klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 21 Februari 2011

Fitnah II: Pakar DNA tidak catat bahan bukti dengan betul

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terus digemparkan dengan keterangan Pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong dalam sesi soal balas tengahari ini.

Dalam keterangannya, Dr Seah mengakui tidak tahu bahawa bahan bukti yang ditanda sebagai eksibit A, yang diterima daripada DSP Jude Blacious Pereira merupakan sehelai bulu kemaluan. Sedangkan sewaktu menerimanya pada 1 Julai 2008, eksibit itu ditulis sebagai sehelai rambut.

11.37 pagi – Ram Karpal mempertikai mengapa Dr Seah melapor eksibit A sebagai bulu kemaluan (pubis) sedangkan sewaktu menerimanya daripada DSP Jude Pereira ia ditulis sebagai sehelai rambut.

“Adakah awak tahu ia bulu pubis semasa anda menerimanya?” tanya Ram Karpal.

“Tidak” kata Dr Seah.

“Awak tidak melapor seperti yang awak terima,” kata Ram Karpal.

“Saya lapor seperti yang saya terima selepas saya periksa,” tingkah Dr Seah.

11.32 pagi – Dr Seah memberitahu beliau menerima eksibit A hingga A7 pada 1 July 2008 daripada DSP Jude Blacious Pereira.

11.26 pagi – Ram Karpal terus mengasak Dr Seah kenapa beliau hanya melapor alel individu yang diketahui dalam laporannya tetapi mengabaikan alel individu yang tidak diketahui.

“Awak cuma laporkan alel Saiful Bukhari yang awak ketahui, alel (pasangan kromosom dalam DNA) individu lain yang awak tidak ketahui awak tidak laporkan!” kata Ram Karpal.

11.16 pagi – Hakim Zabidin menegur hadirin yang berbuat bising di galeri awam.

11.13 pagi – Ram Karpal bertanya kenapa Dr Seah tidak melaporkan kehadiran alel 18 pada sampel B9 sebanyak 28.4 peratus, putik kapas dari bahagian rektum bawah Saiful yang merupakan DNA lelaki ketiga yang tidak diketahui.

Sedangkan pada masa sama, kehadiran DNA Lelaki Y pada sampel B5, sebanyak 14 peratus dilaporkan.

“Kehadiran alel individu ketiga ini signifikan bukan?” tanya Ram Karpal.

“Ya,” jawab Dr Seah.

Selepas menjawab, Dr Seah terdiam seketika. Hadirin di galeri awam kelihatan berbisik-bisik sesama sendiri. Ram Karpal terus mengasak Dr Seah dengan soalan
berkaitan.

“Awak laporkan kehadiran alel yang rendah (Lelaki Y pada B5) tetapi awak tidak laporkan alel yang tinggi (lelaki tidak diketahui pada B9)!” kata Ram.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan