klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 30 Januari 2011

Nafi Pas tidak beri ruang - Sinar Harian Edisi Terengganu

30 Januari 2010 KUALA TERENGGANU – Bekas Ketua Angka­tan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Fariz Musa menafikan timbul sebarang perselisihan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di negeri ini.

Fariz yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat ketika ditanya berhubung ketidakpuasan hati beberapa ahli PKR bahawa Pas tidak memberi ruang sama rata kepada parti itu, beliau menganggap ia sengaja ditimbulkan pihak luar yang cuba mengeruhkan hubungan antara kedua-dua parti pembangkang tersebut.

Menurutnya, Pas membuka peluang yang baik untuk memastikan rakan sekutunya itu mendapat tempat dan sokongan dalam kalangan penduduk di negeri ini.


“Kita akui Pas sebuah parti yang kukuh dan kita hormati sentimen rakyat. Bagaimanapun tiada masalah yang ketara, polemik politik Pas dan PKR tidak wujud serta kerjasama yang baik diberikan pihak tersebut,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.


Sebelum ini, timbul desas-desus mengenai Pas yang dikatakan tidak memberi kerjasama yang baik terhadap parti itu dan PKR pula sentiasa bertolak ansur terutama membabitkan isu pembahagian kerusi ketika pilihan raya umum lalu.

Fariz bagaimanapun berkata, pembahagian kerusi tidak menjadi isu kerana Pas tidak sesekali mengabaikan PKR dalam memastikan sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PR) terus mendapat tempat.

“Keadaan tersebut boleh dilihat apabila Pas sendiri memberi satu kerusi Parlimen kepada PKR dalam Pilihan Raya Umum 1999, pada 2004 pula diberi satu kerusi Parlimen dan satu kerusi DUN, manakala pada 2008, PKR bertanding di lima kerusi DUN dan dua Parlimen.


“Pertambahan kerusi kepada PKR ini membuktikan bahawa Pas memberi perhatian dan kerjasama yang baik kepada PKR dan kita yakin pada masa akan datang Pas akan memberi ruang yang lebih kepada PKR,” katanya.


Sementara itu, beliau turut berharap PKR negeri akan lebih produktif dan aktif di bawah Pengerusi PKR baru, Azan Ismail dan mampu membuat persia­pan yang lebih baik bersama Pas dan DAP dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan