 KAJANG - Kongres Khas Nasional Parti Keadilan Rakyat hari ini , 13 Jun 2009 bertempat di Kolej Universiti Islam Selangor ( KUIS ) telah melakar sejarah dengan persetujuan secara majoriti perwakilan menyokong draf pindaan perlembagaan yang dibentang dan dibahaskan. Ini membuktikan bahawa Parti Keadilan Rakyat adalah merupakan parti yang paling demokratik di Malaysia . Parti yang baru berumur 10 tahun telah membuktikan bahawa parti ini merupakan parti masa depan . Parti untuk rakyat Malaysia sepertimana yang diungkapkan oleh Datuk Seri Presiden Dr. Wan Azizah Wan Ismail .
KAJANG - Kongres Khas Nasional Parti Keadilan Rakyat hari ini , 13 Jun 2009 bertempat di Kolej Universiti Islam Selangor ( KUIS ) telah melakar sejarah dengan persetujuan secara majoriti perwakilan menyokong draf pindaan perlembagaan yang dibentang dan dibahaskan. Ini membuktikan bahawa Parti Keadilan Rakyat adalah merupakan parti yang paling demokratik di Malaysia . Parti yang baru berumur 10 tahun telah membuktikan bahawa parti ini merupakan parti masa depan . Parti untuk rakyat Malaysia sepertimana yang diungkapkan oleh Datuk Seri Presiden Dr. Wan Azizah Wan Ismail .Sepertimana yang dijangka beberapa isu pindaan yang menjadi akan kontroversi ialah isu BAHAGIAN ditukar menjadi CABANG dan CAWANGAN kepada RANTING , perlaksanaan sistem pilihanraya parti yang akan memberikan mandat kepada ahli seluruh Malaysia memilih pemimpin parti dan isu had umur AMK daripada 40 tahun kepada 35 tahun . 
Para perwakilan telah menunjukkan komitmen terhadap Kongres Khas Nasional dengan membahas setiap pindaan perlembagaan yahng telah diputuskan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi ( MPT ) ( selepas ini Majlis Pimpinan Pusat - MPP ) dan sehingga berakhirnya Kongres Khas pada hari ini masih terdapat lebih 1000 orang perwakilan . 
Akhirnya apabila pengundian di buat 941 perwakilan bersetuju terhadap pindaan perlembagaan ini . Sejumlah 103 orang telah membantah dan 9 orang mengambil sikap berkecuali . Dengan keputusan tersebut majoriti dan lebih daripada 2/3 para perwakilan menyokong . Turut hadir dalam Kongres Khas tersebut ialah YB Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim . 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan