klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 24 November 2009

SEMARAK TERENGGANU : Lantik Sabaruddin Chik Sebagai Pengerusi T-Best Events – Lagi Muslihat Kerajaan Umno/BN ??

KUALA TERENGGANU – Tiba-tiba, pada 14 Ogos lalu, bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sabaruddin Chik muncul memberi kenyataan akhbar selaku Pengerusi Piala Monsun, selepas pelancaran klinik layar Sekolah Pelayaran Monsun (MSS) di Pusat Maritim Putrajaya. Belum pun musim tengkujuh dan ribut monsun bertiup, T-Best Events Sdn Bhd, pengendali acara sukan perahu layar Piala Monsun itu sudah bertukar pengerusinya. Sebelumnya, bekas Exco Dato’ Wan Hisham Wan Salleh menerajui syarikat yang penuh kontroversi tersebut sejak ia ditubuhkan.

Apakah agenda terbaru Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam mengendalikan Piala Monsun yang telah menghabiskan ratusan juta ringgit wang hasil royalti itu? Yang lebih menghairankan, pada 7 Ogos tahun lalu, Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said berkata, penganjuran kejohanan kapal layar Piala Monsun diambil alih oleh kerajaan Terengganu daripada syarikat T-Best Events Sdn Bhd.

Namun, dilihat dari kemunculan bekas Menteri Pelancongan itu bersama-sama Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim (gambar dari kiri - Sabaruddin, Razali), seolah-olah piala monsun sudah menjadi hak milik kerajaan pusat.

Perjalanan Piala Monsun yang berbelit-belit, penuh mistri dan kontroversi sejak tahun 2005 ketika ia mula diadakan pada zaman bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh. Sehingga kini, tidak pernah dibentangkan kepada umum secara rasmi, berapakah perbelanjaan sebenar penganjuran sukan yang dikatakan bertaraf antarabangsa itu.

Piala Monsun dilaksanakan dengan beberapa komponen projek pembangunan yang mungkin sudah ‘membaham’ lebih satu billion ringgit wang rakyat Terengganu. Ia tidak boleh diadakan dengan hanya membeli 10 buah perahu layar ‘Foundation 36, yang dibeli dengan harga RM1 juta sebuah.

Pembinaan infrastruktur lokasi tempat pertandingan di pulau Duyong sahaja sudah menelan beberapa ratusan juta ringgit.

Yang pertama, pembinaan Heritage Bay Club atau Kelab Teluk Warisan (kini Riyaz Heritage) dengan pembangunan chalet yang dilaporkan berharga RM1 juta setiap unit.

Kedua, pembinaan marina untuk perahu layar berlabuh sahaja dilaporkan sudah menelan perbelanjaan RM200 juta.

Ketiga, perahu-perahu layar yang berlumba dalam ‘kolam’ pulau duyung itu tidak boleh berlumba tanpa didalamkan teluk tersebut. Dan kos mendalamkan ‘kolam’ itu dilaporkan adalah lebih RM500 juta.

Sebab itu, Wan Hisham terus tersenyum walaupun kalah dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu!
Dan kini, dengan pelantikan Sabaruddin Chik, sebagai Pengerusi T-Best Events Sdn Bhd, pasti ada muslihat yang tersembunyi dan rakyat berhak merasa syak wasangka kerana sehingga kini, laporan pengendalian Monsun Cup tidak pernah didedahkan.

Apatah lagi, bila Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu mengumumkan pengambilalihan Kelab Teluk Warisan menjadi Riyaz Heritage membelanjakan RM1 juta untuk menambahkan kelengkapan-kelangkapan yang entah apa-apa.

Kemudian, Ahmad Said hendak pertimbangkan supaya Monsoon Cup dilanjutkan lagi selepas tamat kontrak penganjurannya pada tahun 2012 !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan