AMK menyelar kenyataan yang dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh , Datuk Abdul Jalil Abdul Majid yang cuba mengingatkan PKR supaya tidak mencampuri urusan UMNO yang mengadakan majlis penerangan di Penanti . Apa yang dilakukan oleh AMK ialah meminta UMNO jangan jadi penyibuk dalam suasana PRK N12 Penanti yang mana UMNO begitu penakut untuk berdepan PKR dalam PRK Penanti .Sekiranya hendak membuat ceramah penerangan , UMNO Permatang Pauh boleh melakukannya di luar kawasan DUN Penanti . UMNO Permatang Pauh harus sedar dan berpijak di bumi yang nyata bahawa UMNO / BN tidak menyertai PRK N12 Penanti . UMNO Permatang Pauh seharusnya akur bahawa mereka tidak perlu muncul dalam suasana PRK ini dan alasan kenapa tidak menyertai PRK N12 Penanti telah diumumkan oleh Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN , Najib Tun Razak dalam semua media arus perdana milik UMNO / BN . Sekiranya masih perlu membuat penerangan UMNO Permatang Pauh boleh menggunakan ruangan penerangan tersebut di luar kawasan DUN Penanti atau selepas PRK Penanti .
AMK tidak ada masa untuk mencampuri urusan UMNO Permatang Pauh , tetapi sebagai parti yang tidak menyertai PRK kehadiran UMNO adalah tidak diperlukan dan suasana PRK Penanti cukup tenang tanpa kehadiran UMNO dan rakyat Penanti menyedari bahawa tanpa UMNO /BN pilihanraya berjalan dengan baik dan tiada insiden serta provokasi yang berlaku di buat oleh UMNO /BN setiap kali PRK .
Kalau benar ianya hanya diadakan khusus kepada ahli-ahli UMNO , kenapa pemidang publisiti tidak meletakkan perkataan untuk ahli UMNO sahaja . Sudahlah program tersebut dibuat dalam kawasan DUN Penanti malah mengajak orang ramai tanpa dikhususkan kepada ahli UMNO sahaja untuk hadir ke program ceramah tersebut .
Suasana PRK N12 Penanti tidak memerlukan kehadiran UMNO . UMNO tidak perlu jadi penyibuk , pengacau dan 'meroyan' untuk menyertai PRK Penanti.
AMK juga kecewa dengan tindakan pihak polis yang tidak bertindak tegas terhadap laporan polis yang dibuat oleh AMK . Pihak polis telah bertindak tidak profesional . Malah lebih mengecewakan apabila pihak polis bertindak mengawal ceramah tersebut dan seolah memastikan ceramah tersebut yang diadakan di Dewan Guar Perahu berjalan dengan lancar dan tidak diganggu . Sikap tidak adil dan tidak telus pihak polis sangat-sangat dipertikaikan oleh AMK.
Fariz Musa
Pengarah Pilihanraya AMK Pusat
merangkap
Timbalan Ketua AMK Pusat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan