Pelbagai warna-warni berlaku sepanjang Pemilihan 2010. Banyak peristiwa suka dan duka mewarnai pemilihan pada musim ini . Dengan cara baru yang ala-pilihanraya atau dengan kata lain perjalanan proses demokrasi yang diamalkan dalam parti . Yang juga merupakan sejarah negara kerana inilah satu-satunya parti yang mampu laksanakan pemilihan secara terbuka di mana " seorang ahli satu undi".
Semua tiada pengalaman untuk mengendalikan pemilihan sebegini . malah termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak mempunyai pengalaman . Tapi kita punyai keberanian untuk mengimplimentasi kaedah ini . Kaedah yang terbaik dan benar-benar demokratik .
Tetapi berlaku sesuatu di luar pemikiran apabila terdapat sentimen emosi dan di luar batasan akhlak apabila timbul kekecohan dan ketegangan . Memang sukar dihalangi dan dihindarkan apabila emosi telah menguasai diri , maka berlakulah insiden-insiden yang memberikan sedikit kecacatan dalam pemilihan ini.
Daripada 222 cabang yang telah mengadakan pemilihan hanya 9 cabang sahaja yang berlaku permasalahan , iaitu tidak sampai 4.5% . Tetapi media UMNO seperti Utusan Malaysia dan TV3 telah memainkan peranan seolah menggambarkan seluruhan pemilihan parti berlaku pergaduhan dan ketegangan . Diulang-tayang seolah-olah itulah yang berlaku di seluruh cabang2 di Malaysia .
Malah amat menyedihkan apabila , ahli-ahli parti sendiri sanggup menggunakan Utusan Malaysia , TV3 dan media-media alternatif yang lain untuk menyerang dan mengkritik parti , JPP dan DSAI secara terbuka di publik . Menjadi 'bola tanggung' kepada UMNO menyerang dan menghina parti dan DSAI .
Sebulan lebih parti terus dihina , cerca dan dibelasah tanpa rasa bersalah . Jawatan Timbalan Presiden menjadi isu hangat diperkatakan . Pelbagai usaha untuk terus mencalar parti dan individu-individu tertentu. JPP menjadi bahan kutukan apabila dilihat tidak mampu menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan tuduhan kononya berlaku manipulasi dalam pemilihan 2010 .
Saya tidak menolak sebarang keterbukaan untuk bersuara , mengkritik dan memberikan komentar . Jika benar berlaku penipuan , penyelewengan gunalah saluran parti untuk sampaikan segala aduan . Tetapi menjadikan forum-forum publik untuk terus menghentam dan membelasah parti sendiri . Malah ada yang tanpa fakta dan kebenarannya . Tanpa rasa bersalah untuk membuat pelbagai tuduhan tanpa usul periksa , tiada fakta , tiada bukti.
Pemilihan 2010 sudah di garisan penamat tetapi seperti perumpamaan "rumah siap pahat berbunyi"..