klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 30 September 2009

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar calon PAS PRK Bagan Pinang

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar diumumkan malam ini sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.
Pemilihan Zulkefly diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pusat penyelarasan DAP bagi pilihanraya kecil berkenaan dekat Port Dickson.

PKFZ : AMK Selar Polis - TVA


Kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi dipertikaikan apabila mengheret isu skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) kepada penyiasatan ke atas Raja Petra Kamarul dan ahli kabinet yang telah membocorkan kertas kabinet melibatkan projek berkenaan.
Polis kelihatan bekerja keras dalam memastikan mereka yang terlibat dalam usaha penghebahan kandungan yang dikatakan sebagai kertas kabinet dihukum kerana telah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA).Persoalannya di sini, mana lebih penting?
Apa yang pasti, kandungan kertas kabinet itu mendedahkan tentang Menteri Kewangan membuat syor kepada kabinet supaya memberi kelulusan secara retrospektif peningkatan kos pembangunan daripada RM 1.088 bilion kepada RM 4.6 bilion zon bebas cukai itu.Menteri Kewangan juga dikatakan membuat syor supaya kabinet meluluskan pinjaman RM4.6 bilion kepada Lembaga Pelabuhan Kelang (PKA) untuk menyiapkan projek berkenaan."
Apabila Musa Hassan mengumumkan akan membuat siasatan konon berlakunya pembocoran kertas kabinet, berkaitan dengan skandal PKFZ. Kita merasakan bahawa Musa Hassan cuba lari daripada isu yang sebenar" ujar Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin.
Skandal PKFZ walaupun ianya dibincangkan di kabinet, dan diputuskan dalam kabinet menunjukkan menteri-menteri cuba mencari jalan untuk menghalalkan penyelewengan yang berlaku dalam skandal PKFZ ini.
Fokus utama kandungan kertas kabinet itu hakikatnya memberi peluang kepada rakyat untuk menilai sejauh mana ketelusan dalam pentadbiran kewangan di negara ini.Timbul isu sama ada kertas kabinet itu mungkin palsu. Tetapi jika ia benar, polis sewajarnya meluaskan skop penyiasatan mereka kepada pihak yang bertanggungjawab tanpa memilih bulu dan bukannya menghumban mereka yang cuba mencari kebenaran di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)."
Nampaknya Musa Hassan dan seluruh element kepolisian ini ingin mencari siapakah menteri yang bertanggungjawab dan tidak memfokuskan kepada usaha untuk menyiasat bagaimana penyelewengan wang rakyat boleh berlaku, siapa yang terlibat, siapa menteri yang mendalangi skandal ini, dan siapakah orang politik dari UMNO, MCA dan Barisan Nasional yang mendapat keuntungan. Itu yang sebenarnya yang harus diberikan tumpuan" tambahnya lagi.
Namun tindakan polis ini bukanlah satu perkara yang mengejutkan. Waima, ianya acapkali berulang sehingga ramai yang melabelkan institusi kepolisian itu sebagai kuda tunggangan UMNO-BN dalam menyelamatkan kepentingan politik dan peribadi mereka." Sekarang ini mereka sedang cari kambing hitam . Dalam hal ini ada dua kambing hitam mereka cari. Yang pertamanya Raja Petra, serangan sekarang tertumpu kepada Raja Petra dan yang keduanya, mereka akan cari sampai dapat siapa menteri yang mendedahkan yang membongkarkan kertas kabinet ini".
TV Antara turut mendapatkan respon dari Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkenaan dengan isu tersebut." Ya saya melihat ini satu usaha untuk menutup kes ini dan akhirnya saya menjangka bahawa mereka akan mengisytiharkan bahawa dokumen yang tersiar dalam Malaysia Today itu adalah dokumen rekaan dan akhirnya tidak ada siapalah yang kena tangkap".
Bagi beliau apa yang lebih penting ialah mereka yang menggelapkan wang rakyat harus didakwa dan bukannya mereka yang membongkarkan pengkhianatan tersebut meski pun ia melibatkan orang kenamaan dalam barisan kerajaan." Bagi saya bahawa saya minta polis sepatutnya bukan menyiasat untuk menentukan sama ada dokumen itu betul atau pun tidak kerana Datuk Najib sendiri telah pun menyatakan bahawa dokumen itu sebagai dokumen yang disahkan sebagai dokumen kabinet. Jadi apa yang penting sekarang ini ialah bukan siasatan siapa yang membocorkan dan menyebar dokumen kabinet itu tetapi yang harus disiasat ialah bagaimana kabinet boleh meluluskan satu keputusan yang melanggari prosedur- prosedur kewangan" katanya.
Beliau juga turut menggesa kerajaan mengambil langkah mengisytiharkan kertas kabinet yang melibatkan PKFZ sebagai dokumen umum." Bermakna jika dokumen ini dianggap open document atau dokumen terbuka, siapa-siapa sahaja boleh memiliki dan siapa-siapa sahaja boleh mengetahui tentang dokumen yang boleh mengetahui apa sebenarnya keputusan yang dibuat oleh kabinet yang menunjukkan bahawa kes ini bukan hanya membabitkan Ong Tee Kiat tetapi kes ini membabitkan hampir keseluruhan anggota kabinet pada waktu itu yang sebahagian besarnya masih berada dalam kabinet di bawah Datuk Najib, termasuk Datuk Najib sendiri dan juga Tan Sri Muhyiddin yang terlibat dalam membuat keputusan melanggari prosedur dan peraturan-peraturan kewangan".
" Saya cabar kerajaan khususnya kepada Datuk Najib, kalau betul Datuk Najib mendokong prinsip integriti, ketelusan untuk melihat kepentingan negara dan rakyat ini, saya mencabar untuk Datuk Najib mengisytiharkan dokumen kabinet yang dianggap sebagai rahsia rasmi tersebut iaitu dokumen berkaitan PKFZ, supaya dikeluarkan dari klasifikasi OSA".TVA

Isa Samad calon BN di Bagan Pinang

Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.
Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.
Ekoran itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Isa tidak seharusnya menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut.Jika tidak, katanya, imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.Isa, katanya, sudah didapati bersalah dan kalau Umno letak beliau sebagai calon, ia juga bermakna bahawa Umno tidak ambil berat tentang kes-kes semacam itu.
Dr Mahathir berkata, kalau pun Isa boleh menang tetapi Umno "kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno".Malaysiakini

Selasa, 29 September 2009

Teng dakwa Hasan Ali berbohong

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Kim menuduhkan exco negeri yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali berbohong.Bercakap dalam satu sidang akhbar di Shah Alam hari ini, Teng berkata, Hasan telah dilaporkan mendakwa beliau telah menuduh pegawai daerah Klang, Bakhtiar Hussin sebagai "tidak cekap" dan "tidak layak".Teng mendakwa, Hasan kini berbohong lagi untuk menutup pembohongan pertamanya.
Sebelum ini, Hasan meminta supaya dirombak Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang dipengerusikan oleh Teng.Teng yang juga ADUN Sungai Pinang berkata beliau bimbang tindak tanduk Hasan itu boleh menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.
Hasan dikritik rakan-rakannya dalam Pakatan selepas beliau mengkritik siasatan awam Selcat yang didakwanya telah 'memalukan' pegawai kerajaan.Selcat mengadakan siasatan tersebut untuk menyiasat bagaimana wakil rakyat BN membelanjakan peruntukan tahunan RM500,000 dalam masa dua bulan sebelum pilihanraya umum pada Mac tahun lalu. - MALAYSIAKINI

Teng dakwa Hasan Ali berbohong

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Kim menuduhkan exco negeri yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali berbohong.Bercakap dalam satu sidang akhbar di Shah Alam hari ini, Teng berkata, Hasan telah dilaporkan mendakwa beliau telah menuduh pegawai daerah Klang, Bakhtiar Hussin sebagai "tidak cekap" dan "tidak layak".Teng mendakwa, Hasan kini berbohong lagi untuk menutup pembohongan pertamanya.
Sebelum ini, Hasan meminta supaya dirombak Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang dipengerusikan oleh Teng.Teng yang juga ADUN Sungai Pinang berkata beliau bimbang tindak tanduk Hasan itu boleh menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.
Hasan dikritik rakan-rakannya dalam Pakatan selepas beliau mengkritik siasatan awam Selcat yang didakwanya telah 'memalukan' pegawai kerajaan.Selcat mengadakan siasatan tersebut untuk menyiasat bagaimana wakil rakyat BN membelanjakan peruntukan tahunan RM500,000 dalam masa dua bulan sebelum pilihanraya umum pada Mac tahun lalu. - MALAYSIAKINI

Calon Bagan Pinang: Pemimpin Umno 'tutup mulut'

Beberapa pemimpin Umno bahagian Teluk Kemang kini "menutup mulut' berhubung isu pemilihan calon BN yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan 11 Oktober ini.Mereka berkata, terserah kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan calon yang layak mewakili BN dalam pilihanraya kecil tersebut, yang akan diumumkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin esok.
Setakat hari ini, isu siapa calon BN masih menjadi misteri walaupun Umno Teluk Kemang sebulat suara mencalonkan Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN.Muhyiddin sebelum ini meminta bahagian tersebut menyerahkan beberapa nama lagi untuk dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan parti.Sebelum ini, dilaporkan Pergerakan Wanita dan Pemuda Teluk Kemang masih menyokong Isa sebagai calon BN bertanding dalam pilihan raya kecil DUN tersebut.
Turut dilaporkan mantan perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad dan ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa Umno supaya tidak memilih Isa tetapi memilih calon yang bersih dan tidak dikaitkan dengan pelbagi isu, termasuk rasuah politik.
Ketika dihubungi Malaysiakini, timbalan ketua bahagian Ismail Taib berkata, Isa yang juga ketua bahagian Teluk Kemang pernah berkata bahawa bahagian tersebut akan menyokong sesiapa sahaja yang diputuskan oleh pucuk pimpinan bertanding di kerusi tersebut.
Tunggu esokBeliau bagaimanapun juga enggan mengulas sekiranya ada calon-calon lain yang dicalonkan untuk bertanding dalam pilihraya tersebut."Kita sudah buat keputusan, serah kepada Tan Sri Isa untuk buat keputusan (untuk tentukan calon). Dia pun tak pernah beritahu saya, saya pun tak pernah tanya. Tunggu pengumuman calon akan dibuat esok," katanya.
Menurut Ismail lagi, Muhyddin yang juga timbalan presiden Umno akan mengumumkan calon BN di pusat bilik gerakan BN di Bagan Pinang pada jam 4.30 petang esok.Sementara itu, seorang ahli jawatankuasa Umno cawangan Bagan Pinang "enggan mengulas" tentang calon yang akan diumumkan esok.
Bagaimanapun, beliau yang enggan namanya disebut berkata, akar umbi di situ masih berharap Isa yang juga bekas menteri besar dicalonkan mewakili BN dalam pilihanraya kecil itu..Ditanya mengenai kesan yang akan timbul sekiranya Isa tidak dipilih, beliau percaya pengundi akan tetap mengundi BN.
'Turun jumpa pengundi'
Manakala sumber yang dekat dengan Isa pula berkata, kecenderungan akar umbi mahukan bekas naib presiden Umno itu bertanding dalam pilihanraya tersebut."Kalau nak diikutkan, pengundi Bagan Pinang cenderung kepada beliau untuk dijadikan calon."Turunlah sendiri berjumpa dengan pengundi, tanya siapa yang mereka nak," katanya sambil menambah, jentera pilihan raya BN kini bersemangat untuk berkempen.
Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.Ramli yang juga yang dipertua PAS kawasan tersebut, adalah antara tiga calon PAS yang disebut-sebut akan dipilih bertanding dalam pillihan raya kecil tersebut. - MALAYSIAKINI

hapuskn Peraturan Borang 2 dalam Undi POS..kenyataan bersama Bloggers !!

1. Kami yang terdiri daripada penulis-penulis blog yang prihatin terhadap sistem perjalanan undi POS bersetuju bahawa sistem undi POS haruslah dikemaskini sejajar dengan kehendak demokrasi dan keadaan semasa. Objektif kami adalah untuk melihat sistem Undi POS menjadi lebih baik dari yang baik.

2. Kami juga menyambut baik janji Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof meminta semua pihak yang boleh mengenal pasti kelemahan kepada proses undi pos itu agar memaklumkan kepada SPR secepat mungkin sebagaimana yang disiarkan di utusan online bertarikh 15/9/09 seperti berikut :* ''Beritahu saya kerana saya pun nak perbetulkan kalau ada," Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof. Atas dasar kesedaran dan semangat cintakan negara, maka kami bersetuju untuk membuat kenyataan bersama sebagai menyambut permintaan Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof. Kenyataan bersama kami adalah seperti berikut :

3. Adalah amat malang bagi Malaysia, walaupun sudah 52 tahun merdeka, ternyata Malaysia masih gagal untuk mengendalikan proses pilihanraya terutamanya undi Pos dengan lebih bebas dan adil. Ternyata sepanjang undi POS diperkenalkan masih banyak dakwaan-dakwaan tentang undi POS seperti tidak telus dan rahsia, wujudnya pengundi hantu dalam sistem undi pos, undi pos tidak relevan, kesahihan undi pos diragui dan wujudnya ugutan dalam sistem undi Pos yang penuh dengan kontroversi sehingga memberi pandangan negatif orang awam terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Kami percaya sekiranya dakwaan-dakwaan tersebut tidak diambil tindakan sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kestabilan negara di masa akan datang. Akhirnya memberi imej negatif bukan sahaja terhadap SPR tetapi kerajaan juga turut terpalit sama dengan kontroversi tersebut. Maka adalah sewajarnya SPR bertindak pantas dengan perbetulkan keraguan pengundi terhadap undi pos bagi meminimakan kontroversi Undi Pos itu sendiri.Keadaan sebegini jika dibiarkan berterusan akan membawa petanda yang buruk untuk masa depan masyarakat dan boleh memusnahkan keutuhan sistem politik negara kita. Justeru, kami mencadangkan :

MANSUHKAN PERATURAN BORANG 2

Borang 2 adalah satu borang “Perisytiharan Identiti” di mana pengundi pos perlu menulis namanya, nombor kad pengenalannya dan menurunkan tanda tangannya di hadapan seorang saksi. Selepas mengundi, pengundi pos akan meletakkan kertas undi yang sudah bertanda di sampul surat A dan sampul surat A tersebut kemudiannya pula hendaklah dimasukkan ke dalam Borang B bersama-sama Borang 2 tersebut. Mana-mana Borang B yang tidak disertakan dengan Borang 2 akan ditolak (lihat peraturan 15(2))Kami berpendapat peraturan borang 2 ini haruslah di mansuhkan atas sebab-sebab seperti berikut :

1. TIDAK MENJAMIN KERAHSIAAN PENGUNDI POS

Kami percaya peraturan borang 2 menyebabkan undi pos tidak mempunyai aspek kerahsiaan yang kuat. Dengan kertas undi dan Borang 2 yang mengandungi nama dan nombor kad pengenalan pengundi diletakkan di satu sampul surat yang sama (Sampul Surat B), sudah cukup mewujudkan kebimbangan para tentera dan polis tentang kerahsiaan undi mereka. Aspek kerahsian pengundian adalah “sine qua non” (ciri yang penting) di dalam pilihan raya yang adil. Sebarang persepsi daripada para pengundi bahawa undi mereka tidak rahsia sudah cukup menjejaskan pilihan raya yang adil. Ini menyebabkan aspek kerahsian pengundi Pos tidak dapat dijamin.

2. PERATURAN BORANG 2 SATU BENTUK DISKRIMINASI TERHADAP PENGUNDI POS

Kami bersetuju bahawa SPR perlu progresif dan profesional dalam melayani pengundi-pengundi Pos seluruh negara, sebagaimana layanan SPR kepada pengundi biasa. Jika pengundi biasa, tiada Borang 2 diberikan. Malah tidak ada dalam peraturan sekalipun. Namun Borang 2 diwajibkan kepada semua pengundi Pos, walhal nama-nama dan maklumat mereka sudah ada dalam daftar pengundi.Kami berpendapat, peraturan yang mewajibkan Borang 2 dilampirkan bersama kertas undi adalah satu bentuk diskriminasi terhadap pengundi Pos. Oleh itu, penulis menyarankan agar borang 2 dalam peraturan pengundian Pos hendaklah dimansuhkan agar tiada lagi diskriminasi antara pengundi Pos dan pengundi biasa. Malah kami juga beranggapan peraturan borang 2, satu bentuk tekanan halus kepada pengundi Pos dalam membuat keputusan untuk membuang undi. Sekali lagi kami, berpendapat SPR perlu mansuhkan peraturan Borang 2 bagi tujuan jaminan kebebasan pengundi Pos membuat sebarang pilihan.

3. KEWUJUDAN PERATURAN BORANG 2 BERTENTANGAN DENGAN AKTA KESALAHAN PILIHARAYA 1954

Kami bersetuju dan beranggapan peraturan borang 2 bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 sebagaimana yang kami fahami. Dibawah peruntukan Seksyen 5 Bahagian 11 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, seseorang itu dilarang mendapatkan atau mendedahkan identiti pengundi dan undi mereka, seperti nama, kad pengenalan dan nombor siri kertas undi. Sekiranya disabitkan dengan kesalahan melanggar undang-undang ini, boleh didenda sehingga RM3000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali. Kami amat yakin bahawa tujuan undang-undang ini digubal adalah bertujuan untuk melindungi kerahsiaan pengundi bagi mewujudkan piliharaya yang benar-benar bebas dan adil.

Atas sebab-sebab berikut, Kami menuntut dan menggesa agar SPR TIDAK MELAKSANAKAN atau MENANGGUHKAN PERATURAN BORANG 2 semasa piliharaya kecil Bagan Pinang bagi melihat dan mengkaji secara mendalam apabila peraturan borang 2 terlebih dahulu secara mendalam.Hasrat Kami hanya dengan satu tujuan, supaya pilihanraya negara kita menjadi semakin adil dan bersih dari yang adil dan bersih. Dengan kata lain, menjadi lebih baik dari yang baik. Perubahan ini harus dilakukan bagi meredakan nilai-nilai ketegangan disebalik kontroversi amalan undi Pos. Biarlah pengundi pos membuang undi dengan aman dan rela, selari dengan hasrat demokrasi itu sendiri. Terpulang kepada pengundi Pos hendak mengundi BARISAN NASIONAL atau PAKATAN RAKYAT.

Pengerusi Suruhanjaya Piliharaya (SPR) Tan Sri Aziz Mohd Yusof dalam kenyataan disiarkan Berita Harian 7 Sept berkata peraturan Borang 2 tidak akan dimansuhkan. Alasan Pengerusi SPR ialah kerana peraturan tersebut adalah undang-undang. Memang benar, peraturan tersebut adalah undang-undang. Persoalannya apakah peraturan tersebut sememangnya rigid dan tidak boleh diubah lagi atau dimansuhkan? Penulis agak hairan kenapa dan mengapa SPR begitu bersungguh-sungguh mempertahankan peraturan 2? Penulis mempunyai sebab dan pandangan tersendiri kenapa peraturan Borang 2 perlu dimansuhkan.

Inilah borang yang jadi igauan kepada setiap pengundi Pos yang berlainan ideologi.
Sehubungan itu, penulis sekali lagi menegaskan Borang 2 harus dimansuhkan dalam sistem pengudian Pos. Penulis bukan meminta undi Pos dihapuskan. Penulis hanya menyarankan agar SPR mansuhkan Borang 2 dalam sistem undi Pos. Hasrat ini hanya dengan satu tujuan, supaya pilihanraya negara kita menjadi semakin adil dan bersih dari yang adil dan bersih. Dengan kata lain,menjadi lebih baik dari yang baik. SPR perlu melakukan perubahan ini, disamping dapat meredakan nilai-nilai ketegangan disebalik kontroversi amalan undi Pos. Biarlah pengundi pos membuang undi dengan aman dan rela, selari dengan hasrat demokrasi itu sendiri. Terpulang kepada pengundi pos hendak mengundi BARISAN NASIONAL atau PAKATAN RAKYAT.
Cadangan kenyataan bersama mengenai undi Pos

Nota : Kepada penulis2 blog yang BERSETUJU SILA TINGGALKAN ALAMAT BLOG ANDA di bahagian komen untuk disenaraikan sebagai salah seorang penyata bersama. Blogger yang bersetuju disarankan agar copy-paste kenyataan bersama ini di blog masing2. Ditakdirkan kenyataan ini mendapat sokongan 50 orang penulis blog.InsyaAllah. kenyataan bersama ini akan dipanjangkan kepada peringkat media dan SPR. Selain itu, penulis blog juga disarankan agar memberi cadangan berkaitan dengan isi kenyataan bersama yang perlu dibuang dan perlu ditambah bagi tujuan penambaikan, sebelum dipanjangkan kepada pihak tertertentu.Sekian wasalam.

Isnin, 28 September 2009

Majoriti Golongan Muda Tolak UMNO/BN - Tun Daim

80% dari golongan muda tidak menyokong Barisan Nasional (BN), kata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.Para siswazah menganggur, kebanyakannya Melayu, akhirnya terlibat dengan politik dan mereka menyertai PAS akibat rasa marah kepada kerajaan kerana tidak mempunyai pekerjaan, kata bekas Bendahari UMNO itu di dalam temubual dengan China Press Ahad lalu.
Menurut beliau, keadaan sedemikian berlaku kerana kerajaan tidak memupuk bakat yang sepatutnya untuk kehendak pasaran.

Respons Najib pengakuan dokumen PKFZ tulen

Respons Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan tindakan laman web Malaysia Today mendedahkan dokumen yang meminta diluluskan kenaikan kos projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) merupakan satu pengakuan bahawa dokumen tersebut adalah dokumen yang tulen.Najib kelihatan menggelabah dengan pendedahan dokumen kabinet itu berhubung kelulusan peningkatan kos PKFZ.
Perdana menteri dalam kenyataannya semalam memberi amaran tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi berhubung pembocoran dokumen itu.
"Orang menggelabah bila bersalah. Sebab itulah Najib sengaja bising-bising hendak memburu pihak yang membocorkan dokumen itu dan mengunci rapat-rapat mulutnya terhadap pendedahan tindakan kabinet meluluskan pembelasahan wang rakyat semata-mata untuk menutup salah laku dalam projek tersebut. "Jika dokumen itu tulen, Perdana Menteri jenis apa mendiamkan diri terhadap pembelasahan lebih RM3.5 bilion wang rakyat berdasarkan peningkatan kepada lebih RM4.6 bilion dari kos asal RM1.088 bilion.Ini bukan belasah satu ringgit. Belasah satu ringgit pun wang rakyat tanpa mengikut peraturan yang sah adalah salah di sisi undang-undang. Perdana menteri jenis apa menjahit mulutnya terhadap pendedahan pembelasahan berbilion-bilion wang negara?Saya juga ingin menyifatkan Najib mahu mengalihkan isu apabila hanya membesar-besarkan isu pembocoran dokumen itu.
"Najib boleh cuba untuk mengalihkan isu dengan membangkit-bangkitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk bertindak balas terhadap mereka yang membocorkan dokumen itu.
"Tetapi jangan lupa, rakyat juga hendak bertindak balas terhadap Najib dan semua anggota kabinet yang terlibat memberi kelulusan yang dicadangkan dalam dokumen itu, jika dokumen itu tulen. "Saya yakin, selain menuntut ditubuhkan suruhanjaya di raja supaya penyelewengan tersebut disiasat, ada tindakan lain yang akan diambil oleh rakyat,"Jika dokumen yang didedahkan oleh itu tulen, isunya bukan setakat penyelewengan syarikat pemaju, badan berkanun kerajaan atau mana-mana menteri, tetapi penyelewengan seluruh kabinet Malaysia."Sebab itulah kita tidak boleh menerima sama sekali sandiwara memburu pembocor maklumat untuk menyembunyikan penyelewengan kabinet termasuk Najib sendiri,"Jika dokumen itu tulen, kabinet penyeleweng yang membelasah wang rakyat itu mesti mesti dihukum kerana telah merugikan berbilion-bilion wang rakyat.
"Walaupun dokumen itu telah didedahkan dan ia sememangnya tulen, tetapi kita tidak percaya kerajaan berani mendeklasifikasikannya kerana ia tidak mahu wujud bukti yang sah di sisi undang-undang tentang penyelewengan kabinet itu. "Sebab itulah, seluruh rakyat Malaysia mesti menuntut penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat perkara itu sehinggalah seluruh kabinet penyeleweng itu dihukum mengikut undang-undang negara."Saya ingin menggesa semua pihak yang prihatin berganding bahu untuk memastikan semua anggota kabinet penyeleweng itu diheret ke muka pengadilan.
Saya juga ingin mengulangi kenyataannya bahawa satu pasukan peguam PAS ditubuhkan bagi mengkaji peruntukan undang-undang untuk memastikan kerajaan menubuhkan suruhan jaya di raja bagi menyiasat skandal tersebut.
Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada lebih RM4.6 bilion.
Siasatan awal keatas projek PKFZ mendapati ia terpaksa diselamatkan dengan pinjaman daripada kerajaan.
Selain itu juga, siasatan juga mengesahkan kerajaan melalui Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membeli 404 hektar tanah daripada KDSB pada RM25 setiap kaki persegi walaupun harga sebenar dianggarkan RM10 sahaja setiap kaki persegi. KDSB juga dilantik sebagai pemaju PKFZ.
KDSB pula membeli tanah tersebut dari Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Bhd (KPPLB) pada harga RM1.9 hingga RM2.9 sekaki persegi. Pengerusi koperasi tersebut ketika transaksi itu ialah Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.
Beliau juga adalah ahli lembaga pengarah LPK sejak 1997 sehingga 2003 Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh Price Waterhouse Coopers , syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.
MAHFUZ OMAR

MAJLIS PENGUMUMAN CALON PRK N31 BAGAN PINANG

TARIKH :
29 SEPTEMBER 2009
MASA :
9 MALAM
TEMPAT :
BT 9 , JLN PANTAI , TELOK KEMANG , PORT DICKSON

TETAMU KHAS :
YBHG. DATUK SERI DR WAN AZIZAH ISMAIL
YB DATUK SERI HJ ABDUL HADI AWANG
YB TUAN LIM KIT SIANG

SEMUA DIJEMPUT HADIR !!!!

UMNO Jangan Cuba Ekspoitasi Undi Pos

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengingatkan Umno Barisan Nasional (BN) tidak mengeksploitasi pengundi pos di pilihan raya kecil Bagan Pinang yang akan berlangsung pada 11 Oktober ini.
Beliau berkata dengan jumlah undi pos yang berjumlah 4,604 orang bagi mempertahankan kerusi berkenaan dilihat boleh menjadi penentu kepada kemenangan parti pada pilihan raya kecil itu.Pilihan raya kecil tersebut akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 dan daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu.
Daftar pemilih ini mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos. “Nampak gayanya di mana-mana negeri termasuk Kelantan, undi pos jadi penentu. Jadi sama ada askar dipaksa, tak munasabah, jadi demokrasi macam mana kalau dipaksa atau pun ada seseorang yang khusus pangkah undi untuk orang lain yang tidak tahu hujung pangkalnya.
“Saya harap telus sebab kita demokrasi, jadi kita belajar demokrasi dari Eropah, tapi betulkah orang Eropah ajar askar macam itu, Eropah tak paksa askar dan polis turut mengikut arahan ketua,” katanya.Dalam perkembangan lain, beliau turut mengingatkan penceramah parti itu supaya tidak menyerang secara peribadi lawan sepanjang kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang nanti.Nik Aziz berkata, secara umum penceramah Pas boleh meyentuh perkara berkaitan dasar tanpa menyentuh peribadi lawan di pentas ceramahnya sepanjang hari berkempen.
Jelasnya walaupun hari berkempen adalah saat yang perlu digunakan sepenuhnya oleh semua pemimpin parti tetapi tidak bermakna peluang yang ada itu disalahgunakan dengan menyerang secara peribadi.“Saya tak suka sentuh peribadi, hal peribadi kenapa nak beritahu orang lain, kalau sentuh perangai secara umum itu tak pa.“Kita sebut rasuah politik, sebut rasuah itu haram dalam agama dan demokrasi, nak sebut secara umum taka pa, jangan tuju sesiapa dan kalau hendak sebut juga, jumpa orang itu sendiri,” katanya. -TVA

Ahad, 27 September 2009

Najib Bakal Terjerat Lagi Di Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Apabila UMNO Teluk Kemang Tetap Mahukan Mantan MB Isa Samad Jadi Calon

SEREMBAN, 24 Sept - Ketua Pemuda Umno Bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli mempertahankan keputusan perwakilannya untuk menamakan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (foto), sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Oktober ini.
Walaupun bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu diselar kawan dan lawan sebagai perasuah, namun Mohd Faizal berkata Umno Telok Kemang dan rakyat setempat mahukan Isa, yang pernah diambil tindakan displin atas tuduhan politik wang. "Kami tidak melihat sebarang masalah yang timbul jika beliau dicalonkan kerana ini merupakan komitmen pada peringkat jentera parti dan komitmen yang diberikan oleh peringkat akar umbi kerana beliau mesra dengan masyarakat," katanya.
Beliau mendakwa bahagian itu sudah pun membuat tinjauan dan mendapati para penduduk termasuk dari keturunan bukan Melayu menerima Isa. "Saya tak nampak bahawa isu-isu yang menjadi rekod Isa akan menjadi satu liabiliti kepada Umno dan BN dalam menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang ini," katanya.

Jawab Dulu Bagaimana Peruntukan Habis Dalamasa 3 Bulan

Bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo tidak perlu terlalu ghairah memecah-belahkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, sebaliknya perlu terlebih dahulu memberi penjelasan berkenaan salah guna peruntukan DUN yang dihabiskan dalam masa kurang daripada tiga bulan semasa Selangor di bawah pemerintahan Barisan Nasional, kata ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.Katanya, Mantan Menteri Besar itu turut menuduh DAP memanipulasikan SELCAT bagi menunjukkan mereka lebih berkuasa berbanding parti-parti lain di Pakatan Rakyat.
Menurutnya, Khir Toyo dalam satu kenyataan yang diterbitkan akhbar tempatan Rabu lalu membidas DAP sebagai 'menggunakan SELCAT sebagai platform untuk menunjukkan kekuasaan mereka di negeri Selangor'."Sebenarnya, apa yang dituduhkan oleh Khir adalah bersifat spekulasi semata-mata dengan tujuan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor,"demikian kata Lau dalam kenyataannya semalam.
Katanya, Selcat yang ditubuhkan oleh Dewan Negeri Selangor pada tahun 2008 untuk menegakkan prinsip-prinsip keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan di Selangor.Katanya, selama 50 tahun BN dan UMNO mentadbir Selangor, prinsip-prinsip yang penting ini semakin terhakis, khususnya semasa Selangor ditadbir di bawah Khir Toyo."Bagi memulihkan kepercayaan orang ramai terhadap kewibawaan kerajaan Selangor, Dewan Negeri Selangor telah menubuhkan SELCAT yang ditugaskan khas untuk menegakkan prinsip-prinsip ini dalam pentadbiran kerajaan negeri melalui satu proses pemantauan yang belum pernah dilaksana di Selangor dan Malaysia tetapi sudah menjadi satu kebiasaan bagi sistem pentadbiran Demokrasi Berparlimen di negara-negara maju yang lain, khususnya negara-negara Komanwel, iaitu melalui pendengaran terbuka," katanya.
Lau yang juga Setiausaha DAP Selangor berkata, daripada terus mengaut di dalam air keruh, adalah lebih baik untuk Khir menjelaskan bagaimana beliau sebagai Menteri Besar pada masa itu membenarkan perkara itu terus berlaku."Kalaulah beliau yang benar-benar ikhlas dalam mempertahankan pegawai-pegawai kerajaan, maka saya menyeru kepada beliau agar tampil ke hadapan dan menjawab segala persoalan yang timbul", katanya. -TVS

Rasuah: Malaysia merudum lagi, negara Islam tercorot

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Ketika Pulau Pinang diiktiraf kerana usahanya memerangi rasuah oleh Transparency International (TI), Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke-47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.
Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45.
Paling mendukacitakan ialah apabila indeks yang dikelaurkan oleh TI itu menunjukkan negara-negara umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang memerangi rasuah.Negara-negara seperti Somalia, Iraq, Afghanistan dan Sudan berada di tangga paling bawah. Somalia berada di kedudukan tercorot iaitu ke-180, Iraq ke-178, Afghanistan ke-176 dan Sudan ke-173.Negara yang berada di tempat teratas ialah Denmark diikuti oleh New Zealand, Sweden dan Singapura.Di Malaysia, negara menanggung kerugian sebesar RM10 bilion setahun akibat rasuah - iaitu jumlah yang mencukupi untuk membina lebih dari 150,000 kos rendah jika diambilkira permohonan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) kepada kerajaan untuk menaikkan harga rumah kos rendah kepada RM60,000.
Dalam laporannya, TI membangkitkan amalan keluar masuk yang berterusan di antara bidang politik dan perniagaan di mana pihak tertentu bertukar-tukar tempat dari kedudukan sebagai ahli politik kepada ahli perniagaan atau dari ahli perniagaan kepada ahli politik dan terus keluar masuk di antara kedua-dua bidang itu.
Keadaan itu, menurut TI, mengakibatkan pengaruh yang negatif kepada konsep semak dan imbang.Laporan tersebut juga menyatakan bahawa hubungan serba kompleks antara politik, sektor awam dan sektor swasta itu mungkin mengakibatkan rasuah berlaku dengan bebas tanpa sebarang hukuman.Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low berkata, usaha mencegah rasuah di negara ini tidak ubah seperti melepas batuk di tangga sahaja jika tidak dilaksanakan tindakan drastik untuk memisahkan hubungan selesa antara kerajaan, perniagaan dan politik.
Low berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula tidak memperlihatkan hasil yang diinginkan dan orang ramai menganggap suruhanjaya itu mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan secara berpilih-pilih.Satu-satunya sisi yang positif dari laporan tersebut mengenai Malaysia ialah pengiktirafan yang diberikan kepada kerajaan Pulau Pinang dalam memerangi rasuah.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pihaknya menerima pujian itu dengan rendah hati.Beliau juga mengumumkan bahawa Pulau Pinang berjaya mengurangkan RM36 juta atau 12 peratus perbelanjaan operasi hasil usaha memerangi rasuah itu. _
SALAM IDUL FITRI ,
Saya mohon jutaan kemaafan di atas cukup lama tidak update blog . kesusahan yang mendengkam . tidak berhari raya . tidak perlulah saya bercerita . cukup untuk saya rasai .
semua itu tidak mematahkan semangat perjungan saya . semoga Allah swt merahmati saudara semua .
bersiap kita bertempur di Bagan Pinang !