klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 23 November 2009

Seekor Kucing Dihukum Penjara Kerana Bantu Tahanan Palestin


Angkat tangan, kamu dihukum! Israel menghukum tidak kira manusia atau binatang..

NOV 2009 Seekor kucing dihukum penjara oleh pihak berkuasa Israel, kerana dituduh telah membantu penghuni sel isolasi di kem tahanan Negev, yang terletak di antara Mesir dan wilayah yang diduduki Israel.Israel. Menurut pejabat Isreal, kucing tersebut membantu para tahanan Palestin membawa barang-barang ringan seperti surat, roti dan lainnya dari satu sel ke sel yang lain.

Kucing itu telah memberikan bantuan kepada tahanan di sana selama berbulan-bulan hingga akhirnya terbongkar diketahui baru-baru ini. Pengelola penjara memberikan hukuman yang sama seperti tahanan manusia kepada kucing tersebut. Ia dikurung dalam sebuah sel isolasi, seperti hukuman yang dikenakan kepada tahanan yang dibantunya.

Ada puluhan kucing liar yang berkeliaran di antara sel atau ruang tahanan di kem dan penjara Israel, terutama di pusat-pusat tahanan terbuka seperti Negev. Israel sengaja menjadikan suasana penjara dan kem tahanan dalam keadaan menyeiksa dan tidak selesa untuk menurunkan semangat hidup orang-orang Palestin. Melihat begitu banyak kucing yang berkawan dengan tahanan, pejabat Pentadbiran Penjara Israel memutuskan untuk menyingkirkan dan menghukum kucing-kucing tersebut.

Bala Dedahkan Adik Najib Razak Temui Beliau


KUALA LUMPUR, 21 Nov [7.30 am] - Penyiasat persendirian P Balasubramaniam (foto), menamakan Nazim Abdul Razak sebagai datuk berbangsa Melayu yang menemuinya di The Curve, Damansara pada 3 Julai tahun lepas. Dalam satu temubual seperti yang disiarkan di laman web Free Malaysia Today, Bala berkata adik kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak itu menemuinya bersama-sama isteri di luar ruang pameran Volkswagen.
Bala mendakwa pertemuan itu diaturkan oleh saudagar permaidani Deepak Jaikishan, yang disebut sebagai rakan kepada isteri Najib Abdul Razak. Dalam temubual sebelum ini, Nazim dikatakan meminta Bala supaya akur kepada arahan Deepak sekiranya Bala sayangkan keluarganya. Bala mendedahan bahawa Deepak telah membayar sejumlah RM750,000 kepadanya bagi menampung perbelanjaan beliau dan keluarga untuk meninggalkan Malaysia. Bala berkata pendedahan ini dibuat supaya ancaman terhadapnya tamat.

Saiful Nafi Tawaran RM5 Juta Tarik Dakwaan

Dalam pada itu, timbul pula satu kontroversi apabila wujud pula dakwaan yang mengatakan Anwar menawarkan wang sejumlah RM5 juta kepada Saiful supaya menarik kembali dakwaannya. Beberapa laman blog hari ini menyiarkan dakwaan yang mengatakan Anwar telah mengarahkan ahli perniagaan, Datuk Soh Chee Wen untuk mengadakan perbincangan dengan Mohd Saiful berhubung perkara berkenaan. Berdasarkan tulisan dalam blog berkenaan juga dinyatakan bahawa Soh telah menggunakan sepupu Saiful sebagai 'jambatan' untuk berhubung dengan bekas pembantu Anwar itu bagi menawarkan sebanyak RM5 juta untuk menarik balik kes tersebut.
Bagaimanapun peguam yang mewakili Saiful, Zamri Idrus menafikan mengenai perkara itu. "Tidak... tidak benar, saya beri jaminan tiada sebarang tawaran dibuat kepada Saiful. "Perkara ini langsung tidak benar. Saiful tetap dengan pendiriannya dalam kes ini," katanya. Menurut Zamri, beliau yakin perkara ini sengaja dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengeruhkan keadaan.
"Saya sendiri tak pasti bagaimana perkara ini boleh timbul, tapi apa yang pasti ia memang tidak benar... mungkin ia sengaja dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," tegasnya. Ditanya sama ada Saiful sudah mengetahui mengenai perkara ini, Zamri berkata: "Ya, Saiful juga menyedari mengenai artikel berkenaan, dia sudah baca... malah dia sendiri terkejut dengan kenyataan itu." tambahnya.

Saiful Nafi Tawaran RM5 Juta Tarik Dakwaan

Dalam pada itu, timbul pula satu kontroversi apabila wujud pula dakwaan yang mengatakan Anwar menawarkan wang sejumlah RM5 juta kepada Saiful supaya menarik kembali dakwaannya. Beberapa laman blog hari ini menyiarkan dakwaan yang mengatakan Anwar telah mengarahkan ahli perniagaan, Datuk Soh Chee Wen untuk mengadakan perbincangan dengan Mohd Saiful berhubung perkara berkenaan. Berdasarkan tulisan dalam blog berkenaan juga dinyatakan bahawa Soh telah menggunakan sepupu Saiful sebagai 'jambatan' untuk berhubung dengan bekas pembantu Anwar itu bagi menawarkan sebanyak RM5 juta untuk menarik balik kes tersebut.
Bagaimanapun peguam yang mewakili Saiful, Zamri Idrus menafikan mengenai perkara itu. "Tidak... tidak benar, saya beri jaminan tiada sebarang tawaran dibuat kepada Saiful. "Perkara ini langsung tidak benar. Saiful tetap dengan pendiriannya dalam kes ini," katanya. Menurut Zamri, beliau yakin perkara ini sengaja dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengeruhkan keadaan.
"Saya sendiri tak pasti bagaimana perkara ini boleh timbul, tapi apa yang pasti ia memang tidak benar... mungkin ia sengaja dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," tegasnya. Ditanya sama ada Saiful sudah mengetahui mengenai perkara ini, Zamri berkata: "Ya, Saiful juga menyedari mengenai artikel berkenaan, dia sudah baca... malah dia sendiri terkejut dengan kenyataan itu." tambahnya.

Anwar Persoalkan Cara Pendakwaan Kes Liwat


Sementara itu Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto), sendiri hairan dengan sikap pihak pendakwa yang masih mahu meneruskan kes ini, sedangkan ternyata ia tidak mempunyai asa untuk mensabitkan beliau dengan kesalahan yang didakwa. “Permohonan peguam saya untuk membuktikan kes ini dimanipulasi oleh peguam dan dari awal lagi memang tidak ada bukti. Dia beri contoh bahawa mahkamah punya kuasa untuk menghentikan cara kotor dan politik yang dimainkan oleh peguam negara," katanya.
Anwar juga turut mempersoalkan di mana lojiknya kes liwat II beliau ini sekiranya keterangan dari doktor cukup jelas. “Tidak ada kesan sama sekali adanya kemasukan maka hendak terus bicara soal apa? Tidak pernah dalam mana-mana kes jenayah seks dunia di mana keterangan doktor begitu jelas termasuk pihak doktor yang ditentukan oleh pendakwa dan juga polis," katanya. Dalam sesi prosiding tersebut, Sivarasa turut menambah sikap berat sebelah pihak pendawaraya juga antara sebab mengapa pihak mahkamah perlu membatalkan pertuduhan ke atas Anwar.

Hassan Karim Sah Letak Jawatan Presiden PRM


PETALING JAYA: Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Abdul Karim telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa serta merta kerana setelah usulnya agar parti itu menyertai komponen Pakatan Rakyat ditolak.

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Agong PRM, Koh Swe Yong melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online petang Ahad.

"Ya, benar," katanya ringkas menjawab pertanyaan mStar berhubung berita mengenai perletakan jawatan Hassan.

Difahamkan Hassan telah menghantar surat peletakan jawatannya baru-baru ini.

Hassan telah mengemukakan usul agar PRM menyertai Pakatan Rakyat sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Nasional PRM ke-41 yang di adakan 15 November lalu.

Bagaimanapun usul berkenaan telah ditolak oleh perwakilan kongres.

Dalam pada itu, melalui surat yang dihantar Hassan kepada Koh yang turut diedarkan kepada pihak media, beliau berkata peletakan jawatannya adalah bagi menebus maruah berikutan penolakan usul yang dikemukakannya.

"Saya tiada pilihan lain sebagai seorang pemimpin yang bermaruah melainkan satu pilihan sahaja iaitu meletak jawatan sebagai Presiden PRM, ahli Jawatankuasa Pusat dan semua jawatan saya di dalam parti berkuat-kuasa serta merta," kata Hassan dalam suratnya itu.

"Memandangkan saya ingin memberi kerjasama dan sokongan yang kuat kepada Pakatan Rakyat dan tidak mahu tindakan-tindakan saya itu nanti akan menjejaskan kedudukan dan pendirian pimpinan PRM maka saya dengan hati yang amat berat saya mengambil keputusan meninggalkan Parti Rakyat Malaysia yang saya sayangi ini dengan berkuat-kuasa serta merta juga," katanya.

mStar

Gani Patail Berniat Jahat Terhadap Anwar - Peguam

Dakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berniat jahat dan tidak boleh diterima memandangkan ketiadaan penemuan perubatan berhubung penetrasi, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu Isnin.

Peguam R.Sivarasa, yang mewakili Anwar, berkata bukanlah satu perkara baru bahawa untuk melakukan dakwaan liwat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, penetrasi merupakan perkara utama dan teras.

Beliau berkata dalam kes ini, tiada bukti perubatan yang pasti bagi mencadangkan berlaku penetrasi ke dalam dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Berdasarkan laporan perubatan oleh pegawai perubatan dari Pusrawi yang mula-mula sekali memeriksa pengadu, dinyatakan bahawa dubur itu tidak berdarah, tidak cedera, tidak bernanah dan ia adalah bersih, kering serta kelihatan normal," katanya, sambil menambah perkara itu turut disokong oleh laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur yang menyatakan bahawa penetrasi tidak berlaku.

Oleh itu, beliau berhujah hakikat itu cukup untuk mahkamah membatalkan dakwaan terhadap Anwar memandangkan jelas bahawa tiada kesalahan yang telah dilakukan.

Sivarasa berhujah di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berhubung permohonan Anwar untuk membatalkan dakwaan liwat terhadapnya.

Pada 10 Mac, Anwar mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 24, bekas pembantu peribadinya, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 27 Jun tahun lepas.

Sivarasa turut berhujah bahawa dakwaan terhadap Anwar tidak berasaskan bukti sebaliknya berat sebelah, menyalahi undang-undang, berniat jahat, bermotifkan politik dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Beliau berkata mahkamah mempunyai hak dan kuasa sedia ada untuk membenarkan permohonan membatalkan atau menangguhkan dakwaan itu bagi mengelak pendakwaan yang menindas dan mempunyai niat buruk terhadap Anwar.

Sivarasa berkata pembabitkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kes itu jelas menunjukkan niat jahat terhadap Anwar, memandangkan beliau disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) berikutan laporan polis terhadap beliau oleh Anwar membabitkan pemalsuan keterangan dalam insiden "mata lebam" ketika Anwar ditahan polis pada 1998.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan berkata mahkamah mempunyai bidang kuasa sedia ada untuk membatalkan atau menangguhkan dakwaan itu, bagi membetulkan salah laksana keadilan jika dakwaan itu benar-benar merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.

"Bagaimanapun kami berpendapat dalam tindakan ini, ia hanya untuk menghentikan prosiding atau untuk menghalang mahkamah daripada terus mendengar kes ini," katanya.

Mohamed Yusof berkata berdasarkan laporan DNA oleh ahli kimia, terdapat spesimen DNA campuran daripada dua lelaki di tempat kejadian, yang menyokong dakwaan Mohd Saiful bahawa dia diliwat oleh Anwar.

"Ini bukanlah kes yang sewajarnya untuk mahkamah menggunakan kuasa sedia ada bagi membatalkan atau menangguhkan dakwaan memandangkan pendakwaan tidak tahu bagaimana kes itu memudaratkan Anwar," katanya.

Hakim Mohamad Zabidin menetapkan 1 Dis untuk keputusan. -Bernama

Dadah ditemui di dalam kereta rasmi Exco kerajaan negeri


Ketua Polis Terengganu di Minta Perjelas Isu Tangkapan Anak Exco Terlibat Kes Dadah

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu mendesak Ketua Polis Negeri Terengganu menjelaskan isu yang heboh diperkatakan bahawa seorang anak kepada seorang EXCO Kerajaan Negeri Terengganu.

Ketuanya, Fariz Musa berkata, anak anggota Exco tersebut ditahan oleh pihak polis di dalam satu sekatan jalanraya, baru-baru ini.

”Dalam sekatan (jalanraya) itu, anak Exco berkenaan dikatakan memandu kereta rasmi Exco milik kerajaan negeri dan pihak polis telah menjumpai dadah yang disembunyikan di bonet kereta tersebut,

”Jumlah dadah tersebut dikatakan jika disabitkan kesalahan boleh membuat hukuman mati mandatory.”ujar Fariz dalam sidang media Pelancaran Gerakan Selamatkan Wang Rakyat Terengganu ( Semarak Terengganu ) yang diadakan di sini semalam.

Menurutnya, berdasarkan laporan banyak blog-blog menyatakan Exco tersebut yang juga salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan Parlimen Besut kini berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji.

Namun begitu, katanya, pihak tertentu UMNO Negeri dikatakan sedaya upaya ingin menyembunyikan serta menutup kes tersebut agar tidak dihidu oleh rakyat bagi menjaga nama baik UMNO.

Fariz mengganggap, sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku dan membabitkan penggunaan kereta rasmi kerajaan, maka wajarlah Ketua Polis Negeri Terengganu menjelaskan kepada umum kes tersebut kerana melibatkan penyalahgunaan harta rakyat .

Sehubungan itu, beliau memohon agar Ketua Polis Negeri Terengganu bertindak secara telus dan profesional tanpa mengambil sikap mendiamkan diri, serta tidak bertindak menyembunyikan perkara tersebut dan bersekongkol dengan UMNO bagi menutup kesalahan itu.

Dalam sidang media yang sama, Fariz berkata AMK akan menggerakkan SEMARAK ke seluruh Negara bagi memberikan kesedaran dan maklumat kepada rakyat tentang penyelwengan, salahlaku dan rasuah yang telah dilakukan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, di negeri Terengganu AMK akan membuat beberapa laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdasarkan pendedahan yang dibuat dalam Laporan Ketua Audit Negara – Buletin Online

papi-pari turun di Sidang APEC , Singapura

Ucaputama Datuk Seri Anwar di National Symposium anjuran IKD


Jadikan Negeri Dikuasai PR Model Pentadbiran Mapan

Sistem politik dwi-parti akan hanya punyai kredibiliti jika Pakatan Rakyat berjaya menjadikan negeri-negeri yang ditadbirnya sebagai pemangkin urus tadbir yang cemerlang, dan pembela golongan miskin.

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menggesa gagasan itu supaya bertungkus-lumus memastikan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menjadi contoh model pentadbiran mapan untuk diteladani Barisan Nasional.

"Kerajaan negeri perlu menunjukkan teladan melalui dasar-dasar yang dirumuskan. Dasar yang memberi penekanan kepada urustadbir yang baik, kepedulian kepada yang lemah, dan memelihara sumber alam dan bumi," kata Anwar.

Mantan Timbalan Perdana Menteri ini berkata demikian dalam ucaptama di simposium 'Pakatan Rakyat dan Pembikinan Sistem Dua Parti' di Kuala Lumpur hari ini. Anwar Ibrahim menegaskan keputusan PRU-12 lalu menunjukkan rakyat mahu sistem kerajaan dipulihkan, dan bukannya salinan pendua kerajaan Umno-BN.

"Kini sudah ada ruang untuk Pakatan Rakyat melalui kerajaan-kerajan negeri dibawah pentadbiranya untuk mengetengahkan agenda reformasi, dan memastikan kesilapan lalu dibawah pentadbiran leaps tidak berulang lagi," kata Anwar.

Simposium anjuran Institut Kajian Dasar ini membincangkan persoalan sistem dwi-parti yang menjadi buah-bicara masyarakat hari ini. Membincangkan kewajaran sistem dwi-parti di laksanakan di Malaysia, wacana ini turut disertai oleh pakar Perlembagaan Profesor Dr. Abdul Aziz Bari, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah dan Exco Kelantan Husam Musa.

Membicarakan soal sistem dwi-parti, Anwar berkata idea ini bukanlah sesuatu yang baru di negara kita. Bahkan, sistem dwi-parti yang kita kenal hari ini adalah olahan dari konsep kerajaan berteraskan parti pemerintah dan parti pembangkang.

Dalam ucapannya beliau menambah, pembentukan sistem dwi-parti gagal dizahirkan kerana dihalang oleh institusi kerajaan yang parah dalam rasuah, dan perilaku pemerintah yang sewenang-wenang mencabul sistem demokrasi negara.

"Idea sistem dua parti ini hangat perkatakan sejak tahun lepas. Bahkan sambutan yang diterima idea dwi-parti ini begitu besar seraya mencadangkan kewujudan gagasan parti kedua mampu memulihkan demokrasi negara," kata Anwar.

Namun rakyat terus berharap, sehubungan itu Anwar menyeru Pakatan Rakyat untuk tidak menghampakan aspirasi rakyat dan komited kepada piawaian urustadbir kerajaan yang tinggi.

"Di negeri-negeri Pakatan Rakyat, kita perlu tunjukkan keadilan, dan dasar keterbukaan yang menghormati hak asasi rakyat seluruhnya dan hak individu setiap warganegara," kata Anwar.

Anwar dalam ucapannya menambah keutamaan hari ini bukanlah untuk memaksakan pembentukan sistem dwi-parti keatas rakyat Malaysia, sebaliknya penekanan harus diberi kepada menjamin kebajikan rakyat di negeri-negeri Pakatan Rakyat dalam iklim pengurusan ekonomi cermat dan berhemah.

Anwar menyorot perhatian hadirin kepada siri-siri pencabulan tidak bertanggungjawab oleh sekumpulan elit manusia yang mahu kekal sebagai kuasa politik dominan di Malaysia.

Pemimpin reformasi ini mengingatkan Pakatan Rakyat bahawa masih banyak perkara yang perlu dilakukan sekiranya Pakatan Rakyat mahu menjayakan sistem dwi-parti ini, terutama sekali apabila berhadapan dengan jentera gergasi kerajaan Pusat. -TVS

Menantu Nik Aziz letak jawatan

Menantu tokoh PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menjadi fokus kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz, seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa.

Beliau, exco Pemuda PAS Kelantan, mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media hari ini.

Surat rasmi peletakkan jawatan tersebut bagaimanapun belum diserahkan, katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau juga enggan mengulangi kenyataannya dalam sidang akhbar tersebut.

FM - Teringat sewaktu sdr. Ezam pernah ditahan OSA kerana dedahkan dokumen rasuah Rafidah Aziz . Dokumen mengesahkan Rafidah berikan saham kepada menantu . Ezam kena penjara , Rafidah bebas . Menentu Rafidah pun tidak ada apa2 tindakan . Bila kena kat TGNA , walaupun menantu dia memang layak berada di jawatan tersebut.. SPRM terus siasat Ariffahmi dan tekan TGNA . Betul kata orang .. IBLIS PUN TERKEJUT DENGAN KEJAHATAN UMNO NI!

Nik Aziz Arah Arriffahmi Letak Jawatan

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengarahkan menantunya, Abdul Ariffahmi Rahman supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Arahan itu berkaitan dengan isu membabitkan pelantikan Ariffahmi ke jawatan CEO daripada jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO).

Nik Aziz yang juga Pengerusi PMBK baru-baru ini mempertahankan pelantikan itu dan berkata Ariffahmi yang berkelulusan sebagai jurutera, sememangnya mempunyai keupayaan serta kebolehan memegang jawatan terbabit.

"Mana boleh Menteri Besar melantik seseorang yang tidak menentu (tiada kebolehan untuk pegang jawatan itu). Saya beri kepercayaan kepada menantu saya itu (Ariffahmi) kerana dia seorang jurutera serta mempunyai kebolehan," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Pemuda Umno Kelantan yang menuntut siasatan dilakukan terhadap pelantikan Ariffahmi ke jawatan CEO di PMBK ketika ini selepas menjawat COO perbadanan itu.

SPR gagal tangguh perintah kosongkan Kota Siputeh


Nov 23, 09 3:30pm

kemaskini 6.22pm Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal mendapat perintah untuk menangguhkan keputusan mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah sebagai kosong.

Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) hari ini menolak permohonan SPR bagi mendapatkan perintah penangguhan itu tetapi suruhanjaya itu telah merujuk perkara berkenaan kepada Mahkamah Rayuan dengan mengemukakan satu lagi permohonan untuk perintah penangguhan.

Jika ia tidak mendapat perintah itu, SPR perlu mengeluarkan writ menjelang Rabu ini bagi mengadakan satu pilihan raya kecil di situ.


Hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin berkata beliau bersetuju dengan Sulaiman Abdullah, peguam utama bagi Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail, bahawa SPR gagal meyakinkan mahkamah berhubung isu keadaan luar biasa bagi mewajarkan permohonan itu dibenarkan.

Katanya, alasan mengenai implikasi kewangan yang dinyatakan oleh peguam kanan persekutuan Datuk Kamaruddin Md Said, yang mewakili SPR, tidak boleh ditakrif sebagai satu keadaan luar biasa.

"Mengikut undang-undang, menguruskan pilihan raya merupakan tanggungjawab biasa SPR dan suruhanjaya ini tidak merujuk mana-mana undang-undang kes untuk menyokong hujahnya," kata Alizatul.

Pada 17 Nov lepas, SPR mengemukakan permohonan itu setelah Alizatul membuat keputusan sehari sebelumnya bahawa kerusi berkenaan kosong kerana mendapati penyandangnya Datuk Abu Hassan Sharif daripada BN gagal menghadiri dua mesyuarat dewan itu berturut-turut tanpa mendapat cuti.

Mahkamah membuat keputusan itu ekoran tindakan Speaker DUN memfailkan semakan perundangan setelah SPR menerima sijil sakit Abu Hassan dan mengisytiharkan tidak berlaku kekosongan dan beliau masih mewakili kerusi itu.

Dalam penghakimannya hari ini, Alizatul berkata tanpa unsur keadaan luar biasa, mahkamah tidak dapat membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan itu.

Abu Hassan turut hadir pada prosiding hari ini. BERNAMA

** ralat : LAPORAN SIASATAN TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA

** Ralat Perenggan Ke-3 [ ]
KENYATAAN MEDIA
23 NOVEMBER 2009

Shah Alam: Kerajaan Negeri Selangor menghormati hak penduduk Bukit Antarabangsa untuk mengetahui kandungan laporan yang mengakibatkan terjadinya tragedi tanah runtuh pada 6 Disember 2008 yang mengorbankan lima nyawa penghuni di situ. Bagi menjamin kepentingan terhadap keselamatan penduduk berkenaan, Kerajaan Negeri menerusi kuasa Menteri Besar pada Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi, mengambil keputusan untuk mengubah semula status laporan tersebut yang diklasifikasikan sebagai “rahsia” oleh Kementerian Kerja Raya.

Kerajaan Negeri sekarang berazam supaya salinan-salinan laporan tersebut diedarkan kepada orang awam dan mengarahkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) membuat beberapa salinan dan menjual kepada penduduk terlibat dengan harga berpatutan bermula hari ini. Bagaimanapun, ekoran pengumuman Kerajaan Negeri pada mingggu lepas, Kerajaan Persekutuan lantas mencabar keputusan tersebut dan memberi amaran supaya Kerajaan Negeri jangan mengubah status laporan berkenaan.

Sebelum ini Kerajaan Negeri ada menulis kepada Kementerian Kerja Raya mengenai keputusannya itu dan meminta Kementerian berkenaan melakukan perkara yang serupa demi kepentingan orang awam. Bagaimanapun, Kementerian hari ini mengatakan ia tidak boleh membuat keputusan mengenai perkara tersebut kerana yang klasifikasi rahsia telah dibuat oleh Jemaah Kabinet. [ Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri tidak boleh meneruskan keputusan untuk mengumumkan perincian laporan tersebut.]

Dengan yang demikian, kami menyeru kepada Kerajaan Persekutuan supaya membenarkan penyiaran laporan tersebut oleh sebab kandungannya sangat penting diketahui oleh orang ramai bagi perbincangan dalam usaha mempercepatkan proses mengeluarkan peraturan bagi pembangunan di kawasan cerun Bukit Antarabangsa dan kawasan tanah tinggi lainnya di Selangor.

Setelah membaca laporan tersebut, Kerajaan negeri percaya ianya tidak bersifat prejudis kepada kepentingan dan keselamatan negara. Sebaliknya, pendedahan kandungan laporan boleh menjaga kepentingan dan keselamatan orang ramai.

Sesungguhnya, kejadian tanah runtuh pada 6 Disember 2008 itu merupakan suatu tragedi. Namun, ia boleh menjadi tragedi yang lebih besar sekiranya Kerajaan Persekutuan gagal menunjukkan sikap kebertanggungjawaban dan melakukan tindakan yang sewajarnya bagi melindungi keselamatan orang awam.

Kerajaan negeri Selangor, sebaliknya, sangat komited dalam usaha menjamin kepentingan rakyat Selangor dan sedia melakukan apa sahaja bagi memastikan keselamatan mereka terpelihara.

TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

PENGGUNAAN KALIMAH “ALLAH"

Kenyataan Akhbar

Merujuk kepada rentetan pelbagai kontroversi berterusan yang masih wujud berhubung penggunaan kalimah 'Allah' oleh pelbagai agama selain dari agama Islam di negara kita Malaysia sekarang ini, maka BIPPA PKR sukacita menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.

Kami berpendirian bahawa, keinginan rakyat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang sangat positif dan perlu diterima secara terbuka dan berlapang dada. Umat Islam di Malaysia tidak perlu menjadi gelisah dan “over react” dengan pelbagai andaian dan kemungkinan dengan fenomena yang dikata baharu ini.

Sesungguhnya, kami melihat bahawa fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani sejak dari azali lagi bahawa kesemua manusia memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmanya yang bermaksud:

"Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah..." (Al Quran, Az-Zumar (39):38).

Adalah jelas bahwa penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam telah berlaku sejak dari dahulu lagi, khususnya bagi para penganut agama samawi. Sebahagian dari kitab suci mereka memang menggunakan kalimah Allah (terutama di Timur Tengah). Di dalam kehidupan harian mereka hari ini, penggunaan Bismillah, Alhamdulillah, Masya Allah, Astaghfirullah, Wallahi dan sebagainya bukanlah suatu yang pelik dan janggal. Di Indonesia, penggunaan kalimah Allah di gereja-gereja memang telah lama menjadi kebiasaan. Begitu juga bagi bagi penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak.

Adalah jelas bahawa menggunakan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan. Hak ini perlu dihormati dan tidak boleh dihalang. Bukankah Allah itu Tuhan untuk semua - Rabbul `aalamiin atau Lord of the Universe?

Maka itu, kami melihat fenomena ini adalah bertepatan dan serasi dengan wadah dan perjuangan KeADILan selama ini. Malahan, perjuangan untuk menegak yang makruf dan mencegah kemungkaran akan menjadi lebih mudah dan selesa sepertimana firman Allah:

"Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)" (Surah Ali `Imran(3):64).

Sekian. Terima kasih.

Dr. Muhd Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA)
Parti KeADILan Rakyat.

22 November 2009