klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 5 Februari 2011

BEBASKAN YB SHUHAIMI : PENGHASUT DAN PENDERHAKA SULTAN IALAH UMNO

Isnin ini ( 7 February 2011 ), ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei dijangka menghadapi pertuduhan mengikut Akta Hasutan . Dengan 'pantas dan cekap' , itulah tindakan yang dilakukan oleh Peguam Negara dan Polis Di Raja Malaysia terhadap para pemimpin Pakatan Rakyat . YB Shuhaimi didakwa telah menghina DYMM Sultan Selangor dalam blognya ekoran terhadap perlantikan Kushrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor .

YB Shuhaimi dijangka di dakwa di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan. Iaitu meliputi kesalahan "mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedar atau mengeluarkan semula sebarang penerbitan berunsur hasutan. Jika sabit kesalahan ia membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000, atu penjara sehingga tiga tahun bagi kesalahan pertama.

Tindakan yang diambil terhadap ADUN Sri Muda ini bagi saya sangat melampau dan bermotifkan politik semata-mata . Laporan yang di buat di Utusan Malaysia dan Awang Selamat telah memanipulasikan kenyataan YB Shuhaimi agar dilihat seolah-olah menderhaka terhadap institusi raja di selangor .

Apabila kita meneliti laporan polis yang di buat oleh Pengerusi GAPS ,bahawa laporan polis telah dibuat berdasarkan kenyataan YB Shuhaimi dalam laman blognya di alamat http://srimuda.blogspot.com/2010/12/pandangan-saya-berasaskan-undang-undang.html. Antara tulisan dalam blog itu berbunyi:

Begitu juga dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang lain. Mengikut amalan dan konvensyen, ia akan dirujuk dan dibincangkan antara Ketua Negeri dan Ketua Kerajaan.

“Tetapi, apabila Selangor diperintah pakatan pembangkang, amalan dan konvensyen ini tidak dibuat. Saya yakin dan percaya rakyat Selangor mahu Menteri Besarnya dihormati oleh semua pihak termasuk pihak istana.”

Saya meneliti kenyataan yang di buat oleh ADUN Sri Muda didalam blog beliau , saya melihat bahawa tidak mempunyai unsur hasutan apa lagi menghina DYMM Sultan . Kenyataan tersebut sengaja dipolitikkan oleh UMNO serta media UMNO . Apa yang nyatakan oleh YB Shuhaimi secara jelas memperlihatkan betapa tindakan amalan kebiasaan terhadap perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu dirujuk dan dibincangkan antara Ketua Negeri dan Ketua Kerajaan .

Adakah salah apabila menyatakan bahawa keperluan kepada pandangan agar tindakan yang sewajarnya di buat dalam menentukan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dan jawatan Pegawai-pegawai Eksekutif Ex-Officio lain dilibatkan terhadap pandangan serta saranan Menteri Besar yang juga sebagai Ketua Kerajaan yang diberikan mandat oleh rakyat negeri Selangor ?

Penglibatan Menteri Besar dalam menentukan pegawai kanan kerajaan negeri yang akan bekerja bersama dalam mengurustadbir negeri Selangor . Ini bermakna semua pihak termasuk pihak istana wajar mengambil sikap menghormati pandangan dan saranan Menteri Besar . Tiada langsung bersikap provokasi sepertimana yang didakwa . Tiada langsung petikan yang menghina atau menderhaka seperti tuduhan UMNO , GAPS ,Jaringan Melayu Malaysia ( JMM ) dan semua pihak pro-umno .

Kenyataan YB Shuhaimi bagi pandangan saya tiada unsur hasutan supaya rakyat bersikap menderhaka kepada DYMM Sultan Selangor . Tetapi bagi saya tindak-tanduk yang dilakukan oleh GAPS dan UMNO sebenarnya yang telah meletakkan kebiadapan dengan mengheret rakyat untuk membenci dan tidak menghormati institusi raja berpelembagaan ini .

YB Shuhaimi menafikan bahawa beliau telah mengeluarkan kenyataan yang didakwa oleh UMNO dan media UMNO bersifat provokasi dan menghina DYMM Sultan Selangor . YB Shuhaimi dalam 'selangorkini' menegaskan bahawa beliau bukan menujukan artikel dalam blognya kepada DYMM Sultan Selangor tetapi menjawab serta menyanggah kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Sulit Baginda dan bekas Ketua Pembangkang DUN Selangor , Khir Toyo yang membuat tafsiran sendiri terhadap Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 . Serta menafikan bahawa ada menyatakan bahawa perlantikkan Setiausaha Kerajaan Negeri tidak memerlukan perkenan DYMM Sultan Selangor , sebaliknya adalah di bawah kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ( MMKN ) .

Pemimpin UMNO adalah sebenarnya yang seharusnya diambil tindakan di bawah Akta Hasutan . Tindakan perlantikan Khusrin telah membuka pekong penderhakaan UMNO kepada DYMM Sultan Selangor . UMNO cuba menutup kejahatannya terhadap DYMM Sultan Selangor dengan cuba menunding jari kepada orang lain . Dengan menggunakan media mereka untuk mencipta dan membina persepsi negatif terhadap pimpinan Pakatan Rakyat .


Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 yang telah dipinda oleh UMNO pada tahun 1993 telah menarik kuasa DYMM Sultan Selangor dalam melantik jawatan-jawatan perlantikan Pegawai-pegawai Eksekutif Ex-Officio . UMNO secara 'kurang ajar' telah meminda undang-undang tersebut dengan memberikan kuasa kepada kerajaan Persekutuan yang diperturunkan kuasa kepada Setiausaha Negara . Ini adalah penderhakaan melampau yang dilakukan oleh UMNO kepada DYMM Sultan .

Malah berdasarkan kefahaman terhadap Undang-Undang Tubuh 1959 yang telah dipinda oleh UMNO pada tahun 1993 tidak langsung memerlukan kepada perkenan atau persetujuan DYMM Sultan Selangor dalam melantik semua jawatan2 penting tersebut.. Hanya cukup dengan perlantikan di buat oleh Ketua Setiausaha Negara .

Sewaktu Sidang Khas pada 25 Januari 2011 , secara terbukti dan nyata ADUN-ADUN UMNO/BN telah menolak usul pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 agar diberikan kuasa kepada DYMM Sultan dan Meneri Besar dalam melantik perlantikan Pegawai-pegawai Eksekutif Ex-Officio dan bukan lagi oleh Kerajaan Persekutuan. Bukankah tindakan ADUN-ADUN UMNO/BN itu satu siri penderhakaan kepada DYMM Sultan Selangor !

Kenapa tidak ada sebarang tindakan terhadap mereka ? Bukankah tindakan tersebut ternyata menghasut rakyat Selangor untuk tidak menghormati dan menderhaka kepada institusi istana ? Bukankah dengan tidak menerima usul yang dibentangkan oleh MB Selangor dan Kerajaan PR Negeri Selangor tersebut adalah satu perlakuan hina oleh ADUN-ADUN UMNO/BN terhadap DYMM Sultan Selangor sehingga lebih MENDAULATKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN !

Tindakan terhadap YB Shuhaimi adalah tidak wajar dan pandangan saya seharusnya DYMM Sultan Selangor bertindak campur tangan dan menghentikan permainan politik kotor UMNO ini yang menggunakan undang-undang seperti Akta Hasutan . Malah sikap double standard yang dilakukan oleh pihak polis terhadap ADUN Sri Muda ini memberikan gambaran betapa tidak adil dan berat sebelah serta tidak profesional . Sampai bila pihak polis hendak menjadi badan yang dihormati dan diyakini oleh rakyat serta tidak dilabelkan sebagai " budak suruhan pimpinan UMNO " ? Sedarlah bahawa UMNOlah punca insitusi raja tidak dihormati . UMNO adalah penderhaka dan penghasut rakyat supaya tidak menjunjung dan menghormati DYMM Sultan .

Bebaskan YB Shuhaimi Shafiei !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan