klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 23 Jun 2009

UMNO PUNCA PERPECAHAN MELAYU - BUKAN ANWAR


Saya terpanggil untuk membuat kenyataan berkaitan dakwaan pimpinan UMNO yang menyatakan YB Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah merupakan punca utama berlakunya perpecahan di kalangan orang Melayu masa kini . Satu kenyataan yang dangkal dan berunsur fitnah terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim . Mereka terus berkokok menyatakan kerana faktor penubuhan Parti Keadilan Rakyat ( keadilan ) selepas dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 .

SEJARAH PERPECAHAN MELAYU BERPUNCA DARI UMNO

Bermula TAHUN 1955 dengan sejarah penubuhan Parti Islam SeMalaysia ( PAS ) yang lahir daripada Bahagian Agama UMNO yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan dan ramai pemimpin agama dalam UMNO ketika itu kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang bercadang untuk menaja perjudian (loteri). Sedarkah bawa pencetus perpecahan ini adalah bermula dengan tindakan jahil pemimpin UMNO ketika itu yang menyebabkan golongan ulama dan agama di dalam UMNO bertindak menubuhkan Pertubuhan Ulama Se Malaya dan seterusnya menubuhkan Persatuan Islam Se Malaya ( PAS ) , akhirnya terbentuk Parti Islam SeMalaysia . Bukankah ianya bermula daripada UMNO pencetus perpecahan ini .

Sejarah juga terukir apabila Dato Onn Jaafar yang merupakan pengasas UMNO bertindak keluar daripada UMNO dan menubuhkan Parti Negara . Dato onn bertindak sedemikian apabila cadangan membuka keahlian UMNO kepada kaum lain ditolak , Dato Onn telah mengambil pendirian keluar daripada UMNO dan menubuhkan sebuah parti yang berbilang kaum . Walaupun Parti Negara berbilang kaum tetapi didominasikan oleh orang Melayu . Ramai orang Melayu menyertai Parti Negara ketika itu . Kenapa Dato Onn tidak diisytiharkan sebagai Bapa Perpecahan Orang Melayu ?

Pertembungan Team A dan Team B sewaktu pemilihan UMNO 1987/1988 telah mengakibatkan UMNO diharamkan oleh mahkamah . Pertembungan Mahathir dan Tengku Razaleigh menjadi sangat serius. UMNO berpecah . Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Melayu Semangat 46. Sebahagian ahli UMNO bersama Tengku Razaleigh Hamzah dalam Parti Melayu Semangat 46 dan sebahagian lagi bersama UMNO ( Baru ) tajaan Dr. Mahathir . Melayu terus berpecah .

Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1998 oleh Dr. Mahathir telah melukai hati dan perasaan rakyat terutama orang-orang Melayu . Gerakan REFORMASI telah menyemarakkan sokongan rakyat terhadap Anwar Ibrahim terutama apabila beliau dikaitkan dengan kes Liwat yang jelas merupakan konspirasi tertinggi yang bertujuan menyingkirkan beliau oleh Dr. Mahathir . Maka lahirlah Parti Keadilan Nasional ( sekarang ialah Parti Keadilan Rakyat ) mendokong perjuangan reformasi dan perjuangan rakyat . Majoriti orang Melayu mendominasikan parti yang berbilang kaum ini . Orang Melayu mula meninggalkan UMNO yang zalim dan korup.

Justeru UMNO perlu nobatkan Tun Dr. Mahathir dengan anugerah Manusia Penyebab Melayu Berpecah kalau berdasarkan rentetan peristiwa 'Hari Ini Dalam Sejarah'.

MENINGGALKAN UMNO BERMAKNA MELAYU BEPECAH ?

Satu kenyataan yang tidak masuk akal . Isu perpaduan Melayu menjadi agenda songsang yang cuba digembar-gemburkan oleh UMNO . UMNO ingin dilihat sebagai lambang kepada orang Melayu . Itu dogengan yang sudah tidak diterima oleh majoriti orang Melayu yang celik IT. Kecelakaan yang dibawa oleh UMNO terutama pemimpin UMNO telah dirasai oleh rakyat 1 Malaysia terutama orang Melayu .

UMNO dan rasuah menjadi sinonim , penyelewengan begitu akrab dengan UMNO , kebobrokkan moral dan akhlak pemimpin UMNO hingga sanggup menggunakan keistimewaan Melayu sebagai batu loncatan kesenangan dan kemewahan .Orang Melayu sudah semakin mual dan jijik dengan telatah dan keletah pimpinan UMNO . Skandal dan sendiket yang dilakukan oleh pimpinan UMNO menjadikan orang Melayu telah menganggap UMNO sudah tidak lagi relevan .

Ketakutan UMNO kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat tidak dapat dibendung lagi . Usaha memecahkan Pakatan Rakyat menjadi agenda UMNO , tetapi malangnya gagal . Justeru , jari-jari pimpinan UMNO cuba mengalih isu dengan menjadi Anwar sebagai punca kegagalan tersebut . Kegagalan UMNO / BN bermula PRU 12 dan hampir kesemua Pilihanraya Kecil begitu mengerunkan UMNO .

Konklusinya ialah , UMNO dan pemimpin UMNO adalah punca perpecahan orang Melayu dan bukannya Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat .

farizmusa.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Rakyat sentiasa ditipu oleh UMNO. Mohon kongsi artikel ini tuan.

    BalasPadam