klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 4 Mei 2009

SPR TETAP PERKAKAS UMNO/BN

Kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan mulai sekarang kehadiran para penyokong yang mengiringi calon pada hari penamaan calon dihadkan tidak melebihi 5,000 orang . Iaitu dalam usaha mengawal persekitaran luar kawalan pada hari penamaan calon, parti-parti politik yang bertanding 'dilarang' membawa penyokong mengiringi calon tidak lebih daripada 5,000 orang.

Sebelum ini Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) Tan Sri Abdul Aziz Yusof telah membuat keputusan tidak membenarkan parti-parti politik mendirikan pondok panas dan perayu undi dan mana-mana parti-parti politik yang melanggar larangan tersebut akan dikenakan denda RM5000 dan tidak dibenarkan bertanding selama 5 tahun sepertimana yang termaktub di dalam Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 .

Kesemua keputusan tersebut adalah berkuatkuasa dalam Pilihanraya Kecil DUN Penanti pada 23 hingga 31 Mei 2009 . Tindakan menguatkuasakan larangan pondok panas telah mendapat tentangan daripada Pakatan Rakyat dan menganggap tindakan SPR adalah keterlaluan . Sedangkan pada pilihanraya tahun 2004 , pihak SPR telah mengeluarkan arahan larangan yang sama tetapi telah menarik balik larangan tersebut di pagi hari pengundian apabila UMNO/BN mendiri dan menggunakan pondok panas . Sedangkan parti-parti pembangkang akur dengan keputusan larangan pondok panas oleh SPR sebelum ini.

Tindakan menghadkan para penyokong mengiringi calon pada Hari Penamaan Calon adalah satu tindakan yang jelas SPR bertindak sebagai ‘ Perkakas ‘ UMNO / BN . Akur dan patuh kepada UMNO / BN . Dalam beberapa Pilihanraya Kecil bermula daripada PRK Permatang Pauh dan seterusnya PRK Kuala Terengganu , PRK Bukit Gantang dan PRK Bukit Selambau memperlihatkan jumlah kehadiran para penyokong Pakatan Rakyat yang melebihi 5 kali ganda daripada para penyokong UMNO / BN !

Kenyataan Timbalan Pengerusi SPR ,Wan Ahmad yang mengakui bilangan penyokong yang hadir semakin bertambah dan tidak terkawal sehingga menyusahkan orang ramai dan pasukan keselamatan sejak kebelakangan ini.adalah tidak benar . "Kalau tidak dibuat sekarang, jumlah mereka yang hadir pada hari penamaan calon akan bertambah... mungkin beribu-ribu orang dan ia akan terus bertambah," kata beliau dengan merujuk kepada suasana semasa pilihan raya kecil sejak awal 2007, khususnya di Ijok, Selangor; Permatang Pauh, Pulau Pinang, Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah.Suasana kekecohan di hari penamaan PRK Ijok adalah kesilapan SPR yang meletakkan lokasi perhimpunan kedua-dua parti politik terlalu dekat dan ianya adalah dimulakan oleh tindakan tidak bermoral serta provokasi para penyokong UMNO / BN yang tidak berdisiplin . Malah insiden di Permatang Pauh yang melibatkan tindakan menyerang pemberita dan juru gambar media adalah disebabkan tindakan keterlauan yang dibuat oleh mereka yang memprovokasi para penyokong Pakatan Rakyat .

Keputusan SPR adalah muktamad ! Muktamad untuk terus menjadi perkakas UMNO/BN? Alasan yang diberikan tidak kukuh dan berat sebelah . Kenapa harus menghalang dan menghadkan para penyokong untuk mengiringi calon pilihan parti mereka? Adakah kerana kemerosotan kehadiran para penyokong UMNO/BN membuatkan tindakan SPR membuat keputusan tersebut?

Bagaimana pula dengan daftar pemilih yang sehingga sekarang tidak diambil tindakan oleh SPR secara serius dan muktamad untuk diBERSIHkan? Kenapa SPR terus “membutakan mata dan memekakkan telinga” apabila suara-suara dan tuntutan supaya SPR memBERSIHkan daftar pemilih? Setiap kali pilihanraya tidak pekakah SPR apabila isu pengundi hantu dan pengundi ragu masih berkumandang? Segala bukti kukuh telah di utarakan kepada SPR , tetapi masih berdolak-dalih dan mencipta pelbagai helah dan alasan malah senada dan selagu dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin UMNO / BN .

Satu suruhanjaya perlu diwujudkan dengan segera untuk menyiasat dan membaikpulihkan Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) ini supaya mendapat keyakinan rakyat sebagai badan bebas , adil , telus dan profesioanal. SPR WAJIB dibebaskan daripada telunjuk UMNO / BN dan menyerahkan SPR berada di bawah kuasa Parlimen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan