klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 15 November 2009

Double Standard SPRM terbukti apabila hendak siasat TGNA

TG Nik Aziz terpaksa membatalkan pemergian beliau ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan fardhu haji apabila wang pembiayaan ikhlas RM65,000 oleh seorang yang sangat rapat seperti hubungan ayah dan anak dipertikaikan dan bagaimana UMNO berusaha mencalarkan imej TGNA dalam kes tersebut.
Desakan UMNO agar pihak SPRM membuka kertas siasatan terhadap TGNA . Apa lagi dengan pantas SPRM terus menyatakan persetujuan untuk membuka fail bagi menyiasat isu tersebut . Kalau-kalau ada unsur-unsur rasuah dalam pemberian tajaan tersebut .
Bagaimana pula dengan bekas MB Selangor , Mohd Khir Toyo dan keluarganya menggunakan wang rakyat beserta pegawai kerajaan negeri yang lain, membelanjakan hampir RM1.6 juta untuk membiayai dua lawatan ke luar negara, termasuk lawatan ke Paris dan Orlando Disneyland termasuk lawatan pada tahun 2004 ke Disneyland Paris dan persinggahan transit selama empat hari di Dubai.Perkara ini didedahkan dalam siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) hari ini.
Antara pendedahan mengenai lawatan keluar negeri itu, dalam tempoh antara 17 hingga 24 Disember 2004 ialah:
1. Turut menyertai lawatan tersebut ialah isteri Dr Mohd Khir – Datin Seri Zaharah Kechik dan tiga anak mereka serta seorang orang gaji.
2. Delegasi rasmi membelanja sejumlah RM416,000 bagi lawatan tersebut.
3. Kumpulan yang pergi mengendalikan urusan bagi lawatan tersebut membelanjakan RM366,000.
4. Persinggahan transit di Dubai membabitkan perbelanjaan RM10,000.
Apa tindakan SPRM dalam kes penyelewengan wang rakyat yang secara nyata dan terbukti berlakunya jenayah tersebut ? Kenapa tiadakan tindakan pantas dan cergas dilakukan oleh SPRM membuka fail serta mendakwa Khir Toyo ?
Sikap double standard yang dilakukan oleh SPRM ini membuktikan SPRM adalah merupakan 'barua' UMNO / BN . Menjadi perkakas pimpinan UMNO / BN yang tidak bermoral dan bermaruah . Integriti dan kredibiliti SPRM adalah sangat memalukan . Tindakan mensasarkan siasatan dan tindakan terhadap pimpinan PR dan Kerajaan PR diambil secara segera walaupun hanya daripada khabar angin . Malah SPRM dilihat sebagai satu badan yang membersihkan pimpinan UMNO / BN walaupun secara jelas mereka terlibat dengan rasuah dan penyelewengan . Ikan bilis ditangkap manakala jerung besar lepas bebas .
farizmusa.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan