klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 19 November 2009

Benarkah Anak Seorang Exco Ditahan Kerana Dadah?

Oleh: Jebat Derhaka

Heboh diperkatakan di negeri Terengganu terutamanya di Daerah Besut dimana seorang anak EXCO Kerajaan Negeri Terengganu ditahan baru-baru ini oleh pihak polis di dalam satu sekatan jalanraya. Dalam sekatan tersebut anak Exco itu dikatakan memandu kereta rasmi Exco milik kerajaan negeri dan pihak polis telah menjumpai dadah yang disembunyikan di bonet kereta tersebut.

Jumlah dadah tersebut dikatakan jika disabitkan kesalahan boleh membuat hukuman mati mandatori.

Exco tersebut yang juga salah seorang Adun di kawasan Parlimen Besut kini berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Namun begitu pihak tertentu UMNO Negeri dikatakan sedaya upaya ingin menyembunyikan serta menutup kes tersebut agar tidak dihidu oleh rakyat bagi menjaga nama baik UMNO.

Begitulah UMNO, dadah, ajaran sesat, arak, zina, rasuah, menipu sudah menjadi darah daging mereka. Besut terkenal di Terengganu sebagai kawasan hitam selain Dungun. Ajaran sesat Ayah Pin pun bersarang di Besut dan sehingga kini tidak ditangkap kerana dilindungi oleh UMNO. Manakala di Kuala Terengganu pula seorang Ketua Wanita di salah satu cawangan disini dikenali sebagai agen pinjaman haram "along". Dia dikatakan mampu hidup mewah sekarang ini kerana mendapat komisyen along yang lumayan.
Seorang lagi adun UMNO pula sekarang ini sedang menyiapkan rumahnya di Tok Jiring dengan nilaian harga ratusan ribu ringgit. Ada ahli parlimen dan adun lain pula membuat rumah dengan nilain jutaan ringgit. Dimana mereka mendapat wang tersebut? Kala setakat gaji dan elaun mereka sebagai adun atau ahli parlimen, meeka masih tak mampu untuk membuat rumah melebihi tiga ratus ringgit dan punya kereta yang berharga lebih seratus ribu ringgit. Tetapi sebab mereka berada dalam UMNO, tidak siapa pun yang berani ganggu, kalau SPRM siasat pun hanya untuk mengaburi mata rakyat saja atau lakunan saja. Kita lihat saja dakwaan seorang adun UMNO di Kemaman yang ditangkap kerana rasuah baru-baru ini dan juga dua orang bekas adun daerah Kuala Terengganu dan Dungun yang juga ditangkap atas tuduhan rasuah. Akhirnya kes itu senyap dan apa yang kelihatan mereka masih pegang jawatan penting dalam parti dan bebas ke sana sini. Bagi mereka dalam UMNO kes sebegini amat mudah dihadapai kerana "jika aku kena, orang pun mesti kena kerana masing-masing pun ada rasuah dan kes juga". Akhirnya untuk menutup lebih banyak kes terbongkar, mereka cari jalan agar kes-kes yang dah terdedah ditutup.

Yang tolol dan bodoh ialah melayu UMNO juga yang percaya dengan pemimpin mereka yang hidup mewah hasil rompakan hak rakyat dan negeri itu. Bila diberikan kain pelikat dan kain batik sehelai, wang tiga ratus ringgit, puak UMNO bukan main gembira dan bersorak sakan tanpa mengira lagi akan dasar perjuangan mereka itu merosakan aqidah mereka. Bagaimana kalau puak Yahudi datang dan memberi seratus ribu seorang dan denagn syarat mesti ikut agama mereka, agaknya ramailah yang kufur jadi Yahudi kerana wang yang banyak itu. Nilai Melayu UMNO hanyalah dengan wang tiga ratus ringgit dan sehelai kain pelekat atau batik. Patutlah Melayu terus merempat, dihina dan tidak dihormati lagi oleh bangsa lain. Mereka tidak sedar selama ini mereka diperbodohkan dan dijadikan alat oleh pemimpin mereka saja untuk dapat kuasa dan pangkat.

Betullah kata seorang kawan dari bangsa Cina, orang Melayu boleh dibeli dengan wang dan wanita. Mereka sanggup buang hukum agama dan mencemar nama bangsa semata-mata kerana wang dan wanita. Itulah dia Melayu UMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan