klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 9 Mac 2011

PATUT LA UMNO MARAH KAT SAIFUDDIN ABDULLAH.....

Anwar: Masalah besar BN atau modal besar Pakatan


Ahli panel forum yang membincangkan tajuk "Survival Parti Politik Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13" di Universiti Malaya (UM) semalam, dilihat memberi pandangan berbeza sewaktu menjawab soalan berhubung pesonaliti Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.


NONETiga ahli panel yang dijemput - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, dan dua ahli parlimen Pakatan Rakyat - Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) dan Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) - memberi pandangan berbeza tentang Anwar sama ada beliau menjadi faktor penarik pengundi kepada Pakatan atau merupakan cabaran BN dalam pilihan raya akan datang.

Forum tersebut adalah anjuran Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) diadakan di Dewan Kuliah C Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS).

Bagi Nurul Izzah, sewaktu reformasi meletus pada tahun 1998, beliau, melihat bapanya lebih kepada simbol agenda reformasi dan bukan dari sudut hubungan kekeluargaan.

reformasi 1998 270808 02"(Beliau) adalah simbol kepada (mangsa) kezaliman (yang berlaku) dan bagaimana (beliau) membebaskan institusi demokrasi. Saya melihat beliau bukan kepada peribadi tetapi simbol kepada agenda reformasi," katanya dihadapan kira-kira 120 hadirin.

Katanya lagi, sebagai simbol itu, beliau berharap Anwar yang juga ketua pembangkang diberi ruang untuk ditemuramah atau bercakap di media arus perdana supaya rakyat dapat menilai agenda yang ingin dibawanya.

Manakala rakan gabungannya Nasir pula dilihat bersependapat dengan Nurul Izzah. Bagaimanapun beliau menambah dengan menyatakan PAS "sanggup bersama-sama Anwar" kerana "perjuangannya untuk menghapuskan sistem yang korup dan zalim, dan bukan kerana peribadinya".

reformasi 1998 270808 01"Bukan isu individu (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), tetapi (isu) bagaimana hendak selamatkan Malaysia... Beliau adalah pemimpin yang dikenali (di seluruh dunia)," katanya.

Katanya, rakyat Malaysia perlu berbangga dengan ahli parlimen Permatang Pauh itu yang banyak menyampaikan kuliah atau syarahan di peringkat antarabangsa khususnya di universiti terkemuka sebelum ini.

Menurutnya lagi, sewaktu beliau memimpin Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UM sewaktu reformasi meletus, beliau juga diminta untuk memperjuangkan keadilan kepada Anwar yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri.

"Dalam antara program terakhir beliau adalah di Universiti Malaya, beliau ada memberitahu kemungkinan beliau akan ditangkap dan dipenjarakan," katanya sambil mendakwa ia merupakan satu kezaliman disebabkan sistem yang ada.

NONESementara itu, Saifuddin yang juga ahli majlis tertinggi Umno berkata terpulang kepada individu itu melihat sama ada Anwar memberi "masalah besar" kepada BN atau "modal besar" kepada Pakatan.

"Itu adalah persepsi masing-masing," katanya sambil menambah "pembunuhan karektor" dalam politik "bukan politik yang segar" dalam konteks politik hari ini.

dari Parlimen : Nazri akui wujud pejabat First Lady untuk bantu ‘tugas’ Rosmah


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mengakui kewujudan Divisyen Wanita Pertama Malaysia (FLOM) tetapi berdolak-dalik dengan mengatakan pegawai Jabatan Perdana Menteri (JPM) hanya dipinjamkan untuk membantu ‘tugas’ Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, mereka yang ditugaskan itu bagi kerja-kerja sementara itu adalah kakitangan yang diambil bertugas di Pejabat Perdana Menteri.

“Tiada kontrak atau kakitangan tetap ditugaskan khusus kepada isteri perdana menteri, sebaliknya pegawai dari jabatan itu dari semasa ke semasa ditugaskan bagi membantu beliau,” lapor Malaysiakini.

Nazri kemudian memberi alasan senarai enam pegawai FLOM pada direktori JPM dikeluarkan dari laman sesawangnya kerana ia sedang dikemas kini, kononnya bagi mengelakkan kekeliruan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan tambahan daripada Anthony Loke (DAP-Rasah) berhubung mengapa divisyen FLOM disenaraikan jika tiada divisyen seumpama itu ditubuhkan.

Sementara itu, HarakahDaily melaporkan, kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

Perkara itu diakui Nazri dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan sama Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar di Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, soalan Firdaus sama ada kos itu tersenarai dalam bajet 2011, tidak dinyatakan jawapan.

Dalam penjelasan itu, Nazri berkata rombongan yang diketuai Rosmah itu turut disertai Menteri Wanita, isteri-isteri menteri, menteri besar-menteri besar, ketua menteri serta beberapa pegawai kerajaan.

Rombongan ke bandar Riyadh, Muscat dan Dhaka itu juga mendapat kelulusan Jemaah Menteri.

Isu lawatan Rosmah sebelum ini menjadi pertikaian banyak pihak ekoran didakwa melangkaui bidang kuasa menteri berkaitan yang hanya menjadi peserta rombongan.

Turut dipertikaikan, kos yang ditanggung kerajaan di saat rakyat berdepan pelbagai tekanan ekonomi.

Hisam Nak Guna ISA Terhadap Radio Free Sarawak : Kerana keselamatan atau PR DUN Sarawak atau takut pembongkaran ?

ISA boleh diambil ke atas Radio Free Sarawak

Siasatan terhadap Radio Free Sarawak, stesen radio yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, telah pun bermula dengan memberi tumpuan kepada kandungan yang disiarkan kepada orang ramai, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Hussein.

NONE"Ini bukanlah tentang politik, ini mengenai penyebaran pembohongan berniat jahat, isu membabitkan perpaduan dan keharmonian kaum," katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan Kementerian Dalam Negeri di Pusat Latihan Pegawai Penjara (Pulapen) Sarawak di Kuching.

Hishammuddin bagaimanapun berkata pada masa ini tiada tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Radio Free Sarawak memandangkan siasatan masih berjalan.

Ditanya mengenai kemungkinan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan, beliau berkata akta itu boleh digunakan jika individu di sebaliknya membawa ancaman serius terhadap keselamatan negara.

Minggu lepas sayap Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) membuat laporan polis dengan mendakwa radio itu beroperasi secara tidak sah dan menyebarkan tuduhan palsu, khususnya terhadap Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

NONEDiketuai oleh timbalan ketuanya, Pandi Suhaili, laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di Jalan Simpang Tiga di sini sebagai respons kepada kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Multimedia Datuk Joseph Salang bulan lalu.

Salang dipetik sebagai berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanya boleh bertindak selepas laporan polis dibuat.

Clare Rewcastle Brown, ipar bekas Perdana Menteri Britain Gordon Brown, dan Peter John Jaban, seorang aktivis kaum Iban, membuat kenyataan pada 23 Feb lalu dalam sebuah akhbar tabloid Britain dengan menyatakan mereka bertanggungjawab terhadap blog Sarawak Report, dan stesen radio itu.

Dalam perkembangan berasingan, Hishammudin berkata pilihan raya negeri Sarawak ke-10 adalah antara topik yang dibincangkan dalam pertemuannya dengan Taib sebelum itu.

"Kami membincangkan banyak perkara, antaranya kaedah untuk menangani politik tidak sihat dari Semenanjung yang menular ke dalam politik Sarawak pada pilihan raya akan datang," katanya tanpa mengulas lanjut.

- Bernama

Fitnah II: Doktor HKL tidak pasti berlaku sodomi ke atas Saiful

KUALA LUMPUR: Ahli Patologi Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Razuin Rahimi dalam keterangannya hari ini meragui pemeriksaan yang dilakukan beliau sebelum ini terhadap pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Malah saksi pendakwa ke-23 yang juga doktor keempat dari HKL itu menyatakan beliau tidak pasti berlakunya sodomi ke atas pengadu.

Menurut Dr Razuin, dalam borang proforma, beliau menandakan aduan pengadu sebagai ‘percubaan’ liwat.

Ini kerana menurut Dr Razuin, beliau tidak pasti penestrasi seperti didakwa Saiful sampai sehingga ke bahagian rektum ataupun tidak.

“Jika ia sampai, sudah pasti saya menandakannya sebagai ‘berlaku’ seks rektal,” katanya yang kini merupakan Ahli Patologi Forensik di Hospital Sungai Buloh.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ketua pasukan peguam cara, Karpal Singh.

Lebih teruk lagi, Dr Razuin turut terkedu sebaik diasak Karpal yang meminta pengesahan Dr Razuin bahawa tidak berlaku liwat kerana dalam borang proforma cuma tertulis ‘percubaan’.

Berikut adalah jawapan Dr Razuin kepada mahkamah.

Karpal: Bukankah seks rektal itu sodomi (liwat)?

Dr Razuin: Saya tidak bersetuju dengan kenyataan itu.

Karpal: Rektum bukan sebahagian daripada dubur?

Dr Razuin: Tidak Yang Arif.

Karpal: Untuk sampai ke rektum kita perlu melalui dubur bukan?

Dr Razuin: (Senyap)

Terdahulu, Dr Razuin juga mendakwa sebahagian tulisan dalam borang proforma diisi pegawai penyiasat, Jude Pereira.

Beliau juga tidak ingat secara tepat bila kenyataannya dirakamkan Pereira namun beliau mengingati beliau ditemui Pereira sebanyak dua kali, pertama sekitar Januari 2011 dan kedua kira-kira tiga minggu lalu di kampungnya.

SIAPA YANG BOHONGI DAN MANIPULASI FAKTA TITAH UCAPAN DYMM YDP AGONG ????

Miskin tegar di Malaysia: 44,000 keluarga menjadi 100 keluarga?

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoalkan sama ada wujud manipulasi di dalam teks yang dibacakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin pada titah ucapan baginda sempena pembukaan mesyuarat di Dewan Rakyat, semalam.

Ia berkaitan data yang mencatatkan jumlah keluarga miskin tegar di Malaysia yang berkurangan dari 44,000 kepada 100 keluarga sepanjang tahun 2010.

Beliau menjelaskan demikian ketika mencelah pada sesi perbahasan menjunjung kasih Ketua Pembangkang yang ketika itu dibacakan oleh Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail petang tadi.

“Saya bimbang sekiranya wujud manipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang ingin memberikan persepsi yang baik kepada Tuanku mengenai data dan statistik keluarga miskin tegar di Malaysia, sedangkan perkara sebenar adalah sebaliknya,” jelas Azan.

Pada perenggan ke 27 ucapan Seri Paduka Baginda mencatatkan bahawa, “Beta bangga jumlah miskin tegar telah berjaya dikurangkan pada tahun 2010. Daripada jumlah itu lebih empat puluh empat ribu ketua isi rumah tegar yang dikenal pasti pada awal tahun, ia berjaya dikurangkan kepada sekitar satu ratus pada hujung tahun.”

Dalam pada itu Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohammad menambah, merujuk kepada data yang diperolehi dari kawasannya sahaja, sejumlah 414 pelajar yang terdiri dari keluarga yang masih berpendapatan di bawah paras kemiskinan walaupun hanya seorang sahaja di antara mereka yang menerima bantuan.

“Justeru, tidak masuk akal sekiranya pihak berkenaan memberikan maklumat bahawa jumlah keluarga miskin tegar di negara ini telah berkurangan,” jelas Siti Zailah.

Kegagalan Kerajaan Faham Beza Notis Dan Saman Memalukan

KUALA LUMPUR 8 MAC: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kegagalan pihak kerajaan memahami perbezaan antara notis dan saman merupakan perkara yang memalukan.

Reaksi ini dibuat berikutan jawapan yang dikemukakan Timbalan Menteri Pengangkutan berhubung soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing dan soalan tambahan daripada Mahfuz ketika sesi perbahasan Dewan Rakyat.

"Kita agak terkejut bagaimana pihak kementerian tidak boleh memahami persoalan pokok yang terdapat dalam undang-undang Akta Pengangkutan Jalan dan mereka tidak boleh membezakan antara saman dengan notis," katanya.

Mahfuz Omar yang juga Pengerusi Kempen Anti-Saman Ekor berkata, kerajaan sepatutnya akur dengan tafsiran yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuching berhubung Akta Undang-undang Pengangkutan Jalan Seksyen 17 (1) (D).

"Apa yang ingin saya ditimbulkan adalah yang diberikan notis untuk kita memberitahu tentang maklumat dalam tempoh tujuh hari untuk kita menjawab. Apa yang diberitahu oleh pihak menteri apabila kita tidak menjawab lalu menganggap kita melakukan satu kelasalahan dan telah menggunakan 17 (1) (D) untuk blacklist kenderaan-kenderaan kita sedangkan mengikut undang-unang lama dia perlu menyaman kita di mahkamah mengapa kita tidak menjawab," katanya.

Mahkamah Tinggi Kuching mentafsirkan Akta Undang-Undang Pengangkutan Jalan Seksyen 17 (1)(D) merupakan perkara yang dianggap perkara belum selesai; merujuk kepada perkara yang belum diselesaikan di peringkat mahkamah.

Mahfuz menyifatkan tindakan ini memalukan memandangkan pihak kerajaan sendiri menggesa pemilik kenderaan mematuhi undang-undang sedangkan mereka sendiri tidak melaksanakan undang-undang mengikut peruntukan yang ditetapkan.

"Sehingga sekarang kerajaan hampir 17juta saman yang dianggap tertunggak. Saman mana boleh tertunggak, kalau saman itu pergi ke mahkamah, mahkamah putuskan bayaran dan perlu bayar disitu. Itu adalah notis tertunggak. Notis tertunggak bukan pada penerima notis sebaliknya merupakan kesalahan polis untuk membawa orang yang menerima notis itu ke mahkamah," katanya.

Mahfuz menambah, keadaan ini pihak kerajaan mengatasi kuasa mahkamah dan meminta kerajaan tidak menyusahkan rakyat memandangkan masalah ini berpunca daripada pihak polis dan JPJ yang tidak mengikut prosedur yang diperuntukan undang-undang.

Sementara itu, Penasihat Undang- Undang Kempen Anti-Saman Ekor (KASE), Zulhilmi Shariff menyatakan rakyat perlu faham kuasa menghukum semua pesalah tertakluk pada mahkamah dan bukannya pihak kerajaan.

"Persoalan yang paling besar ditimbulkan dalam isu saman ekor ini, Ketua Trafik Bukit Aman atau Timbalan Menteri menyebut, kita beri peluang untuk rakyat membayar saman sehingga 10 Mac. Persoalannya di sini, siapa yang suruh bayar? Itu yang paling penting," katanya.

Zulhilmi menambah, kompaun yang dinyatakan merupakan tawaran yang diberikan dan terpulang kepada pemandu sama-ada untuk menerima atau menolaknya.

"Kalau dia mendakwa mengesyaki kita melakukan kesalahan dia dakwa kita di mahkamah dan biar mahkamah hukum kita bukannya polis. Dia hantar notis meminta maklumat seperti yang dimaklumkan Timbalan Menteri dalam dewan Notis 170 A dibawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan adalah notis meminta maklumat pemandu yang perlu dijawab dalam masa 7 hari.

"Kalau kita tidak jawab seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan menyatakan kita hendaklah memuaskan hati mahkamah bahawa kita tidak tahu siapa yang membawa. Maksudnya di sini kita ke mahkamah dan kita menjawab kita tidak tahu siapa yang membawa kenderaan ini. Bukan kita tidak jawab dalam masa 7 hari polis atau JPJ terus blacklist. Itu adalah menghukum," katanya.

Ujar beliau lagi, saman tidak perlu dibayar dan disemak sebaliknya pihak polis atau JPJ perlu membuktikan sama ada pemandu bersalah seperti yang didakwa.

Selasa, 8 Mac 2011

WOW !!!!!!!! Mana Dia Dapat DUIT????? Ahli Parlimen PKR Lompat Parti terus Mampu beli Tanah RM1.5 Juta?

KUALA LUMPUR 8 MAC: Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan di Parlimen hari ini beberapa keping cek ditandatangan oleh seorang ahli parlimen bagi membeli tanah bernilai RM1.5 juta.

Beliau mendedahkan perkara tersebut semasa membahaskan ucapan menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung petang tadi menjelaskan, cek tersebut ditandatangani oleh seorang ahli parlimen PKR yang baru-baru ini keluar parti tetapi yang menghairankan beliau ialah ahli parlimen tersebut berkemampuan membeli tanah tersebut dalam masa dua bulan sahaja selepas keluar parti.

Beliau menegaskan parti PKR bukanlah tempat untuk menjadi kaya ataupun membuat duit seperti tanggapan segelintir yang keluar parti, maka ahli yang tidak berpuas hati bertindak keluar parti dan mula melontarkan tohmahan yang tidak benar terhadap parti.

"Yang tak dicerita apa dia? Bila berada dalam barisan pembangkang, khususnya PKR ini, bukannya lesen nak jadi kaya. Kalau hidup berpendapatan RM10, jangan berbelanja RM100. Ketidakupayaan untuk menambah RM90 kadang-kadang menyebabkan mereka tewas dengan ujian," kata beliau.

Beliau menjelaskan, ada ahli yang mula membuat pelbagai dakwaan liar terhadap parti selepas keluar parti, bahawa kononnya parti ini telah meninggalkan perjuangan membela rakyat, parti dipimpin pengkhianat, seorang ketua yang mahu menjadi Perdana menteri walau apa cara sekalipun dan bermacam lagi semata-mata sebagai alasan keluar parti.

"Pada saya ini ada salinan cek yang ditandatangani oleh satu daripada enam rakan saya yang keluar parti. Satu cek, RM700 ribu bertarikh 12 Januari, 2011. Satu cek lagi, 15hb Mac, 'post dated'. Tujuannya apa? Bayar harga tanah, nilainya RM1.5 juta," ujar beliau.

Saifuddin kemudiannya mempersoalkan punca pendapatan tersebut sehingga dapat memberi kemampuan luar biasa kepada ahli parlimen tersebut membuat pembelian semewah itu.

"Duduk dalam parti, (dia) tanya tak dapat itu ini. Keluar sahaja, dapat bayar tanah RM1.5juta. Dari mana dapatnya duit ini? Itu sahaja persoalannya," tegas beliau.

Katanya lagi, beliau ingin tahu samada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan memulakan siasatan atau tidak terhadap ahli parlimen tersebut selepas beliau mendedahkan perkara tersebut.

Ucapan menjunjung titah YDP Agong oleh Ketua Pembangkang sarat mesej dan peringatan

Ucapan perbahasan menjunjung titah Yang Dipertuan Agong oleh Ketua Pembangkang yang disampaikan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution hari ini menyentuh pelbagai perkara, termasuk isu ekonomi, media dan kebajikan kepada rakyat.

Kehadiran ramai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional menunjukkan perhatian secara khusus diberikan kepada ucapan tersebut, meskipun tanpa kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Intipati yang dirumus dalam titah Yang Dipertuan Agong berkisar kepada perkara antaranya kepentingan memelihara agama, menjaga jiwa, menjaga akal, memelihara keturunan dan memelihara harta,” kata Saifuddin dalam mukadimahnya.

Beliau menjelaskan bahawa agenda yang digagaskan oleh Pakatan Rakyat berhubung pengurusan ekonomi dan pentadbiran negara adalah berasaskan keadilan, kesaksamaan dan kebebasan dari ketakutan.

“Keadilan hanya dapat dicapai ketika rakyat ditadbir oleh pemerintahan yang berintegriti. Memang integriti itu tinggi, tetapi kekuasaan lebih kuat. Oleh itu, dimana-mana integriti sering dikalahkan oleh kekuasaan.

“Keyakinan kami adalah gerakan rakyat yang menggerakkan kuasa keramat yang mampu menundukkan keangkuhan dan kesombongan. Rakyat yang akan memimpin, pemimpin pula akan menuruti,” katanya.

Ketika ucapan mulai menyentuh isu kebangkitan rakyat Arab di Timur Tengah, beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat turut bangun meminta laluan untuk ‘menambah pedas’ dalam ucapan perbahasan tersebut.

Antaranya ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), dan Dr Hatta Ramli (Kuala Krai).

Mahfuz ‘membidas’ pandangan Saifuddin dengan menegaskan bahawa Malaysia dan Mesir ‘jauh berbeza’.

“Salah tuduhan Yang Berhormat itu. Malaysia dengan Mesir memang tak sama, tapi ‘serupa’,” seloroh Mahfuz.

Saifuddin turut memberikan laluan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional, antaranya Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Seri Azmi Khalid.

Azmi berkata kerajaan Malaysia telah melaksanakan dasar kebebasan media, dengan mengemukakan bukti kewujudan akhbar-akhbar seperti Harakah dan Suara Keadilan.

Sementara itu, Khalid Samad (Shah Alam) mencelah dan bercadang agar tawaran dalam Buku Jingga yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat dikemukakan secara terbuka melalui forum atau debat yang disiarkan secara langsung.

“Dengan cara itu barulah rakyat dapat membuat penilaian berdasarkan kepada hujah kedua-dua pihak. Inilah penyakit yang dialami oleh negara kita, kerana hanya mendengar dari satu pihak sahaja,” kata Khalid tanpa disanggah oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional,.

Ucapan perbahasan menjunjung titah Yang Dipertuan Agong Ketua Pembangkang yang disampaikan oleh Saifuddin berakhir dengan peringatan agar mana-mana pemerintah tidak lupa tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

“Kerajaan yang sudah hilang pedoman dan lupa realiti sebenar kesengsaraan rakyatnya selalunya akan bertemu dengan kebangkitan suara rakyat.

“Saya doakan supaya mana-mana kerajaan yang berkuasa baik di peringkat persekutuan atau negeri akan terus mendengar suara raya rakyat sebagai pedoman,” katanya.

Ummu Salamah (wafat 59 H)

Ummu Salamah adalah seorang Ummul-Mukminin yang berkepribadian kuat, cantik, dan menawan, serta memiliki semangat jihad dan kesabaran dalam menghadapi cobaan, lebih-lebih setelah berpisah dengan suami dan anak-anaknya. Berkat kematangan berpikir dan ketepatan dalam mengambil keputusan, dia mendapatkan kedudukan mulia di sisi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Di dalam sirah Ummahatul Mukminin dijelaskan tentang banyaknya sikap mulia dan peristiwa penting darinya yang dapat diteladani kaum muslimin, baik sikapnya sebagai istri yang selalu menjaga kehormatan keluarga maupun sebagai pejuang di jalan Allah.

Nama dan Nasabnya

Nama sebenarnya Ummu Salamah adalah Hindun binti Suhail, dikenal dengan nama Ummu Salamah. Beliau dibesarkan di lingkungan bangsawan dari Suku Quraisy. Ayahnya bernama Suhail bin Mughirah bin Makhzum. Di kalangan kaumnya, Suhail dikenal sebagai seorang dermawan sehingga dijuluki Dzadur-Rakib (penjamu para musafir) karena dia selalu menjamu setiap orang yang menyertainya dalam perjalanan. Dia adalah pemimpin kaumnya, terkaya, dan terbesar wibawanya. Ibu dari Ummu Salamah bernama Atikah binti Amir bin Rabi’ah bin Malik bin Jazimah bin Alqamah al-Kan’aniyah yang berasal dari Bani Faras.

Demikianlah, Hindun dibesarkan di dalam lingkungan bangsawan yang dihormati dan disegani. Kecantikannya meluluhkan setiap orang yang melihatnya dan kebaikan pribadinya telah tertanam sejak kecil.

Pernikahan dan Perjuangannya

Banyak pemuda Makkah yang ingin mempersunting Hindun, dan yang berhasil menikahinya adalah Abdullah bin Abdul Asad bin Hilal bin Abdullah bin Umar bin Makhzum, seorang penunggang kuda terkenal dari pahlawan-pahlawan suku Bani Quraisy yang gagah berani. Ibunya bernama Barrah binti Abdul-Muththalib bin Hasyim, bibi Nabi Shallallahu Alaihi Wassalam. Abdullah adalah saudara sesusuan Nabi dari Tsuwaibah, budak Abu Lahab. Mereka hidup bahagia, dan rumah tangga mereka diliputi kerukunan dan kesejahteraan.

Tidak lama setelah itu, dakwah Islam menarik hati mereka sehingga mereka memeluk Islam dan menjadi orang-orang pertama yang masuk Islam. Begitu pula dengan Hindun, dia tergolong orang-orang yang pertama masuk Islam, dan bersama suaminya memulai perjuangan dalam hidup mereka.

Orang-orang Quraisy selalu mengganggu dan menyiksa kaum muslimin agar mereka meninggalkan agama Islam dan kembali ke agama nenek moyang mereka. Melihat kondisi seperti itu, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam mengizinkan mereka untuk hijrah ke Habasyah, sehingga mereka disebut sebagai kaum muhajirin yang pertama. Mereka menetap di Habasyah, dan di sana Hindun melahirkan anak-anaknya: Zainab, Salamah, Umar, dan Durrah.

Setelah beberapa lama, mereka berniat kembali ke Makkah, terutama setelah mendengar keislaman dua tokoh penting Quraisy, Umar bin Khaththab dan Hamzah bin Abdul-Muththalib. Akan tetapi, ternyata penyiksaan masih terus berlangsung, bahkan bertambah dahsyat. Untuk menjaga kehormatan diri dan keluarganya, Abu Salamah meminta perlindungan dari Abu Thalib (paman Nabi) dari siksaan kaumnya, yaitu Bani Makhzum, dan Abu Thalib menyatakan perlindungannya.

Cobaan Datang

Karena orang-orang Quraisy masih saja menyiksa kaum muslimin, akhirnya Allah membuka hati penduduk Madinah untuk menerima Islam. Kemudian Rasulullah mengizinkan kaum muslimin untuk hijrah ke sana, baik secara kelompok maupun perorangan. Abu Salamah, istri, dan anaknya (Salamah) hijrah ke sana. Di tengah perjalanan mereka dihadang oleh kaum Bani Makhzum (kaumnya Ummu Salamah) yang kemudian merampas serta menyandera Ummu Salamah. Keluarga Abu Salamah (Bani Asad) ikut campur tangan dan mereka menolak menyerahkan Salamah, bahkan si anak dirampas dan dijauhkan dari ibunya. Sedangkan Bani Makhzum menculik Ummu Salamah dan dipenjara. Adapun Abu Salamah dibiarkan ke Yatsrib dengan hati penuh kesedihan karena harus berpisah dengan istri dan anaknya.

Keadaan demikian berjalan kurang lebih setahun lamanya. Ummu Salamah terus-menerus menangis karena kecewa atas perbuatan kaumnya, sehingga akhirnya ada seorang laki-laki dari kaumnya yang merasa iba dan membiarkan Ummu Salamah menyusul suaminya di Madinah. Adapun Bani Asad menyerahkan kembali putranya, Salamah, kepadanya. Akan tetapi, banyak rintangan yang harus dia hadapi, dan berkat keimanan dan keinginan yang kuat, dia mampu mengatasi semua itu dan tiba di Madinah.

Pesan Abu Salamah untuk Istrinya

Dalam membela Islam, peran Abu Salamah sangat besar. Dia dikenal berani dalam berperang. Rasulullah menghargainya dengan mengangkatnya sebagai wakil Rasulullah di Madinah ketika beliau pergi memimpin pasukan dalam perang Dzil Asyirah pada tahun kedua hijriah. Abu Salamah ikut dalam Perang Badar dan Uhud. Ketika dalam perang Uhud, Abu Salamah mengalami luka yang cukup parah dan nyaris meninggal, namun beberapa saat kemudian dia sembuh.

Setelah Perang Uhud, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menerima berita bahwa Bani Asad hendak menyerang kaum muslimin di Madinah. Sebelum mereka menyerang, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam berinisiatif mendahului mereka. Dalam misi ini, beliau menunjuk Abu Salamah untuk memimpin pasukan yang berjumlah seratus lima puluh orang dan di dalamnya terdapat Saad bin Abi Waqqash, Abu Ubaidah bin al-Jarrah, Amir bin al-Jarrah, dan yang lainnya. Pasukan diarahkan ke Bukit Quthn, tempat mata air Bani Asad. Kemenangan gemilang diraih oleh pasukan Abu Salamah, dan mereka kembali ke Madinah dengan membawa banyak harta rampasan perang. Di Madinah, luka-luka Abu Salamah kambuh sehingga dia harus beristirahat beberapa waktu. Ketika sakit, Rasulullah selalu menjenguk dan mendoakannya.

Ummu Salamah selalu mendampingi suaminya yang sedang dalam keadaan sakit sehingga dia merawat dan menjaganya siang dan malam. Suatu hari, demam Abu Salamah menghebat, kemudian Ummu Salamah berkata kepada suaminya,

“Aku mendapat berita bahwa seorang perempuan yang ditinggal mati suaminya, kemudian suaminya masuk surga, istrinya pun akan masuk surga, jika setelah itu istrinya tidak menikah lagi, dan Allah akan mengumpulkan mereka nanti di surga. Demikian pula jika si istri yang meninggal, dan suaminya tidak menikah lagi sepeninggalnya. Untuk itu, mari kita berjanji bahwa engkau tidak akan menikah lagi sepeninggalku, dan aku berjanji untukmu untuk tidak menikah lagi sepeninggalmu.”

Abu Salamah berkata, “Maukah engkau menaati perintahku?”

Dia menjawab, “Adapun saya bermusyawarah hanya untuk taat.”

Abu Salamah berkata, “Seandainya aku mati, maka menikahlah.”

Lalu dia berdoa kepada Allah ”Ya Allah, kurniakanlah kepada Ummu Salamah sesudahku seseorang yang lebih baik dariku, yang tidak akan menyengsarakan dan menyakitinya.”

Pada detik-detik akhir hidupnya, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam selalu berada di samping Abu Salamah dan senantiasa memohon kesembuhannya kepada Allah. Akan tetapi, Allah berkehendak lain. Beberapa saat kemudian maut datang menjemput. Rasulullah menutupkan kedua mata Abu Salamah dengan tangannya yang mulia dan bertakbir sembilan kali. Di antara yang hadir ada yang berkata, “Ya Rasulullah, apakah engkau sedang dalam keadaan lupa?” Beliau menjawab, “Aku sama sekali tidak dalam keadaan lupa, sekalipun bertakbir untuknya seribu kali, dia berhak atas takbir itu.” Kemudian beliau menoleh kepada Ummu Salamah dan bersabda, “Barang siapa yang ditimpa suatu musibah, maka ucapkanlah sebagaimana yang telah dperintahkan oleh Allah, ‘Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada-Nyalah kita akan dikembalikan. Ya Allah, karuniakanlah bagiku dalam musibahku dan berilah aku ganti yang lebih baik daripadanya, maka Allah akan melaksanakannya untuknya.”

Setelah itu Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam berdo’a: “Ya Allah, berilah ketabahan atas kesedihannya, hiburlah dia dari musibah yang menimpanya, dan berilah pengganti yang lebih baik untuknya.”

Abu Salamah wafat setelah berjuang menegakkan Islam, dan dia telah memperoleh kedudukan yang mulia di sisi Rasulullah. Sepeninggal Abu Salamah, Ummu Salamah diliputi rasa sedih. Dia menjadi janda dan ibu bagi anak-anak yatim.

Setelah wafatnya Abu Salamah, para pemuka dari kalangan sahabat bersegera meminang Ummu Salamah. Hal ini mereka lakukan sebagai tanda penghormatan terhadapat suaminya dan untuk melindungi diri Ummu Salamah. Maka Abu Bakar ash-Shiddiq dan Umar bin al-Khaththab meminangnya, tetapi Ummu Salamah menolaknya.

Pada saat dirundung kesedihan atas suami yang benar-benar dicintainya serta belum mendapatkan orang yang lebih baik darinya, ia didatangi oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan maksud menghiburnya dan meringankan apa yang dialaminya. Rasulullah berkata kepadanya, “Mintalah kepada Allah agar Dia memberimu pahala pada musibahmu serta menggantikan untukmu (suami) yang lebih baik.” Ummu Salamah bertanya, “Siapa yang lebih baik dari Abu Salamah, wahai Rasulullah?”

Di Rumah Rasulullah

Rasulullah mulai memikirkan perkara Ummu Salamah, seorang mukminah mujahidah yang memiliki kesabaran, dan Ummu Salamah pun telah menolak lamaran dua sahabatnya, Abu Bakar dan Umar. Rasulullah pun berpikir dengan penuh pertimbangan dan kasih sayang untuk tidak membiarkannya larut dalam kesedihan dan kesendirian.

Dalam keadaan seperti itu Rasulullah mengutus Hathib bin Abi Balta’ah menemui Ummu Salamah dengan maksud meminangnya untuk beliau. Maka oleh Ummu Salamah diterimanya pinangan tersebut. Bagaimana mungkin baginya untuk tidak menerima pinangan dari orang yang lebih baik dari Abu Salamah, bahkan lebih baik dan semua orang di dunia.

Dengan perkawinan tersebut maka Ummu Salamah termasuk kalangan Ummahatul- Mukminin, dan oleh Rasulullah ia ditempatkan di kamar Zainab binti Khuzaimah yang digelari Ummul-Masakin (ibu bagi orang-orang miskin) sampai Ummu Salamah meninggal dunia.

Hal itu diceritakan oleh Ummu Salamah kepada kami. Ia berkata, “Aku dipersunting oleh Rasulullah Shallallahu Alaihi Wassalam, lalu aku dipindahkan dan ditempatkan di rumah Zainab (ummul- masakiin).”

Beberapa keistimewaan yang dimiliki Ummu Salamah adalah ketajaman logika, kematangan berpikir, dan keputusan yang benar atas banyak perkara. Karena itu, ia memiliki kedudukan yang agung di sisi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, seperti interaksinya dengan para Ummahatul-Mukminin yang merupakan interaksi yang diliputi rasa kasih sayang dan kelemah-lembutan.

Kedudukannya yang Agung

Di antara perkara yang menunjukkan kedudukannya yang tinggi di sisi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah apa yang diceritakan Urwah bin Zubair; “Rasulullah Shallallahu Alaihi Wassalam menyuruh Ummu Salamah melaksanakan shalat shubuh di Mekah pada hari penyembelihan (qurban) — padahal saat itu merupakan hari (giliran)nya. Oleh sebab itu, Rasulullah merasa senang atas kesetujuannya.”

Begitu juga hadits Ummi Kultsum binti Uqbah yang dimasukkan oleh Ibnu Sa’ad dalam (kitab) Thabaqat-nya. Ummi Kultsum berkata; “Tatkala Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menikahi Ummu Salamah, beliau berkata kepadanya, ‘Sesungguhnya aku menghadiahkan untuk Raja Najasyi sejumlah bejana berisikan minyak wangi dan selimut. Akan tetapi, aku bermimpi bahwa Raja Najasyi itu telah meninggal dunia, kemudian hadiah yang kuberikan kepadanya dikembalikan kepadaku. Karena dikembalikan kepadaku, maka barang tersebut menjadi milikku.”

Sebagaimana yang dikatakan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, Raja Najasyi meninggal dunia, dan hadiah tersebut dikembalikan kepadanya. Lalu beliau memberikan kepada setiap istrinya masing-masing satu uqiyah (1/2 liter Mesir) dan beliau memberi (sisa) keseluruhannya serta selimut kepada Ummu Salamah.

Setelah Ummu Salamah menjadi istrinya, Nabi Shallallahu Alaihi Wassalam memasukkannya dalam kalangan ahlul-bait. Di antara riwayat tentang masalah tersebut adalah bahwasanya pernah pada suatu hari Rasulullah berada di sisi Ummu Salamah, dan anak perempuan Ummu Salamah ada di sana. Rasulullah kemudian didatangi anak perempuannya, Fathimah az-Zahra, disertai kedua anaknya, Hasan dan Husain radhiyallahu ‘anhuma, lalu Rasullah memeluk Fathimah dan berkata, “Semoga rahmat Allah dan berkah-Nya tercurah pada kalian wahai ahlul-bait. Sesungguhnya Dia Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.

Lalu menangislah Ummu Salamah. Maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menanyakan tentang penyebab tangisnya itu. Ia menjawab, “Wahai Rasulullah, engkau mengistimewakan mereka sedangkan aku dan anak perempuanku engkau tinggalkan“. Beliau bersabda, “Sesungguhnya engkau dan anak perempuanmu termasuk keluargaku.”

Anak perempuan Ummu Salamah, Zainab, tumbuh dalam peliharaan Rasulullah Shallallahu Alaihi Wassalam ia termasuk di antara wanita yang memiliki ilmu yang luas pada masanya.

Sebelum Rasulullah Shallallahu Alaihi Wassalam mempersunting Ummu Salamah, wahyu pernah turun kepada Rasulullah di kamar Aisyah, yang dengan hal itu Aisyah membanggakannya pada istri-stri beliau yang lain. Maka setelah Rasulullah menikahi Ummu Salamah, wahyu turun kepadanya ketika beliau berada di kamar Ummu Salamah.

Beberapa Sikap Cemerlang pada Masa Hidup Ummu Salamah.

Di antara sikap agungnya adalah apa yang ditunjukkannya pada Rasulullah Shallallahu Alaihi Wassalam pada hari (perjanjian) Hudaibiyah. Pada waktu itu ia menyertai Rasulullah Shallallahu Alaihi Wassalam dalam perjalanannya menuju Makkah dengan tujuan menunaikan umrah, tetapi orang-orang musyrik mencegah mereka untuk memasuki Makkah, dan terjadilah Perjanjian Hudaibiyah antara kedua belah pihak.

Akan tetapi, sebagian besar kaum muslimin merasa dikhianati dan merasa bahwa orang-orang musyrik menyia-nyiakan sejumlah hak-hak kaum muslimin. Di antara mayoritas yang menaruh dendam itu adalah Umar bin al-Khaththab, yang berkata kepada Rasulullah dalam percakapannya dengan beliau, “Atas perkara apa kita serahkan nyawa di dalam agama kita?” Rasulullah Shallallahu Alaihi Wassalam menjawab, “Saya adalah hamba Allah dan rasul-Nya. Aku tidak akan menyalahi perintah-Nya, dan Dia tidak akan menyia-nyiakanku.”

Akan tetapi, tanda-tanda bahaya semakin memuncak setelah Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam menyuruh kaum muslimin melaksanakan penyembelihan hewan qurban kemudian bercukur, tetapi tidak seorang pun dari mereka melaksanakannya. Beliau mengulang seruannya tiga kali tanpa ada sambutan.

Beliau menemui istrinya, Ummu Salamah, dan menceritakan kepadanya tentang sikap kaum muslimin. Ummu Salamah berkata, “Wahai Nabi Allah, apakah engkau menginginkan perintah Allah ini dilaksanakan oleh kaum muslimin? Keluarlah engkau, kemudian janganlah mengajak bicara sepatah kata seorang pun dari mereka sampai engkau menyembelih qurbanmu serta memanggil tukang cukur yang mencukurmu.”

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam kagum atas pendapatnya dan bangkit mengerjakan sebagaimana yang diusulkan Ummu Salamah. Tatkala kaum muslimin melihat Rasulullah mengerjakan hal itu tanpa berkata kepada mereka, mereka bangkit dan menyembelih serta sebagian dari mereka mulai mencukur kepala sebagian yang lain tanpa ada perasaan keluh kesah dan penyesalan atas tindakan Rasulullah yang mendahului mereka.

Ummu Salamah telah menyertai Rasulullah Shallallahu Alaihi Wassalam di banyak peperangan, yaitu peperangan Khaibar, Pembebasan Makkah, pengepungan Tha’if, peperangan Hawazin, Tsaqif kemudian ikut bersama beliau di Haji Wada’.

Kita tidak melupakan sikapnya terhadap Umar bin al-Khaththab, tatkala Umar datang kepadanya dan mengajak bicara tentang perkara keperluan Ummahatul-Mukminin kepada Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam serta kekasaran mereka terhadap Rasulullah. Maka ia berkata, “Engkau ini aneh, wahai anak al-Khaththab. Engkau telah ikut campur di setiap perkara sehingga ingin mencampuri urusan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam beserta istri-istrinya?”

Setelah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam meninggal dunia ia senantiasa mengenang beliau dan sangat berduka cita atas kewafatannya. Beliau senantiasa banyak melakukan puasa dan beribadah, tidak kikir pada ilmu, serta meriwayatkan hadits yang berasal dan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Telah diriwayatkannya sekian banyak hadits shahih yang bersumber dari Rasulullah dan suaminya, Abu Salamah, serta dari Fathimah az-Zahraa Sedangkan orang yang meriwayatkan darinya banyak sekali, di antara mereka adalah anak-anaknya dan para pemuka dan sahabat serta ahli hadits.

Di antara beberapa sikapnya yang nyata adalah pada hari pembebasan kota Mekah. Waktu itu Nabi keluar dari Madinah bersama bala tentaranya dengan kehebatan dan jumlah yang belum pernah disaksikan oleh bangsa Arab, sehingga orang-orang musyrik Quraisy merasa takut, dan mereka keluar dari rumah dengan maksud menemui Rasulullah untuk bertobat dan menyatakan keislaman mereka.

Termasuk dari mereka, Abu Sufyan bin al-Harits bin Abdul-Muththalib (anak paman Rasulullah Shallallahu Alaihi Wassalam.) dan Abdullah bin Abi Umayyah bin al-Mughirah (anak bibi [dari ayah] Rasulullah, saudara Ummu Salamah sebapak). Ketika mereka berdua meminta izin masuk menemui Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, beliau enggan memberi izin masuk bagi keduanya disebabkan penyiksaan mereka yang keras terhadap kaum muslimin menjelang beliau hijrah dari Mekah.

Maka berkatalah Ummu Salamah kepada Rasulullah dengan perasaan iba terhadap keluarganya sendiri dan juga keluarga Rasulullah, “Wahai Rasulullah, mereka berdua adalah anak pamanmu dan anak bibimu (dan ayah) serta iparmu.” Rasulullah menjawab, “Tidak ada keperluan bagiku dengan mereka berdua. Adapun anak pamanku, aku telah diperlakukan olehnya dengan tidak baik. Adapun anak bibiku (dari ayah) serta iparku telah berkata di Makkah dengan apa yang ia katakan.”

Pernyataan itu telah sampai kepada Abu Sufyan, anak paman Rasulullah. Maka ia berkata, “Demi Allah, ia harus mengizinkanku atau aku mengambil anak ini dengan kedua tanganku -pada saat itu ia bersama anaknya, Ja’far- kemudian kami harus berkelana di dunia sehingga mati kehausan dan kelaparan.”

Lalu Ummu Salamah memberitahukan perkataan Abu Sufyan tersebut kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan kembali memohon rasa belas kasih. Akhirnya hati beliau menjadi luluh, lalu mengizinkan keduanya masuk. Maka masuklah keduanya dan menyatakan keislaman serta bertobat di hadapan Rasulullah.

Sikapnya terhadap Fitnah

Ummu Salamah selalu berada di rumahnya, senantiasa ikhlas beribadah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan menjaga Sunnah suaminya tercinta pada masa (khilafah) Abu Bakar ash-Shiddiq dan Umar bin al-Khaththab.

Pada masa khilafah Utsman bin Affan ia melihat kegoncangan situasi serta perpecahan kaum muslimin di seputar khalifah. Bahaya fitnah semakin memuncak di langit kaum muslimin. Maka ia pergi menemui Utsman dan menasihatinya supaya tetap berpegang teguh pada petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam serta petunjuk Abu Bakar dan Umar bin al-Khaththab, tidak menyimpang dari petunjuk tersebut selama-lamanya.

Apa yang dikhawatirkan Ummu Salamah terjadi juga, yaitu peristiwa terbunuhnya Utsman yang saat itu tengah membaca Al-Qur’an dan angin fitnah tengah bertiup kencang terhadap kaum muslimin. Pada saat itu Aisyah telah membulatkan tekad untuk keluar menuju Bashrah disertai Thalhah bin Ubaidillah dan Az-Zubair bin al-’Awwam dengan tujuan memobilisasi massa untuk melawan Ali bin Abi Thalib. Maka Ummu Salamah mengirim surat yang memiliki sastra indah kepada Aisyah.

“Dari Ummu Salamah, Istri Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, untuk Aisyah Ummul-Mu’ minin.
Sesungguhnya aku memuji Allah yang tidak ada Ilah (Tuhan) melainkan Dia.
Amma ba’du.
Engkau sungguh telah merobek pembatas antara Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dan umatnya yang merupakan hijab yang telah ditetapkan keharamannya.
Sungguh Al-Qur’an telah memberimu kemuliaan, maka jangan engkau lepaskan. Dan Allah telah menahan suaramu, maka janganlah engkau mengeluarkannya. Serta Allah telah tegaskan bagi umat ini seandainya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam mengetahui bahwa kaum wanita memiliki kewajiban jihad (berperang) niscaya beliau berpesan kepadamu untuk menjaganya.
Tidakkah engkau tahu bahwasanya beliau melarangmu melampaui batas dalam agama, karena sesungguhnya tiang agama tidak bisa kokoh dengan campur tangan wanita apabila tiang itu telah miring, dan tidak bisa diperbaiki oleh wanita apabila telah hancur. Jihad wanita adalah tunduk kepada segala ketentuan, mengasuh anak, dan mencurahkan kasih sayangnya.”

Ummu Salamah berada di pihak Ali bin Abi Thalib karena beliau mengikuti kesepakatan kaum muslimin atas terpilihnya beliau sebagai khalifah mereka. Karena itu, Ummu Salamah mengirim/mengutus anaknya, Umar, untuk ikut berperang dalam barisan ‘Ali radhiyallahu ‘anhu.

Saat Wafatnya

Pada tahun ke-59 hijriah, usia Ummu Salamah telah mencapai 84 tahun. Usia tua dan pikun merambah di pertambahan umurnya. Allah ta’ala mengangkat ruhnya yang suci naik ke atas menuju hadirat-Nya. Ia meninggal dunia setelah hidup dengan aktivitas yang dipenuhi oleh pengorbanan, jihad, dan kesabaran di jalan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan Rasul-Nya. Beliau dishalatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dan dikuburkan di al-Baqi’ di samping kuburan Ummahatul-Mukminin lainnya.

Semoga rahmat Allah senantiasa menyertai Sayyidah Ummu Salamah dan semoga Allah memberinya tempat yang layak di sisi-Nya. Amin.

ESOK 9 MAC 2011 - BICARA KES PISAU LIPAT 20 SEN

Esok 9 Mac 2011 , sepertimana yang diarahkan oleh Majestrit Mahkamah Masjestrit Kuala Kubu Baru ( KKB ) untuk kami hadir lagi untuk perbicaraan . Ini merupakan buat kali 5 kami hadir ke mahkamah untuk kes yang tak masuk akal iaitu dituduh di bawah Seksyen 426 , AKTA BAHAN KAKISAN , BAHAN LETUPAN DAN SENJATA MERBAHAYA .

Sepatutnya kami didakwa di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 , kerana sewaktu di tahan oleh pihak polis kerana membongkarkan banner-banner ( kain rentang ) yang berunsur fitnah dan provokatif terhadap pimpinan PR , calon PRK Hulu Selangor dan PR . Tetapi sewaktu dibawa ke Mahkamah Majestrit KKB daripada lokap Balai Polis Bukit Sentosa selepas kami dilokap selama 1 malam tiba-tiba kami didakwa di bawah kes Seksyen 426 kerana alasan terjumpa sebilah pisau lipat .

Apabila ditunjuk pisau tersebut adalah pisau yang berharga 20 sen dan sebilah mata pisau "cutter" yang tiada hulu ( mata pisau sahaja ) bagi mensabitkan kami dengan Akta bahan kakisan , bahan letupan dan senjaya merbahaya . Seolah kami ini penjenayah besar atau bertaraf TERRORIST!

Isu banner-banner fitnah terus hilang dan muncul isu Akta Bahan Kakisan , bahan Letupan dan Senjata Merbahaya .

Kes yang sepatutnya dibuang , tidak masuk akal . Pisau lipat 20 sen dijadikan bahan bukti . Pisau yang budak sekolah tadika KEMAS pun guna untuk asah pensil ! Lepas ni mana-mana murid sekolah yang guna pisau tersebut boleh didakwa di bawah Akta Bahan Kakisan , Bahan Letupan dan Senjata Merbahaya !

Saya ingat lagi sewaktu peguam kami meminta supaya kes tersebut ditutup , kerana tiada asas dan senjata tersebut yang tidak termaktub dan dikalsifikasikan dalam senarai senjata yang boleh membunuh serta berniat jahat atas dasar politik kerana saya adalah waktu itu Timbalan Ketua AMK Malaysia yang sentiasa menjadi sasaran pihak polis serta tidak disenangi oleh UMNO/BN .

Yang Arif Hakim Majestrit tangguhkan 10 minit kerana pendakwaraya mendapatkan mohon mendapatkan maklumat berkaitan kes tersebut . Selepas 10 minit mahkamah bersidang , pendakwaraya memaklumkan telah menghubungi Putrajaya tetapi tiada maklum balas . Putrajaya ????

Diharapkan esok adalah perbicaraan terakhir . Kes yang sepatut dibuang daripada awal lagi. Tak masuk akal ! Pisau 20 sen punya pasal !

Anwar : Mahathir Pembohong Terdesak

KUALA LUMPUR 8 MAC: Tuduhan-tuduhan yang dilontar oleh Mahathir Mohamad terhadap Anwar Ibrahim dalam buku Doktor Dalam Rumah adalah untuk menutup penyelewengan semasa pemerintahan mantan Perdana Menteri itu dan demi menjamin masa depan politik anaknya, Mukriz, kata Ketua Pembangkang itu.

“Sebenarnya apa yang saya lihat ialah ketakutan dia (Mahathir) terhadap perubahan kerana kezaliman yang berlaku semasa pemerintahannya seperti yang didedahkan dalam buku Barry Wain: Malaysia Maverick. Beliau menghabiskan RM100 bilion lebih (duit rakyat), kata Anwar.

"Mahathir juga mahu menjamin masa depan anaknya seperti yang dilakukan oleh Hosni Mubarak terhadap anaknya Kamal. Dia mahu menjamin anaknya dalam golongan terulung di negara. Ini yang menjadi pertimbangan dia," Anwar memberitahu TVSelangor.

Dalam buku mengenai kisah hidupnya itu, Mahathir sekali lagi mengulangi dakwaan fitnah perlakuan moral Anwar.

Tuduhan-tuduhan itu sering diulangi oleh Mahathir sebagai alasan beliau memecat Anwar daripada kerajaan dan Umno pada tahun 1998, malah diperhebatkan setelah Mahathir berundur sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003.

Kini anaknya Mukriz, walaupun kalah dalam saingan menjadi Ketua Pemuda Umno, dilantik menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selain Pengerusi Umno Kedah.

Pemerhati politik menyifatkan Mahathir sebagai mempunyai agenda tersendiri untuk menghakis pengaruh Anwar dan Pakatan Rakyat demi menjamin kelangsungan Umno dengan Mukriz diasuh untuk kedudukan lebih tinggi dalam parti itu.

Anwar menegaskan beliau tidak terkejut dengan pusingan terbaru tuduhan liar oleh Mahathir dan menegaskan bahawa masyarakat celik terhadap motif Mahathir untuk terus menyerang beliau.

Anwar berkata pembohongan Mahathir terserlah dalam buku Doktor Dalam Rumah, khususnya apabila mendakwa beliau (Anwar) tidak menafikan tuduhan liwat terhadapnya apabila perkara itu dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno sebelum dia di pecat dari parti.

"Nyata satu lagi pembohongan jahat ialah Mahathir mendakwa kononnya saya mengaku (tuduhan) dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. Saya tidak akan terkejut sekiranya kuncu-kuncu Umno akan mengesahkan (demikian),” kata Anwar.

"Tetapi kita ada rakaman mesyuarat itu. Sepertimana yang saya ingat, perjalanan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno itu telah bocor dan tidak ada sama sekali pengakuan saya kononnya mengesahkan tuduhan.” kata Anwar.

Meskipun sering mendakwa Anwar kononnya mengamalkan seks liar, Mahathir tidak sekali pun menghadirkan diri di mahkamah untuk memberi keterangan pada perbicaraan Anwar tahun 1998, walaupun atas desakan peguambela mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

Sebaliknya Mahathir memilih untuk terus melontarkan tuduhan-tuduhan liar itu di luar mahkamah, dan di atas takthanya sebagai Perdana Menteri ketika itu.

Selepas berundur dari jawatan itu, Mahathir meneruskan serangan ke atas Anwar dengan sokongan pemimpin-pemimpin Umno yang melihat Ketua Pembangkang itu sebagai musuh utama parti mereka yang harus ditumpaskan.

KELUAR PARTI KERANA UMNO !

Pemimpin Pusat Gerakan Keluar Parti, Salahkan Hegemoni Umno
08/03/2011 Share


KUALA LUMPUR 8 MAC : Dr Hsu Dar Ren, pemimpin pusat Gerakan, memutuskan untuk keluar parti komponen Barisan Nasional (BN) itu dengan menuding jari ke arah Umno, yang menurutnya mendominasi kuasa politik perikatan tersebut.

Dr Hsu mengumumkan keputusan mengejutkan ini ketika genap tiga tahun negara mengadakan pilihan raya umum ke-12 di mana BN kehilangan tambahan empat negeri dan majoriti dua pertiga di Parlimen pada 8 Mac 2008.

Salah satu negeri itu ialah Pulau Pinang di mana pemimpin Gerakan mengetuai kerajaan negeri itu selama 39 tahun.

"Gerakan sebuah parti yang mempunyai ideologi baik untuk melahirkan masyarakat yang adil dan saksama di Malaysia. Ia juga mempunyai ramai ahli yang (sangat) berhati-hati dalam menerima ideologi ini.

"Malangnya, dalam rangka kerja BN, di mana dalam politik bertunjangkan kaum, hegemoni Umno lebih berkuasa, mustahil bagi Gerakan merealisasikan pendirian ini," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

"Saya telah membuat satu keputusan besar (hari ini)," kata doktor perubatan ini dalam tulisan blognya.

"Saya telah memutuskan pada ulang tahun pilihan raya umum 8 Mac (hari ini), saya akan keluar Gerakan.

"(Keputusan) ini bukan kerana parti (Gerakan) itu sendiri, yang mempunyai ideologi yang baik, ramai ahli yang baik dan ramai kawan-kawan yang baik, tetapi lebih disebabkan dominasi Umno dalam setiap perkara dalam perikatan (BN)," katanya lagi.

Pemimpin Gerakan Wilayah Persekutuan ini juga berkata beliau kecewa dengan politik berasaskan kaum dan Gerakan sebenarnya semakin berjauhan daripada mencapai ideologi politiknya.

Katanya, disebabkan politik berasaskan kaum, negara ini telah negara berhadapan dengan polarisasi kaum paling buruk, yang tidak pernah disaksikan selama ini.

"Meskipun cuba untuk bertindak dari dalam sejak berdekad lamanya, Gerakan semakin berjauhan daripada mencapai cita-cita ini," katanya.

Malah kata Dr Hsu, selepas tiga tahun pilihan raya umum 2008 beliau merasakan tidak banyak dicapai dalam polisi ke arah menyatukan rakyat dan menyediakan peluang saksama kepada semua kecuali hanya kenyataan-kenyataan retorik.

"Saya merasakan sia-sia bagi saya untuk cuba berjuang dari dalam sistem itu sendiri," katanya lagi.

Ekoran keputusan hari ini, Dr Hsu juga berkata beliau tiada hasrat untuk menyertai mana-mana parti politik.

"Tetapi (saya) akan terus menyuarakan menerusi tulisan dan blog mengenai kepentingan membina masyarakat yang adil dan saksama," katanya lagi.

Isu Ceramah Anwar : Najib berminda JKKK , Pencacai Cybertrooper UMNO

Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa ada pihak yang tidak menggalakkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berceramah pada kempen pilihan raya kecil di Kerdau dan Merlimau, mingu lalu adalah suatu pembohongan.

NONEMenurut timbalan ketua penerangan PAS Melaka, Yusof Wahab, tidak ada suatu keputusan pun dibuat oleh pihak jentera pilihan raya PAS yang menghalang Anwar daripada berceramah sepanjang kempen itu.

“Saya terlibat sebagai salah seorang ahli jawatankuasa jentera pilihanraya DUN Merlimau, kita tidak pernah pun berbincang dan mengambil keputusan sedemikian.

“Kalau Najib berkata ada SMS yang tidak suka Anwar datang ke Merlimau mungkin itu perang saraf dari jentera Umno sendiri, sesiapa pun boleh hantar SMS semacam itu” kata Yusof dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Katanya, semasa kempen pilihan raya kecil di Merlimau, minggu lalu banyak SMS yang bersifat provokasi dan fitnah yang dihantar oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
najib visit kerdau 270211 01“Takkan seorang yang berjawatan Perdana Menteri sanggup menggunakan SMS yang tidak tahu dari mana asalnya sebagai hujah, jatuhlah 'standard'.

“Saya kesal dengan dakwaan ini kerana ia menggambarkan bahawa minda Perdana Menteri kita lebih kurang sama dengan minda JKKK atau Kemas” kata Yusof.

Beliau berkata hakikatnya, rakyat sentiasa dahagakan maklumat terkini daripada Anwar kerana mereka tahu ketua umum PKR itu mempunyai banyak maklumat sama ada daripada orang dalaman Umno mahupun dari sumber luar negera.

NONE“Umno sebenarnya dari dulu lagi mahu melaga-lagakan PAS dengan Anwar supaya perpaduan yang wujud kini hancur dan mereka akan mendapat keuntungan dari kehancuran Pakatan.

"Anwar memang digeruni oleh Umno-BN kerana beliau berjaya menyatukan semua parti-parti selain BN di Malaysia, Umno tahu selagi Pakatan kukuh selagi itulah BN akan tergugat, jadi mereka mesti dipecahkan walau dengan apa cara sekalipun" kata Yusof.

UNDI PAS MASUK SYURGA : Nik Aziz mahu jumpa mufti Perak

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar surat rasmi menyatakan hasrat mahu bertemu dengan mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Surat yang dihantar pagi tadi itu antara lain mahu mufti Perak itu menjelaskan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa Nik Aziz yzng juga menteri besar Kelantan, pernah berkata 'undi PAS masuk syurga'.

Harussani ZakariaTulisan mufti itu disiarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia 6 Mac lalu, iaitu hari pengundian bagi pilihan raya kecil dewan undangan negeri Kerdau dan Merlimau.

"Hari ini saya telah menghantar surat rasmi kepada sohibus samahah Tan Sri Harussani, mufti Perak memohon penjelasan di atas tulisan beliau di dalam Mingguan Malaysia 6 Mac 2011.

"Saya memohon supaya beliau menjelaskan bilakah saya menyatakan bahawa undi PAS masuk syurga," katanya melalui Facebook hari ini.

Kedua-dua tokoh itu sering bercanggah pendapat berhubung isu agama dan jika pertemuan yang dicadangkan itu menjadi kenyataan, ini adalah kali pertama berlaku mereka akan duduk semeja.

Beri respon

"Semoga beliau memberikan respon,"kata Nik Aziz lagi.

Semalam, Dewan Pemuda PAS Perak juga telah menghantar surat jemputan kepada Harussani berhubung perkara yang sama.

Mereka menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi menjayakan pertemuan tersebut.

Menurut Pemuda PAS Perak, sudah tiba masanya untuk kedua-dua tokoh itu bersemuka dengan cara yang lebih terhormat dan beradab bagi menjernihkan keadaan dan menyelesaikan kemelut yang hanya merugikan umat Islam.

NONEMereka berpendapat, dengan menghormati ilmu Harussani, pihaknya merasakan kaedah itu adalah yang terbaik bagi menidakkan semua pandangan yang telah dikemukakan secara terbuka.

Pemuda PAS Perak juga sebelum ini antara yang tidak senang dengan beberapa pandangan mufti itu khususnya dalam isu ancak membabitkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Fitnah II: Mahkamah tolak tiga bahan bukti ! PERANCANGAN JAHAT POLIS !!!!!!!!

Fitnah II: Mahkamah tolak tiga bahan bukti pendakwa

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak bahan bukti yang dikemukakan pihak pendakwa sekaligus menyaksikan kemenangan berpihak kepada pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, bahan bukti berkaitan diperolehi secara tidak adil, justeru ia harus ditolak.

“Barang-barang ini terutamanya hendaklah dikecualikan daripada perbicaraan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membacakan keputusan bicara dalam perbicaraan berhubung penolakan tuala ‘Good Morning’, botol air mineral ‘Cactus’ dan berus gigi sebagai bahan bukti perbicaraan Fitnah II.

Terdahulu, peguam Karpal Singh menjawab hujah Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden semalam dalam usaha tidak membenarkan permohonan pihak pendakwa untuk menjadikan tiga barangan kontroversi berkenaan sebagai bukti.

Sebaliknya, Yusof pula berkata, mahkamah perlu mempertimbangkan sama ada barangan tersebut adalah relevan walaupun cara ia diperolehi mungkin ‘tidak sah’.

Karpal dalam hujahnya semalam menegaskan, penahanan Anwar secara tidak sah dan pemerolehan DNA-nya secara tipu muslihat adalah alasan kukuh untuk mahkamah menolak bukti yang dikemukakan pendakwa raya.

Menurut Karpal, penahanan Anwar pada 16 Julai 2008 bertentangan dengan Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan serta Seksyen 28A(1) Kanun Acara Jenayah.

Beliau berkata, Superintendan Ahmad Taufik Abdullah – pegawai polis yang menahan Anwar gagal mengemukakan waran tangkap mahupun asas penahanan sewaktu Ketua Pembangkang itu ditahan.

“Mengikut Perkara 5(3) dan Seksyen 28A(1) Kanun Acara Jenayah, polis yang menahan seseorang tanpa waran, perlu memberitahu individu berkenaan asas penahanannya,” katanya.

Malah, katanya, Anwar menerusi peguam beliau, Sankara Nair sudah memberi jaminan kepada polis untuk hadir memberi keterangan pada jam 2.00 petang pada hari beliau ditahan secara tidak sah.

Selain itu, Karpal berkata, tuala ‘Good Morning’, botol air mineral ‘Cactus’ dan berus gigi – barangan diambil tanpa kebenaran Anwar sewaktu
beliau tidak lagi berada di lokap.

Sedangkan, katanya, Seksyen 64 Kanun Acara Jenayah menyatakan polis perlu menyenarai barang-barang yang diambil daripada individu yang menghuni lokap manakala Seksyen 65 kanun sama menyebut, individu berkenaan perlu hadir sewaktu rampasan dibuat.

Pertuduhan itu dipercayai sebahagian usaha terancang untuk menyekat kebangkitan Anwar dalam menyakinkan rakyat untuk menolak Barisan Nasional (BN) selepas kejayaan memimpin Pakatan Rakyat memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun dipercayai keputusan yang memihak kepada pembela akan pasti menjadi pengajaran kepada polis agar lebih berhati-hati ketika membuat tangkapan.

Mahkamah ditangguhkan pada jam 10.37 pagi tadi dan perbicaraan penuh akan bersambung pada jam 9.00 pagi esok.