klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 13 Mac 2011

Buku Jingga edisi Sabah perjuang 10 tuntutan rakyat

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menandatangani replika 10 Perkara yang terkandung Buku Jingga edisi Sabah

KOTA KINABALU: Buku Jingga edisi Sabah diperkenal dengan memuatkan 10 Perkara termasuk memulangkan semula blok minyak L dan M kepada negeri itu dan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesai masalah kebanjiran pendatang asing.

Kandungan 10 Perkara itu dinyatakan Datuk Kalakau Untol ketika pergulungan persidangan Konvensyen KEADILAN di Papar di sini, semalam.

- Menjunjung kedaulatan Sabah sebagai negeri sah dalam Malaysia dengan mematikan sebarang tuntutan bertindih termasuk menghentikan bayaran kepada negara asing yang membuat tuntutan itu.

- Membawa usul ke Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menuntut hak Blok L dan M yang dirampas tanpa persetujuan rakyat Sabah dan mengambil tindakan mahkamah kepada mereka yang bertanggungjawab.

- Menyempurnakan sebuah Suruhanjaya DiRaja bagi mencari menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin.

- Memperuntuk RM1 bilion sebagai modal awal wang hasil royalti gas dan minyak dalam Tabung Warisan Sabah kepada rakyat Sabah yang pendapatan isi rumahnya bawah RM1,500 setiap keluarga.

- Melaksanakan tuntutan kenaikan royalti minyak Sabah sebanyak 20 peratus dengan menandatangani perjanjian baru dengan kerajaan Persekutuan.

- Menubuhkan syarikat minyak dan gas yang dimiliki rakyat Sabah dengan modal awal berbayar RM1 bilion dan mewujudkan sebuah konglomerat antarabangsa yang dibimbing Petronas.

- Melancarkan program Borneonisasi dalam sektor perkhidmatan awam secara berperingkat-peringkat untuk memastikan jawatan utama dipegang rakyat Sabah.

- Menuntut hak ke atas semua pulau-pulau kecil di perairan Sabah yang tuntutannya belum diselesaikan demi menjamin kedaulatan sempadan Sabah dan hasil minyak dan gas di perairannya.

- Menghormati dan mengiktiraf hak tanah adat dan menarik semula semua kes mahkamah berkaitan, yang dibawa kerajaan negeri sebelum ini.

- Mengukuhkan autonomi Sabah dengan menyemak kembali perkara yang termaktub dalam Perkara 20 untuk memastikan sebarang tindakan bertentangan, dihenti serta merta.

Kalakau Untol berkata pengenalan Buku Jingga edisi Sabah itu selaras dengan perlembagaan parti untuk memuktamadkan agenda mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

“Konvensyen ini mengupas dan menyediakan seluas mungkin juadah politik kepada pengundi baru dalam memuktamadkan pilihan mereka untuk merealisasikan impian Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

“Ini bukan konvensyen sebarangan. Kita ambil langkah radikal supaya kita dapat merubah dasar kerajaan negeri dan negara,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan