klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 30 September 2009

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar calon PAS PRK Bagan Pinang

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar diumumkan malam ini sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.
Pemilihan Zulkefly diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pusat penyelarasan DAP bagi pilihanraya kecil berkenaan dekat Port Dickson.

PKFZ : AMK Selar Polis - TVA


Kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi dipertikaikan apabila mengheret isu skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) kepada penyiasatan ke atas Raja Petra Kamarul dan ahli kabinet yang telah membocorkan kertas kabinet melibatkan projek berkenaan.
Polis kelihatan bekerja keras dalam memastikan mereka yang terlibat dalam usaha penghebahan kandungan yang dikatakan sebagai kertas kabinet dihukum kerana telah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA).Persoalannya di sini, mana lebih penting?
Apa yang pasti, kandungan kertas kabinet itu mendedahkan tentang Menteri Kewangan membuat syor kepada kabinet supaya memberi kelulusan secara retrospektif peningkatan kos pembangunan daripada RM 1.088 bilion kepada RM 4.6 bilion zon bebas cukai itu.Menteri Kewangan juga dikatakan membuat syor supaya kabinet meluluskan pinjaman RM4.6 bilion kepada Lembaga Pelabuhan Kelang (PKA) untuk menyiapkan projek berkenaan."
Apabila Musa Hassan mengumumkan akan membuat siasatan konon berlakunya pembocoran kertas kabinet, berkaitan dengan skandal PKFZ. Kita merasakan bahawa Musa Hassan cuba lari daripada isu yang sebenar" ujar Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin.
Skandal PKFZ walaupun ianya dibincangkan di kabinet, dan diputuskan dalam kabinet menunjukkan menteri-menteri cuba mencari jalan untuk menghalalkan penyelewengan yang berlaku dalam skandal PKFZ ini.
Fokus utama kandungan kertas kabinet itu hakikatnya memberi peluang kepada rakyat untuk menilai sejauh mana ketelusan dalam pentadbiran kewangan di negara ini.Timbul isu sama ada kertas kabinet itu mungkin palsu. Tetapi jika ia benar, polis sewajarnya meluaskan skop penyiasatan mereka kepada pihak yang bertanggungjawab tanpa memilih bulu dan bukannya menghumban mereka yang cuba mencari kebenaran di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)."
Nampaknya Musa Hassan dan seluruh element kepolisian ini ingin mencari siapakah menteri yang bertanggungjawab dan tidak memfokuskan kepada usaha untuk menyiasat bagaimana penyelewengan wang rakyat boleh berlaku, siapa yang terlibat, siapa menteri yang mendalangi skandal ini, dan siapakah orang politik dari UMNO, MCA dan Barisan Nasional yang mendapat keuntungan. Itu yang sebenarnya yang harus diberikan tumpuan" tambahnya lagi.
Namun tindakan polis ini bukanlah satu perkara yang mengejutkan. Waima, ianya acapkali berulang sehingga ramai yang melabelkan institusi kepolisian itu sebagai kuda tunggangan UMNO-BN dalam menyelamatkan kepentingan politik dan peribadi mereka." Sekarang ini mereka sedang cari kambing hitam . Dalam hal ini ada dua kambing hitam mereka cari. Yang pertamanya Raja Petra, serangan sekarang tertumpu kepada Raja Petra dan yang keduanya, mereka akan cari sampai dapat siapa menteri yang mendedahkan yang membongkarkan kertas kabinet ini".
TV Antara turut mendapatkan respon dari Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkenaan dengan isu tersebut." Ya saya melihat ini satu usaha untuk menutup kes ini dan akhirnya saya menjangka bahawa mereka akan mengisytiharkan bahawa dokumen yang tersiar dalam Malaysia Today itu adalah dokumen rekaan dan akhirnya tidak ada siapalah yang kena tangkap".
Bagi beliau apa yang lebih penting ialah mereka yang menggelapkan wang rakyat harus didakwa dan bukannya mereka yang membongkarkan pengkhianatan tersebut meski pun ia melibatkan orang kenamaan dalam barisan kerajaan." Bagi saya bahawa saya minta polis sepatutnya bukan menyiasat untuk menentukan sama ada dokumen itu betul atau pun tidak kerana Datuk Najib sendiri telah pun menyatakan bahawa dokumen itu sebagai dokumen yang disahkan sebagai dokumen kabinet. Jadi apa yang penting sekarang ini ialah bukan siasatan siapa yang membocorkan dan menyebar dokumen kabinet itu tetapi yang harus disiasat ialah bagaimana kabinet boleh meluluskan satu keputusan yang melanggari prosedur- prosedur kewangan" katanya.
Beliau juga turut menggesa kerajaan mengambil langkah mengisytiharkan kertas kabinet yang melibatkan PKFZ sebagai dokumen umum." Bermakna jika dokumen ini dianggap open document atau dokumen terbuka, siapa-siapa sahaja boleh memiliki dan siapa-siapa sahaja boleh mengetahui tentang dokumen yang boleh mengetahui apa sebenarnya keputusan yang dibuat oleh kabinet yang menunjukkan bahawa kes ini bukan hanya membabitkan Ong Tee Kiat tetapi kes ini membabitkan hampir keseluruhan anggota kabinet pada waktu itu yang sebahagian besarnya masih berada dalam kabinet di bawah Datuk Najib, termasuk Datuk Najib sendiri dan juga Tan Sri Muhyiddin yang terlibat dalam membuat keputusan melanggari prosedur dan peraturan-peraturan kewangan".
" Saya cabar kerajaan khususnya kepada Datuk Najib, kalau betul Datuk Najib mendokong prinsip integriti, ketelusan untuk melihat kepentingan negara dan rakyat ini, saya mencabar untuk Datuk Najib mengisytiharkan dokumen kabinet yang dianggap sebagai rahsia rasmi tersebut iaitu dokumen berkaitan PKFZ, supaya dikeluarkan dari klasifikasi OSA".TVA

Isa Samad calon BN di Bagan Pinang

Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.
Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.
Ekoran itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Isa tidak seharusnya menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut.Jika tidak, katanya, imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.Isa, katanya, sudah didapati bersalah dan kalau Umno letak beliau sebagai calon, ia juga bermakna bahawa Umno tidak ambil berat tentang kes-kes semacam itu.
Dr Mahathir berkata, kalau pun Isa boleh menang tetapi Umno "kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno".Malaysiakini

Selasa, 29 September 2009

Teng dakwa Hasan Ali berbohong

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Kim menuduhkan exco negeri yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali berbohong.Bercakap dalam satu sidang akhbar di Shah Alam hari ini, Teng berkata, Hasan telah dilaporkan mendakwa beliau telah menuduh pegawai daerah Klang, Bakhtiar Hussin sebagai "tidak cekap" dan "tidak layak".Teng mendakwa, Hasan kini berbohong lagi untuk menutup pembohongan pertamanya.
Sebelum ini, Hasan meminta supaya dirombak Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang dipengerusikan oleh Teng.Teng yang juga ADUN Sungai Pinang berkata beliau bimbang tindak tanduk Hasan itu boleh menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.
Hasan dikritik rakan-rakannya dalam Pakatan selepas beliau mengkritik siasatan awam Selcat yang didakwanya telah 'memalukan' pegawai kerajaan.Selcat mengadakan siasatan tersebut untuk menyiasat bagaimana wakil rakyat BN membelanjakan peruntukan tahunan RM500,000 dalam masa dua bulan sebelum pilihanraya umum pada Mac tahun lalu. - MALAYSIAKINI

Teng dakwa Hasan Ali berbohong

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Kim menuduhkan exco negeri yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali berbohong.Bercakap dalam satu sidang akhbar di Shah Alam hari ini, Teng berkata, Hasan telah dilaporkan mendakwa beliau telah menuduh pegawai daerah Klang, Bakhtiar Hussin sebagai "tidak cekap" dan "tidak layak".Teng mendakwa, Hasan kini berbohong lagi untuk menutup pembohongan pertamanya.
Sebelum ini, Hasan meminta supaya dirombak Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang dipengerusikan oleh Teng.Teng yang juga ADUN Sungai Pinang berkata beliau bimbang tindak tanduk Hasan itu boleh menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.
Hasan dikritik rakan-rakannya dalam Pakatan selepas beliau mengkritik siasatan awam Selcat yang didakwanya telah 'memalukan' pegawai kerajaan.Selcat mengadakan siasatan tersebut untuk menyiasat bagaimana wakil rakyat BN membelanjakan peruntukan tahunan RM500,000 dalam masa dua bulan sebelum pilihanraya umum pada Mac tahun lalu. - MALAYSIAKINI

Calon Bagan Pinang: Pemimpin Umno 'tutup mulut'

Beberapa pemimpin Umno bahagian Teluk Kemang kini "menutup mulut' berhubung isu pemilihan calon BN yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan 11 Oktober ini.Mereka berkata, terserah kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan calon yang layak mewakili BN dalam pilihanraya kecil tersebut, yang akan diumumkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin esok.
Setakat hari ini, isu siapa calon BN masih menjadi misteri walaupun Umno Teluk Kemang sebulat suara mencalonkan Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN.Muhyiddin sebelum ini meminta bahagian tersebut menyerahkan beberapa nama lagi untuk dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan parti.Sebelum ini, dilaporkan Pergerakan Wanita dan Pemuda Teluk Kemang masih menyokong Isa sebagai calon BN bertanding dalam pilihan raya kecil DUN tersebut.
Turut dilaporkan mantan perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad dan ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa Umno supaya tidak memilih Isa tetapi memilih calon yang bersih dan tidak dikaitkan dengan pelbagi isu, termasuk rasuah politik.
Ketika dihubungi Malaysiakini, timbalan ketua bahagian Ismail Taib berkata, Isa yang juga ketua bahagian Teluk Kemang pernah berkata bahawa bahagian tersebut akan menyokong sesiapa sahaja yang diputuskan oleh pucuk pimpinan bertanding di kerusi tersebut.
Tunggu esokBeliau bagaimanapun juga enggan mengulas sekiranya ada calon-calon lain yang dicalonkan untuk bertanding dalam pilihraya tersebut."Kita sudah buat keputusan, serah kepada Tan Sri Isa untuk buat keputusan (untuk tentukan calon). Dia pun tak pernah beritahu saya, saya pun tak pernah tanya. Tunggu pengumuman calon akan dibuat esok," katanya.
Menurut Ismail lagi, Muhyddin yang juga timbalan presiden Umno akan mengumumkan calon BN di pusat bilik gerakan BN di Bagan Pinang pada jam 4.30 petang esok.Sementara itu, seorang ahli jawatankuasa Umno cawangan Bagan Pinang "enggan mengulas" tentang calon yang akan diumumkan esok.
Bagaimanapun, beliau yang enggan namanya disebut berkata, akar umbi di situ masih berharap Isa yang juga bekas menteri besar dicalonkan mewakili BN dalam pilihanraya kecil itu..Ditanya mengenai kesan yang akan timbul sekiranya Isa tidak dipilih, beliau percaya pengundi akan tetap mengundi BN.
'Turun jumpa pengundi'
Manakala sumber yang dekat dengan Isa pula berkata, kecenderungan akar umbi mahukan bekas naib presiden Umno itu bertanding dalam pilihanraya tersebut."Kalau nak diikutkan, pengundi Bagan Pinang cenderung kepada beliau untuk dijadikan calon."Turunlah sendiri berjumpa dengan pengundi, tanya siapa yang mereka nak," katanya sambil menambah, jentera pilihan raya BN kini bersemangat untuk berkempen.
Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.Ramli yang juga yang dipertua PAS kawasan tersebut, adalah antara tiga calon PAS yang disebut-sebut akan dipilih bertanding dalam pillihan raya kecil tersebut. - MALAYSIAKINI

hapuskn Peraturan Borang 2 dalam Undi POS..kenyataan bersama Bloggers !!

1. Kami yang terdiri daripada penulis-penulis blog yang prihatin terhadap sistem perjalanan undi POS bersetuju bahawa sistem undi POS haruslah dikemaskini sejajar dengan kehendak demokrasi dan keadaan semasa. Objektif kami adalah untuk melihat sistem Undi POS menjadi lebih baik dari yang baik.

2. Kami juga menyambut baik janji Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof meminta semua pihak yang boleh mengenal pasti kelemahan kepada proses undi pos itu agar memaklumkan kepada SPR secepat mungkin sebagaimana yang disiarkan di utusan online bertarikh 15/9/09 seperti berikut :* ''Beritahu saya kerana saya pun nak perbetulkan kalau ada," Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof. Atas dasar kesedaran dan semangat cintakan negara, maka kami bersetuju untuk membuat kenyataan bersama sebagai menyambut permintaan Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof. Kenyataan bersama kami adalah seperti berikut :

3. Adalah amat malang bagi Malaysia, walaupun sudah 52 tahun merdeka, ternyata Malaysia masih gagal untuk mengendalikan proses pilihanraya terutamanya undi Pos dengan lebih bebas dan adil. Ternyata sepanjang undi POS diperkenalkan masih banyak dakwaan-dakwaan tentang undi POS seperti tidak telus dan rahsia, wujudnya pengundi hantu dalam sistem undi pos, undi pos tidak relevan, kesahihan undi pos diragui dan wujudnya ugutan dalam sistem undi Pos yang penuh dengan kontroversi sehingga memberi pandangan negatif orang awam terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Kami percaya sekiranya dakwaan-dakwaan tersebut tidak diambil tindakan sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kestabilan negara di masa akan datang. Akhirnya memberi imej negatif bukan sahaja terhadap SPR tetapi kerajaan juga turut terpalit sama dengan kontroversi tersebut. Maka adalah sewajarnya SPR bertindak pantas dengan perbetulkan keraguan pengundi terhadap undi pos bagi meminimakan kontroversi Undi Pos itu sendiri.Keadaan sebegini jika dibiarkan berterusan akan membawa petanda yang buruk untuk masa depan masyarakat dan boleh memusnahkan keutuhan sistem politik negara kita. Justeru, kami mencadangkan :

MANSUHKAN PERATURAN BORANG 2

Borang 2 adalah satu borang “Perisytiharan Identiti” di mana pengundi pos perlu menulis namanya, nombor kad pengenalannya dan menurunkan tanda tangannya di hadapan seorang saksi. Selepas mengundi, pengundi pos akan meletakkan kertas undi yang sudah bertanda di sampul surat A dan sampul surat A tersebut kemudiannya pula hendaklah dimasukkan ke dalam Borang B bersama-sama Borang 2 tersebut. Mana-mana Borang B yang tidak disertakan dengan Borang 2 akan ditolak (lihat peraturan 15(2))Kami berpendapat peraturan borang 2 ini haruslah di mansuhkan atas sebab-sebab seperti berikut :

1. TIDAK MENJAMIN KERAHSIAAN PENGUNDI POS

Kami percaya peraturan borang 2 menyebabkan undi pos tidak mempunyai aspek kerahsiaan yang kuat. Dengan kertas undi dan Borang 2 yang mengandungi nama dan nombor kad pengenalan pengundi diletakkan di satu sampul surat yang sama (Sampul Surat B), sudah cukup mewujudkan kebimbangan para tentera dan polis tentang kerahsiaan undi mereka. Aspek kerahsian pengundian adalah “sine qua non” (ciri yang penting) di dalam pilihan raya yang adil. Sebarang persepsi daripada para pengundi bahawa undi mereka tidak rahsia sudah cukup menjejaskan pilihan raya yang adil. Ini menyebabkan aspek kerahsian pengundi Pos tidak dapat dijamin.

2. PERATURAN BORANG 2 SATU BENTUK DISKRIMINASI TERHADAP PENGUNDI POS

Kami bersetuju bahawa SPR perlu progresif dan profesional dalam melayani pengundi-pengundi Pos seluruh negara, sebagaimana layanan SPR kepada pengundi biasa. Jika pengundi biasa, tiada Borang 2 diberikan. Malah tidak ada dalam peraturan sekalipun. Namun Borang 2 diwajibkan kepada semua pengundi Pos, walhal nama-nama dan maklumat mereka sudah ada dalam daftar pengundi.Kami berpendapat, peraturan yang mewajibkan Borang 2 dilampirkan bersama kertas undi adalah satu bentuk diskriminasi terhadap pengundi Pos. Oleh itu, penulis menyarankan agar borang 2 dalam peraturan pengundian Pos hendaklah dimansuhkan agar tiada lagi diskriminasi antara pengundi Pos dan pengundi biasa. Malah kami juga beranggapan peraturan borang 2, satu bentuk tekanan halus kepada pengundi Pos dalam membuat keputusan untuk membuang undi. Sekali lagi kami, berpendapat SPR perlu mansuhkan peraturan Borang 2 bagi tujuan jaminan kebebasan pengundi Pos membuat sebarang pilihan.

3. KEWUJUDAN PERATURAN BORANG 2 BERTENTANGAN DENGAN AKTA KESALAHAN PILIHARAYA 1954

Kami bersetuju dan beranggapan peraturan borang 2 bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 sebagaimana yang kami fahami. Dibawah peruntukan Seksyen 5 Bahagian 11 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, seseorang itu dilarang mendapatkan atau mendedahkan identiti pengundi dan undi mereka, seperti nama, kad pengenalan dan nombor siri kertas undi. Sekiranya disabitkan dengan kesalahan melanggar undang-undang ini, boleh didenda sehingga RM3000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali. Kami amat yakin bahawa tujuan undang-undang ini digubal adalah bertujuan untuk melindungi kerahsiaan pengundi bagi mewujudkan piliharaya yang benar-benar bebas dan adil.

Atas sebab-sebab berikut, Kami menuntut dan menggesa agar SPR TIDAK MELAKSANAKAN atau MENANGGUHKAN PERATURAN BORANG 2 semasa piliharaya kecil Bagan Pinang bagi melihat dan mengkaji secara mendalam apabila peraturan borang 2 terlebih dahulu secara mendalam.Hasrat Kami hanya dengan satu tujuan, supaya pilihanraya negara kita menjadi semakin adil dan bersih dari yang adil dan bersih. Dengan kata lain, menjadi lebih baik dari yang baik. Perubahan ini harus dilakukan bagi meredakan nilai-nilai ketegangan disebalik kontroversi amalan undi Pos. Biarlah pengundi pos membuang undi dengan aman dan rela, selari dengan hasrat demokrasi itu sendiri. Terpulang kepada pengundi Pos hendak mengundi BARISAN NASIONAL atau PAKATAN RAKYAT.

Pengerusi Suruhanjaya Piliharaya (SPR) Tan Sri Aziz Mohd Yusof dalam kenyataan disiarkan Berita Harian 7 Sept berkata peraturan Borang 2 tidak akan dimansuhkan. Alasan Pengerusi SPR ialah kerana peraturan tersebut adalah undang-undang. Memang benar, peraturan tersebut adalah undang-undang. Persoalannya apakah peraturan tersebut sememangnya rigid dan tidak boleh diubah lagi atau dimansuhkan? Penulis agak hairan kenapa dan mengapa SPR begitu bersungguh-sungguh mempertahankan peraturan 2? Penulis mempunyai sebab dan pandangan tersendiri kenapa peraturan Borang 2 perlu dimansuhkan.

Inilah borang yang jadi igauan kepada setiap pengundi Pos yang berlainan ideologi.
Sehubungan itu, penulis sekali lagi menegaskan Borang 2 harus dimansuhkan dalam sistem pengudian Pos. Penulis bukan meminta undi Pos dihapuskan. Penulis hanya menyarankan agar SPR mansuhkan Borang 2 dalam sistem undi Pos. Hasrat ini hanya dengan satu tujuan, supaya pilihanraya negara kita menjadi semakin adil dan bersih dari yang adil dan bersih. Dengan kata lain,menjadi lebih baik dari yang baik. SPR perlu melakukan perubahan ini, disamping dapat meredakan nilai-nilai ketegangan disebalik kontroversi amalan undi Pos. Biarlah pengundi pos membuang undi dengan aman dan rela, selari dengan hasrat demokrasi itu sendiri. Terpulang kepada pengundi pos hendak mengundi BARISAN NASIONAL atau PAKATAN RAKYAT.
Cadangan kenyataan bersama mengenai undi Pos

Nota : Kepada penulis2 blog yang BERSETUJU SILA TINGGALKAN ALAMAT BLOG ANDA di bahagian komen untuk disenaraikan sebagai salah seorang penyata bersama. Blogger yang bersetuju disarankan agar copy-paste kenyataan bersama ini di blog masing2. Ditakdirkan kenyataan ini mendapat sokongan 50 orang penulis blog.InsyaAllah. kenyataan bersama ini akan dipanjangkan kepada peringkat media dan SPR. Selain itu, penulis blog juga disarankan agar memberi cadangan berkaitan dengan isi kenyataan bersama yang perlu dibuang dan perlu ditambah bagi tujuan penambaikan, sebelum dipanjangkan kepada pihak tertertentu.Sekian wasalam.

Isnin, 28 September 2009

Majoriti Golongan Muda Tolak UMNO/BN - Tun Daim

80% dari golongan muda tidak menyokong Barisan Nasional (BN), kata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.Para siswazah menganggur, kebanyakannya Melayu, akhirnya terlibat dengan politik dan mereka menyertai PAS akibat rasa marah kepada kerajaan kerana tidak mempunyai pekerjaan, kata bekas Bendahari UMNO itu di dalam temubual dengan China Press Ahad lalu.
Menurut beliau, keadaan sedemikian berlaku kerana kerajaan tidak memupuk bakat yang sepatutnya untuk kehendak pasaran.

Respons Najib pengakuan dokumen PKFZ tulen

Respons Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan tindakan laman web Malaysia Today mendedahkan dokumen yang meminta diluluskan kenaikan kos projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) merupakan satu pengakuan bahawa dokumen tersebut adalah dokumen yang tulen.Najib kelihatan menggelabah dengan pendedahan dokumen kabinet itu berhubung kelulusan peningkatan kos PKFZ.
Perdana menteri dalam kenyataannya semalam memberi amaran tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi berhubung pembocoran dokumen itu.
"Orang menggelabah bila bersalah. Sebab itulah Najib sengaja bising-bising hendak memburu pihak yang membocorkan dokumen itu dan mengunci rapat-rapat mulutnya terhadap pendedahan tindakan kabinet meluluskan pembelasahan wang rakyat semata-mata untuk menutup salah laku dalam projek tersebut. "Jika dokumen itu tulen, Perdana Menteri jenis apa mendiamkan diri terhadap pembelasahan lebih RM3.5 bilion wang rakyat berdasarkan peningkatan kepada lebih RM4.6 bilion dari kos asal RM1.088 bilion.Ini bukan belasah satu ringgit. Belasah satu ringgit pun wang rakyat tanpa mengikut peraturan yang sah adalah salah di sisi undang-undang. Perdana menteri jenis apa menjahit mulutnya terhadap pendedahan pembelasahan berbilion-bilion wang negara?Saya juga ingin menyifatkan Najib mahu mengalihkan isu apabila hanya membesar-besarkan isu pembocoran dokumen itu.
"Najib boleh cuba untuk mengalihkan isu dengan membangkit-bangkitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk bertindak balas terhadap mereka yang membocorkan dokumen itu.
"Tetapi jangan lupa, rakyat juga hendak bertindak balas terhadap Najib dan semua anggota kabinet yang terlibat memberi kelulusan yang dicadangkan dalam dokumen itu, jika dokumen itu tulen. "Saya yakin, selain menuntut ditubuhkan suruhanjaya di raja supaya penyelewengan tersebut disiasat, ada tindakan lain yang akan diambil oleh rakyat,"Jika dokumen yang didedahkan oleh itu tulen, isunya bukan setakat penyelewengan syarikat pemaju, badan berkanun kerajaan atau mana-mana menteri, tetapi penyelewengan seluruh kabinet Malaysia."Sebab itulah kita tidak boleh menerima sama sekali sandiwara memburu pembocor maklumat untuk menyembunyikan penyelewengan kabinet termasuk Najib sendiri,"Jika dokumen itu tulen, kabinet penyeleweng yang membelasah wang rakyat itu mesti mesti dihukum kerana telah merugikan berbilion-bilion wang rakyat.
"Walaupun dokumen itu telah didedahkan dan ia sememangnya tulen, tetapi kita tidak percaya kerajaan berani mendeklasifikasikannya kerana ia tidak mahu wujud bukti yang sah di sisi undang-undang tentang penyelewengan kabinet itu. "Sebab itulah, seluruh rakyat Malaysia mesti menuntut penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat perkara itu sehinggalah seluruh kabinet penyeleweng itu dihukum mengikut undang-undang negara."Saya ingin menggesa semua pihak yang prihatin berganding bahu untuk memastikan semua anggota kabinet penyeleweng itu diheret ke muka pengadilan.
Saya juga ingin mengulangi kenyataannya bahawa satu pasukan peguam PAS ditubuhkan bagi mengkaji peruntukan undang-undang untuk memastikan kerajaan menubuhkan suruhan jaya di raja bagi menyiasat skandal tersebut.
Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada lebih RM4.6 bilion.
Siasatan awal keatas projek PKFZ mendapati ia terpaksa diselamatkan dengan pinjaman daripada kerajaan.
Selain itu juga, siasatan juga mengesahkan kerajaan melalui Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membeli 404 hektar tanah daripada KDSB pada RM25 setiap kaki persegi walaupun harga sebenar dianggarkan RM10 sahaja setiap kaki persegi. KDSB juga dilantik sebagai pemaju PKFZ.
KDSB pula membeli tanah tersebut dari Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Bhd (KPPLB) pada harga RM1.9 hingga RM2.9 sekaki persegi. Pengerusi koperasi tersebut ketika transaksi itu ialah Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.
Beliau juga adalah ahli lembaga pengarah LPK sejak 1997 sehingga 2003 Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh Price Waterhouse Coopers , syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.
MAHFUZ OMAR

MAJLIS PENGUMUMAN CALON PRK N31 BAGAN PINANG

TARIKH :
29 SEPTEMBER 2009
MASA :
9 MALAM
TEMPAT :
BT 9 , JLN PANTAI , TELOK KEMANG , PORT DICKSON

TETAMU KHAS :
YBHG. DATUK SERI DR WAN AZIZAH ISMAIL
YB DATUK SERI HJ ABDUL HADI AWANG
YB TUAN LIM KIT SIANG

SEMUA DIJEMPUT HADIR !!!!

UMNO Jangan Cuba Ekspoitasi Undi Pos

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengingatkan Umno Barisan Nasional (BN) tidak mengeksploitasi pengundi pos di pilihan raya kecil Bagan Pinang yang akan berlangsung pada 11 Oktober ini.
Beliau berkata dengan jumlah undi pos yang berjumlah 4,604 orang bagi mempertahankan kerusi berkenaan dilihat boleh menjadi penentu kepada kemenangan parti pada pilihan raya kecil itu.Pilihan raya kecil tersebut akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 dan daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu.
Daftar pemilih ini mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos. “Nampak gayanya di mana-mana negeri termasuk Kelantan, undi pos jadi penentu. Jadi sama ada askar dipaksa, tak munasabah, jadi demokrasi macam mana kalau dipaksa atau pun ada seseorang yang khusus pangkah undi untuk orang lain yang tidak tahu hujung pangkalnya.
“Saya harap telus sebab kita demokrasi, jadi kita belajar demokrasi dari Eropah, tapi betulkah orang Eropah ajar askar macam itu, Eropah tak paksa askar dan polis turut mengikut arahan ketua,” katanya.Dalam perkembangan lain, beliau turut mengingatkan penceramah parti itu supaya tidak menyerang secara peribadi lawan sepanjang kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang nanti.Nik Aziz berkata, secara umum penceramah Pas boleh meyentuh perkara berkaitan dasar tanpa menyentuh peribadi lawan di pentas ceramahnya sepanjang hari berkempen.
Jelasnya walaupun hari berkempen adalah saat yang perlu digunakan sepenuhnya oleh semua pemimpin parti tetapi tidak bermakna peluang yang ada itu disalahgunakan dengan menyerang secara peribadi.“Saya tak suka sentuh peribadi, hal peribadi kenapa nak beritahu orang lain, kalau sentuh perangai secara umum itu tak pa.“Kita sebut rasuah politik, sebut rasuah itu haram dalam agama dan demokrasi, nak sebut secara umum taka pa, jangan tuju sesiapa dan kalau hendak sebut juga, jumpa orang itu sendiri,” katanya. -TVA

Ahad, 27 September 2009

Najib Bakal Terjerat Lagi Di Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Apabila UMNO Teluk Kemang Tetap Mahukan Mantan MB Isa Samad Jadi Calon

SEREMBAN, 24 Sept - Ketua Pemuda Umno Bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli mempertahankan keputusan perwakilannya untuk menamakan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (foto), sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Oktober ini.
Walaupun bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu diselar kawan dan lawan sebagai perasuah, namun Mohd Faizal berkata Umno Telok Kemang dan rakyat setempat mahukan Isa, yang pernah diambil tindakan displin atas tuduhan politik wang. "Kami tidak melihat sebarang masalah yang timbul jika beliau dicalonkan kerana ini merupakan komitmen pada peringkat jentera parti dan komitmen yang diberikan oleh peringkat akar umbi kerana beliau mesra dengan masyarakat," katanya.
Beliau mendakwa bahagian itu sudah pun membuat tinjauan dan mendapati para penduduk termasuk dari keturunan bukan Melayu menerima Isa. "Saya tak nampak bahawa isu-isu yang menjadi rekod Isa akan menjadi satu liabiliti kepada Umno dan BN dalam menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang ini," katanya.

Jawab Dulu Bagaimana Peruntukan Habis Dalamasa 3 Bulan

Bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo tidak perlu terlalu ghairah memecah-belahkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, sebaliknya perlu terlebih dahulu memberi penjelasan berkenaan salah guna peruntukan DUN yang dihabiskan dalam masa kurang daripada tiga bulan semasa Selangor di bawah pemerintahan Barisan Nasional, kata ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.Katanya, Mantan Menteri Besar itu turut menuduh DAP memanipulasikan SELCAT bagi menunjukkan mereka lebih berkuasa berbanding parti-parti lain di Pakatan Rakyat.
Menurutnya, Khir Toyo dalam satu kenyataan yang diterbitkan akhbar tempatan Rabu lalu membidas DAP sebagai 'menggunakan SELCAT sebagai platform untuk menunjukkan kekuasaan mereka di negeri Selangor'."Sebenarnya, apa yang dituduhkan oleh Khir adalah bersifat spekulasi semata-mata dengan tujuan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor,"demikian kata Lau dalam kenyataannya semalam.
Katanya, Selcat yang ditubuhkan oleh Dewan Negeri Selangor pada tahun 2008 untuk menegakkan prinsip-prinsip keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan di Selangor.Katanya, selama 50 tahun BN dan UMNO mentadbir Selangor, prinsip-prinsip yang penting ini semakin terhakis, khususnya semasa Selangor ditadbir di bawah Khir Toyo."Bagi memulihkan kepercayaan orang ramai terhadap kewibawaan kerajaan Selangor, Dewan Negeri Selangor telah menubuhkan SELCAT yang ditugaskan khas untuk menegakkan prinsip-prinsip ini dalam pentadbiran kerajaan negeri melalui satu proses pemantauan yang belum pernah dilaksana di Selangor dan Malaysia tetapi sudah menjadi satu kebiasaan bagi sistem pentadbiran Demokrasi Berparlimen di negara-negara maju yang lain, khususnya negara-negara Komanwel, iaitu melalui pendengaran terbuka," katanya.
Lau yang juga Setiausaha DAP Selangor berkata, daripada terus mengaut di dalam air keruh, adalah lebih baik untuk Khir menjelaskan bagaimana beliau sebagai Menteri Besar pada masa itu membenarkan perkara itu terus berlaku."Kalaulah beliau yang benar-benar ikhlas dalam mempertahankan pegawai-pegawai kerajaan, maka saya menyeru kepada beliau agar tampil ke hadapan dan menjawab segala persoalan yang timbul", katanya. -TVS

Rasuah: Malaysia merudum lagi, negara Islam tercorot

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Ketika Pulau Pinang diiktiraf kerana usahanya memerangi rasuah oleh Transparency International (TI), Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke-47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.
Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45.
Paling mendukacitakan ialah apabila indeks yang dikelaurkan oleh TI itu menunjukkan negara-negara umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang memerangi rasuah.Negara-negara seperti Somalia, Iraq, Afghanistan dan Sudan berada di tangga paling bawah. Somalia berada di kedudukan tercorot iaitu ke-180, Iraq ke-178, Afghanistan ke-176 dan Sudan ke-173.Negara yang berada di tempat teratas ialah Denmark diikuti oleh New Zealand, Sweden dan Singapura.Di Malaysia, negara menanggung kerugian sebesar RM10 bilion setahun akibat rasuah - iaitu jumlah yang mencukupi untuk membina lebih dari 150,000 kos rendah jika diambilkira permohonan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) kepada kerajaan untuk menaikkan harga rumah kos rendah kepada RM60,000.
Dalam laporannya, TI membangkitkan amalan keluar masuk yang berterusan di antara bidang politik dan perniagaan di mana pihak tertentu bertukar-tukar tempat dari kedudukan sebagai ahli politik kepada ahli perniagaan atau dari ahli perniagaan kepada ahli politik dan terus keluar masuk di antara kedua-dua bidang itu.
Keadaan itu, menurut TI, mengakibatkan pengaruh yang negatif kepada konsep semak dan imbang.Laporan tersebut juga menyatakan bahawa hubungan serba kompleks antara politik, sektor awam dan sektor swasta itu mungkin mengakibatkan rasuah berlaku dengan bebas tanpa sebarang hukuman.Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low berkata, usaha mencegah rasuah di negara ini tidak ubah seperti melepas batuk di tangga sahaja jika tidak dilaksanakan tindakan drastik untuk memisahkan hubungan selesa antara kerajaan, perniagaan dan politik.
Low berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula tidak memperlihatkan hasil yang diinginkan dan orang ramai menganggap suruhanjaya itu mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan secara berpilih-pilih.Satu-satunya sisi yang positif dari laporan tersebut mengenai Malaysia ialah pengiktirafan yang diberikan kepada kerajaan Pulau Pinang dalam memerangi rasuah.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pihaknya menerima pujian itu dengan rendah hati.Beliau juga mengumumkan bahawa Pulau Pinang berjaya mengurangkan RM36 juta atau 12 peratus perbelanjaan operasi hasil usaha memerangi rasuah itu. _
SALAM IDUL FITRI ,
Saya mohon jutaan kemaafan di atas cukup lama tidak update blog . kesusahan yang mendengkam . tidak berhari raya . tidak perlulah saya bercerita . cukup untuk saya rasai .
semua itu tidak mematahkan semangat perjungan saya . semoga Allah swt merahmati saudara semua .
bersiap kita bertempur di Bagan Pinang !
SALAM IDUL FITRI DAN SALAM PERJUANGAN
DARIPADA
FARIZ MUSA DAN KELUARGA
MAAF ZAHIR DAN BATIN !

Rabu, 16 September 2009

UMNO Mungkar Kerana Mungkir ...SIAPA PENGKHIANAT MELAYU

Umno memang parti Durjana, Malukan Bangsa Khianati Agama. itu sajalah yang dapat kita sampaikan dan harap One bagan Pinang akan membuka mata dalam hal ini.
Pada hakikatnya Umno kini umpama pokok tua yang dahannya rapuh manakala akarnya reput tunjangnya berulat dan hanya menunggu masa untuk menyembah bumi. Bangsa Melayu yang tercinta punah jahanam kerana UMNO.
Umno ni memang sudah mereng, kerana gila kuasa dan wang ringgit. Dacing sudah senget kerana Umno mengamalkan sikap perkauman yang dalam dan fanatik. Mungkin fakta di bawah yang telah dikumpulkan dapat membantu membuktikan dengan jelas memang Umno menghina Islam dan memalukan Melayu..

San Miguel Corp


Mirzan Miguel anak lelaki Mahazir
Ahli Lembaga Pengarah Syarikat bir San Miguel.



Ahli Lembaga Pengarah Carlsberg Malaysia.








Y.A.M. Tunku Naquiyuddin,
Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali
Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin


Tan Sri Dato’ Alwi Jantan, Gunness Anchor Berhad


Dato’ Jaffar Indot Gunness Anchor Berhad


Tauke Judi UMNO
Tun Mohammed Hanif bin Omar Genting Deputy Chairman




TAN SRI ALWI JANTAN Resorts World Bhd Executive Director

Tan Sri Wan Sidek bin Hj Wan Abdul Rahman. Member/Independent Non-Executive Director
Datuk Paduka Nik Hashim bin Nik Yusoff
General (R) Tan Sri Mohd Zahidi bin Hj Zainuddin Independent Non-Executive Director
Tan Sri Mohd Amin bin Osman Independent Non-Executive Director

Tan Sri Dato’ Jaffar bin Abdul Non-Executive Director BERJAYA SPORTS TOTO BERHAD

Mohamed Saleh Bin Gomu Independent Non-Executive Directors BERJAYA SPORTS TOTO BERHAD

Umno sekarang bukan lagi seperti Umno dulu-dulu yang menjadi pohon rendang tempat Melayu beragama Islam berteduh. Tetapi sayang seribu kali sayang, keris yang terhubus itu tidak lebih daripada satu plot lakonan untuk mengabui mata rakyat semata-mata. Iman, Insan dan Islam diseleweng dan menuju saat-saat kemusnahan yang bakal mengundang nasib malang berpanjangan akibat UMNO sudah tidak tahu halal dan haram lagi. Umno bukan lagi Parti yang mahu menegakkan Bangsa dan mendokong agama malah bersama Umno Melayu Kecundang Islam berciciran.
Kalau dibiarkan berlarutan, virus yang di bawa UMNO akan menjadi 27 kali ganda bahayanya berbanding H1N1. Kalau UMNO terus disokong, maka bererti kita sedang menempah malapetaka.

RAMBUT RAYA !!!!!!! RAMBUT UBAN TIADA LAGI ! HANYA 7 - 10 MINIT !


KEBERKESANAN :

•7 - 10 MINIT PENGGUNAAN RINGAN UNTUK PERUBAHAN NYATA, KELIHATAN LEBIH MUDA
•KEHITAMAN TERSERLAH DARI AKAR UNTUK PENYUBURAN RAMBUT DAN KEHILANGAN UBAN
•6 KALI KEBERKESANAN DARIPADA SYAMPU HITAM RAMBUT LAIN DALAM PASARAN


HALAL !!!
FUNGSI :
•MENGHITAMKAN RAMBUT (SEGERA-10 MINIT)
•MENGHILANGKAN KELEMUMUR
•MENYUBURKAN RAMBUT
•MEMBEKAL NUTRIEN KE AKAR RAMBUT
•MENGHALANG KEGUGURAN RAMBUT / PERAPI RAMBUT

BAHAN :
•TUMBUHAN/HERBA DENGAN INTIPATI SEMULAJADI TULEN
(Polygonum multiflorum Thunb, Ginseng Asli, Esktrak Noni, Ganoderma Lucidium Asli, Amino, Collagen, ZPT)
•TANPA BAHAN KIMIA (UJIAN LAB)
•MUDAH DIGUNAKAN(CUCIAN SYAMPU)
•TAHAN LAMA, TIDAK PUDAR
•JIMAT MASA, DAPAT DIGUNAKAN DI MANA-MANA JUA



HANYA 7 - 10 MINIT !!!!

HANYA RM15.00
Bank in ke akaun Maybank saya 1050388093534
saya akan pos kepada anda ! Hubungi /SMS/email kepada saya :
019-9900288 / farismusa@gmail.com

BACA DULU ! RAYA-RAYA JUGAK KESIHATAN ADALAH PENTING

100% EKSTRAK NONI/MENGKUDU

Saya dulu tidak percaya.. tapi setelah saya menggunakan FED-NONI saya benar-benar yakin dengan izin Allah.

Diabetis saya , asma saya dan sakit saraf tulang belakang saya semakin pulih .

NONI ( panggilan orang Hawaii pada MENGKUDU ) telah membantu testimoni saya Pak Habib Danial ( Ketua Cabang Keadilan Sik ) yang saya berikan sebotol FED NONI sewaktu PRK Permatang Pasir , beliau mengalami sakit Darah Tinggi , tekanan darahnya sentiasa tidak stabil , Pak Habib telah menghubungi saya pada minggu lepas bahawa beliau terkejut tekanan darahnya NORMAL ! Baru dengan sebotol FED-NONI !!!!!

NONI mampu menyembuhkan pelbagai penyakit ! Anda mungkin tidak percaya tetapi itulah keajaiban NONI !

Diabetis , sakit jantung , asma , resdung , sakit saraf , gout , sakit kulit , tonsil , barah ( payudara,rahim,hati dan sebagainya ) , darah tinggi , stroke ( angin ahmar ) , gastrik , insomnia , sakit urat , kegemukan , sakit otot , rheumatism , gangguan otak , migrane , arthiritis , alergik , batuk berpanjangan , semput , jerawat , jerawat batu , mempertingkatkan tenaga batin , buah pinggang dan sebagainya .

HANYA TITIK ( 3,4,5 Titik ) DI BAWAH LIDAH !

Malah ramai lagi yang turut menggunakan NONI semakin sihat dan sembuh .

HANYA RM 40 !!!

HUBUNGI / SMS / EMAIL ALAMAT ANDA , FED NONI AKAN SAYA POSKAN !ANDA BANK IN KE AKAUN MAYBANK SAYA 105038093534 !

INSYAALLAH ! jika anda berhajat mencuba FED-NONI - HUBUNGI SAYA 019-9900288 ATAU EMAIL farismusa@gmail.com

Rakyat akan tolak parti bodoh sombong - Dr M

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Janji pembangunan dan perbuatan menabur wang tidak akan berkesan lagi apabila rakyat membenci parti yang bodoh sombong dan mengamalkan rasuah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Dalam apa yang dilihat sebagai respon segeranya terhadap sanggahan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu terhadap peringatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun semalam menulis mengenai "orang politik yang berpendapat jika dapat jadi Presiden parti maka kemenangan mereka dalam pilihan raya terjamin".
Walaupun tidak menyebut nama Samy Vellu, tulisan terbaru Dr Mahathir dalam blognya dilihat sebagai ditujukan kepada bekas Menteri Kerja Raya itu.Sebelum itu, Samy Vellu membidas peringatan Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) ketika merasmikan Perhimpunan Agung MIC Ke-63 Sabtu lalu.
"Perdana Menteri cakap, bila popular di dalam parti sahaja tak mencukupi. Perlu popular di kalangan rakyat juga."Biar saya cakap ini. Kalau popular di dalam parti baru anda bercakap di luar, dengan rakyat. Kalau tak, mereka akan tanya, siapa kamu?" kata beliau.
Dalam responnya itu, Dr Mahathir mendedahkan, orang politik yang percaya kedudukan sebagai presiden parti akan menjamin kemenangan pilihan raya itu "berusaha untuk menentukan kemenangan mereka melalui penyingkiran ahli yang tidak menyokong mereka, mengguna wang untuk membeli sokongan atau mengguna apa-apa kuasa yang ada pada mereka untuk menyogok, menjanji sesuatu kepada yang akan menyokong atau mengugut".
Hasilnya, kata bekas Presiden Umno itu, mereka menang dalam parti."Tetapi rakyat memerhati segala tindak-tanduk pemimpin dan ahli seperti ini."Apabila rakyat lihat perjuangan parti bukan lagi untuk rakyat; apabila mereka lihat rasuah dan ugutan yang menentukan kepimpinan, maka kepercayaan kepada parti dan pemimpinnya akan terhakis dan mungkin hilang lenyap," katanya.Beliau mengingatkan, apabila pilihan raya umum diadakan maka rakyat dan ahli-ahli parti sebagai pengundi akan menyatakan kekecewaan mereka walaupun mereka tidak dapat membuat apa-apa terutama apabila mulut mereka tertutup.
Perkara itulah yang telah berlaku pada Pilihanraya Umum ke 12 pada 8 Mac tahun lalu, katanya."Apakah kekecewaan rakyat disedari oleh pemimpin dan parti-parti politik. Hingga kini tidak ternampak yang parti dan pemimpin sudah betul-betul sedar."Yang merebut jawatan masih merebut dengan penggunaan cara-cara lama. Pembersihan parti tidak juga dilakukan. Pengamal politik wang masih diterima dan diberi tempat."Ahli-ahli biasa parti tidak memprotes sikap lama diteruskan. Bahkan ramai juga ahli yang berpendapat apa salahnya menabur wang. Mereka juga akan dapat sedikit habuan," kata Dr Mahathir.
Bekas Pengerusi BN itu mengingatkan bahawa kelebihan undi sedikit sahaja kepada parti lawan akan menyebabkan kekalahan.Dr Mahathir bagaimanapun tidak mengulas luahan kemarahan seorang perwakilan perhimpunan MIC itu yang mahu mengalungkan selipar pada gambarnya.
Seolah-olah membela tindakan itu, anak lelaki Samy Vellu, Vell Paari berkata, tindakan itu adalah semata-mata luahan kekecewaan terhadap Dr Mahathir dan pihak-pihak lain yang cuba campur tangan dalam urusan dalaman MIC.
Apa yang disifatkan sebagai luahan kekecewaan oleh Vell Paari itu berpunca dari pandangan Dr Mahathir sebelum itu.Ketika diwawancara akhbar Tamil, Makkal Osai, Dr Mahathir berkata, masyarakat India mengundi pembangkang dalam pilihan raya umum lalu kerana marahkan Samy Vellu."Jika masyarakat India mahu kemajuan dan melangkah ke hadapan, mereka mesti singkirkan Samy Vellu," katanya.
Vell Paari juga mengulas kenyataan Najib yang dibidas ayahnya."Para perwakilan juga kecewa dengan ucapan (perasmian) Najib yang tersirat kritikan terhadap Presiden MIC dan menggesa dilakukan perubahan di dalam parti, seolah-olah beliau mahu pasukan presiden dikalahkan," katanya.Kecaman perwakilan MIC terhadap Dr Mahathir itu bukanlah kecaman pertama kali dari dalam BN terhadapnya.Tiga tahun lalu, Dr Mahathir pernah merungut terhadap penghinaan dan sekatan Umno terhadapnya.
"Ada yang panggil saya beruk, ada panggil iblis, ini budaya Umno yang baru".
Beliau juga berkata: "Yang itu (sekatan) lebih pelik, lebih menghina saya bahkan jadikan saya pariah dalam Umno. Saya bekas Presiden jadi pariah dalam Umno".

Kurma dan Air Zam-zam; Penyelewengan Wang Rakyat Berjuta Ringgit?

MARANG – Penyelewengan berjuta ringgit wang rakyat mungkin berlaku dengan program kurma dan air zam-zam yang sebagaimana dilaporkan, diagih-agihkan kepada 300,000 penduduk negeri ini.
Penasihat Majlis Tindakan Dun (MTD) Pengkalan Berangan, Mohamad Deraman berkata kerajaan membayar RM 7.8 juta kepada Syarikat Al-Aqsa yang menjadi pembekal kedua-dua barang tersebut. Beliau mendedahkan, harga yang dibayar oleh kerajaan itu sepatutnya jauh lebih murah kerana harga asalnya adalah hanya RM6.00 sahaja.“Saya diberitahu oleh sumber yang rapat dengan pembekal ‘projek’ itu bahawa kerajaan negeri membayarnya dengan harga RM22.50 satu pek kurma dan air zam-zam.
“Harga asal yang sebenar termasuk dengan pembungkusan hanya sekitar RM6.00 sahaja tetapi dibayar RM22.50 satu pek,” dakwanya. Beliau berkata demikian pada majlis pemyampaian sumbangan Hari Raya kepada 110 orang penerima di kalangan fakir miskin di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Berangan, disini baru-baru ini. Katanya, walaupun dilaporkan kerajaan membelanjakan jutaan ringgit wang untuk program kurma dan air zam-zam, namun ia tidak sampai kepada seluruh rakyat.
Pada 31 Ogos lalu, Menteri Besar Dato’ Ahmad Said menjadi ’berang’ kerana kurma dan air zam-zam tersebut tidak diserahkan oleh JKKK ke setiap rumah rakyat.
Oleh yang demikian, Ahmad berkata, beliau akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana JKKK yang menyalahgunakan amanah yang telah diberikan.Justeru, mengulas perkara tersebut, Mohamad Draman berkata, ketelusan pentadbiran kerajaan kini dipertikaikan kerana masih mengamalkan diskriminasi terhadap rakyat di negeri inii. Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pengerusi Khairunnisa Negeri Terengganu, To’ Puan Aminah Mohamad iaitu isteri kepada Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali

Mirzan Menconteng Arang Ke Muka “fundamentalis Muslim”.???

Sekali lagi di dalam bulan Ramadan yang mulia ini, rakyat rasa terkejut dan pilu dengan tersiarnya kenyataan Mirzan Mahathir yang mengesahkan penglibatan beliau di dalam sebuah industri pengeluaran arak .
Beliau mendakwa bahawa perlantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan pemilikan 15% saham San Miguel Corp, Filipina, sebuah syarikat pengeluaran arak yang terbesar di negara tersebut, adalah semata-mata “urusan bisnes beliau semata-mata”. Beliau menganggap apa yang dilakukan tidak memberi implikasi kepada sikap dan anutan agama seorang. Hakikatnya, pengharaman arak oleh Allah (SWT) adalah tidak sekadar meminumnya sahaja. Malah, ia melibatkan semua kegiatan yang berkaitan dengan penghasilan dan penjualannya. Arak juga tidak mengenal kuantiti sama ada banyak atau sedikit, hatta setitikpun, hukumnya tetap haram.
Di dalam al-Qur’an Allah (SWT) berfirman yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak , berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”. (Surah al-Ma’idah: 90).
Di dalam sebuah hadis dinyatakan: “Rasulullah (SAW) melaknat tentang arak keatas sepuluh golongan: (1) yang memerahnya; (2) yang minta diperahkan untuknya; (3) yang meminumnya; (4) yang membawanya; (5) yang minta dihantarinya; (6) yang menuangkannya; (7) yang menjualnya; (8) yang makan hartanya; (9) yang membelinya; (10) yang minta dibelikannya”. (Hadis riwayat Tarmizi dan ibn Majah).
Adalah jelas sikap Mirzan Mahathir menampakkan kejahilan dan ketidakprihatinan beliau mengenai halal dan haram dalam sesuatu urusniaga dan implikasinya dari segi akidah dan shari’at Islam disisi Allah (SWT). Nyata beliau hanya memikirkan keuntungan kebendaan dan dunia semata-mata. Sikap seperti ini hanyalah dapat diterima oleh doktrin sekularime Barat dan amat bertentang dengan Islam meminta umatnya menghayati seluruh ajarannya secara kaffah (komprehensif).
Tindakan Mirzan, sudah pasti bukan sekadar mencemar imej diri, malah ia turut mencalar imej bapa beliau Tun Dr.Mahathir Mohammad ( Mantan Perdana Menteri) yang acap kali mengangkat diri sebagai “fundamentalis Muslim”.

Dr.Muhammad Nur ManutyPengerusi,
Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA),
PKR
14 September 2009

SPRM siasat Khir Toyo 6 jam

PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo disoal siasat kira-kira enam jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung rumah mewah beliau di Seksyen 7, Shah Alam dan penggunaan dana Badan Kebajikan dan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Selangor (Balkis).
Beliau berada di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya sejak pukul 8.30 pagi dan meninggalkan bangunan suruhanjaya itu kira-kira 2.30 petang tadi.Timbalan Pengarah Siasatan SPRM, Sazali Salbi mengesahkan kehadiran bekas Menteri Besar itu untuk diambil keterangan.Beliau juga mengesahkan Dr. Mohd. Khir diambil keterangan berhubung isu rumah mewah miliknya yang didakwa mencecah berjuta-juta ringgit dan penggunaan wang Balkis untuk tujuan bercuti di Amerika Syarikat.
Dalam pada itu, Dr. Mohd. Khir berjaya mengelak daripada diburu wartawan dan jurugambar yang menunggu beliau di lobi Ibu Pejabat SPRM sejak 8 pagi dengan menggunakan laluan paras bawah tanah.Malah difahamkan bekas Menteri Besar Selangor itu tidak menggunakan kereta beliau tetapi datang dengan menaiki sebuah kereta Proton Wira bagi mengelak dikesan wakil-wakil media.Dr. Mohd. Khir dalam kenyataan yang dipetik dari akhbar China Press hari ini berkata, beliau mampu membeli banglonya di Seksyen 7 kerana pernah menjadi Menteri Besar dan juga ahli politik.
Menurutnya, ketika mula membeli rumah itu, ia hanya bernilai RM3.5 juta tetapi selepas tiga tahun dan setelah diubahsuai, nilai rumah itu meningkat kepada RM5 juta.Berhubung laporan siasatan SPRM ke atas banglo mewahnya itu, Dr. Mohd. Khir pernah berkata, beliau sentiasa bersedia untuk disiasat.mStarthis

11 Okt pilihan raya Bagan Pinang

Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan.Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh penamaan calon pula ditetapkan 3 Oktober manakala tarikh keluar writ dan notis masing-masing pada hari ini dan esok.
Katanya, pilihan raya kecil tersebut akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 dan daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu."Daftar pemilih ini mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.
DUN Bagan Pinang mengalami kekosongan selepas penyandangnya Azman Mohammad Noor yang mewakili BN meninggal dunia pada 4 September lalu.Menurut Abdul Aziz, daftar pemilih tersebut akan mula dijual pada 18 Sept.
"Para pengundi juga boleh membuat semakan menerusi laman web SPR iaitu www.spr.gov.my atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR SEMAK NO KAD PENGENALAN ke 15888 pada tarikh yang sama," katanya.
Beliau berkata, 8,577 atau 62.77 peratus pengundi terdiri daripada kaum Melayu, 2,834 atau 20.74 peratus pengundi India, 1,498 atau 10.96 peratus pengundi Cina dan 755 atau 5.54 peratus terdiri daripada lain-lain bangsa (lihat carta). "Daripada pecahan itu, 7,912 pengundi terdiri daripada golongan lelaki manakala bakinya, 5,752 pengundi ialah pengundi wanita," katanya.
Menurut Abdul Aziz, dewan Majlis Perbandaran Port Dickson akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi manakala proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dibuat di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Port Dickson. "Untuk pilihan raya kecil ini, SPR akan membuka lapan buah pusat mengundi yang melibatkan lapan buah sekolah dan 18 tempat saluran mengundi," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Aziz turut mengumumkan penubuhan tiga Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) di bawah Seksyen 27B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk memantau dan mengawal aktiviti calon sepanjang tempoh berkempen."Pasukan berkenaan akan mula bertugas dari tarikh penamaan calon hingga tamat hari mengundi, dan akan diketuai oleh seorang pegawai penguatkuasa.
"Ia akan turut dianggotai oleh seorang pegawai polis, seorang wakil pihak berkuasa tempatan dan wakil-wakil calon yang bertanding," katanya sambil memberi amaran, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar subseksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954."Saya ingin tegaskan sekali lagi, jangan terkejut jika kita bertindak tegas dan mengenakan tindakan, dan jangan kata SPR berlaku zalim. Kita dah ingatkan banyak kali," katanya.
Di bawah subsesyen berkenaan, mana-mana pihak yang disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 1 tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.Seperti pilihan raya kecil yang lain, SPR turut membenarkan Malaysia For Free and Fair Election (Mafrel) menjadi pemerhati perjalanan pilihan raya kecil berkenaan. BERNAMA Malaysiakini

Tinjauan mStar: Peluang BN di Bagan Pinang...

Lima tahanan ISA dibebaskan hari ini - mStar

PUTRAJAYA: Lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kesemuanya anggota Jemaah Islamiah Malaysia, dibebaskan petang ini setelah dianggap tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.Mereka ialah Abdullah Daud, Mat Sah Mohd Satray, Ahmad Kamil Md Hanapiah, Mohd Nasir Ismail@Hassan dan Muhammad Amir Md Hanapiah.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata dengan pembebasan itu, kini tinggal sembilan lagi tahanan ISA terdiri empat rakyat Malaysia dan masingmasing seorang warga Bangladesh, Pakistan, Thailand, Singapura dan Indonesia.

IFTAR MPP AMK BERSAMA TUAN GURU SYEIKH MAHMUD AL-MAJZUB

Majlis Iftar Majlis Pimpinan Pusat Angkatan Muda Keadilan (MPP AMK) bersama Tuan Guru Syeikh Mahmud Al-Majzub.
Majlis tersebut akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 16 September 2009 (Rabu)
Masa : 7.00 petang
Lokasi : Madrasah Nurul Iman, Kg Nurul Iman, Bt 11 3/4, Jalan Kuari Sg Long, 43100 Hulu Langat, Selangor
Seluruh umat Islam dijemput hadir ke majlis tersebut.
Dato' Seri Anwar Ibrahim akan turut hadir
Tentatif program
7.20 : Berbuka puasa, solat Maghrib dan zikir
8.00 : Makan malam dan ramah mesra
8.45 : Solat Tarawih
9.45 : Tazkirah esklusif bersama Tuan Guru.

maaf lama tidak update blog

salam ramadhan almubarak ,

kesusahan kehidupan , kegawatan kewangan buat saya menghilang buat beberapa ketika . Broadband pulak kena bar. Alhamdulillah dapat pinjam WiFi broadband adik . Dapatlah saya update blog .
ramadhan banyak mengajar kita erti kesabaran , so sabar je la !

Terima kasih kepada teman-teman yang terus bersama .
selamat bersahur !
FM

Khamis, 10 September 2009

Hakim tolak permohonan ketepi saksi inkues Teoh

Sep 10, 09 1:51pm
Mahkamah Tinggi Petaling Jaya hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyemak keputusan koroner inkues kematian Teoh Beng Hock berhubung kebenaran memanggil saksi bagi mendedahkan dakwaan penderaan pegawai suruhanjaya itu.
"Tidak ada apa-apa yang tidak sah, tidak betul dan tidak wajar pada perintah koroner membenarkan saksi ke-20 memberikan keterangannya," kata hakim Yeoh Wee Siam.Hakim juga menolak permohonan peguam SPRM yang ingin mendapatkan perintah menangguhkan inkues sementara menunggu rayuan terhadap semakan itu di Mahkamah Rayuan.
Inkues terhadap kematian setiausaha politik exco kerajaan Selangor itu akan bersambung jam 9 pagi esok di Mahkamah Majistret Shah Alam.

bahtera NOH ?

Di Mt. Ararat , Timur Turkey

DI SEBUAH gunung yang sentiasa diselimuti salji, terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri berharga berusia lebih 5000 tahun. Peninggalan sejarah maha berharga itu bukan saja menarik minat pengkaji sejarah malah pihak perisik AS seperti CIA. KGB pun cuba menyelongkar. Pihak-pihak CIA telah menggunakan satelite dan pesawat 'Stealth' untuk mengambil gambar objek yang terdampar di puncak gunung itu.Gambar-gambar itu telah menjadi 'rahsia besar' dan disimpan rapi dengan kawalan ketat bersama rahsia-rahsia penting lain di Pentagon. Sudah beratus-ratus orang cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl bermaksud 'Gunung Sengsara' atau dengan nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa kerat saja yang berjaya. Lainnya terkorban.
Hingga hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki sahaja yang berjaya sampai ke puncak Mt Ararat dan dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yang 'maha berharga' itu. Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar. Apa yang masih menjadi tanda tanya, kesemua orang-orang yang berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai-bagai bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dengan penuh misteri. Hanya semata-mata kerana gambar tersebut. Memang ramai orang yang telah mengambil gambar kesan sejarah 'Noah' itu, telah mati secara misteri.
Soalnya sekarang, mengapa 'kuasa-kuasa besar' mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya ditempat rahsia tentera?. Mengapa mereka tak mau mengesahkan peninggalan 'Noah' itu benar-benar ada di puncak Mt Ararat? Pada masa yang sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark! Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2,000 tahun sebelum dijumpai, kerana selama itu orang menafikannya. Samalah The Great Noah Ark tu pun. Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5,000 tahun dan selama 5,000 tahun itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa untuk dibongkar.
Sebenarnya, zaman Nabi Noah AS dulu tidaklah seprimitif yang kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu mereka dah maju ke depan. Pengetahuan Sains mereka dah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yang digunakan untuk menyadurkan logam. Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer, Noah AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C.
Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada didunia sekarang. Mengikut para pendaki yang pernah melihat "Noah Ark" di puncak Mt Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yang cukup hebat. "Noah Ark" itu diperbuat daripada spesis kayu purba anyg memang sudah tidak ujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk 'kotak kasut', tidak cantik, tapi sangat berfungsi. Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit. Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dengan jari yang digunakan oleh orang-orang zaman dahulu.
Bersamaan 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna panjang "Noah Ark" ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi. Ada juga Para Pengkaji berpendapat,"Noah Ark" berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup untuk memuatkan 170 gerabak keretapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak untuk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.Hari ni terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini. Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik / burung, 6300 jenis reptilia, 2500 jenis amfibia yang menaiki The Great Noah Ark itu. Berat kargo / muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan.
Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat: Perumpamaan Ahlul Baytku ibarat Bahtera Nuh. Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam. (Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277;Al-Tabrani, al-Mu'jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168)
The Great Noah Ark ini berada di Mt Ararat, dimanakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar? Mengikut seorang pengkaji 'Noah Ark' ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yang terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat Mt Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yang unik. Antara salah satu keunikan yang terdapat pada gunung ini ialah, setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.
Mt Ararat ini ialah salah satu gunung yang mempunyai kemuncak yang luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yang tertinggi sekali di Turkey. Gunung ini tegak sendirian dengan kemuncak dipanggil Ararat Besar dgn ketinggian 16,984 kaki. Bertentangan dengan sebuah lagi kemuncak gunung yang dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit. Orang yang menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu Russia, Iran,Turkey.Kedudukan Mt Ararat yang sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu. Kalau anda tengok CNN, hari ni pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey vs Puak Guerilla Qurdish yang mahukan kemerdekaan dari kerajaan Turkey. Keluasan dasar [bawah] Mt Ararat itu kira-kira 25 batu garis pusat. Garispusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira-kira 200 kaki. Ketulan2 air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora.
Sebuah 'anchor' purba yang besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yang digunakan oleh 'Noah Ark' semasa berlabuh di puncak Mt Ararat. Sebuah 'batu nisan' yang didakwa kepunyaan Nabi Noah AS telah dijumpai di Mt Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang. Pada tahun 1917, Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 orang pakar pelbagai bidang yang terdiri dari jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik The Great Noah Ark tersebut.
Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan untuk sampai ke puncak Mt Ararat itu. Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui 'Noah Ark' tersebut. Dalam keadaan tergaman, kagum mereka mengambil gambar sebanyak yang mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur size 'Noah Ark' dan didapati 'Noah Ark' itu berukuran 500 kaki panjang, 83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya tenggelam didalam salji].Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala 'laporan siasatan' itu masih disimpan atau dimusnahkan.

Semoga Ustaz Zul Dipilih Sebagai Calon PAS PRK Bagan Pinang

"Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar adalah antara tiga nama telah disenaraikan untuk dipilih sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang."


Itu petikan yang saya ambil daripada blog China Islam . Saya amat mengenali Ustaz Zulkefly @ Ustaz Zul . Seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. 5 Tahun di Negeri Sembilan sewaktu saya berkhidmat sebagai guru di Felda Palong , Jempol , Negeri Sembilan dan bergerak aktif sebagai Setiausaha Keadilan Cabang Jempol memberikan saya ruang mengenali Ustaz Zul.

Seorang yang sangat kuat bekerja , mempunyai semangat juang yang tinggi serta komitmen kepada perjaungan parti PAS . Sekiranya ada jemputan berceramah di sekitar Negeri Sembilan , saya pasti akan digandingkan bersama Ustaz Zul.

Beliau sentiasa membicarakan isu-isu berkaitan rakyat Negeri Sembilan yang diperbodohkan oleh UMNO Negeri Sembilan . Semangat juangnya dan istiqamah beliau dalam perjuangan menjadikan suasana politik di Negeri Sembilan semakin menghampiri untuk merampas Negeri Sembilan dari UMNO. PRU 12 UMNO/BN Negeri Sembilan hilang 2/3 majoriti.

Saya amat bersetuju sekiranya beliau dipilih oleh pucuk pimpinan PAS untuk bertanding sebagai calon PAS di PRK bagan Pinang . Saya dan jentera AMK akan turun membantu dan bekerja habis-habisan bagi memastikan kemenangan PAS di PRK Bagan Pinang atas prinsip setiakawan Pakatan Rakyat.

Tarian Pendet : Rakyat M'sia di Jakarta diancam dengan buluh runcing

Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.
Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di Jakarta khasnya, agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan, berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.
Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.
Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.
Sebelum ini pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali (gambar).
Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".
Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.
Bagaimanapun, detikcom melaporkan tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam.-Bernama

MB T'ganu Beri Berita Harian Seminggu Mohon Maaf

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said memberi tempoh seminggu kepada Berita Harian supaya memohon maaf kepada beliau berhubung satu laporan yang didakwanya mempunyai unsur fitnah.Katanya jika akhbar berkenaan gagal berbuat demikian, beliau akan mengambil tindakan undang-undang kerana menyiarkan laporan itu pada 4 Sept lepas."(Laporan) ini jelas memfitnah kerana saya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini Rabu.
Sambil melahirkan rasa kecewa terhadap berita bertajuk "Muhyiddin Mahu Selesai Kemelut BN Terengganu" itu, Ahmad berkata laporan itu gagal menyiarkan perkara sebenar pada majlis yang dihadiri lebih 5,000 rakyat Hulu Terengganu sebaliknya melihat daripada sudut politik semata-mata.
Dalam kenyataan setebal lima muka surat yang dibacanya, Ahmad berkata selama ini beliau mengelak dari memberi sebarang komen berkaitan politik untuk meredakan keadaan serta tidak mahu menimbulkan sebarang persepsi negatif mengenai hubungannya dengan pentadbiran dan politik."Saya sudah lama bersabar. Walaupun saya telah memberikan penjelasan secara tertutup kepada pihak media beberapa bulan lepas, namun masih ada yang tidak memahami keadaan atau sengaja tidak mahu menerima kebenaran."Laporan akhbar terbabit adalah penghujung kesabaran saya kerana ia jelas telah memfitnah saya," katanya.
petikan Berita Harian
Kemelut dalaman kepemimpinan Umno negeri dikatakan berpunca daripada tindakan Ahmad tidak melantik wakil rakyat sebagai Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), sebaliknya menyerahkan tugas itu kepada Ketua Umno bahagian yang turut diberi kuasa melantik Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Berikutan itu, sekurang-kurangnya 10 Adun melakukan beberapa tindakan sebagai protes, antaranya memboikot persidangan DUN dan dikatakan mahu menyertai pembangkang walaupun desas-desus itu dinafikan oleh Muhyiddin.
"Saya yakin mereka pemimpin yang masih kuat semangat dan cintakan parti. Kita akui ada masalah, tetapi bukan mahu lompat parti. Di Terengganu, sokongan masyarakat kepada BN kuat. Sebab itu kita menang pilihan raya. Oleh itu, kita perlu melaksanakan amanah yang disandarkan kepada wakil rakyat," katanya.
Selain Hishamuddin, majlis itu dihadiri Menteri Besar dan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Tengku Putera Awang. Bagaimanapun, sebahagian besar Adun tidak hadir.
Exco yang hadir ialah Rozi Mamat (Telemong), Datuk Abdul Rahin Mohd Said (Teluk Pasu), Datuk Za'abar Mohd Adib (Rantau Abang), Yahya Khatib Mohamad (Pengkalan Berangan) dan Ahmad Razif Abdul Rahman (Seberang Takir) serta Adun Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar .
Adun yang tidak hadir ialah Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih), Datuk Rosol Wahid (Ajil), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Muhammad Ramli Nuh (Tepoh), Ramlan Ali (Jabi), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Alias Abdullah (Alor Limbat), Dr A Rahman Mokhtar (Kuala Besut), Khazan Che Mat (Batu Rakit), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Pehemi Yusoff (Kota Putera), Rosli Othman (Kemasek), Zakaria Abdullah (Paka), Ashaari Idris (Langkap) dan Nawi Mohamad (Hulu Besut) Dua Exco tidak hadir ialah Datuk Mohamed Awang Tera (Chukai) dan Khazan Che Mat (Batu Rakit), manakala Toh Chin Yau (Bandar) dari MCA.