klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 6 November 2009

Taman Ilmu Gagal, Tergendala ?

BESUT - Genap setahun pemerintahan Menteri Besar Terengganu yang penuh kontroversi, Dato’ Ahmad Said, menyifatkan projek Taman Ilmu yang bernilai RM410 juta, gagal direalisasikan sebagai sebuah ’pusat ilmu bertaraf dunia’.
Ketika mengadakan sesi soal jawab panjang (selama sejam) bersama media, beliau mendedahkan, belum ada satu pun universiti luar negara yang memohon untuk menawarkan khidmat pendidikan di Taman Ilmu.Beliau berkata demikian di Wisma DarulIman, Mei lalu, apabila para wartawan mendesaknya dengan soalan bahawa, beliau telah meminggirkan Besut dalam agenda pembangunannya sebagai Menteri Besar.
Disamping itu, dalam sidang media yang sama, Ahmad tidak dapat menyembunyikan realiti bahawa, pembangunan Taman Ilmu dan Kampus Induk UDM yang dibuat ’mudah-mudah’ semasa zaman Idris dan Pak Lah, tidak berjalan dengan licin.Katanya, projek-projek mega termasuk pembinaan Taman Ilmu sebelum zamannya adalah merupakan projek ’terus’ dari Kuala Terengganu ke Putrajaya.Sebaliknya, katanya, beliau terpaksa memasukkan perbelanjaan pembinaan tersebut dalam bajet tahunan pada setiap tahun, dan menghantar kepada Putrajaya.Keadaan tersebut adalah kerana, pada zaman Idris dan Pak lah, wang royalti minyak Terengganu dibelanjakan secara ’agak bebas’, namun pada masa Ahmad, ia dimasukkan dahulu kepada akaun kerajaan negeri.Realitinya, pembinaan Taman Ilmu dan Kampus UDM benar-benar tergendala !Senarai projek dalam pembinaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerjaraya
negeri Terengganu (JKRNT) tahun 2008 telah menunjukkan lima ’parcel’ pembinaan komponen Taman Ilmu dan Kampus Induk UDM telah mengalami kelewatan selama sembilan bulan.JKRNT meletakkan jangkaan, keenam-enam ’parcel’ pembinaan dijangka siap pada Disember tahun 2008. (Lihat Dokumen dibawah)


Kampus UDM Besut


Tinjauan wartawan Buletin ke lokasi tapak pembinaan Taman Ilmu dan Kampus UDM semalam mendapati, tidak banyak aktiviti pembinaan dijalankan, bahkan sebahagiannya terhenti samasekali.Beberapa individu yang ditemui berhampiran lokasi tersebut mengesahkan pembinaan berlaku agak perlahan sejak beberapa bulan lalu.Mohd Sulaiman, 66, (bukan nama sebenar) seorang pesara berkata beliau sedar aktiviti pembinaan Taman Ilmu bergerak agak perlahan namun beliau tidak tahu mengapa berlaku demikian.

Manakala seorang bekas guru, Adnan Ahmad, 70, berasal dari Kampung Air Tawar, Kuala Besut, mendakwa pembangunan Taman Ilmu mungkin tergendala kerana kekurangan wang yang disalurkan oleh pihak yang berkaitan.Beliau turut menambah, pembinaan kampus UDM disitu, bukan lagi menjadi kampus utama sebagaimana yang di ’impikan’ oleh Idris.”Ia dah jadi kampus cawangan, UDM cawangan Besut, ’puak-puak tu’ tak mahu jadikan kampus induk,”katanya, tanpa mengulas lanjut, siapakah yang dimaksudkannya sebagai ’puak-puak tu’

Tiada ulasan:

Catat Ulasan