 Saya selaku Pengarah Pilihanraya AMK Malaysia merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua Skuad Pilihanraya AMK Malaysia , AMK Permatang Pauh ( termasuk Sri Mawar ) , UKP Permatang Pauh dan semua petugas AMK yang telah menyumbangkan tenaga , wang ringgit , masa dan segala-galanya bagi memastikan PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat mengekalkan kemenangan di PRK N11 Permatang Pasir.
Saya selaku Pengarah Pilihanraya AMK Malaysia merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua Skuad Pilihanraya AMK Malaysia , AMK Permatang Pauh ( termasuk Sri Mawar ) , UKP Permatang Pauh dan semua petugas AMK yang telah menyumbangkan tenaga , wang ringgit , masa dan segala-galanya bagi memastikan PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat mengekalkan kemenangan di PRK N11 Permatang Pasir.Saya amat berbangga dengan komitmen yang sangat tinggi kepada semua rakan-rakan yang telah berkampung di Permatang Pasir bermula 17 Ogos sehingga 25 Ogos 2009 walaupun terpaksa bekerja dalam suasana Ramadhan Al-Mubarak ( hari pertama puasa semua orang ingin bersama ahli keluarga berpuasa dan berbuka ) , cuaca yang tidak menentu , tempat tidur yang tidak selesa dan pelbagai kesulitan dihadapi dengan tenang dan tetap utuh bersemangat sehingga hari pembuangan undi . 
Kerjasama yang baik , komitmen yang tinggi dan semangat bekerja bersama benar-benar saya hargai . Walaupun tidak ramai tetapi rakan-rakan telah melakukan kerja dengan penuh istiqamah dan mengharumkan nama AMK . 
Terima kasih yang sangat tinggi saya kepada Sdr Amir Ghazali ( Ketua AMK Permatang Pauh ) dan seluruh EXCO AMK Permatang Pauh serta Sri Mawar yang membantu dan bekerjasama dengan Skuad Pilihanraya AMK Malaysia . Termasuk juga penghargaan saya kepada Sdr. Khairil ( SU AMK Pulau Pinang ) dan Team Unit Keselamatan Parlimen Permatang Pauh ( tidak sia-sia saya yang melancarkan UKP Permatang Pasir 4 tahun yang lalu ) . Diharapkan kerjasama yang baik dan komitmen yang tinggi ini akan dapat diteruskan di masa-masa akan datang .
Terima kasih juga saya sampaikan kepada beberapa orang EXCO AMK Malaysia yang turut sama hadir di Permatang Pasir .
Walaupun undi sedikit merosot tetapi kemenangan amat membanggakan dan memberikan tamparan hebat kepada UMNO /BN bahawa UMNO / BN sudah semakin tidak relevan lagi untuk rakyat Permatang Pasir dan seluruh rakyat Malaysia . UMNO /BN terus kecundang dan kita telah memberikan mereka 7-0 ! 
Terima kasih dan jazakallah kepada semua . 
Fariz Musa
Pengarah Pilihanraya AMK Malaysia 
merangkap 
Timbalan Ketua AMK Malaysia 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan