klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 17 Julai 2009

Anwar Tidak Berada Di Tempat Kejadian Liwat

by : http://johornews.blogspot.com

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berada di tempat kejadian jenayah sepertimana didakwa dalam pertuduhan liwat terhadapnya, Mahkamah Tinggi . Peguam Edmund Bon berhujah perkara itu terkandung dalam notis alibi yang diserahkan oleh Anwar kepada pihak pendakwaan.
"Sebab itu kami perlukan semua dokumen berkaitan dengan kes ini untuk menyediakan pembelaan terbaik," kata Bon pada pendengaran permohonan Anwar kepada Mahkamah Tinggi untuk memerintahkan pihak pendakwaan memberikan kepadanya semua dokumen berkaitan kes liwatnya itu secepat mungkin sebelum perbicaraan kes liwat itu bermula.
Bon berkata dokumen yang diminta itu termasuk rakaman asal CCTV yang diambil di beberapa lokasi di tempat didakwa berlakunya kejadian itu di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, dari 25 hingga 27 Jun tahun lepas, kenyataan para saksi termasuk pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan kenyataan polis.
Katanya pihak pembelaan telah berulang kali meminta pihak pendakwaan memberikan semua dokumen itu sebelum perbicaraan bermula tetapi tidak diendahkan.
Beliau berkata Pejabat Peguam Negara telah berurusan dengan Majlis Peguam dan mereka bersetuju dengan garis panduan Majlis itu bahawa dalam mana-mana kes, pihak pendakwaan patut menyerahkan dokumen yang diminta oleh pihak pembelaan tiga minggu sebelum perbicaraan bermula.
"Bagaimana pasukan pembelaan mahu mengendalikan jika pasukan tidak mempunyai sebarang idea mengenai dokumen itu. Bagaimana kami menjamin ketulenan dokumen berkenaan," katanya.
Seorang lagi peguam bela, Amer Hamzah Arshad, berhujah pihak pembelaan perlukan laporan kimia mengenai sampel DNA bagi membolehkannya mendapatkan pendapat pakar.
Satu daripada alasan pihak pendakwaan untuk memindahkan perbicaraan kes liwat itu daripada Mahkamah Sesyen kepada Mahkamah Tinggi ialah kerana isu DNA itu yang dikatakan sangat rumit, namun pihak pendakwaan enggan memberikannya kepada pihak pembelaan, katanya.
"Dalam mengendalikan laporan DNA, pihak pembelaan perlu tahu mengenai rumusan ahli kimia atau penemuan dalam laporan DNA itu. Kami juga perlukan laporan DNA itu untuk dianalisis oleh pakar kami," katanya.
Pendengaran di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung esok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan