klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 27 November 2009

AMK Menyokong Keputusan Selangor Boikot Program BTN

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan

26 November 2009

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia menyokong sepenuhnya keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk melarang kakitangan kerajaan serta pelajar di bawah anak syarikat untuk menyertai program “brainwash” anjuran Biro Tatanegara (BTN). Tindakan yang tegas tersebut telah menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat memang serius dalam menghapuskan fikiran perkauman sempit daripada terus meracuni pemikiran rakyat.

Selepas mengambil alih kuasa Kerajan Negeri Selangor, Pakatan Rakyat telah berusaha gigih untuk melaksanakan pelbagai dasar dan rancangan yang memanfaatkan semua rakyat Selangor tanpa mengira kaum. Salah satu matlamat Pakatan Rakyat adalah menghapuskan institutional racism yang lama diwujudkan oleh Barisan Nasional. Program BTN merupakan propaganda perkauman sempit yang perlu diperhentikan dengan segera.

Selepas 52 tahun merdeka, Malaysia masih dipecah-belahkan dengan Bumiputra dan bukan Bumiputra, sistem kuota yang berlandaskan kaum, sekolah aliran kebangsaan yang didiskriminasi serta terpinggir. Kesemua ini telah mewujudkan ketidakadilan serta perpisahan di antara kaum yang sekaligus merosakkan perpaduan negara.

Pada bulan September tahun lepas, pemimpin Pakatan Rakyat telah mendedahkan insiden di mana terdapat pelatih BTN yang mengeluarkan hujah-hujah perkauman yang keterlaluan. Antaranya adalah “Bangsa Malaysia” tidak pernah wujud, bila nampak ular dan orang India, pukul orang India dulu, orang Kristian tidak suka Muslim dan sebagainya.

Lebih mengesyaki adalah nota dan buku teks program BTN adalah tidak dibenarkan bawa keluar. Sekiranya program BTN yang dikatakan niat baik serta memupuk semangat perpaduan, mengapakah pihak berkenaan risau untuk pengetahuan orang ramai?

Lebih mengecewakan lagi adalah Kerajaan Persekutuan telah memberi peruntukan sebanyak RM62 juta kepada BTN dalam Bajet 2010. Peruntukan yang terlampau tinggi ini perlu dikaji semula khasnya terdapat banyak penyelewangan telah dikenalpasti. Perdana Menteri perlu bertanggungjawab ke atas masalah tersebut kerana program BTN jelas bercanggah dengan konsep “Satu Malaysia”.

Akhirnya, AMK menyeru agar semua negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat akan boikot program BTN. Dengan desakan dan kuasa rakyat untuk membuka isi kandungan serta module BTN, barulah kursus perkauman sempit seperti BTN boleh dihapuskan.

Lee Khai Loon
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan