kulit tidaklah haram. Apabila didapati sebab-sebab yang menjadikan percampuran (pergaulan) seperti yang terjadi antara Nabi saw. dengan Ummu Haram dan Ummu Sulaim serta aman dari fitnah bagi kedua belah pihak, maka tidak mengapalah berjabat tangan antara laki-laki dengan perempuan ketika diperlukan, seperti ketika datang dari perjalanan jauh, seorang kerabat laki-laki berkunjung kepada kerabat wanita yang bukan mahramnya atau sebaliknya, seperti anak perempuan paman atau anak perempuan bibi baik dari pihak ibu maupun dari pihak ayah, atau istri paman, dan sebagainya, lebih-lebih jika pertemuan itu setelah lama tidak berjumpa.
Dalam menutup pembahasan ini ada dua hal yang perlu ditekankan:
Pertama, Bahwa berjabat tangan antara laki-laki dan perempuan itu hanya diperbolehkan apabila tidak disertai dengan syahwat serta aman dari fitnah. Apabila dikhawatirkan terjadi fitnah terhadap salah satunya, atau disertai syahwat dan taladzdzudz (berlezat-lezat) maka keharaman berjabat tangan tidak diragukan lagi.
Bahkan seandainya kedua syarat ini tidak terpenuhi – yaitu tiadanya syahwat dan aman dari fitnah – meskipun jabatan tangan itu antara seseorang dengan mahramnya seperti bibinya, saudara sesusuan, anak tirinya, ibu tirinya, mertuanya, atau lainnya, maka berjabat tangan pada kondisi seperti itu adalah haram.
Bahkan berjabat tangan dengan anak yang masih kecil pun haram hukumnya jika kedua syarat itu tidak terpenuhi.
Kedua, Hendaklah berjabat tangan itu sebatas ada kebutuhan saja, seperti yang disebutkan dalam pertanyaan di atas, yaitu dengan kerabat atau semenda (besan) yang terjadi hubungan yang erat dan akrab diantara mereka; dan tidak baik hal ini diperluas kepada orang lain, demi membendung pintu kerusakan, menjauhi syubhat, mengambil sikap hati-hati, dan meneladani Nabi saw. – tidak ada riwayat kuat yang menyebutkan bahwa beliau pernah berjabat tangan dengan wanita lain (bukan kerabat atau tidak mempunyai hubungan yang erat).
Dan yang lebih utama bagi seorang muslim atau muslimah – yang komitmen pada agamanya – ialah tidak memulai berjabat tangan dengan lain jenis. Tetapi, apabila diajak berjabat tangan barulah ia menjabat tangannya.
Perhatian
Apa yang kami sampaikan disini hanyalah amanah ilmiyah yang bersifat dokumentasi pendapat para ulama dan wacana-wacananya, sama sekali tidak dimaksudkan untuk menghalalkan yang haram dan sebaliknya. Juga bukan untuk menimbulkan kegegeran, kegemparan aau silang pendapat di kalangan ummat Islam. Karena khilaf diantara sekian pendapat dalam ilmu fiqih adalah sebuah hal yang tidak mungkin dihindari. Dan seseorang tetap akan mendapat pahala atas ijtihadnya meski nantinya terbukti salah. Sedangkan yang benar akan mendapatkan dua pahala. Dan untuk itu kita tetap wajib untuk berpegang kepada pendapat yang lebih rajih dan aman dari resiko, tanpa menafikan adanya kenyataan perbedaan interpretasi di kalangan ulama.

WAHAI MUHYIDDIN : GURU MESTI SETIA KEPADA KERAJAAN BUKAN KEPADA UMNO/BN

Saya terpanggil untuk memberikan komen terhadap kenyataan yang dibuat oleh TPM merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan " adalah elok bagi guru juga supaya setia kepada kerajaan " , "Kita tidak akan mempersoalkan. Selain dari setia kepada negara, elok juga kita setia kepada kerajaan ". Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran program Bangkit Guru Untuk Negara (B-GUN) peringkat Johor, di Pagoh, hari ini.

Sebagai bekas guru selama 17 tahun , yang menerima kesan daripada penglibatan aktif dalam politik dan kepartian , saya telah dihukum kerana dosa saya menyertai Parti Keadilan Rakyat . Saya telah kenakan tindakan tatatertib dan pada tahun 2000 diarah bertukar ke SJK (C) Jabor , Kemaman , Terengganu ( sempadan Terengganu - Pahang ) selama 3 tahun dan seterusnya diarah bertukar lagi ke SK (Felda ) Palong 14 , Jempol , Negeri Sembilan selama 5 tahun . 8 tahun saya , isteri dan anak-anak diinaya , terpisah . Dinafikan hak dan ada yang membuat saya seperti 'penjenayah' kerana dosa saya ialah bersama Parti Keadilan Rakyat dan DSAI .

Pada tahun 2008 , saya diarah sekali lagi bertukar ke Pejabat pelajaran Daerah Jempol/Jelebu di atas arahan MB Negeri Sembilan termasuk dikenakan tindakan tatatertib . Selama sebulan saya berulangalik daripada Felda Palong 14 ke Serting , Jempol dan tinggal di dalam stor bawah tangga bersama tukang kebun kerana saya tidak diberikan apa-apa tempat di pejabat tersebut dan hanya duduk dalam bilik Pegawai Kaunseling PPD . Akhirnya saya dipanggil oleh DSAI dan meminta saya meletakkan jawatan dan bertanding di Parlimen kemaman sewaktu PRU 12 lalu . Tamatlah riwayat perkhidmatan saya sebagai guru .

Alhamdulillah sepanjang perkhidmatan saya , saya pernah dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan oleh PPD Marang pada tahun 1997 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005 .

Kenyataan Muhyiddin Yassin seolah-olah meragui kesetiaan para pendidik ini terhadap negara dan kerajaan . Para guru , adalah insan yang telah didik dan diasuh agar meletakkan keutamaan kesetiaan dan sokongan kepada negara dan kerajaan . Menjalankan tugas dan tanggungjawab mendidik anak bangsa tanpa mengeluh dan penat lelah bagi melahirkan aset negara dan pembinaan modal insan untuk negara . Segala polisi dan perubahan sukatan yang diamanahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan dengan penuh komitmen . Guru bagi saya adalah insan yang terbaik .

Kenapa mempertikai sokongan dan kesetiaan para guru ? Guru insan yang mengajar dan mendidik anak murid agar menjadi insan yang 'kamil'. Yang dapat mengenal baik dan buruk . Menjadi insan yang berketrampilan , berakhlak dan bermoral berlandaskan jasmani , emosi , rohani dan intelek ( JERI ) serta berpaksikan kepada Tuhan . Sepertimana yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan .

Bagaimana guru wajib taat setia kepada kerajaan yang dipimpin oleh UMNO / BN yang banyak melakukan kerosakkan kepada negara ? Rasuah , penyelewengan , ketirisan dan perompakan secara tersusun dilaksanakan oleh kerajaan ini . Guru yang baik sudah pasti tidak akan sesekali memberikan kesetiaan kepada kerajaan yang melakukan pelbagai kebejatan dan kebobrokkan konon atas nama bangsa dan negara .

Guru adalah manusia terbilang , berinformasi dan berilmu . Guru akan menyokong segala polisi dan dasar kerajaan yang memberikan kebaikkan kepada rakyat terutama anak didiknya . Setiap berlaku perubahan sistem pendidikan , pengubalan sukatan dan setiap kali menteri bertukar , segala-galanya berubah , tetapi guru adalah manusia yang sentiasa patuh dan akur , menjalankan tugas dan amanah dengan penuh tanggungjawab .

Kesetiaan apa yang dimaksudkan oleh Muhyiddin Yassin ? Kesetiaan kepada UMNO / BN ? Kesetiaan kepada kerajaan adalah kewajiban yang perlu dilaksanakan oleh para guru . Bukan kesetiaan kepada kepartian . Guru harus diberikan kebebasan , bukannya mengongkong mereka dengan perkara yang sengaja diada-adakan oleh UMNO/BN iaitu kesetiaan kepada Kerajaan UMNO/BN . Sedangkan kerajaan adalah lain dan parti adalah lain . Bertukar parti pemerintah pun kerajaan tetap wujud dan didokong oleh rakyat .

Sewaktu saya bertugas sebagai guru , kesetiaan saya kepada kerajaan usah dipertikai . Segala arahan dan tugasan dilaksanakan dengan sebaik mungkin . Sebab itu saya dicalonkan dan dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kerana saya menjalankan tugas saya sebaik mungkin . Kalau saya bukan guru yang baik , melanggar polisi dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia , mengajar tidak mengikut silibus yang diarah , tiada disiplin dan buat ikut suka , sudah pasti saya tidak akan mendapat anugerah tersebut .

Begitulah semua guru di Malaysia ini . Kesetiaan mereka kepada negara dan kerajaan tidak pernah berbelah bagi . Menjalankan tugasan yang diamanah dengan baik . Sedangkan apa yang diperolehi oleh guru di Malaysia ? Mereka tiada SOCSO , tiada jaminan kepada anak-anak mereka , tiada doktor panel dan sebagainya . Anak guru tidak semestinya dapat keistimewaan menjadi guru . Tiada MRSM untuk dikhaskan kepada anak-anak guru , sedangkan anak polis dan askar ada . Rumah-rumah guru ( quaters guru ) ada yang tidak dibaikpulih , dinaik taraf , dibaiki dan ada yang tidak sempurna terutama di pendalaman .

Guru harus sedar , mereka bukan setaraf lembu yang boleh dicucuk hidung . Mereka ada prinsip dan maruah . Guru yang hebat tidak akan terpengaruh dengan doktrin " kesetiaan kepada kerajaan UMNO/BN ". Muhyiddin tidak perlu mempersoal dan mempertikai sokongan politik mereka . Mereka adalah rakyat Malaysia dan mereka ada hak sebagai rakyat . Bukan kerana mereka menjawat sebagai penjawat awam , mereka perlu tunduk dan akur kepada UMNO/BN . tanggungjawab mereka adalah kepada negara dan kerajaan . Bukan kepada UMNO/BN . Yang membayar gaji mereka bukan UMNO / BN . Rakyat Malaysia yang membayar gaji kepada mereka . Guru harus dibebaskan daripada kongkongan yang dicipta oleh UMNO / BN .

Termasuk juga Pengarah dan Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri , anda bukan pekerja-pekerja UMNO / BN , tapi lagak anda sama taraf dengan pencacai UMNO/BN kerana akur di bawah telunjuk mereka . Kalau mahu main politik , letak jawatan dan menjadi pengerak UMNO / BN . Kerana kedudukan dan kenaikan pangkat , anda rela menjadi hamba kepada pemimpin UMNO / BN . Sehingga sanggup menginaya dan menzalimi guru bawahan anda kerana mereka menyokong pembangkang . Dosa mereka kerana tidak setia kepada UMNO/BN .

Guru-guru di seluruh Malaysia yang punya harga diri , maruah dan prinsip , terjemahkan pada kertas undi . UBAH SEKARANG , SELAMATKAN MALAYSIA !

Sabtu, 22 Januari 2011

UMNO / BN TAKUT PENGUNDI CINA DUN TENANG

Hari ini 'gendang perang' PRK DUN Tenang telah bermula . PR lawan BN. PR diwakili oleh PAS yang meletakkan calon daripada muslimah Cikgu Normala Sudirman , manakala BN yang diwakili oleh UMNO iaitu Sdr. Mohd. Azhar Ibrahim . Dijangkakan pertembungan sengit yang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di DUN Tenang .

Manakala seramai 5,635 pengundi Cina iaitu 38% dilihat menjadi kunci utama sama ada memberikan kemenangan , pengurangan majoriti atau kekalahan terutama kepada BN . Sebab itu ianya memberikan kegusaran yang amat ketara kepada BN iaitu kebimbangan pengundi cina akan berpaling arah memberikan sokongan kepada calon PR , Cikgu Mala .

Keyakinan UMNO terhadap pengundi Melayu dilihat begitu memberangsangkan , lebih-lebih lagi kewujudan beberapa buah FELDA di DUN Tenang memungkinkan sokongan orang melayu khususnya peneroka FELDA yang merupakan 'fixed deposit' kepada UMNO selama ini . Tetapi kegusaran mereka ialah terhadap para pengundi cina .

MCA yang dipimpin oleh Presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek telah memulakan gerak kempen yang melampau dengan agenda menakut-nakutkan masyarakat Cina dengan agenda penubuhan negara Islam oleh PAS, tetapi kali ini dengan mengheret DAP sekali. Dalam risalah kempennya pada pilihan raya kecil di Tenang, MCA mendakwa DAP terlalu menunduk kepada PAS dan menyokong agenda penubuhan negara Islam yang dipelopori oleh PAS.

Isu perkauman dan keagamaan menjadi bahan utama kepada MCA yang bertujuan meraih sokongan para pengundi cina kepada BN . Disebabkan oleh ketandusan isu , MCA mengungkitkan isu lapuk ini bagi tujuan mengapi-apikan sentimen yang boleh menimbulkan ketegangan dan mengugat kehormanian dalam PRK Tenang .

Kenyataan TPM Datuk Seri Muhyiddin Yassin cukup membuktikan bahawa UMNO bersetuju dengan tindakan MCA dengan berkata bahawa tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan masyarakat Cina" berhubung keputusan mereka.

Saya yakin para pengundi di DUN Tenang terutama masyarakat cina tidak berfikiran bodoh terhadap propaganda murahan yang dilaksanakan oleh MCA tersebut . Tindakan menakut-nakutkan pengundi-pengundi cina dengan isu 'negara Islam' ini adalah bukti nyata bahawa tindakan "pelakon video lucah" ini sudah kekeringan idea dan startegi .

Saya menyokong kenyataan yang dibuat oleh Presiden Pas , Dato' Seri Tok Guru Hj. Abdul Hadi Awang bahawa tindakan menakut-nakutkan pengundi cina dengan isu murahan tersebut tidak mengusarkan PAS . "Ini isu lama. Masyarakat kita kini lebih memahami... mereka telah lihat keadaan di negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS - Kelantan, Perak, Terengganu dan Kedah , peluang kita (Pakatan Rakyat) 50 peratus, begitu juga BN, tidak mudah untuk kita menang tapi ia tidak mustahil" .

Saya mengharapkan agar seluruh jentera PR di PRK DUN Tenang dapat meningkatkan gerakerja dengan mendekati para pengundi cina yang bakal membuang undi pada 30 januari 2011 nanti . Memahamkan mereka tentang Islam agar segala dakyah songsang dan sesat yang dilakukan oleh UMNO / BN akan lenyap di telan bumi .

PRIMA: Muhyiddin penipu, pendusta, pengkhianat...

Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) melabelkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran sebagai seorang penipu, pendusta dan pengkhianat kerana membuat kenyataan bahawa kementerian telah mencapai persetujuan dengan masyarakat India berhubung penggunaan buku teks kontroversial, novel Interlok.

indian ngo pc 221209 federation of malaysian indian ngos (prima) president a rajaretinamSebaliknya, kata ketua penerangan persekutuan itu, AP Raja Retinam, beberapa perwakilan India yang menghadiri mesyuarat pada Selasa lalu secara teranagn menuntut buku itu ditarik balik.

“Muyhiddin adalah penipu, pendusta dan pengkhianat. Semua anggota delegasi MIC membantah kata-kata Muyhiddin dengan sekeras-kerasnya.

“Semua delegasi MIC menuntut supaya buku itu ditarik balik. Sama sekali tidak setuju menerima dengan pemindaan,” katanya dalam satu SMS kepada Malaysiakini, hari ini.

Sebelum ini, PRIMA memberi amaran bahawa mereka akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil Tenang jika kerajaan gagal menangani isu tersebut tetapi tidak berbuat demikian hari ini.

Sehubungan itu, Raja Retinam menggesa pengundi India supaya menyokong calon PAS.

muhyiddin pc 200910 02Beliau juga mahu MIC, yang juga menghantar perwakilan pada mesyuarat Selasa lalu mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat berhubung kenyataan Muhyidin dan mengeluarkan kenyatan rasmi parti tersebut.

Muhyiddin semalam dilaporkan berkata mesyuarat Selasa lalu yang dipengerusikan oleh timbalannya, Datuk Puad Zarkashi telah mencapai konsensus dengan beberapa persetujuan bagi mengakhiri perbalahan mengenai Interlok.

Ini termasuk memuatkan nota khaki tambahan, glosari dan garis panduan pengajaran.

Muhyiddin dilaporkan berkata novel berkenaan membincangkan perpaduan dan intergrasi di kalangan penduduk pelbagai kaum dan selaras dengan konsep 1Malaysia. - MALAYSIAKINI