KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, isu berkaitan cabaran yang dibuat anggota Parlimen parti itu dari Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin supaya Naib Presiden PKR, R.Sivarasa meletak jawatan telahpun diselesaikan.Kata Anwar, beliau telah menemui Zulkifli untuk mendapatkan penjelasan dan hasil pertemuan itu beliau berpendapat bahawa cabaran itu adalah tidak perlu.
"Mengenai kenyataan Sivarasa dan Zulkifli itu, kita dapat selesaikan kerana dalam kenyataan amaran saya, saya ingatkan bahawa sesiapa yang mahu pertahankan PKR, agenda reformasi kita, agenda perubahan dan dasar perjuangan dan prinsip yang jelas dan amaran ini menyeluruh dan saya tidak namakan sesiapa."Jadi kenyataan Sivarasa menyebut Zulkifli, dan Zulkifli bangkit untuk menyatakan hak dia untuk menjawab. Saya berpendapat jawapan dia tak perlu mencabar sebaliknya hanya perlu dijelaskan.
"Perkara ini sudah dijelaskan dan saya rasa berakhir setakat ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Zulkifli hari ini yang mencabar Sivarasa yang juga anggota Parlimen PKR untuk meletak jawatan dalam parti. BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan