klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 5 Disember 2009

Najib kata dakwaan Bala tidak berasas

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya bersuara terhadap dakwaan bahawa adiknya, Datuk Mohamed Nazim telah memaksa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpahnya.Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan itu yang menurutnya tidak berasas.
Apabila soalan itu diajukan kepada beliau dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno malam ini, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak akan melayan kenyataan semberono.
Beliau diminta mengulas dakwaan Balasubramaniam dalam siri video wawancaranya yang disiarkan dalam Youtube.Dalam wawancara tersebut, Balasubramaniam mendakwa Nazim dan beberapa individu lain, bertindak sebagai proksi Najib bagi memaksanya menarik balik akuan bersumpah pertamanya.
Beliau juga mendakwa ditawarkan RM5 juta oleh Nazim dan individu lain yang dikaitkan dengan kes tersebut.Akuan bersumpah itu mengandungi dakwaan yang Najib mempunyai hubungan dengan Altantuya Shaariibuu, di mana Najib telah menafikannya.
Balasubramaniam telah menarik balik akuan bersumpah pertamanya itu dalam tempoh 24 jam dalam situasi yang meragukan dan meninggalkan negara bersama anggota keluarganya.
Walaupun pelbagai pihak telah mendesak Najib supaya memberi reaksi terhadap perkembangan terbaru itu, tetapi perdana menteri dan adiknya itu sebelum ini, hanya membisu.Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata ianya telah memulakan siasatan terhadap isu tersebut.

Royalti minyak
Sementara itu, dalam isu berbeza, Bernama melaporkan Najib berkata beliau tidak pasti mengenai penglibatan bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai kaukus mengenai royalti minyak Kelantan kerana perkara itu belum disahkan. Najib berkata kerajaan juga tidak berhasrat mengambil alih soal penubuhan kaukus mengenai royalti minyak Kelantan yang kini diusahakan oleh pembangkang. "Nak take over macam mana... kerajaan telah pun membuat pendirian berhubung perkara itu," katanya.
Mengenai isu anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kota Siputeh, Kedah, Datuk Abu Hasan Sarif, Najib berkata Umno akan menunggu keputusan mahkamah sebelum mengambil apa-apa tindakan. "Bersalah atau tidak bersalah mahkamah yang akan tentukan... sekarang proses mahkamah masih belum selesai," katanya.
Kerusi Kota Siputeh disandang Abu Hassan daripada Barisan Nasional (BN) sebelum diisytiharkan kosong 16 November lalu oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berikutan kegagalan beliau menghadiri dua persidangan dewan itu secara berturut-turut tanpa kebenaran Speaker. Bagaimanapun Abu Hassan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, melalui peguamnya Datuk Mohd Hafarizam Harun dan kini menunggu keputusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan