Malah Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Najib juga dibenar untuk menyampaikan ceramah bersama gerombolannya dan diberi permit berceramah.
“Jika Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum akan datang, Datuk Seri Najib Razak sebagai Ketua Pembangkang, tetap akan diberi permit untuk ceramah.
“…dan kalau kita menang, kita akan angkat Najib sebagai duta besar Malaysia ke Mongolia,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada program Ceramah Umum KEADILAN anjuran Cabang Lembah Pantai di Dewan Gasing Indah, dekat sini malam tadi.
Anwar juga berkata, rakyat perlu bekerja keras bagi memastikan mesej ‘penolakan’ sistem pilihan raya sedia ada sampai kepada kerajaan Umno Barisan Nasional dengan jelas.
Ini kerana sistem dan dasar yang diguna pakai kerajaan adalah politik lama yang dicemari penipuan.
“Jangan menghina rakyat. Jika pilihan raya penuh dengan penipuan, kita akan bantah beramai-ramai, tolak kerajaan secara paksa.
“Pilihan raya adalah landasan rakyat untuk mengubah sistem pemerintahan negara dengan aman.
“Pilihan kita adalah transformasi aman, cara kita (adalah) cara pilihan raya,” jelas Anwar.
Dalam pada itu, beliau mengulangi janjinya sebelum ini, jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, keesokannya harga minyak akan diturunkan serta merta.
“Kalau takdir ke Putrajaya hari ini, esok pengumumannya begini: Saya dengan ini mengisytiharkan harga minyak turun, berkuat kuasa serta merta,” kata Anwar sambil meniru gaya Najib bercakap di kaca television menyebabkan lebih 1,000 hadirin ketawa.
Hadir sama, Naib Presiden KEADILAN, Azmin Ali; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sean; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Yang Dipertua PAS Lembah Pantai, Mohd Adlin Soleh; dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, S Manikumar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan