klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 28 Mei 2009

SPR Nak Batalkan Kemenangan PKR Jika...

Wednesday, May 27, 2009 2:13 PM

Di dalam satu tektik untuk mengalahkan PKR ialah dengan membatalkan kemenangannya. Demikian langkah yang akan diambil oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) jika pihak mereka mendapati calon PKR bersalah.SPR hari ini menyatakan akan meneliti salinan rakaman audio cakera padat berhubung dakwaan sogokan wang tunai dan jawatan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), kepada seorang calon Bebas yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, sebelum mengambil tindakan lanjut.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata salinan cakera padat yang diserahkan calon Bebas Pilihan Raya Kecil DUN Penanti Aminah Abdullah itu akan dihantar ke ibu pejabat untuk disiasat.
"SPR akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasat kes ini. Kami akan teliti isi kandungan cakera padat itu untuk pastikan siapa yang terlibat, dan sekiranya calon PKR terlibat, kami akan ambil tindakan terhadapnya," katanya kepada pemberita selepas melawat syarikat Percetakan Nasional Malaysia Berhad, di Jalan Stesen di sini hari ini.

FM - Cepat dan cekap betul SPR dalam usaha untuk membatalkan kemenangan PKR dalam PRK Penanti ini . Di PRK Kuala Terengganu ada laporan polis di buat apabila tindakan BN merasuah tidak sedikitpun diambil tindakan sesegera ini. Bila tuduhan dan dakwaan kepada pembangkang , cepat betul tindakan . Bila terkena kepada Barisan Nasional , siput bergerak paling perlahan pun masih boleh menang , terkemut-kemut,liat dan tersangatlah lambat , malah tiada tindakan diambil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan