klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 7 Ogos 2009

AMK Sangkal Kenyataan Rozi Mamat : ADUN Kemasik Mesti Letak Jawatan Segera !

AMK Negeri Terengganu menyangkal kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Umno bahagian Hulu Terengganu, Rozi Mamat bahawa Pas diminta tak campur urusan Umno dalam berita Harian 6 Ogos 2009 . Rozi Mamat seharusnya matang dan bersikap profesional bahawa isu rasuah yang melibat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Terengganu yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan meminta sogokan daripada sebuah syarikat adalah merupakan isu rakyat Terengganu kerana melibatkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) yang dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi .

Maka PAS atau sesiapa sahaja wajar dan layak mencampuri urusan dan isu berkenaan . AMK Negeri Terengganu mempertegaskan bahawa isu rasuah ADUN Terengganu tersebut bukan urusan peribadi UMNO atau Barisan Nasional sahaja. Malah sewaktu ditahan oleh SPRM bersama-sama beliau wang sejumlah RM5000 dan AMK Negeri Terengganu amat yakin sebelum tindakan tersebut diambil oleh SPRM , siasatan dan penelitian telah dibuat oleh SPRM secara terperinci .

AMK Negeri Terengganu kecewa dengan sikap Rozi Mamat yang seolah-olah mempertahankan perasuah . Sekiranya beliau mempunyai integriti dan bermaruah sudah pasti akan turut bersetuju agar ADUN tersebut meletakkan jawatan dengan segera dan mencontohi ADUN Pakatan Rakyat yang sanggup meletakkan jawatan apabila integriti dan moral beliau tergugat dengan dakwaan rasuah dan akhirnya tidak bersalah .

UMNO Terengganu seharusnya bertindak tegas terhadap isu tersebut dan bukannya bertindak ‘menunggu dan lihat’ sahaja serta menutup sebelah mata perlakuan dan tindakan tidak bermoral ADUN yang tidak sampai setahun jagung serta termasuk juga dakwaan rasuah yang melibatkan 2 orang bekas pimpinan UMNO Terengganu dalam kes melibatkan pembinaan projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) . Adalah memalukan rakyat Terengganu apabila pemimpin UMNO Terengganu terpalit dengan isu rasuah .

AMK Negeri Terengganu menyokong kenyataan yang dibuat oleh Penolong Setiuasaha PAS Negeri Terengganu bahawa ADUN tersebut adalah wajar meletakkan jawatan dengan segera! Maruah rakyat Terengganu telah cukup tercalar dan dimalukan oleh UMNO dan Barisan Nasional dengan isu-isu yang tidak berintegriti dan bermaruah .

Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu

6 Ogos 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan