klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 19 Julai 2009

kenyataan bodoh TPM : Kabinet akan bincang penubuhan s'jaya diraja

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin berkata Kabinet akan membincangkan kewajaran penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes kematian setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock dalam mesyuaratnya akan datang.Katanya pandangan pelbagai pihak mengenai perkara itu akan diteliti dari segi kewajarannya, dan ia akan diputuskan oleh kabinet nanti.Beliau berkata demikian semasa mengulas desakan pelbagai pihak supaya ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja atau badan bebas bagi menyiasat kes kematian Teoh, lapor Bernama.

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri sebagai bodoh dan dangkal . Seharusnya satu tindakan tegas dan drastik dilakukan oleh beliau dan kerajaan Malaysia terhadap tragedi kematian Teo Beng Hock . Suruhanjaya Diraja adalah perlu dibentuk dan dilantik dengan SEGERA bagi menyiasat secara telus misteri kematian beliau dan bukannya dilakukan oleh pihak Polis atau mendengar kenyataan oleh SPRM .
Beberapa kenyataan yang dibuat oleh SPRM dan pihak Polis adalah sangat diragui dan usaha untuk memadam kes ini cuba dilakukan dan menganggap kematian Teo adalah mengejut dan tidak berlaku unsur-unsur pembunuhan .
TPM , Tan Sri Muhyiddin Yasin seharusnya mengambil satu tindakan bijaksana secara tegas dan adil melantik mereka yang benar-benar bersifat profesional dan berwibawa dalam menyiasat kes tersebut secara terperinci tanpa diganggu gugat oleh 'tangan ghaib' yang cuba menutup kezaliman dan ketidakadilan dalam kematian Teo .
Banyak persoalan dan tanda tanya timbul dalam insiden tersebut , sedangkan beliau hanyalah seorang saksi terhadap siasatan RM2380.00 pembelian bendera Malaysia untuk diagihkan kepada orang ramai sempena Bulan Kemerdekaan . Adalah tidak logik apabila kenyataan yang dibuat oleh Pegawai SPRM bahawa Toe telah tidur di ruang tamu pejabat SPRM selepas selesai disoal siasat pada jam 3.45 pagi . Seolah satu penyediaan skrip bagi menutup kejadian yang berlaku .
Koyakkan di bahagian punggong seluar Teo benar-benar menimbulkan persoalan . Kenapa bahagian seluar tersebut mengalami koyakkan yang teruk sehingga menampakan seluar dalam beliau ? Seolah-olah beliau dipegang di bahagian belakang seluar , diugut untuk dicampakkan ke bawah dan akhirnya seluar tersebut terkoyak dan Teo terus menjunam ke bawah .
Sekiranya benar beliau terjun sendiri , sudah pasti mayat beliau dalam keadaan yang sangat mengerikan .
Sedangkan laporan patologi mendapati Teo tidak mengalami kecederaan fizikal tetapi dalaman. Jatuh daripada Tingkat 14 tapi tidak mengalami kecederaan fizikal atau luaran . Laporan bedah siasat pula mendapati terdapat beberapa kecederaan ditubuh Teo akibat jatuh daripada paras yang tinggi . Bnarkah kecederaan kerana jatuh paras tinggi atau kecederaan akibat didera dan disiksa ?
Justeru , Kerajaan Malaysia perlu menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Diraja dalam menyiasat misteri kematian Teo. Bukannya melengah-lengahkan dengan mengkaji dan membincangkan dalam kabinet . Satu mesyuarat Kabinet tergempar adalah perlu diadakan dengan segera dan bukannya bagai 'melepas batuk di tangga' .
KEADILAN UNTUK TEO BENG HOCK !

Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK Pusat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan