klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 31 Januari 2011

Solidariti Bersama Rakyat Mesir Tuntut Regim Mubarak Berundur

KUALA LUMPUR 31 JAN : Sekumpulan NGO dan orang ramai pagi ini mengadakan bantahan di kedutaan Mesir yang terletak di Jalan Ampang Hilir di sini hari ini bagi menunjukkan solidariti dan sokongan bersama rakyat Mesir menuntut regim Hosni Mubarak turun daripada pemerintahan.

Rakyat Mesir memulakan protes sejak enam hari lepas mendesak agar regim Hosni Mubarak yang telah berkuasa hampir 30 tahun agar turun daripada tampuk kuasa yang sehingga kini telah mengorbankan lebih 100 orang dan ribuan lagi telah ditangkap.

Berarak sedikit daripada kawasan letak kereta tidak jauh dari situ, mereka melaungkan slogan 'Down Mubarak' (Turun Mubarak) sambil membawa poster pemimpin Mesir dengan lambang Zionis di dahi.

Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat antara yang bersama menunjukkan sokongan ialah Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ketua Pemuda PAS Nasruddin Tantawi.

Polis FRU diletakkan di hadapan kedutaan Mesir bagi memantau perkembangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan