klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 7 Disember 2009

BTN, Jangan Rombak Kerana Pembangkang -Puteri UMNO

Puteri UMNO sambut baik saranan Dr Mahathir

SHAH ALAM – Puteri UMNO menyambut baik saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar program Biro Tata Negara (BTN) dikekalkan dan Kerajaan tidak merombak modulnya semata-mata disebabkan desakan pembangkang, kata Ketuanya, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin“Sudah tentu BTN perlu dikekalkan kerana program ini memberi kesedaran kepada peserta mengenai kesetiaan kepada negara, memupuk sifat kepimpinan dalam kalangan generasi muda.

“Usaha baik pulih BTN telah dicadangkan dahulu lagi. Jadi jika BTN dirombak, ia bukan disebabkan desakan pembangkang. Mereka tidak perlu mengambil kesempatan dengan ‘menangguk di air keruh’,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, pembangkang akan menafikan sebarang usaha kerajaan walaupun ia bagi kebaikan semua dan meminta penjawat awam tidak termakan hujah pembangkang.“Perbuatan pembangkang sungguh kolot. Bukan sahaja BTN mereka bantah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan institusi mahkamah juga menerima nasib yang sama. Walaupun langkah kerajaan untuk kebaikan semua, mereka menilai semua benda tidak adil.

“Saya meminta penjawat awam terus menyertai kursus BTN, walaupun ia diharamkan di beberapa negeri dan kerajaan tidak perlu tunduk kepada desakan pembangkang,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan