klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 14 Disember 2010

USUL TERGEMPAR MP BATU

Ruj Kami: MISC/PAR/09/10/yh

Tarikh: 13hb Dis 2010


YB Tan Sri Datuk Seri Utama

Pandikar Amin Bin Hj. Mulia

Yang di-Pertua Dewan Rakyat

Parlimen Malaysia Tel : 03-2079 7100

Jalan Parlimen

50680 Kuala Lumpur

Tan Sri Yang di-Pertua,

PERKARA: USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18 (1)

Merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2), dengan ini saya ingin mengusulkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Saya, Chua Tian Chang (Batu) mohon mencadangkan:

“BAHAWA DEWAN INI MENDESAK KEMENTERIAN LUAR NEGERI MALAYSIA MEMINTA KEMENTERIAN LUAR REPUBLIK SINGAPURA MENUNJUKAN PENDIRIAN SEPERTI YANG DIDEDAHKAN OLEH WIKILEAKS.

LAPORAN TERSEBUT MEMPERINCIKAN MAKLUMAT PERISIKAN YANG DILAKUKAN AUSTRALIA DAN SINGAPURA. WIKILEAKS TELAH MENDEDAHKAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN SINGAPURA MEMBERI KOMEN-KOMEN YANG BERUNSUR BAGI TUJUAN MENCEMARKAN NAMA PEMIMPIN-PEMIMPIN SERTA MENJEJASKAN IMEJ NEGARA KITA. KELAKUAN INI TELAH MELANGGAR PROFESIONALISME DIPLOMAT SERTA MENJEJASKAN HUBUNGAN BAIK DUA HALA.

SAYA MENDESAK BAHAWA MENTERI LUAR NEGERI DAN WISMA PUTRA MEMINTA KEMENTERIAN LUAR SINGAPURA MEMBERI PENJELASAN KEPADA NEGARA KITA SUPAYA TIDAK MEMBERI FAKTA YANG TIDAK BERASAS YANG BOLEH MENCEMARKAN IMEJ NEGARA KITA.”

Tan Sri Yang di-Pertua,

Laporan yang didedahkan telah merakam Bilahari Kausikan yang merupakan pegawai kanan Singapura memberitahu kepada Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat David Sedney dalam satu mesyuarat pada September 2008 bahawa ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia. Juga dikatakan Singapura akan dibanjiri pelarian Kaum Cina dari Malaysia.

Selain itu, Kementeri Kanan Singapura Lee Kuan Yew memberitahu Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional/ Office of National Assessment Australia (ONA) bahawa pemimpin pembangkang Anwar sememangnya melakukan perbuatan itu yang didakwa sekarang.

Dalam laporan tersebut turut mendedahkan bahawa Malaysia menghadapi masalah tiadanya pemimpin yang berwibawa serta Najib Razak terlibat dalam skandal pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu.

Pemimpin-pemimpin yang disebut secara menghina termasuk Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan lain-lain.

Tan Sri Yang di-Pertua,

Pendedahan WikiLeaks menunjukkan sikap angkuh pihak sebuah negara asing terhadap negara kita. Kerajaan Singapura sebagai negara jiran dan pengasas ASEAN bersama Malaysia sepatutnya menghargai hubungan baik dengan Malaysia.

Sebaliknya maklumat dari kabel-kabel yang didedahkan oleh WikiLeaks mengesahkan bahawa Singapura secara aktif menyebar pandangan yang menimbulkan persepsi negatif terhadap negara dan pemimpin-pemimpin kita.

Saya merayu kepada Tuan Speaker bahawa perkara ini telah merosakkan imej negara kita negara kita serta boleh menjejaskan hubungan diplomatik Malaysia Singapura. Isu ini juga melibatkan keselamatan negara dan prestasi Malaysia di pentas antarabangsa, maka ia berhubung kait dengan kepentingan rakyat umum. Akhir sekali, Kementerian Luar Negeri perlu ambil tindakan tegas dan segera demi memelihara maruah Malaysia, maka usul ini harus disegerakan.

Saya mohon usul ini dibincangkan.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

YB TIAN CHUA

AHLI PARLIMEN BATU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan