klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 1 Mei 2009

KES UGUT SMS : POLIS DIMINTA PERCEPATKAN SIASATAN

1 Mei 2009

AMK Negeri Terengganu memohon pihak Polis Di Raja Malaysia ( PDRM ) dengan segera menahan dan mendakwa individu yang terlibat dalam kes ugutan bunuh melalui Sistem Pesanan Ringkas ( SMS ) terhadap 3 orang Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) UMNO / BN .

AMK Negeri Terengganu menganggap kes ini adalah sangat serius dan memohon pihak PDRM bertindak profesional dan dengan segera menyiasat kes tersebut tanpa meletakkan PDRM dalam kancah politik .

Baru-baru ini pihak PDRM telah mendedahkan kepada umum di mana penahanan seorang kerani syarikat swasta untuk membantu penyiasatan kes tersebut tetapi sehingga sekarang rakyat Negeri Terengganu masih menunggu keputusan hasil siasatan tindakan jenayah tersebut . AMK Negeri Terengganu difahamkan bahawa kerani syarikat swasta tersebut telah pun dibebaskan .

AMK Negeri Terengganu yakin dan percaya bahawa terdapat "dalang utama" yang telah mengarahkan kerani syarikat swasta tersebut mengambil tindakan mengirim SMS berbentuk ugutan bunuh . AMK yakin individu tersebut sudah pasti sedar bahawa tindakan beliau adalah berisiko tinggi , boleh dikesan , serius dan akan berdepan dengan tindakan undang-undang . Beliau tidak akan berani bertindak sedemikian tanpa diarah dan dijanjikan dengan jaminan keselamatan beliau serta terselamat daripada sebarang tindakan undang-undang !

PDRM mempunyai kecekapan dan kehebatan serta mempunyai teknologi yang canggih dalam mengesan dan menyiasat kes-kes sebegini seperti SMS , blog dan email , sepertimana penyelesaian serta tindakan segera , tangkas dan cepat pihak PDRM dalam menahan dan mendakwa individu-individu yang terlibat dalam kes penghinaan terhadap Sultan Perak baru-baru ini . Cepat dan segera !

AMK Negeri Terengganu benar-benar merasa sangat hairan kenapa dalam kes SMS ugutan bunuh terhadap 3 ADUN UMNO / BN , pihak PDRM masih belum dapat menahan , menyiasat dan mendakwa individu dan dalang yang terlibat dalam tindakan jenayah ini . Sedangkan semua SMS adalah melalui Pusat SMS dan akan mampu dengan segera mengesan individu yang terlibat dan akan dapat menyiasat dalang disebalik tindakn tersebut .

AMK Negeri Terengganu yakin dan percaya ianya melibatkan individu-individu penting dalam UMNO / BN Negeri Terengganu .

Justeru , AMK Negeri Terengganu memohon agar pihak PDRM bertindak telus dan profesional menahan , menyiasat dan mendakwa dengan segera mereka yang terlibat dalam kes tersebut tanpa dipengaruhi dan campurtangan mana-mana pihak . PDRM jangan meletakkan diri dalam situasi politik dan bersifat pilih kasih .

FARIZ MUSA
Ketua AMK Negeri Terengganu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan