klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 25 Oktober 2010

Guna masjid sebagai tempat daftar pengundi UMNO.. UMNO sudah semakin gila

Shafie Apdal: Guna masjid daftar pengundi Umno - malaysiakini


Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal mencadangkan agar Umno menggiatkan usaha mendaftkar anggota mereka sebagai pemilih dalam pilihan raya menggunakan masjid di seluruh negara.

Katanya, ini kerana, masjid tersebut merupakan tempat di mana "padatnya umat Melayu".

Naib Presiden UMNO Datuk Shafie Apdal sewaktu menyampaikan pergulungan dalam Perhimpunan UMNO benar-benar sudah menampakkan kehilangan punca. Saya rasa tertarik dengan kenyataan tersebut seolah-olah UMNO sudah kehilangan punca dan semakin tertekan sehingga menjadikan masjid sebagai tempat untuk kempen keahlian UMNO dan daftar pengundi baru .

Alasannya ialah kerana masjid adalah merupakan lokasi padatanya orang melayu , Justeru langkah terbaik UMNO ialah buka kaunter pendaftaran umno di masjid-masjid. Hendak cakap mabuk rasanya tidak Shafie Apdal ni, Tapi memang benar-benar 'mabuk' sehingga kerana terlalu takut dengan bayang-bayang sendiri sanggup jadikan masjid untuk lokasi berpolitik.

Kalau sebelum ini bukan main lagi pemimpin-pemimpin UMNO menunding jari kepada pembangkang yang kononnya menggunakan masjid untuk berpolitik . Serangan bertubi-tubi dihamburkan kepada pembangkang yang dilihat merosakkan institusi yang dilihat seharusnya bebas daripada fahaman atau doktrin politik kepartian kini hendak menjadikan masjid sebagai medan politik mereka .

Kenyataan bersifat desperado yang menunjukkan UMNO sudah kehilangan arah dalam mendapatkan sokongan orang-orang melayu dalam menyelamatkan survival politik mereka. UMNO sudah dilihat tidak relevan lagi bagi orang-orang melayu kecuali masih bernafas di kawasan-kawasan perkampungan , desa dan pendalaman . Sebab itu dalam PRU 12 yang lalu memperlihatkan UMNO masih dilihat relevan di kawasan-kawasan sebegitu berbanding di kawasan urban dan campuran .

Nyawa UMNO sudah dihujung tanduk. Pembohongan demi pembohongan telah mula pecah dan pembuka pekung sendiri . UMNO bukan memperjuangkan Ketuanan Melayu, tetapi Ketuanan Pemimpin UMNO. Menjadikan Melayu sebagai batu loncatan bagi mengumpul kekayaan dan mengaut keuntungan daripada DEB .

Pembentangan budjet oleh PM Najib Razak tidak memberikan keutamaan dalam meringankan bebanan ekonomi rakyat. Terutama kepada umat melayu yang disebut oleh Shafie Apdal. Rakyat bukan ingin melihat pembinaan projek mega 100 tingkat. Atau pengecualian cukai terhadap seluar dalam , beg tangan , kasut jenama tersohor yang tidak mampu dipakai oleh rakyat , Malah memberikan bonus kepada kakitangan kerajaan boleh menjejaskan tabungan negara .

Orang melayu harus bangkit dari tidur yang panjang dalam mimpi yang sengaja dicipta oleh pimpinan UMNO. Menyedari mereka sebenarnya terus ditipu oleh UMNO . Hingga masjid pun nak dijadikan "bilik gerakan UMNO". UMNO tidak mengapa , kalau pembangkang tak boleh.. masjid bukan tempat berpolitik!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan